Tuesday, August 26, 2008

S.I.M.P.U.L M.A.T.I




Selalu kita mintak untuk difahami, seringkali mendesak supaya diberi kemaafan dan peluang, bukan kerana kita benar2 sudah menyesal tapi hanya sekadar untuk menyedapkan hati sendiri supaya rasa bersalah dapat diusir keluar dari hati. Kenapa ya kita bersikap sebegitu. Tanpa kita sedari desakan kita hanya mengundang perit dalam hati-hati yang lain, mereka bukan tak mahu atau cuba untuk memahami, tapi punya jalan yang berbeza. Kita bertanya, mengumpul maklumat, kemudian baru menganalisa serta menyampaikan. Mereka pula memerhati, meneliti, membina teori dan kemudian menukar mimpi menjadi sebuah realiti. Berbeza concept bukan satu kesilapan, tapi kegagalan untuk merai perbezaan adalah fatal.




Sebuah ceritera (taken from mak cik anon)




‘Kami tak pernah bertemu sebelum ini, hanya sekadar tahu akan kewujudan masing-masing melalui ibu yang kerap kali memujuk saya agar menerima pinangan. Tak, bukan keluarga yang memaksa tapi entahlah, talkin about fate. Lari ke mane pun bile dah sampai jodoh tak kan dapat lepas. Pasti tertangkap juga. Jadi mengapa nak main kejar-kejar. Accept it and let it be. Allah will lead him to me, kalau dah memang itu yang ditetapkan. Mungkin kelihatan terlalu simplistic tapi itulah yang paling realistic yang dapat dikarang dalam kerangka minda yang semakin hari semakin menyesakkan. Akhirnya, masa yang ditunggu pun tiba walau saya tak pernah menanti akan kemunculannya.




Memang banyak masalah, ikatan tanpa pernah ada prior interaksi atau basis, tapi itu bukanlah alasan untuk membiarkan masalah berlalu tanpa sekelumit pun cuba untuk menghadam dan meneliti punca kesesakan yang terjadi. Biar hanya bicara tak ubah bagai ayam dan itik, namun logikanya masih bisa dicapai andai mahu mengwujudkan kefahaman. Lantas dengan perlahan kami memulakan, mungkin dengan satu ayat yang cukup ringkas dan mudah, semudah bertanya khabar, menghabiskan masa bersama sewaktu lunch dan dinner, juga breakfast dan berkongsi kereta ke tempat kerja. Jika dia tidak ke outstation dan saya tidak on duty, kami akan menghabiskan hujung minggu bersama, walau sekadar menonton tv dan menjaga taman.




Hari ini, sudah berminggu dia di luar. Tak sedar dalam diam boleh teringat akan dirinya. Walau seringkali saat berhubung bagai tiada akal untuk memulakan perbualan. Dan dalam diam, tak sabar menghitung hari menunggu dia kembali dari kerja luarnya..




Saya rindu kamu, tau?’

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Kahwin itu bagai seorang manusia. Segala masalah dalam perkahwinan adalah metabolic demands, segala kebaikan yang diperoleh daripadanya umpama oxygen supply. Kalau silap perhitungan dalam menguruskan balance between the metabolic demand and the oxygen supply, it may lead to dyspnea. Percaya atau tidak, kegagalan dalam menyeimbangkan antara permasalahan yang timbul dan menilai the bright side of the spouse mampu membawa ke arah perpisahan. Mungkin bukan perceraian, tapi soal hati, terasa semakin jauh antara satu sama lain walau tinggal sebumbung.




The reason of separation is too much expectation in relationship, hoping him to become like a superman and for her to look like Angelina Jolie for the rest of the marriage which is superbly unachievable. One should try to accept people the way they are. Their expertise, specialties and weaknesses. Too much expectations lead to hypocrisy. Trying to be like someone else, claim to possess something which does not belong to. Pretend to be whatever the characters given by the loved one. The nature only reveals itself once they get married, or may be a bit later like on the 2nd or 3rd anniversary. And usually it’s indicated by, “I think he has changed lately. He is like somebody else, I barely know him. I just think that he’s no longer the man that I married to few years back. And now I can’t even look at him the way I looked at him before,”




It sounds cliche but welcome to the reality. Why do people want a divorce? Another reason is when they assumed that their spouse has changed for the reasons that they can’t even understand. People don’t change; it’s hard to change even for one strong concrete reason. Want to have a bet? Try asking the smokers to stop smoking- they won’t give up on it that easy. Now back to the marriage, it’s just the prejudice that jeopardizing the bonding. Curiosity kills the cat. Prejudice kills the marriage. We want more than what we could have. When we don’t get it, we simply put the blame on somebody else, hoping that it would erase the frustration and guilt that we feel. And simply walk away, keep the hands clean. Run away and hide from a problem will never be a smart solution. Should confront it wisely and don’t get carried away. Communicate instead of assuming. Say it out rather than keep on wondering. Try not to make big mistakes. It is your marriage not jiran sebelah punye marriage.




And for those who favored dating before marriage, (better make sure that you can really make it till the end). Just like how bold you are to simply against Allah’s rule, seeing somebody, dating her even though only God knows either that she is really meant to be the right one or not . Wrong, guess that you should be bolder.




Berkahwin bukan mudah, dan tak kan pernah mudah. Bukan sekadar persiapan menyambut hari bahagia, tapi mempersiap diri hidup berdua (bertiga, berempat...yada yada) untuk selamanya. Makanya, kenapa perkahwinan terjadi andai terlalu banyak tanggungjawab yang harus dijalankan? Andai tanggungjawab kelak bakal berubah rentak menjadi bebanan tanpa sebuah kesudahan? Andai akan tiba nanti diri harus memaksa diri untuk saling bertemu muka dan menutur kata walau dalam keadaan bertelingkah dan berselisih faham.




Kerana ia cinta. Kerana dia manusia biasa. Maka, harus bisa memaaf pasangan atas segala kekurangan dan atas segala ketidak sempurnaan. Namun yang paling penting, perkahwinan adalah sebuah ikatan suci murni yang lebih suci daripada minyak masak sri murni. Ia adalah arahan dari Nya, adalah sunnah kekasih Nya. Maka, biar nanti walau ada saatnya tanpa sekelumit bahagia menanti, harus diingat menuruti perintah Allah dan menyempurnakan sunnah rasul Nya juga adalah satu kenikmatan yang tidak terkira bagi diri seseorang yang tidak lari dari dosa. Itulah kebahagian yang sebenar, kebahagian atas jalan Nya. Kebahagiaan penuh keberkatan.




This entry is kindly dedicated to cik musfirah yang telah selamat aman makmur damai sejahtera melangsungkan majlis dan naik pangkat menjadi puan. ‘selamat pengantin baru, barakallahu fikuma’, juga kepada rakan sekelas intec, yang mengadakan kenduri menyambut tetamu, yang bertunang and etc.




O man, I’m getting broke every year! kene prepare wedding gift :)




Akhirnya siap sebuah entry, hampir muntah dan pengsan menyiapkannya. (It’s really a brain-squeezing and nerve-tangling challenge to finish such a lovey-dovey mushy cinta jiwa raga dulang bakul entry)




Kenapa ya sampai buat entry macam ni? (under several influences)




A

when having a chat with kakak ipar, she suddenly said,

‘i berkenan betullah dengan budak tu, baik orangnya tapi adik ipar i ni tak minat pulak’ – about a boy




B

‘yeay, nanti kalau ko kawin, aku nak jadik bridesmaid?’- the question

‘apekah....bile pulak nak kawinnye?’ – the answer

‘ooo, ko tak nak bersanding ek nanti?’ – the failure to understand the answer? – about a wedding




C

While advising leen to take care of her health last winter, she replied, ‘take care too. U pun kene cepat carik orang tolong jaga diri u’ – about???

And many more weird, life-threatening questions.

What is going on actually, it remains unclear- x file





'only meeting once a year is pretty sad

but to know that you'll surely see them once a year

is beautiful...'

-airi san, kamen rider den o-