Monday, October 17, 2011

yang paling depan ... dan yang paling segan




di sebuah desa yang baru mulai mengenal erti pentingnya kepimpinan dan beragama ...



di sebuah gerai ketika penduduknya sibuk berborak kosong dan berbicara tentang politik dunia.

dari ramai-ramai penghuni, masing-masing datang daripada kelompok manusia yang berbeza pegangan, yang masih sama cuma sekadar niat di hati yang mahu pada kebaikan dan apa yang dinamakan desa yang dipenuhi kebajikan.

satu orang datang memainkan peranan. menyatakan keresahan pada letak duduknya ahli tertinggi kampung mereka. sudah tentu orang itu tidak salah, sekadar ingin tahu dan khuatir pada kepimpinan. itu pada dasarnya bukan suatu masalah yang berat. walaupun sebelum ini belum pernah ada yang mempersoal, namun kerana kawasan kejiranan sebelah sudah mula dipengaruhi dan dijajah oleh kuasa asing, maka dengan berat hati permsalahan itu terpaksa diutarakan.

rupanya soalan itu datang dari sang ketua. dia khuatir betapa beratnya kuasa luar akan mempengaruhi fikiran anak-anak muda, boleh jadi sehingga anak-anak muda yang lupa dunia ini menjadi semakin lupa atau buat-buat lupa pada kampung akhirat.

setelah dengan hampir terpaksa soalan pun terluah dari mulut sang ketua, masing-masing terdiam. sebelum ini belum pernah terfikir dan terlintas suatu hari nanti mereka akan dijajah oleh kuasa luar. sebelum ini mereka aman-aman sahaja. walaupun banyak berbuat dosa dan maksiat, banyak mengumpat dan membuka aurat, tiadalah mereka berasa bakal mendapat seksaan. buktinya, desa mereka sering terselamat daripada bencana alam. maka, tiadalah mereka merasa murka Allah akan terkena pada mereka.

tapi apabila sang ketua mula gusar dan tak betah untuk duduk diam, ditambah pula kekalahan desa sebelah pada kuasa luar yang menjajah, menjadikan topik yang sebelum ini dianggap remeh, sudah tidak dipandang enteng lagi. masing-masing mula berfikir dan berkobar-kobar bersemangat waja untuk mempertahan desa tercinta mereka.

dari wakil puak kiri, mereka seolah-olah menyalahkan sang ketua. ialah, 'sang ketua ni lenient sangat. kami inginkan ketegasan. kami ingin segera mencapai wawasan islam. kalau boleh kami nak semua mengikut apa yang kami buat. kalau ikut tok ketua yang cuma ceramah sikit-sikit di masjid setiap antara maghrib dan isyak, bila pulak nak mencapai matlamat. asyik pending, pending dan pending ajalah.' berkata wakil dari puak kiri dengan penuh emosi.

yang lain terdiam. mungkin terkejut dengan sikap yang ditunjukkan. setelah beberapa saat berlalu, barulah ada suara-suara sumbang tetapi jujur yang cuba mempertahan tok ketua, 'dah memang mereka tu dari dulu tak suka tok ketua memimpin desa ni, bila ada masalah sikit, bukan nak cari jalan sama-sama, tapi masing-masing nak mencalon ketua pilihan mereka. bukan ke mereka kalau boleh nak orang-orang mereka sahaja yang kuasai pentadbiran? nak cara mereka saja dalam mentadbir? ingat kalau mereka yang pimpin desa ni, automatic ke desa ini akan dipanggil lebih islamik? atas jaminan siapa? jangan sombong kawan.'

seorang lagi menambah, 'iyalah, sub bahagian ini memang terkenal dengan semangat tapi rata-rata kurang dalam adab dan akhlak. mereka suka pada kebaikan, berusaha bersungguh-sungguh, itu semangat, tapi agak kurang sewaktu menegur. mungkin kerana orang yang bersemangat lebih tapi kurang ilmu itu kurang juga hikmahnya'

suara lain ikut membidas, 'ya, saya mati-mati ingat mereka ni orang-orang yang matlamat menghalalkan cara. kurang berhikmah dan kurang berbahasa. mereka tak kisah macamana teguran mereka janji disampaikan, tak ambil peduli ada hati yang terasa, ada jiwa yang terluka dan ada akal yang memberontak dengan sikap mereka. mana-mana mereka nampak silap, tanpa usul periksa atau berfikir panjang mereka terjah. yang jadi masalah, mereka salah tuju. orang awam yang kena padahal pergi la langsung ke pucuk kepimpinan. kalau mengapi-apikan orang awam kan nampak kurang hormat pada pemimpin atasan.'

seorang lagi menyampuk, 'eh betullah. ada yang on the spot kena tegur dengan keras. kalau mereka ada ilmu tentang hikmah, mungkin mereka tahu Nabi dulu menegur dengan sabar. kata seorang ulama, kita mengemis kasih orang yang diajak, agar kembali kepada Tuhan. kalau mereka tegur dengan terlalu kasar, tak ada basa basi, main tikam je, kalau orang yang ditegur sakit hati, apa bukan lebih besar masalah. desa kita ni dah cukup penuh dengan orang-orang yang serba tak kena, yang kuat memberontak, yang rasa diri boleh hidup sendiri, yang overconfident, yang dah rasa cukup baik dengan apa yang dia buat, yang rasa boleh buat amalan ibadah yang ini tapi tinggal yang itu, yang rasa diri adalah orang barat yang terperangkap dalam badan orang timur. kalau tambah satu lagi golongan; yang memberontak kerana ditegur kasar, alamak tak jadi la nak menyatukan penduduk-penduduk desa kita.'

seorang lagi sudah menggeleng-geleng kepala, 'kasar tu satu, matlamat menghalalkan cara pun satu. kuat bercakap belakang pun sama. kalau benar dia nak tau background supaya boleh fikir cara nak approach, tak perlulah sampai berbincang nama orang dan sifatnya. cukup sekadar minta pendapat, tak perlu tau siapa. tak payah sampai bagitau semua yang ada. refer aja pada alim ulama'. buat macam tu, kita jadi baiknya tak juga. makin berpecah mungkin juga. mungkin dalam mereka bersemangat mereka terlalu mengharap hasil dari usaha mereka. selagi tak nampak hasil, selagi tu la mereka akan memberi tekanan. bukan ke sepatutnya kalau dah rasa tak berhasil, evaluasi cara masing-masing dan cuba pendekatan yang lain?'

'padah mereka bercakap tentang orang lain di belakang, orang lain juga berani-berani aja bercakap tentang mereka. ada yang cakap, mereka ni memang suka menyendiri dan buat aktiviti antara mereka-mereka sahaja. bila orang lain tanya, mereka cuma diam. mungkin mereka tak sedar tok ketua, tapi ramai yang terasa hati. hah, macamana pula tu? kita yakin mereka bukan begitu tapi cara dan gaya mereka seperti mereka saja yang bagus, dah benar, dah tepat. tapi, sejujurnya orang lain yang melihat dari luar masih ragu-ragu. ada yang sampai menuduh mereka ini bajet bagus, holier than thou.' sela satu lagi penduduk desa.

tok ketua akhirnya berkata, 'sudahlah, kita bukan nak mengumpat dan mengutuk. ini persoalan macamana nak memantapkan kedudukan desa kita. kalau kepimpinan bermasalah, habislah. kuasa luar dah mula melihat-lihat. untuk mereka yang begitu, nanti kita bercakap dari hati-ke-hati. mata- ke-mata, kalau kita mengutuk di sini, sama aja kurang berhikmah'

baru mereka terdiam. satu orang mencadangkan supaya bergabung saja dengan kuasa luar itu. 'kalau kita dah sama taraf dengan mereka, co-partner, tak kan mereka nak menjajah kita lagi. kita kan kawan. kawan mana makan kawan.'

tapi yang lain menolak. alasan mereka kerana pernah bekerjasama dengan kuasa luar itu, mereka cukup baik dan ramah, tapi matlamat ternyata berbeza. 'mereka maukan yang dunia-dunia aja, sedangkan kita mau yang lebih-lebih jauh dari sekadar dunia aja. bukannya kita nak tinggal mereka, tapi untuk bergabung dalam keadaan mereka sama sekali tak faham pada agama kita dan suka pada hiburan dunia semata adalah satu malapetaka.'

tok ketua menyambung, 'kita akui, yang salah itu kita, tak berusaha sungguh-sungguh nak bagi faham, ye la, macamana nak bagi faham, kita pun sama saja macam mereka, bila dihidang hiburan dunia, kita yang paling ke depan. bila diajak ke agama, kita yang paling segan. biar kalau nak bergabung walau mereka tak faham, tapi sekurang-kurangnya mereka ada rasa hormat pada agama kita. kalau rasa hormat pun tak ada, apa aja yang tinggal pada kita. bukan bergabung namanya, tapi menyerah kalah.'

'betul tu tok ketua. kita buat dulu kerja kita, hasilnya terserah pada Allah tapi yang penting kita dah berusaha mahukan rasa hormat itu ada pada hati-hati orang lain. lepas tu baru kita tengok, perjanjian persefahaman mana yang kita dan mereka sama-sama boleh capai dengan adil dan saksama. kita kena ingat, kita bergabung bukan nak pangkat, nama, glamor, dana tambahan untuk buat program, tapi semata-mata nak kuasa luar tu tahu akan keindahan agama Islam yang kita amalkan.' celah seorang lagi.

'kalau gitu la gayanya tok ketua, kita tak payah la bergabung dengan mereka. nama aja bergabung, tapi dasarnya kita berada bawah mereka. kalau yang atas kurang faham, kita pula tiada usaha nak memahamkan, gayanya bukan kuasa aja yang hilang, agama pun lesap. ibarat yang di bawah selalunya hanya mengikut arahan ketua. kalau arahnya hiburan, berhiburlah. kita hilang arah dan daya.' seorang penduduk memberi kesimpulan.

masing-masing mengagguk perlahan tanda mengiyakan. satu suara kemudian kedengaran, 'tok ketua, apa kata kita gabung saja dengan kumpulan kampung seberang? mereka itu orang kita-kita juga. suka pada benda-benda baik juga. ada la satu dua kenduri kendara kerbau satu-dua ekor mereka tumbangkan pada majlis agama. bukan tok ketua kata tadi, yang faham pada agama kita lagi mudah kalau nak bergabung? majlis agama mereka pun boleh tahan grand juga tok ketua, maklumlah mereka orang berada. orang banyak duit. kita pun bukan tak pernah ke majlis agama yang mereka buat, majlis raya aidilfitri dengan raya haji. bukan ke tu dah cukup jadi bukti betapa mereka itu suka pada agama dan ibadah?'

semua terdiam seperti mula mahu menyetujui pendapat tadi. tetapi tiba-tiba, 'bukan tak nak setuju, tapi tok ketua mereka ini pun sama aja. hari ni bertadarus Quran, esok beriya-iya buat majlis ada joget lambak. lusa buat pertandingan hafazan, tulat dan dan dia buat pertandingan ratu cantik. mereka agama, agama juga. kalau dihidang dunia, mereka ambil juga. suka mereka dengan hiburan, lebih-lebih lagi pada nyanyi-menyanyi. alasan untuk hiburan bagi tetamu yang bukan muslim tapi mereka juga yang paling galak.'

'khuatir juga saya mendengarnya tok ketua. tapi bukan tang hiburan aja, tang berduit tu buat hati susah juga. buatnya mereka cuma berminat bergabung untuk tenaga kerja kita aja bagaimana tok ketua. mereka mungkin menyangka biar mereka yang salurkan duit, kita yang bantu dengan tenaga. tapi, yang dirisaukan kalau tujuan tak sama, kita nak bagi pendapat nanti silap hari bulan kita dikatakan tak sedar diri, duit orang bagi dan dan nak banyak cakap. kita ni cuma sekadar melukut di tepi gantang. cuma menumpang tuahnya orang. cuma sumbang tenaga dalam majlis orang. hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. tak pun di sound nya kita nanti, kita tak mahu berburuk sangka tok ketua, tapi sebab pernah jadi dalam majlis mereka, orang kampung sebelah mengadu, bila ada yang nak bagi pendapat, dikatanya mereka boleh putuskan sendiri sebab ini majlis mereka, ini bukan urusan atau keputusan tok imam di kampung satu lagi' berkata seorang lagi.

'saya pun ada dengar ceritanya. takut saya jadinya tok ketua. saya ingat majlis tu majlis agama, tak apalah kalau ada tok-tok imam yang nak bagi sedas dua pendapat. bukan mereka cakap kasar-kasar pun, cuma fikirkan kebaikan ummat. tapi bila dah dibagi warning macam tu, kampung sebelah dah malas nak joint venture. dah itu pendirian mereka, kita hanya tolong bagi tenaga kerja, urusan atas urusan mereka. yang mereka risau kalau tetamu rasa tertekan dengan majlis bercorak agama mereka. tok -tok imam tu dah bagi alasan, mereka yang jadi tuan rumah, merekalah yang tetapkan rules. adat nak bertandang rumah orang. kita yang buat majlis, kita lah yang set up nak buat apa. orang yang datang, kita layan, bukan kita nak buat naya, cuma ini majlis agama, bukan majlis ronggeng. hiburannya berdasarkan agama, ada sopan, ada silu. bukan mengikut nafsu. tak ke ironic tok imam. bulan lepas bertadarus, bulan ini joget bagai nak rak.'

'betul jugak tok ketua. hujung-hujung program amal, buatlah sambutan kejayaan ibadah. tapi kalau berpesta sakan, berjaya ke mana, akhlak ke mana. takut jadi sia-sia tak bererti aja apa yang dibuat sebelumnya. dah tak nampak indah islam, tak nampak suci majlis jadinya. hanya pesta suka-suka dan socializing golongan yang rasa separa elite' akhiri seorang penduduk.
 
tok ketua tersenyum sumbing, nampak gaya tak adalah pilihan untuk bergabung bagi desanya. yang satu tak faham, yang lagi satu kurang faham. mungkin ini yang terbaik, jatuh atau bangun desanya nanti biar dengan cuma satu tujuan, bukan berbahagi-bahagi tujuan dan bekerjasama dengan orang yang tak sama tujuan semata-mata untuk dana, nama, pangkat. rezeki Allah yang bagi, ada rezeki jalanlah project di desanya nanti, kalau tak ada dari luar, mereka ikhlaskan hati saja infaq untuk mengumpul dana.

yang penting pendirian jelas dan yang tetapkan aturan menjadi milik mutlak penduduk desa berdasarkan jalan agama. tak dipengaruhi atau takut-takut atau terhutang budi sebelum mengeluarkan pendapat. bercakap pasal politik kampung memang tak ke mana, kalau mau ke mana, kena buat usaha atas iman dan berdoa banyak. pertolongan tu sungguh memang milik Allah. nabi dulu pun sebelum dapat madinah tak pernah pulak bercakap soal politik dengan para sahabat. hanya tentang dakwah semata.




Wednesday, September 14, 2011

dunia adalah ...

dari seorang guru ... beliau berkata,



'dunia adalah rumah sakit jiwa ... seandainya sakit jiwa itu didasarkan pada sifat berbicara sendiri, maka pasti setiap orang punya sifat itu. 



manusia dan kecenderungannya berbicara sendiri ... kerana hati berbolak balik. bila susah menetapkan pendirian hati, membuat keputusan, melepaskan marah yang terpendam, menyatakan ketidak puasan di saat tiada kawan untuk berkongsi, memotivasi dan memberi semangat pada diri ... manusia akan berkata-kata dengan dirinya ---> pep talk



cuma nantinya bergantung bagaimana seseorang mengawal habitnya itu ---> apakah hanya kata-kata yang dizahirkan dalam hati, dari akal atau sentiasa melafazkan dengan kuat sehingga kedengaran oleh orang lain.



jadi semua manusia secara umunya ada potential untuk menjadi gila ... dan Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana juga telah memberikan pedoman agar manusia sentiasa mengawal diri dan bersederhana. caranya ---> dari kau cakap sendiri, baik kau redha dan cuba bersabar, berusaha mengingat Allah dengan berdoa, berzikir dan membaca Quran serta sunat-sunat lainnya. melarikan hati dan fikiran dari yang tidak-tidak, dari yang bukan-bukan, dari cakap sorag-sorang kepada mengingat Tuhan.



kerana janji Nya ... 'dengan mengingati Tuhan, hati menjadi tenang...', 'in remembrance of Allah, does the heart find peace' dan 'The believers are only those who, when Allah is mentioned, their hearts become fearful, and when His verses are recited to them, it increases them in faith; and upon their Lord they rely -' 8:2






secara umum, manusia itu mudah lupa, mengambil secara literally maksud manusia itu sendiri. kerana itu manusia kadang ada yang sifatnya neurotic dan ada yang juga psychotic.






neurotic --->
often have damaged self-images that stem from low self-esteem.
'kenapa la nasib aku macam ni?' - keluhan typical
'apalah malang nasib aku sampai jadi macam ni,' - satu lagi keluhan typical
'ya ampun, bagaimana lagi harus aku lakukan supaya nasibku tidak jelek-jelek bangat ... supaya aku tidak melakukan kesalahan fatal sampai jadi macam ni' ---> ok, ini versi sinetron






manusia dengan sifat neurotic adalah manusia yang suka menyalahkan diri sendiri ---> secara tak langsung menyalahkan taqdir ---> tiada sifat redha ---> dan ini serious





selalu rasa rendah diri kerana kekurangan diri sampai rasa apa saja kesusahan, kesukaran, masalah yang timbul dalam hidup --> bukan merasa kerana itu ujian dari Allah untuk manusia check, recheck and cross-check level iman masing-masing, bukan merasa untuk mematangkan diri sendiri dan belajar dari kesilapan (oh terasa)



---> tapi merasa semua itu memang kerana diri dilahirkan dengan ketidakmampuan menguasai hidup, menjadi seperti orang lain. tak pandai macam cik kiah, tak cantik macam cik munah, tak petah berkata-kata macam cik senah, tak putih macam cik limah, tak kaya macam cik joyah dan tak dan tak dan tak ---> sebab diri memang tak dilahirkan macam tu, sebab memang lemah tak mampu acquire skills... rasa down memanjang ---> inferiority complex ---> depression with psychotic symptoms --->; hidup dalam dunia sendiri yang mana dia rasa diri tak berguna (delusion)






psychotic atau character disorder pula, bertentangan dengan sifat neurotic. pada manusia dengan penyakit psychotic ---> humans see themselves as superior which leads to a sense of entitlement.



sebab rasa diri besar, bagus, pemimpin sejati, disukai ramai dan tak mungkin melakukan kesalahan, jadi jika berlaku juga kesalahan dalam hidup ---> apa kelas bhai salahkan diri sendiri yang sentiasa dianggap betul ---> jadi salahkanlah orang lain yang kurang betul hingga menjadi penyebab berlakunya kesalahan (ok, terasa lagi)



very reactive instead of productive ---> 'salahkan tax naik sampai dia jatuh miskin'
'salahkan duti import mahal sampai dia tak boleh merasa pakai kereta mewah macam jiran sebelah'
'salahkan pemimpin kerana tak islamic padahal dia solat jemaah awal waktu pun tak dapat'
'salahkan suami orang lain yang tak sekolah agamakan isteri masing-masing sampai tak tutup aurat, macamana nak hidupkan negara islam, padahal isteri sendiri gila mengumpat walau banyak sembahyang sunat'
'salahkan pembangkang yang selalu mengumpat atas nama politik padahal nak negara islam/kebajikan tapi dia pun terhibur dengan gossip dan tiada ciri rakyat negara islam'



pada kitab-kitab dahulu, bab akhlak, bahagian akhir sifat mazmumah / sifat-sifat yang dibenci syara' itu adalah sifat-sifat riya', sombong, takabbur, ta'jub, cinta dunia dan takut mati (hubbud dunya). dan ini adalah character disorders ---> rasa lebih bagus dari orang lain, jadi orang lain yang salah, kita perfect, maka salahkanlah orang lain ---> padahal sama juga, masih menyalahkan taqdir---> tak anggap ujian sebagai parameter untuk tahu kedalaman iman.



maka bersederhanalah ... kerana ummat islam itu ummat pertengahan
"Dan demikianlah telah Kami jadikan kamu suatu ummat yang di tengah." (2:143) --- a just community




yang suitable in nature, properly fit. yang sederhana. yang hidup antara 2 ummat ---> yahudi yang terlalu cintakan dunia dan takut mati, kerana rasa diri mereka ummat terpilih, gigih nak kuasai ekonomi dan dunia walau dengan cara penindasan (capitalism), sedikit sekali dalam kitab mereka tentang akhirat ( mungkin tafsiran ini merujuk kepada talmud, yang dicipta oleh pendeta yahudi yang tersesat / tafsir ini diambil dari tafsir ayat 2:143) kerana itu mereka menyangka mereka tak akan masuk ke dalam neraka melainkan beberapa hari sahaja (al quran 3:24)



---> dan nasrani, asalnya dari pendeta yang tersesat, agama mereka sangat rigid / ukhrawi tanpa kesederhanaan ---> pendeta tak boleh berkahwin, harus mengikat nafsu dengan bertapa di rumah ibadah ---> hingga akhirnya banyak ajaran baru muncul, yang lebih ringan bagi mengimbangi kekakuan gereja catholic suatu masa dahulu



---> dan ummat pertengahan ini? Allah berikan jalan jika bernafsu untuk menyalurkannya ke tempat yang benar, kerana Tuhan yang menjadikan Maha Mengetahui keadaan manusia yang bukan malaikat. manusia tercipta dengan akal dan nafsu diseimbangkan dengan iman.






dan Allah yang Maha Bijaksana juga dah bagi hints untuk membuka mata ummat tentang ilmu psychiatry dan psychology, dengan mengerti dan memahami Islam, dalamnya ada macam-macam. ada sifat mazmumah yang ada dalamnya character disorders dan Allah berbaik hati menunjuki jalan untuk perbaikan


 



jadi, tujuan manusia ke dunia ini adalah untuk mengenal agamanya .... ^_^

Monday, September 12, 2011

3M ... dan ini bukan 3R

M - menerima segala yang didatangkan kepada kita.


'Verily the creation of any one of you takes place when he is assembled in his mother's womb; for forty days he is as a drop of fluid, then it becomes a clot for a similar period. Thereafter, it is a lump looking like it has been chewed for a similar period. Then an angel is sent to him, who breathes the ruh (spirit) into him. This Angel is commanded to write Four decrees: that he writes down his provision (rizq), his life span, his deeds, and whether he will be among the wretched or the blessed'
          4 decrees --> rezeki
                                umur
                                amalan
                                dan masuk golongan mana
 

 ini adalah sesuatu yang kritikal. manusia sifatnya sering berkeluh kesah terhadap apa yang dia dapat dan tidak dapat. kerana manusia itu sifatnya lupa. bila dapat apa yang dia nak, dia akan bandingkan dulu dengan yang lain sebelum bersyukur. kerana itu macam normal kalau membandingkan anak sendiri dengan anak jiran, diri sendiri dengan saudara mara, anak yang ini dengan yang itu, pelajar ini dengan pelajar itu, padahal dalam membanding beza boleh aja rasa tak puas hati dan akhirnya menyalahkan taqdir .... kalaulah kalaulah kalaulah, which is annoying and disturbing.


kenapa tidak boleh berasa bersyukur dan berpuas hati dengan perjalanan taqdir?


knowing that the provision has been written. the pens have been lifted and the ink has dried. dan itu bukan sama sekali tujuan kita hidup di dunia. Dunia adalah tempat di mana manusia mencari dan berkenalan dengan agama dan Penciptanya. dan kerana itu dunia adalah medium yang baik untuk ujian. dengan setiap ujian supaya manusia tahu, sejauh mana competency level dan bagaimana hubungannya dengan Tuhan.


'kalaulah aku jawab macam tu tadi mesti .....' 'kalaula tadi aku datang, mesti ....'


'kalaula dia tak buat macam ni kat aku, mesti ...' 'kalau tadi tak banyak kereta, mesti..'
                                

hello dude, tiada yang pasti dalam dunia ini melainkan numbers and figures (yang mana setiap suatu Tuhan jadikan dengan kadarnya), other than that, it's for Him to know and for us to find out. tak mesti kalau itu terjadi, akan dapat apa yang dimahukan. no guarantee. dan tak mesti apa yang tinggal itu buruk belaka.


jadi, ingin lebih cantik dari yang lain hingga akhirnya tudung menjadi singkat, baju semakin ketat, nampak setiap curve of your body just in order to look good or perfect in pictures or hoping others to throw the praises 'wow, you look fantastic' 'fashionable' 'dare to change' adalah something ridiculous kerana dalam ingin lebih dari orang lain, provided apa juga alasan in heaven's name, untuk tingkatkan keyakinan diri ke, apa ke, tidak harus membelakangkan agama.


tidak harus encourage orang lain juga untuk mengarah ke mungkar, 'eh, kenapa kau tak pakai baju macam tu, waah cantik-cantik ek' contoh ayat yang sering didengari padahal untuk jadi macam tu there's a high price to pay. at every turn, there are risks. how willing a person to sacrifice for something which can't last forever ...
sama juga, nak jadi kaya, nak belajar oversea... it's a test for anyone who is thoughtful enough to understand that the challenge is there. untuk tidak rasa diri lebih baik dari yang lain.


rezeki itu dah tertulis, tiada seorang manusia punya upaya untuk menambahkannya atau menguranginya, apatah lagi untuk dapat free access to lauh mahfuz dan menukarkannya kepada bentuk apa pun. jadi mengapa mesti membanding-bandingkan? ^_^


hadith di atas ada sambungannya ...

'...I swear by Allah - there is no God but He - one of you may perform the deeds of the people of Paradise till there is naught but an arm's length between him and it, when that which has been written will outstrip him so that he performs the deeds of the people of the Hell Fire; one of you may perform the deeds of the people of the Hell Fire, till there is naught but an arm's length between him and it, when that which has been written will overtake him so that he performs the deeds of the people of Paradise and enters therein.'


boleh jadi apa juga sikap tak bersyukur dan menyalahkan takdir dan ingin jadi lebih dengan cara yang salah menjadi penyebab overtaking itu. iya, mana ada manusia yang ingin jadi begitu, cuma kadang sikap. bila seorang tak puas hati, akan automatically triggers others to become reactive. 'eh, aku dapat B aje' while orang lain dapat C, tak ke jaki yang mendengarnya, dan akhirnya yang C tu terus-menerus rasa tak best dan kecewa. domino effect; one falls others will follow, it's a chain reaction where small change causes similar change nearby.



M - menolak segala kesenangan dunia kecuali memerlukannya.


seorang ustaz berkata, 'keperluan manusia panjang, sampai ke akhirat, oleh itu kita kena berusaha untuk gunakan kesenangan dunia untuk manfaat akhirat. oh, ini sangat susah sekali, yang atas pun susah.


kerana yang menggembirakan itu selalu bermula dengan nafsu, dan untuk meletakkan kegembiraan itu berakhir dengan iman adalah payah. apatah lagi untuk mendapat nikmat dalam beribadah. lebih mudah mendapat pujian bila dilihat seakan beribadah  ^_^



M - menikmati masa-masa melawan hawa nafsu.


sudahlah nafsu itu membawa kita ke arah kegembiraan dunia, sekarang harus menikmati pula saat berlawan dengannya? oh, almost impossible, tapi mungkin lebih bersemangat saat ada target.


jadi target nya adalah menundukkan nafsu --- . kerana target menghadapi masalah adalah mengalahkannya.
ya, mengalahkannya dengan sepenuh jiwa dan raga dengan rela hati kerana Tuhan ^_^

Saturday, September 10, 2011

ikhLas ...

' amal tanpa ikhlas ...tanpa bimbingan, seperti seorang musafir yang memenuhi kantung-kantungnya dengan bawaan/muatan yang kemudian dia pindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain tapi tiada manfaatnya'


'semulia-mulia sesuatu di dunia ini adalah ikhlas. berapa kali aku berjuang untuk mendapatkan ikhlas dengan memutus riya' dari hatiku, maka seolah-olah dia bertambah, dalam warna yang lain...' yusuf bin husain


'ikhlas itu adalah rahsia antara Allah dan hamba. yang tak mengetahuinya seorang raja yang kemudian merampasnya dan juga yang tak diketahui syaitan yang kemudian merosakkannya, nafsu tak menyedarinya hingga mampu mempengaruhinya'


'ikhlas punya keutamaan luar biasa. tiadalah seorang hamba itu betul-betul ikhlas sampai 4o hari kecuali akan tampak mata air hikmah mengalir memancar dari hatinya dan dari lisannya'


'manakala seorang hamba masih melihat keikhlasan dalam keikhlasannya, maka keikhlasan dirinya masih memerlukan keikhlasan lagi' - abu ya'kub


maka, bagaimanakah kita nak dapatkan ikhlas itu? ^_^ mari kita pelajarinya :-

'kerana ikhlas itu adalah sebuah perjuangan maka ikhlas dicapai dengan kekayaan hati yang memerlukan tempat yang sangat lapang dan luas'

bagaimana menata hati agar luas dan lapang?
'diakibatkan dari cahaya iman yang masuk dalam hati'

bagaimana membuat cahaya iman masuk ke hati?
'jadikan hati selalu dialiri fikiran dan perasaan yang jernih dan dengan membersihkan aqidah dari syirik dan segala macam kabut penghalang cahaya iman iaitu syahwat dan amarah'


dari kata-kata hikmah di atas, maka tahulah saya bahawa :
+ amal adalah kerja, dan kerja adalah :
W = \Delta E_k = E_{k_2} - E_{k_1} = \tfrac12 m (v_2^2 - v_1^2) \,\! 
 amount of energy transferred by a force acting through a distance in the direction of the force
 -> jadi, bila seorang melakukan amal tanpa ikhlas, dengan amal=kerja, dan kerja=tenaga yang bertindak melalui daya, hannyalah membuang tenaga dan daya, tanpa seseorang itu mendapat satu pun kebaikan darinya. 
 
penat untuk impress orang lain, cuba menjadi yang bukan kita, beramal untuk diperlihat dan gembira bila amalan disebut-sebut. semua kerja untuk melibatkan tenaga dan memerlukan daya, dan setelah kita bersusah-susah, akhirnya end up dengan hanya penat tanpa pahala kerana tiada ikhlas dalam amalan.
 
betullah apa yang disebut-sebut pada kata-kata hikmah yang pertama. macam traveler yang penat kerja loading dan unload barang yang dia bawa setiap kali dia sampai ke satu tempat. tapi, tak ada purpose pun, dan tak ada benda pun yang dia dapat in return. useless.
 
'+ yang kedua: yang paling mulia di dunia adalah ikhlas. ikhlas ≠ riya'. apabila seseorang cuba untuk mendapatkan apa yang paling diinginkan , dinamakan perjuangan. jadi, bila seseorang mahu mendapatkan ikhlas, harus dengan cara berjuang. *logic akal: semua orang mahukan kemuliaan* 
dan siap dibagi tips, untuk dapatkan ikhlas, harus menghapuskan riya' dari hati, kerana hanya dengan memutus riya' akan mendapat ikhlas, ikhlas: riya' (-). tapi, tidak mudah.
riya' = emosi = energy, dan berbalik kepada 1st law of thermodynamics, consequence from the law of conservation of energy, it can't neither be created nor be destroyed. energy in a system is constant over time but energy can be transformed. 
selagi manusia itu hidup, selagi dia punya tenaga, ada sebahagian dari tenaga itu menjadi emosi dan dalam banyak-banyak emosi itu ada yang akan tersalur menjadi riya'. selama manusia itu hidup, manusia itu selalu ada possibility untuk menjadi riya'. dan itulah yang dituntut oleh hidup, untuk manusia mengawal tenaganya, dengan mengenal agamanya. 
tujuan beragama adalah untuk menyalurkan tenaga ke arah yang sihat bagi kesejahteraan manusia. tapi kena ingat yang namanya riya'=tenaga itu boleh berubah-ubah warna, menipu manusia. berbalik kepada prinsip pengabdian tenaga. it can be transformed from one to another. macam tak riya' je, tapi rupanya riya'. mungkin itulah yang dimaksudkan oleh yusuf bin husain dalam kata-kata hikmah beliau. 
+ ikhlas itu suatu yang very discreet, yang menjadi rahsia antara 2. antara Pencipta dan makhluk. manusia ada banyak kawan-kawan dan family dan media macam blogs, fb, tweeter untuk meluahkan perasaan dan rahsia. kadang sampai tak jadi rahsia lagi. tapi untuk suatu yang bernama ikhlas, biarlah teristimewa hanya Dia yang tahu akannya. bila manusia itu sudah ada ikhlas dalam jiwa, hasil susah payah berjuang, maka benda yang bernilai pasti terlalu tinggi risiko kehilangan, macam collections dari tiffany and co atau dari cartier yang tak akan dibawa ke mana-mana kecuali majlis tertentu, yang kerana takut kehilangan akan book safe deposit box. macam tu juga ikhlas, ia terlalu berharga, lepas dah disimpan dalam hati, berusaha supaya tak akan terlepas lagi atau hilang. kerana itu ia kekal rahsia. supaya tiada yang tau, supaya selamanya ikhlas itu ada dalam diri. jadikan hati = safe deposit box untuk ikhlas. biar dia selamat di situ hingga tiada yang mampu menggugat.
'+ orang yang ikhlas, one thing for sure, manusia tanpa perlu kepada syllabus masih boleh menganal pasti dengan hati nurani. akan terkesan kata-kata yang lahir dari hati yang ikhlas = hikmah.
kerana concept ikhlas = buat atau tak buat sesuatu itu hanya kerana Allah. jadi kalau dia cakap atau tak cakap itu adalah kerana Allah = hikmah. ikhlas juga adalah tenaga, sesuatu yang dalam system, boleh dialihkan hingga orang lain boleh merasakannya.
+ abu ya'kub berkata tentang keikhlasan, yang berbalik kepada kata-kata hikmah sebelumnya, kerana ia suatu yang rahsia, harusnya tidak terlihat. tapi kalau diri masih melihat, maka harus belajar focus menyalurkan ikhlas itu seperti menyalurkan tenaga hingga dia berubah menjadi sesuatu yang kita tak melihatnya lagi. menjadi rahsia, antara hamba dan Pencipta
'+ ikhlas adalah sesuatu yang berharg. benda-benda mahal ni memang perlukan space yang besar untuk disimpan dalam hati. dia tak nak berkongsi tempat dengan nafsu kejahatan ataupun riya'. jadi, sebelum ikhlas masuk ke hati, sediakan dulu tempat yang sesuai untuk dihuni ikhlas. optimum medium.
macam culture, kalau medium bagus, akan tumbuhla apa yang ditanam. kalau hati dah disediakan dengan iman yang merupakan medium yang bagus untuk pertumbuhan ikhlas, maka akan tumbuhlah ikhlas di situ, membesar dengan sihat dan kuat.
tapi macam lagu raihan, iman tak dapat dijual beli, tiada di tepian pantai dan tak dapat diwarisi. iman juga perlu pada medium yang sesuai untuk pertembuhan. dan medium itu adalah 1) fikiran dan perasaan yang baik. manusia itu hanya bersangka-sangka. itu jelas sifat manusia, unmodifiable factor.
maka kerana itu Islam mengajar kalau mahu bersangka juga, bersangkalah yang baik. jangan bergosip dan menuduh yang bukan-bukan. tapi itu susah, kerana hati adalah suatu yang berbolak-balik. dan kerana sifat hati yang itulah, Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang tidak akan menilai dosa berdasarkan niat. seseorang yang berniat jahat tidak akan mendapat dosa sehingga dia melaksanakan niatnya itu. sehingga ia menjadi perbuatan, launching into action.
2) kerana ikhlas sesutu yang mulia, dia tak akan mahu kongsi kedudukan dengan sesuatu yang kotor. kalau tetamu nak datang, kena bersihkan rumah. kalau mahu ikhlas bertamu di hati, kena bersihkan hati dari kotoran syirik besar dan kecil  dan blind/curtain/drapes yang menghalang cahaya iman iaitu syahwat dan rasa marah.
jangan mengidolakan manusia, lebih-lebih lagi pada yang sedar bahawa manusia itu tak sempurna. jangan terjerumus dalam nafsu, lebih-lebih lagi bila sukar dicari garis sempadan antara nafsu dan cinta. jangan merayu-rayu engkaulah segala pada manusia, sedangkan yang memberi oxygen, yang mengeluarkan carbon dioxide dan menurunkan rezeki hanya milik Allah. jangan rasa semua yang didapat hasil diri sendiri, padahal segala aliran darah dalam badan perlu pada kuasa Tuhan untuk kelancaran.
boleh jadi suatu masa aliran darah itu tersumbat atau pecah dan merosak otak, manusia itu boleh hilang segala sesuatu yang dia usahakan. pemikirannya, tingkahlakunya, personality, cognitive, knowledge, fine and gross motoric hingga dia tidak mampu berbuat apa-apa. sampai suatu masa dia seperti bayi yang perlu pada latihan semula dari awal. macam tu rezeki itu dapat, semudah itu juga ia menghilang. dan manusia tiada kudrat dan upaya untuk berkata tidak.
dan Tuhan dengan sifatnya yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dah memberi hints supaya manusia belajar menghayati 1st law of thermodynamics. 
" sifat marah itu dari syaitan.Syaitan dicipta dari api.Satu-satunya benda yang boleh memadamkan api hanyalah air.Oleh yang demikian, jika seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah segera mengambil wudhu' { HR Abu Daud - sahih } 
“Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari”
          (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)
 
 
 
           'Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam'
           (Nabi saw mengucapkannya 3 kali)            (Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)
Sulaiman b. Sard said, “I was sitting with the Prophet, peace be upon him, when two men abused each other and one of them became so angry that his face became swollen and changed. The Prophet, peace be upon him, said, ‘I know a word that that will cause him to relax, and this is, “I seek refuge with Allah from Satan, the accursed.” (If he said these words) his anger will cool down.’ Source: Muslim and Bukhari, Fiqh us Sunna, vol 4, #133.
The sayings of our beloved Prophet Muhammad (blessings and peace be upon him) "When one of you becomes angry while standing he should sit down. If the anger leaves him, well and good; otherwise he should lie down." - Al-Tirmidhi Hadith 5114 Narated By Abu Dharr
Prophet `Isa (Jesus Christ) -peace be upon him- was once asked: "What thing is difficult?" He said: "God's wrath." Prophet Yahya (John the Baptist) -peace be upon him- then asked: "What brings near the wrath of God?" He said: "Anger". Yahya - peace be upon him- asked him:"What thing grows and increases anger?" Isa -peace be upon him- said: "Pride, prestige, hope for honour and haughtiness."
+ syaitan itu dari api -> api : tenaga cahaya + haba -> 1st law of thermodynamics ; neither be created nor be destroyed -> berubah menjadi emosi, marah -> bagaimana menyalur tenaga dari marah: dengan focus menggunakan tenaga yang ada untuk kerja yang lain ; mental focus on how to remain silent and hold one's tongue, berubah posisi, jalan ke bilik air dan ambil wudu'. semoga dengan concentrate melakukan aktiviti lain yang menggunakan tenaga, tenaga yang digunakan untuk marah akan tersalur ke yang lebih berfaedah ^_^

Saturday, August 13, 2011

after every rainfall, must come a rainbow



"Barangsiapa bersembahyang Jemaah dan duduk mendengarkan Pengajian ilmu, mendengarkan firman Allah kemudian diamalkannya, ia akan dikaruniai oleh Allah dengan enam macam karunia : Rizqi yang halal, terhindar dari siksa kubur, menerima kitabnya (catatan amalnya) dengan tangan Kanannya, melewati jembatan Shirath secepat kilat, berkumpul bersama para nabi di Padang Masyar dan dibangunkan oleh Allah sebuah rumah di syurga yang terbuat dari yaqut merah dan mempunyai empat puluh pintu".



a) rezeki yang halal

cerita daripada seorang guru, dari temannya pernah menyatakan, 'zaman sekarang nak cari rezeki haram pun susah, apatah lagi rezeki yang halal' 

kenyataannya memang perit dan sulit. nak cari kerja, nak guna duit, nak buat belanja, nak beli barang dapur, nak ke gas station, top credit, monthly bills, belum untuk anak, diri sendiri lagi. 
kalau takat nak harapkan usaha manusia untuk mendapatkan semua keperluan hidup dengan daya dan kudrat yang ada memang tak dapat.

belum ditambah dengan demands daripada pasangan yang materialistic dan mata duitan, yang tak pernah bersyukur atau cukup dengan apa yang ada. yang suka membanding beza takdir sendiri dan orang lain. memang boleh buat gila.  dan ternyata cinta tak pernah bisa memberi apa-apa. tak percaya?

statistics di satu tempat di negara jiran menjelaskan angka perceraian yang semakin meningkat adalah kerana pasangan yang meminta cerai merasa pasangannya tidak mampu untuk menyediakan apa yang dia mahukan. kerana masalah sosioekonomi, ada yang meminta cerai kerana tidak dibelikan kereta, ada yang meminta cerai setelah balik dari reunion kerana mahu kehidupan lebih baik setelah sedar dirinya agak terkebelakang dari segi material berbanding teman-teman yang lain.

walhal, perkahwinan itu sudah melepasi suku abad.

ada yang mengatakan hubungan pada dewasa adalah 'a bunch of sinful people in a very complicated relationship'

pernyataan ini rupanya memberi ruang untuk menilai mungkin ada perkara yang tidak beres, ada yang terabai dan tertinggal di belakang, sampai hubungan menjadi berbasis perniagaan semata-mata, 'no money, no talk'.

mungkin juga semua berpunca dari rezeki yang sedikit tidak halal, kurang halal atau rezeki haram.

but come to think again, setiap permasalahan akan mengajar manusia untuk memperbaik diri. after every rainfall, must come a rainbow ...



b) seksa kubur

itu sudah tentu dan pasti. dalam dunia ini ada beberapa perkara yang Allah sembunyikan dari manusia, tapi belum tentu ianya tiada. 

buktinya, pendengaran manusia terhad around 20-20 000Hz, tapi tidak bermakna tiada bunyi di bawah frequency 20Hz atau di atasnya. begitu juga penglihatan, tidak melihat bukan bermakna ianya tidak wujud. 

lama kemudian manusia menemukan telescope, untuk melihat sesuatu yang di luar jangkau mata kasar, begitu juga microscope. sooner or later, manusia akan diperlihat dengan azab kubur, tapi sudah tentu menyesal pada saat itu sudah tidak berguna. 

bilakah bermulanya azab kubur ini? sebaik kita selangkah ke alam barzah. bila pula berakhirnya? .... 

ermmm, let say sampai kiamat nanti. maksudnya, kalau mati tahun 2010, kiamat dan hari kebangkitan tahun 2500, 490 tahun seorang manusia itu akan menderita azab kubur, yang mana itu bukanlah perkara yang menggembirakan untuk mengisi masa lapang sehari-hari di kubur yang sempit dan gelap itu.

diseksa, dipukul dan dipalu sudah tentulah tidak seperti ber - shopping di pavilion atau the curve, bukan juga seperti melancong sambil memilih designer shoe or handbag sewaktu berjalan-jalan di florence, rome atau ke turin for designer fashion bargain... tidak tidak dan sudah tentulah tidak.

kerana ia tidak seindah biasa, maka ada banyak alternatives yang diberikan kepada manusia untuk menghindarinya, cuma tinggal pilih dan bergembira dengan keberuntungan itu
c) kitab catatan amal dengan tangan kanan
ini seperti wonderful world of disney, di mana pengakhirannya begitu sempurna, terbaik dan happily ever after. macam perempuan-perempuan cantik yang berkahwin dengan putera raja setelah diselamatkan oleh putera tersebut dari witch atau ibu tiri yang brutal atau kakak tiri yang kurang sopan.

begitu juga dengan mendapatkan kitab amalan dengan tangan kanan, bermakna ada sinar kebahagian di hujung jalan, there's a light at the end of the tunnel. 

boleh tarik nafas lega, boleh tersenyum riang ria dan boleh goyang tangan goyang kaki, hooray hooray bergembira...

siapa yang tak gembira andai terpilih atas belas ihsan Nya untuk diselamatkan dari azab neraka dan ada chance nak masuk ke syurga? menarik, bukan.


d) melewati titian sirat sepantas kilat

semua tahu, architecture mahupun structural engineering sebuah jambatan yang bernama titian sirat. ia bukanlah sebuah jambatan yang sangat stable, kukuh dan tahan. bukan pula sebuah jambatan untuk pelancongan dan berfoto-foto, yalah seperti di westminster, bing ben, ataupun golden gate, tak pun macam jambatan pulau pinang. tidak sama sekali. 

menurut imam nawawi dalam syarahnya, ulama besar telah menetapkan bahawa titian sirat adalah sebuah titian di atas permukaan api neraka di mana setiap manusia akan melaluinya.

Al-Alamah Ibnu Abi Jamrah dalam kitab Bahjah An-Nufuus menegaskan, sesungguhnya disebut dalam hadis mengenai sifat sirat yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang dan ia mempunyai tujuh sekatan dan setiap sekatan itu mengambil masa 3,000 tahun perjalanan.

Dikatakan di tempat pemeriksaan pertama, manusia akan ditanya mengenai keimanannya kepada Allah.

Jika seseorang mukmin itu tidak ragu-ragu dalam keimanannya, dia dilepaskan ke tempat pemeriksaan kedua (solat). Begitulah seterusnya mengenai puasa, zakat, haji dan umrah, bersuci (wuduk dan mandi wajib) dan soal kemasyarakatan.

Imam al-Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan.

ok, memang sangat-sangat dan supra susah. lebih susah dari aksi-aksi acrobatic yang kita lihat di tv sewaktu perayaan thaipusam, bukan berjalan atas api, tapi berjalan dengan api neraka di bawahnya. 

dan kali ini no rope tricks or insurance coverage untuk menyelamatkan diri tapi pada perjalanan hidup manusia itu.



e) berkumpul bersama nabi di padang mahsyar

wah wah, ini memang impian menjadi nyata, lebih bergaya dari minggu setiausaha yang boleh bertemu dengan artist time dinner atau bersalam dengan perdana menteri time open house hari raya.

tapi sudah tentu manusia hanya akan kenal nabi kalau dia menghayati sejarah hidup, cara hidup dan fikiran nabi. bagaimana kalau makan pun segan nak pakai tangan bro? 

kalau lebih gembira dan percaya diri dengan table manner dari barat berbanding yang disunnahkan oleh Muhammad.

secara jujur, berbanding sunnah nabi yang lain yang lebih mencabar nafsu seperti solat kena wal waktu, jangan mengumpat, jangan marah, solat jemaah bagi laki-laki di masjid 5 kali sehari, cara pergaulan laki dan perempuan, makan dengan tangan merupakan benda paling senang untuk siri mari belajar hidup dengan sunnah nabi.

hanya dengan membeli makanan dengan wang yang halal, membaca bismillah setelah duduk, dan kemudian angkat tangan kanan anda untuk mengambil nasi dan masukkan ke dalam mulut. mudah, simple and it doesn't need even a quarter of anyone's brain to do it. 

tapi itulah yang menjadi masalah, nak pakai sudu, nak guna tangan kanan untuk potong steak dan kelalaian untuk ikut satu sunnah akan membuat sunnah lain terabai. one mistake leads to another.

akhirnya sunnah untuk menjilat jari juga ditinggal, ye la kalau makan pakai sudu apa ke hal nak jilat tangan yang bersih tanpa makanan  pulak.

tapi yang lebih berbahaya hingga secara tak sedar mungkin ada yang memandang remeh dan rendah sunnah nabi, 'apa kelas pakai tangan, pakai sudu garfu la wei, tak ada la lain macam je orang dok tengok kita, jagalah standard sikit mek,' 

f) dan terakhir ini khas bagi mereka yang gila harta ... sebuah rumah di syurga yang besar.

dah complete kan semua ada dan semua percuma hanya dengan amalan. kerana dengan amalan adalah sebab untuk pertolongan dari Allah itu turun.

mungkin tak terkesan di dunia tapi sangat gempak dan lumayan ketika di akhirat nanti. sesetengah perkara seakan tiada nilai di masa hidup tapi sangat tak ternilai sebaik ruh dicabut dari jasad



selamat beramal! \ (^_^) /
salam ramadan al mubarak, ampun maaf salah dan silap yang zahir dan yang dalam hati












Friday, August 5, 2011

7 kebahagiaan dunia ...

dari ibnu abbas r.a:
ada 7 kebahagiaan dunia ...

* qalbun syakirun : hati yang bersyukur
* alazwaju solihah: pasangan yang soleh
* alauladun abrar : anak yang berbakti
* albiatul solihah  : persekitaran yang mendukung
* alamlul halal      : harta yang bersih
* tafakuh fi dinn   : semangat nak faham agama
* usia yang diberkati

dan, berapakah kebahagiaan dunia saya? ^_^

hati yang bersyukur - nope, masih banyak mengomel, berkeluh kesah dan bermuka tak berapa nak gembira bila rasa annoyed dengan perangai orang. masih rasa nak mengumpat untuk melepas geram walaupun tak sebut nama. masih rasa nak melempang orang tiap kali emosi di luar kebiasaan

pasangan yang soleh - eh, itu kena tanya yang dah berkahwin, saya mana valid nak bagi komen ^_^
tapi pegang pada berkahwin itu adalah menyempurnakan separuh dari agama. maka mari tanya diri (jika telah berkahwin, jika belum nanti hanya buat stress), telah sempurnakah separuh dari agama saya dengan perkahwinan ini? jika kurang mari perbaiki dan jika sudah mari bersyukur

anak yang berbakti - itu lebih lagi, jika anda mempunyai anak, lebih baik anda memastikan anak anda berbakti, jika tidak, habislah satu dari kebahagiaan dunia anda. saya belum lagi ^_^

persekitaran yang mendukung - mahu hanya menyalahkan orang lain yang tak mahu mengajak dan mengajar saya menjadi baik dan menjadi depressed atau mahu mengajak dan mengajar yang lain supaya saya mendapat pahala dan membuat saya tersenyum lega? productive is better than pessimistic

harta yang bersih - bukan hanya keluar zakat, cari duit halal dengan tak main-main time kerja, tak bukak internet ber-gossip dan melihat jualan online time saya dibayar atas setiap masa yang berlalu, tapi juga bagaimana saya menyimpannya. adakah saya masih die-hard fan conventional banking atau saya dah mula rasa riba' itu suatu yang haram dan walau betapa tak ada masa, sulit, susah dan payahnya nak tutup account dan pergi ke bank maka saya harus melakukannya jugak demi  masa depan saya yang cemerlang, gemilang dan terbilang itu?

semangat nak faham agama - apa, saya dah faham agama? kalau faham, pasti sedar yang ilmu agama wajib saya tuntut dengan betul dan berterusan. maka walaupun banyak kerja, penat macam nak terbaring atas jalan raya, saya mesti tengok kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah, kalau ada masjid, tempat-tempat buat ceramah agama, belajar agama, ringankanlah badan yang telah sedia ada berat itu untuk pencerahan hati nurani saya ^_^ kalau sebolehnya, janganlah dengar dan bertaklid pada satu pihak aja. nanti difikir saya taksub pulak dengan ajaran dari kumpulan saya. dengarkanlah juga dan bercampur gaul dengan orang setempat dengan menghadiri majlis agama. jangan memperlekehkan majlis agama yang tajuknya mungkin senang dan simple. boleh jadi yang simple itu yang selalu dirasa telah sempurna maka terabai dan ditinggal

usia yang diberkati - oh oh tak cukup lagi ke kau dibagi umur sampai dah besau panjang, tu pun tak tentu bersyukur lagi ^_^ sedangkan ramai yang mati masih kecil, dalam kandungan, kesejukan, kelaparan dan dalam peperangan berjihad. eh, masakan saya nak mati dalam maksiat pulak. apa kelas? ^_^

jadi, mari kira lagi, dalam 7, berapa banyak kebahagiaan saya ya? mari bertepuk dada dan tanya iman

Monday, July 4, 2011

dan dirimu yang kau anggap ...

dan dirimu dulu yang engkau anggap jahil
bermain noda bersisa dosa
segala sesuatu yang kau lakukan
setiap perbuatan yang kau kerjakan
mulai kau merasakan perbedaan
sudah luntur segala tawa gembira
kau mencari di mana salahnya
kerna menurut katamu
dulu aku tidak mengenal agama



dan dirimu yang beberapa ketika engkau anggap diberi petunjuk
mula merasakan kekosongan melanda menjadi badai
yang menghempas pantai hati membawa bibit-bibit penyesalan
dalam malu kau ahirkan jua rasa takut pada Tuhan
mencari sinar di sebalik daerah yang suram dan kusam
berusaha agar kau menjadi sebahagian dari puak kanan
berikhtiar agar sentiasa diperlihat jalan
dan berdoa agar hidupmu tahu akan arah tuju yang satu
tanpa kenal putus asa siang dan malam kau berseru



dan dirimu yang engkau anggap terpilih
kau mahukan suatu tugasan sebagai tanda penanggungjawaban
kau akur setiap dari kita adalah makhluk Tuhan
dan pada kita tertakluk kewajiban
maka kau cuba menjalankan suruhan
maka kau cuba beramal dengan kebajikan
maka kau cuba menegah semua kemungkaran
kau tetapkan suatu arah tujuan, kau simpulkan tali matlamat
kau mahu maju bergerak bebas agar kau bisa memberikan bakti pada agamamu yang suci



dan dirimu yang kau anggap benar
kau mahu melangkah tanpa berpaling
kau mencari teman dan rakan yang setia membantu
kau aturkan bermacam citra dan rasa
kau adukkan dalam suatu nama
menjadi resepi yang kau anggap istimewa
menjadi masakan yang memenuhi selera
menjadi hidangan yang kau tak malu-malu untuk dipersembah kepada dunia
untuk semua kau sajikan dengan penuh harapan agar menjadi kegemaran



namun,
mungkin dalam kau menikmati juadah
mungkin dalam kau teruja menjamu tetamumu santapan
mungkin dalam kau pingin dan punya keinginan agar dapat diterima
kau menjadi terlalu bergantung pada makhluk
kau berusaha dan bekerja keras supaya kau bisa merasakan hasilnya
kepada yang suka kau pamerkan segenap keriangan dan tawa manja
kepada yang biasa-biasa kau cuba mempengaruhi dan kau berikan alasannya
dan kepada yang kurang mahu kau mungkin terlupa agar kau menahan diri dari menyakitkan



saat kau terus-terusan memerah keringat
saat kau katakan pada dirimu ini adalah semuanya untuk ummat
kadang kau alpa pada hati-hati yang terkilan
kadang kau pejamkan mata pada hati-hati yang kau guriskan
kadang kau biarkan saja hati-hati yang kau salah perlakukan
hingga kau lupa pada Dia yang sememangnya berkuasa pada segumpal darah
kadang kau tak sengaja mengumpan aib dan memalukan
kadang kau abaikan ungkapan maksud tidak menghalalkan cara
yang kau tahu, yang kau mahu, semoga ini bisa mencapai impianmu



dakwah itu bermula dengan hikmah
dari sesuatu yang suci tak akan menjadi mulia jika kau biarkan debu mengabur sinarnya
dari matlamat tak akan menjadi penyebab membolehkan suatu dosa berubah pahala
dari tutur kata dan gerak memaksa tak akan kau temui akhlak yang mulia
dari kau membanding beza tak akan kau bisa menemukan rahmat Tuhan
dari kau membuka aib dan kejahilan manusia dalam rahsia tak akan kau temukan usaha atas iman
yakinlah kau pada setiap butir pengorbanan nabi
yakinlah kau akan setiap adab dan sopan sang kekasih
yakinlah kau bahawa makhluk padanya ada usaha tapi bukan atasnya hak menentukan



tatkala kau mengharapkan balasan
kau akan bertemu kehampaan
tatkala kau merasakan caramu benar
kau mungkin tak menyedari ada yang lebih berhikmah
tatkala kau berasa sesal kerana masih ada yang berpaling
mungkin kau lupa bukan kau yang membuka pintu langit
bukan kau juga yang menggenggam hati-hati
kau hanyalah seorang penyambung tugasan
tugasmu hanyalah sekadar menyampaikan tapi bukan memutuskan



hati yang lapang akan pasti bisa mendengarkan
turunnya rahmat atas beberapa perbedaan
bukan hanya lewat satu jalan tanpa simpang
tapi bisa sajai beberapa simpang akan akhirnya menuju ke satu arah
kalau kau tinggalkan asas yang menjadi rahmat
mungkin kau juga akan terpinggirkan
fitnah itu bukan hanya untuk yang jahil pada agama
tapi juga pada yang bekerja untuk agama
dan tiada yang lebih bahaya dari berasa aman dari azab Nya



dakwah itu bukan untuk orang
tapi itu untuk diri sendiri
usaha itu bukan untuk menyedarkan orang
tapi untuk usaha atas iman sendiri
jika kau selalu merasakan kau benar
jika kau tidak dapat mencari khilaf dirimu
jika kau tidak meraikan perbezaan
jika kau tidak berlapang dada
maka aku takut kau adalah dirimu yang kau anggap .... suci



:: saya pernah bertanya bagaimanakah perlakuan dakwah? saya dijawab, dakwah itu adalah untuk saya, bukan untuk orang yang didakwah. setiap usaha akan kembali kepada saya untuk hasilnya bukan untuk orang lain. andainya saya berdakwah, saya harus mulakan dengan rendah hati, tidak berasa diri saya saja yang benar, menjadikan usaha dakwah itu sebagai asbab untuk saya mendapat rahmat, meningkatkan iman dan memperbaik kesalahan diri.



::lalu bagaimana yang didakwah? saya dijawab. itu adalah urusan Allah. Dia yang membuka pintu hati, biarkan Dia yang memberikan hidayah. jika kita terlalu yakin, hanya jalan kita sahaja yang benar dan semua harus mengikut telunjuk kita, kita akan tenggelam dalam perasan bagus dan perasan suci sekaligus lari dari usaha atas iman yang kita cari. jika kita bergantung pada balasan, kita akan kehampaan, bila tiada yang mahu menyambut   ^_^











Sunday, March 20, 2011

kebencianmu terhadap kaum itu ...

di celah kemelut dunia yang semakin menyesak dada
aku gagahi dengan sepenuh kudrat yang ada
mengarahkan pandangan kedua bola mataku
melihat menonton dan menyaksikan
dengan seluruh lapisan jiwa dan rasa hati yang seakan kaku
segala kebinasaan dan kepuk-kepuk angkuh sombong sang pemusnah durjana

aku yang masih kerdil dalam menafsir semua hal dan perkara
pernah punya sangkaan yang sama dahulunya seperti kebanyakan mereka
yang nyata masih di tampuk lama
yang tak mahu mendengarkan barisan kata
yang hanya mahu terus terusan berada dalam dunianya semata
yang beranggapan dia dan kumpulannya sahaja yang benar belaka
yang tega melempar ke belakang segala bait-bait keamanan dan mentera damai

tapi ternyata keadilan itu akan tertegakkan dengan apa daya sekalipun
walau bukan dengan perjuangan tenaga dan keringat kerja
bisa juga tercurah dengan kait-kait cerita bernama realiti dunia
dalam sengsara beruntai air mata
rantaian durjana berlagak raja
tanpa mengenal yang mana satu bernama islam
yang mana satu yang kau gadaikan iman
yang mana satu yang kau perlekehkan sehabisan
bantaian demi bantaian dan bantaian kau lakukan

tidakkah engkau mendengarkan riwayat indah penuh hikmah dari si kekasih Allah
setiap mukmin itu untuk mukmin yang lain adalah bersaudara
bahkau kau harus memekarkan rasa kasih dan sayang
hingga satu ketika seumpamanya kau mencintai dirimu sendiri

tidak malukah kau tatkala lintasan kata diterjemah di minda
agar kau bersihkan hati nuranimu
dari kebencian, berdengki-dengki, dari memutuskan hubungan
jangan membiarkan saudaramu terlantar tanpa pertolongan
jangan kau beri kehinaan ini pada mereka
jangan sekali-kali kau dustai agama dan sunnah rasulmu
jangan kau khianati saudaramu

kerana
taqwa itu berada di hati
dianggap perbuatan itu suatu kejahatan
hanya dengan memperleceh saudaranya
dan benarkanlah rasa ini tertanam di jiwa
bahwasanya setiap muslim atas muslim yang lain itu haram darahnya
harta dan kehormatannya
damaikanlah antara dua saudara
nescaya ketenteraman itu pasti akan menyusup
memberi erti pada hati dan penenang pada sanubari
tak usahlah kau menyombong diri
kerana tiada tempat bagi hati itu di syurga nanti



Islam gagal mendapat tempat di hati manusia hari ini kerana Islam tidak membawa mesej keadilan seperti mana yang Rasul bawa suatu ketika dahulu : Islam menolong manusia yang tertindas - FT



Dunia ini tempat persinggahan menuju ke negeri yang kekal. Manusia terbahagi dua, pertama yang menjual dirinya lalu mendapat azab yang berkekalan, kedua yang membeli dirinya lalu ia dibebaskan dari azab neraka - saidina Ali



'Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.' (5:8)


  
The Rights of the Non-Combatants:
Islam has first drawn a clear line of distinction between the combatants and the non-combatants of the enemy country. As far as the non-combatant population is concerned such as women, children, the old and the infirm, etc., the instructions of the Prophet are as follows: "Do not kill any old person, any child or any woman" (Abu Dawud). "Do not kill the monks in monasteries" or "Do not kill the people who are sitting in places of worship" (Musnad of Ibn Hanbal).



ini bukan wilayah sunni atau syiah
bukan juga wilayah celcom
tapi wilayah Islam
dan Islam itu adalah agama yang mengangkat persaudaraan



dan sehingga ke hari ini saya tertanya-tanya, mengapakah ummat islam tidak melihat krisis di bahrain seperti yang ada di mesir?

Wednesday, March 16, 2011

unTuk kAmu

pada kesibukan dunia ini
aku terasa asing
bersama sekelumit perasaan
penuh penyesalan mengundang


aku sang pencari harta
tersenyum megah penuh gagah di atas singgahsana dunia
mengaku segala yang aku ada
yang aku punya
atas usaha, bakat dan keupayaanku berdiri atas kaki sendiri semata
sedikit yang aku tahu
bila Tuhan menentukan
semua apa yang aku bina dan hak milikan
hancur menjadi puing-puing berselerakan
bertaburan dek kerana penangan murkanya Tuhan


aku sang mencari nama
tiap lelah dan keringatku hanya akan menjadi madu
bilamana suara-suara merdu itu bersenandung riang
 memberi ucapan pujian
menyatakan kesungguhan untuk menganugerahkan ku pangkat dan kejayaan
sebagai persembahan sebuah penghargaan
atas seluruh tenaga dan curahan jasa
dalam aku memberi aku senang menerima
sedangkan sekalipun aku enggan mengakui
sekecil-kecil hal menjadi mudah dengan izin Nya


aku sang pencari ilmu
kembaraku jauh seluruh alam buana
tujuh samudera telah ku harungi
benua dan pulau aku takluki
gunung dan bukit rela ku daki
kerna padaku genggam bara api
biar sampai ke pangkal lengan
onak dan badai tiada membuat ku berhenti
pasti akan ku capai martabat tertinggi
akan ku letakkan diriku setanding dengan yang bijak bestari

sayangnya
biar setinggi mana anganku ukir
di ruang imaginasi bersama mahligai indah
mengharapkan gelaran dan penerimaan
masih tak mampu menyuluh aku ke gua-gua kebenaran
sibuknya aku mengejar harapan dan kesenangan dunia
tanpa sedar aku seba serbi kurang dalam ilmu dan amalan agama
sepurnama sedekad seabad atau seakhir hayat
aku tetap aku
makhluk lemah yang tewas dalam mencari Tuhan nya



umpama akalku tak berfungsi
hatiku menjadi kering
tenggelam dalam nafsu yang tiada bertepi
dunia memang suatu yang ajaib
menggembirakan seraut wajah yang dahagakan kegembiraan
tapi bisa menghapuskan sisa ketenangan yang tinggal
seakan aku baru sahaja tersedar dari lena yang panjang
aku melangkah lesu melihat cerminan diri
dan di situ yang mampu ditangkap dan diterjemah mindaku
hanyalah seorang anak kecil yang masih terkial mencari secebis iman


: seringkali kita menemukan suatu kebenaran dalam detik yang tidak terjangkakan
  setiap kali itu juga bisa saja kita menidakkan dengan seluruh panca indera
  namun kadang hati kerap kali meragui kejahilan dalam diri
  sampai bila kita harus begini
  terlalu sibuk dan mendera diri dengan hambatan dunia
  hingga boleh pula kita tak perlu bersusah payah
  mengenal apa itu Tuhan dan belajar menyayangi Nya
  menolak untuk berpenat lelah berjuang agar keyakinan kita bukan sesuatu yang statik dan terhenti
  tidak berubah itu tanda telah terpuasnya hati
  sedangkan masakan bisa kita merasa aman dari azab Nya
  dan itu memerlukan seseorang untuk mengingatkan saya kembali
  merevisi diri dan menjawab pertanyaan dan soalan yang bermain di hati
  dan terima kasih Tuhan atas pengajaran ini
  yang diperoleh dari seorang anak muda yang baru belajar mengenal agamanya semula
  yang mendetikkan rasa sesal kerana saya terlalu mengikut dunia
  yang menjanjikan berhias-hias itu sesuatu yang indah
  hingga bisa melanggar aurat, memperlekeh syariat
  tabarruj itu adalah racun dan dunia itu adalah umpama seekor ular
  yang melilit perlahan dan menyesakkan minda
  tatkala kita merasa cantik, indah dan diberi perhatian
  apa yang diperlihat hanyalah superficial
  terhad di permukaan yang tak pernah menjanjikan kebahagiaan di dalamnya
 




 








Wednesday, January 5, 2011

sri siantan ...




Well, my friend just PM me asking these questions, all in one.
My dear, I’m not Sri Siantan or whoever yang selalu bagi free counseling in newspaper. But, since ini bukan tanya main-main dan kamu mahukan jawapan, with my arms open dan lafaz bismiLlah, saya akan memberikan jawapan dari pemikiran seorang yang amateur.


mari mulakan dengan series of questions from my beloved friend.
kenapa kita rase lonely kalau tak ada partner?? ?
kenape mesti jumpa orang yg salah, dan suka dia?
kenapa mengharap?
kenapa orang tu tak suka kita sedangkan kita suka dia?
kenapa perasaan tu tak mutual?
kenapa saya mesti menderita(walaupun tak kronik) tentang masalah perasaan?
kenape dia mesti begitu????
kenapa dah tau begitu, tetap suka??
kenapa? kenapa???????????
  


ini adalah luahan dari emosi yang tidak tenteram, saya katakan padanya. conflict dalaman memang bukan sesuatu yang mudah. semudah memberi motivasi pagi untuk lulus dengan berjaya dalam ujian. saya tiada jawapan, dan tidaklah saya boleh berpura-pura memahaminya kerana bukan saya yang berada di tempatnya.
jadi, apa yang boleh saya buat adalah memberikan jawapan tahap budak-budak yang serupa ini...


hahahha, ni apesal ni? *gelak walaupun tak ada yang kelakar bukanlah intro nasihat yang baik. sila lebih serious nad*


*ok, dengan
mode yang lebih serious.


sebenarnya kita tak rasa lonely, kita cuma sekadar rasa cemburu melihat orang mempunyai pasangan. bukan juga cemburu yang sebenar, tapi kerana cemburu yang diada-adakan, kerana pengaruh tv, commercials, magazines segala yang entah hapa-hapa yang buat kita rasa kononnya tak secure atau tak complete hidup kita kalau kita tak ada nak tunjuk muka kita yang sedang bergumbira dengan bf kita di fb sambil berjalan-jalan menikmati dunia.


hidup ni masih muda. jangan rasa
inferior kalau Allah masih sembunyikan dahulu siapa jodoh kita. biarkan ia berlaku naturally, tanpa kelihatan terlalu bersungguh-sungguh cuba mencapai expectations kawan-kawan di fb yang begitu giat meng-upload atau bercerita kisah-kisah yang sweet muieet itu. kita steady je. fikir baik-baik, apa betul ke kita amat-amat memerlukan pasangan? kenapa? apa aja yang kita nak buat dengan pasangan? cerita apa aja bila berjumpa? Best sangat ke berjumpa dan bergambar dan berjalan dan meluahkan perasaan dan bercerita dengan pasangan? seronok sangatkan mengupload gambar-gambar di fb?


You are one mature gal, I believe. So, don't let your roller-coaster emotion takes over your rational mind.
bergembiralah, nikmati kasih sayang dan perhatian yang semua orang berikan pada kita. hargai mereka, mungkin dengan ini hidup kita akan rasa lebih terisi. kita ada kawan yang baik, selalu bertanya khabar, bergelak ketawa mendengar lawak kita walaupun kadang kasar dan tak berapa lawak, ada yang cuba menggembirakan hati kita bila kita susah dan bermuram durja. itu semua anugerah. sebab, entah ya entah tidak kalau kita berpasangan, teman istimewa itu akan berbuat yang sama.


Take care ok,
jangan keliru dengan perasaan sendiri. Be strong. saya akan balik by the end of march this year. Weeee. tapi cuti je la, 1 week. balik for good, end of this year. sila nantikan kedatangan saya supaya kita boleh beronggeng dengan riang ria hari raya. hahahha
*ok, sekali lagi nad, ini bukan penutup nasihat yang baik. kan ke dah suruh serious tadi.* 


setelah saya membebel dengan jayanya, baru saya sedar rupanya saya hanya berjaya mengarut untuk soalan pertama dari satu set soalan di atas. mungkin saya patut tunggu dan lihat dulu adakah kawan saya berasa bosan dengan kata-kata saya. kalau ternyata merepekan itu tidak berkesan dalam merawat rawan di hatinya, nampaknya terpaksalah saya menggunakan pendekatan 'tell ma' dalam surat khabar berbahasa inggeris suatu ketika dulu yang pernah dibaca *walaupun lepas tu ada rasa-rasa aneh dan kemudian ber-gossip dengan room mate tentang masalah orang yang menulis surat untuk mendapatkan free advice dari ruangan mencurah perasaan* di zaman remaja.