Tuesday, May 1, 2007

aYat2 CheNta

Assalamualaikum..
Hari ini nak bercerita tentang ayat-ayat cinta..

Jantung ku berdetak tiap kuingat padamuMengapa ada yang kurang saat kau tak adaMelihat, menyentuhmu itu yang ku mau(*) Kau tak sempat tanyakan akuCintakah aku padamuTiap kali aku berlututAku berdoa suatu saat kau bisa cinta padakuTiap kali aku memanggil di dalam hatiApa kabarmu, kabarku baik-baik sajaBegitu banyak cerita tak habis tentangmuSalamku untukmu dari hati yang terdalamTiap kali aku berlututAku berdoa suatu saat kau bisa cinta padakuTiap kali aku memanggil di dalam hati....

Seperti biasa, marilah kita mengambil sedikit- sebanyak pengajaran yang boleh berdasarkan syair gurindam di atas...

1.Bila seseorang iu berasakan bahawa dirinya berada di awang-awangan, semuanya nampak indah dan mempesonakan. Ibarat impian menjadi realiti iklan fair and lovely atau rejoice atau merasakan dirinya adalah leading actress dalam alice in the wonderland, ketahuilah kemungkinan besar dia diserang penyakit angau dek kerna mabuk cinta.

-Memang betul, cinta itu mengasyikkan, membuai perasaan, meninggikan daya imaginasi dan mengasah diri menjadi lebih berperasaan dan perasan, tapi yang hairannya perasaan ini hanya berlaku bila cinta tersebut hadir dari manusia kepada manusia sahaja specially yang berlainan jantina....kenapa ya..perasaan tersebut susah nak hadir bila cinta itu dari manusia pada ZAT yang menciptakannya...kenapa?!!3x(boleh jadi topik dalam misteri nusantara..)

2.Bila tengok si dia je, jantung ni tetiba je terlebih berdebar(increase heart rate) konon macam banyak sangat la pacemakers dalam jantung kita selain daripada natural pacemaker, sinoatrial node yang initiate cardiac excitation atau tetiba saja sympathetic nerve memberi impulses to chromaffin cells to secrete adrenalin or epinephrine yang teramat banyak hingga boleh mengakibatkan banjir umpama yang berlaku di Johor atau di Jakarta....dan yang pastinya selalu je rasa nak jumpa, tak sabar2 nak tengok muka orang yang dicintai atau diminati....

-tapi kenapa bila nak jumpa KEKASIH yang telah terlalu banyak memberikan rezeki dan melimpahkan rahmat pada hamba2NYA sewaktu solat, rasa cam malas je, berat tulang, sengal otot, rasa mengantuk, tengah sibuk bermeeting dengan TV maupun computer, letih dan nak berbaring dululah dan macam2 lagi alasan yang dikemukakan....padahal jumpa walaupun nampak cam banyak coz 5 kali sehari tapi sebenarnya umpama 25 minutes je per day coz semayang pun secara kilat kalau tak takut terlepas citer best especially yang ditayangkan oleh pihak2 yang langsung tak bertanggungjawab semasa maghrib-isyak. ingatlah TUHAN itu MAHA CEMBURU...jangan sesekali menduakannya sama ada secara sengaja atau tidak dengan yang lain..

3.bila kita confirm yang kita dah jatuh cinta dengan seseorang tu, kita akan buat apa saja untuk menambat hati, perasaan dan sanubari orang yang kita cintai...kita juga akan cuba sedaya upaya usaha tangga jaya untuk meraih perhatian dari si dia tanpa mengira penat lelah mahupun masa yang dibazirkan...asalkan si dia tersenyum pada kita semua kepenatan yang dirasai hilang bersama angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa Iban. Bahkan tanpa rasa malu maupun segan kita yang selama ini penyegan nak menadah tangan untuk berdoa akan berdoa agar orang yang disukai itu akan at least terperasanlah akan kehadiran kita yang selalu menayang muka di depannya.

-cinta yang paling agung adalah cinta pada ALLAH, mencintai ALLAH adalah satu kewajiban bagi orang2 Islam yang mengaku tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH, bersediakah kita untuk melakukan yang termampu dan bersusah payah semata-mata kerana menginginkan cinta dan perhatian daripadaNYA?? senang citer, sila kira bilangan usrah yang pernah dihadiri pada tahun lepas??? ( peringatan sekali lagi: darjah kecintaan yang paling tinggi dalam hati hanya layak diberikan pada ALLAH, bukan pada mak cik jual cekodok di tepi sekolah kerana kesedapan cekodoknya atau coz dia selalu bagi cekodok lebih, atau pada jiran yang cun-melecun di sebelah rumah mahupun pada si puteh, kucing kesayangan seisi asrama). Jika benar, cinta kita yang utamanya pada ALLAH, maka seharusnya kita menyedari batas2 cinta kita pada manusia. Pernahkah kita berdoa di tengah malam yang sunyi sepi agar TUHAN menyayangi dan cinta pada kita?? Terlalu sibuk berdoa agar diri ini disayangi oleh orang teristimewa sampai terlupa untuk minta agar disayangi olehNYA..

4.memang banyak nak cerita tentang orang yang disayangi, kalau boleh makan tengah hari dia kat mana pun kita nak antar spy intip (coz if pergi intip sendiri nanti termalu plak)...dah tu bukan setakat antar spy tapi mana2 dengar orang citer pasal si dia terus tanpa segan mahupn silu menadah telinga umpama mosad agent or special branch or MI5 yang nak cari terrorists 9/11.kadang2 oleh kerana terlalu minat yang melampau sampai boleh terkantoi dengan teman sendiri atau dengan orang yang tak dikenali. Tak kan nak berenti sampai situ je, alang2 dah minat terus plak setiap masa 24/7 asyik nak cakap pasal si dia je kat teman2 walaupun kekawan kadang2 dah buat muka boring tahap hyper.

-tapi kenapa bila bab nak buka cerita pasal agama je de yang buat muka seposen, muka sadin, muka kelat, muka bodoh, muka tempe dan lain2 lagi bakat membuat muka yang ada yang mungkin tanpa disedari boleh memati atau mensterilized atau menganesthetizedkan semangat orang yang tengah berkobar2 untuk berdakwah! Kata sayang dan cinta hanya pada ALLAH yang paling utama, tapi berapa kali je perkataan ALLAH tu disebut dalam kehidupan seharian mahupun seumur hidup...

p/s: inilah peringatan buat diriku yang sering lupa
........

No comments: