Friday, August 5, 2011

7 kebahagiaan dunia ...

dari ibnu abbas r.a:
ada 7 kebahagiaan dunia ...

* qalbun syakirun : hati yang bersyukur
* alazwaju solihah: pasangan yang soleh
* alauladun abrar : anak yang berbakti
* albiatul solihah  : persekitaran yang mendukung
* alamlul halal      : harta yang bersih
* tafakuh fi dinn   : semangat nak faham agama
* usia yang diberkati

dan, berapakah kebahagiaan dunia saya? ^_^

hati yang bersyukur - nope, masih banyak mengomel, berkeluh kesah dan bermuka tak berapa nak gembira bila rasa annoyed dengan perangai orang. masih rasa nak mengumpat untuk melepas geram walaupun tak sebut nama. masih rasa nak melempang orang tiap kali emosi di luar kebiasaan

pasangan yang soleh - eh, itu kena tanya yang dah berkahwin, saya mana valid nak bagi komen ^_^
tapi pegang pada berkahwin itu adalah menyempurnakan separuh dari agama. maka mari tanya diri (jika telah berkahwin, jika belum nanti hanya buat stress), telah sempurnakah separuh dari agama saya dengan perkahwinan ini? jika kurang mari perbaiki dan jika sudah mari bersyukur

anak yang berbakti - itu lebih lagi, jika anda mempunyai anak, lebih baik anda memastikan anak anda berbakti, jika tidak, habislah satu dari kebahagiaan dunia anda. saya belum lagi ^_^

persekitaran yang mendukung - mahu hanya menyalahkan orang lain yang tak mahu mengajak dan mengajar saya menjadi baik dan menjadi depressed atau mahu mengajak dan mengajar yang lain supaya saya mendapat pahala dan membuat saya tersenyum lega? productive is better than pessimistic

harta yang bersih - bukan hanya keluar zakat, cari duit halal dengan tak main-main time kerja, tak bukak internet ber-gossip dan melihat jualan online time saya dibayar atas setiap masa yang berlalu, tapi juga bagaimana saya menyimpannya. adakah saya masih die-hard fan conventional banking atau saya dah mula rasa riba' itu suatu yang haram dan walau betapa tak ada masa, sulit, susah dan payahnya nak tutup account dan pergi ke bank maka saya harus melakukannya jugak demi  masa depan saya yang cemerlang, gemilang dan terbilang itu?

semangat nak faham agama - apa, saya dah faham agama? kalau faham, pasti sedar yang ilmu agama wajib saya tuntut dengan betul dan berterusan. maka walaupun banyak kerja, penat macam nak terbaring atas jalan raya, saya mesti tengok kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah, kalau ada masjid, tempat-tempat buat ceramah agama, belajar agama, ringankanlah badan yang telah sedia ada berat itu untuk pencerahan hati nurani saya ^_^ kalau sebolehnya, janganlah dengar dan bertaklid pada satu pihak aja. nanti difikir saya taksub pulak dengan ajaran dari kumpulan saya. dengarkanlah juga dan bercampur gaul dengan orang setempat dengan menghadiri majlis agama. jangan memperlekehkan majlis agama yang tajuknya mungkin senang dan simple. boleh jadi yang simple itu yang selalu dirasa telah sempurna maka terabai dan ditinggal

usia yang diberkati - oh oh tak cukup lagi ke kau dibagi umur sampai dah besau panjang, tu pun tak tentu bersyukur lagi ^_^ sedangkan ramai yang mati masih kecil, dalam kandungan, kesejukan, kelaparan dan dalam peperangan berjihad. eh, masakan saya nak mati dalam maksiat pulak. apa kelas? ^_^

jadi, mari kira lagi, dalam 7, berapa banyak kebahagiaan saya ya? mari bertepuk dada dan tanya iman

No comments: