Wednesday, January 5, 2011

sri siantan ...




Well, my friend just PM me asking these questions, all in one.
My dear, I’m not Sri Siantan or whoever yang selalu bagi free counseling in newspaper. But, since ini bukan tanya main-main dan kamu mahukan jawapan, with my arms open dan lafaz bismiLlah, saya akan memberikan jawapan dari pemikiran seorang yang amateur.


mari mulakan dengan series of questions from my beloved friend.
kenapa kita rase lonely kalau tak ada partner?? ?
kenape mesti jumpa orang yg salah, dan suka dia?
kenapa mengharap?
kenapa orang tu tak suka kita sedangkan kita suka dia?
kenapa perasaan tu tak mutual?
kenapa saya mesti menderita(walaupun tak kronik) tentang masalah perasaan?
kenape dia mesti begitu????
kenapa dah tau begitu, tetap suka??
kenapa? kenapa???????????
  


ini adalah luahan dari emosi yang tidak tenteram, saya katakan padanya. conflict dalaman memang bukan sesuatu yang mudah. semudah memberi motivasi pagi untuk lulus dengan berjaya dalam ujian. saya tiada jawapan, dan tidaklah saya boleh berpura-pura memahaminya kerana bukan saya yang berada di tempatnya.
jadi, apa yang boleh saya buat adalah memberikan jawapan tahap budak-budak yang serupa ini...


hahahha, ni apesal ni? *gelak walaupun tak ada yang kelakar bukanlah intro nasihat yang baik. sila lebih serious nad*


*ok, dengan
mode yang lebih serious.


sebenarnya kita tak rasa lonely, kita cuma sekadar rasa cemburu melihat orang mempunyai pasangan. bukan juga cemburu yang sebenar, tapi kerana cemburu yang diada-adakan, kerana pengaruh tv, commercials, magazines segala yang entah hapa-hapa yang buat kita rasa kononnya tak secure atau tak complete hidup kita kalau kita tak ada nak tunjuk muka kita yang sedang bergumbira dengan bf kita di fb sambil berjalan-jalan menikmati dunia.


hidup ni masih muda. jangan rasa
inferior kalau Allah masih sembunyikan dahulu siapa jodoh kita. biarkan ia berlaku naturally, tanpa kelihatan terlalu bersungguh-sungguh cuba mencapai expectations kawan-kawan di fb yang begitu giat meng-upload atau bercerita kisah-kisah yang sweet muieet itu. kita steady je. fikir baik-baik, apa betul ke kita amat-amat memerlukan pasangan? kenapa? apa aja yang kita nak buat dengan pasangan? cerita apa aja bila berjumpa? Best sangat ke berjumpa dan bergambar dan berjalan dan meluahkan perasaan dan bercerita dengan pasangan? seronok sangatkan mengupload gambar-gambar di fb?


You are one mature gal, I believe. So, don't let your roller-coaster emotion takes over your rational mind.
bergembiralah, nikmati kasih sayang dan perhatian yang semua orang berikan pada kita. hargai mereka, mungkin dengan ini hidup kita akan rasa lebih terisi. kita ada kawan yang baik, selalu bertanya khabar, bergelak ketawa mendengar lawak kita walaupun kadang kasar dan tak berapa lawak, ada yang cuba menggembirakan hati kita bila kita susah dan bermuram durja. itu semua anugerah. sebab, entah ya entah tidak kalau kita berpasangan, teman istimewa itu akan berbuat yang sama.


Take care ok,
jangan keliru dengan perasaan sendiri. Be strong. saya akan balik by the end of march this year. Weeee. tapi cuti je la, 1 week. balik for good, end of this year. sila nantikan kedatangan saya supaya kita boleh beronggeng dengan riang ria hari raya. hahahha
*ok, sekali lagi nad, ini bukan penutup nasihat yang baik. kan ke dah suruh serious tadi.* 


setelah saya membebel dengan jayanya, baru saya sedar rupanya saya hanya berjaya mengarut untuk soalan pertama dari satu set soalan di atas. mungkin saya patut tunggu dan lihat dulu adakah kawan saya berasa bosan dengan kata-kata saya. kalau ternyata merepekan itu tidak berkesan dalam merawat rawan di hatinya, nampaknya terpaksalah saya menggunakan pendekatan 'tell ma' dalam surat khabar berbahasa inggeris suatu ketika dulu yang pernah dibaca *walaupun lepas tu ada rasa-rasa aneh dan kemudian ber-gossip dengan room mate tentang masalah orang yang menulis surat untuk mendapatkan free advice dari ruangan mencurah perasaan* di zaman remaja.