Friday, April 24, 2009

veriLy




Ok, this was a conversation between a person P and her friend A.




A: by the way, mahu kasi tau, this May 8th 2009 will be the BIG day.


P: wah wah wah, kudos! Ok, let me be the 1st one on this planet called earth to congratulate you and the 1st to wish you ‘a very blessing wedding’. Keep it recorded ya.


A: thanks. Really appreciate it. Don’t forget to tell others. Minta tolong kasi gossip-gossipkan sini sana.


P: baik. Arahan diterima. tapi tak dapat pi la macam tu. Bukan ada break pun.


A: Tak peduli. Tak dapat datang tak pe, tapi dah tahu hadiah jangan lupa.


P: wah wah wah. Inilah contoh ahli cemerlang, gemilang, terbilang. Boleh buat teladan. Awal-awal lagi dah ada ciri-ciri materialism.


A: LOL


P: tak habis lagi. Selain ciri utama iaitu gila pangkat dan kuasa. selamat naik pangkat!


A: ni jadi advisor ndwa ni ada gaji tak?


P: LOL, gaji mintak kat suami ok. Dia yang bertanggungjawab menaiktarafkan daripada single kepada beregu campuran. Daripada miss kepada puan.


A: LOL. Ni kena buat liputan ni. Sila hantar wakil ok.


P: oh, baik-baik. Macam tu kena cari branch dekat malaysia and see if they can be in terengganu for the ceremony. Untuk buat liputanla katakan. ni kena buka keahlian secara besar-besaran ni.


A: eh mana pulak. ndwa kena underground la


P: LOL. Ok-ok, due to very popular demands, kita remain underground. Bak kata budak-budak zaman sekarang, indie.indie ndwa


A: LOL. Nice.


P: eh, which one? Yang indie ndwa ke yang beregu campuran? LOL


A: indie ndwa la. Yang beregu campuran tu memang awal-awal lagi dah sweet.


P: walaweih. Jiwang-jiwang.


A: dapat cuti starts from 2nd of May.


P: bagus-bagus. boleh la buat preparation. A last-minute one. Baik-baik jaga diri. Darah manis la katakan. Happy counting for the BIG day.




Buat puan-to-be. Ini mahu diwarwarkan. Kepada yang tahu, sila datang. Dan seperti yang diharapkan, kalau tak dapat, kirim hadiah pun afdhal. Ok? Permintaan anda telah terpenuhi. Dah warwarkan dengan sesuka hati.hahah. (gelak separa jahat)




Secara jujur, berasa sedikit lega. Tak banyak pun tapi mungkin dapat menghambat lapisan rasa bersalah yang seakan bertimpa datang tak tentu arah. Tatkala melihat kamu bersedih, berduka dan berair mata tak banyak yang dapat dibantu. Mungkin tak membantu langsung, hanya sekadar kata-kata dan ayat-ayat lazim selazim karangan spm ketika membuat surat berformat takziah atas kehilangan orang tersayang. Maaf lantaran begitu alpa dan menjadi begitu kurang memahami dan jarang di sisi.




seronok bergelak ketawa dan mengusik gembira. Dah lama tak menyakat dan dah lama tak membuat kamu ketawa lepas. Hidup. mungkin dilihat secara mata kasar bagai tak pernah adil. Kejam dan zalim. Tapi sungguh taqdir Tuhan itu indah dan pelbagai. Punya warna dan rasa. Dia pernah menutup satu pintu rahmat. Tapi Dia juga telah membuka pintu lain sebagai galang gantinya dengan penuh hikmah dan berkat. Ya, dengan rancangan dan pelaksanaan dari Nya pernah membuat kamu menjadi pilu, tapi dengan kebijaksanaan Nya juga bakal membuat kamu tersenyum terharu. Semoga kehilangan diganti dengan kebahagian. Semoga terus tabah hati mengharungi dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Lepas ini semoga lebih selalu tersenyum setelah berjaya meraih gelaran puan.




Dan kepada yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, selamat menempuh bahagia. Ia, rasa itu harus dicipta, bukan datang menimpa-nimpa. Ia hasil sebuah usaha, diikat dengan doa. Jodoh datang dengan pelbagai ragam, yang mungkin sukar manusia jangkakan. Namun tak kira apa perancangan dari Tuhan, semoga kamu dicelah-celah manusia yang ditaqdir punya kesabaran. Open a new book, get a new life. Hidup baru yang punya tujuan, bukan sekadar sebuah kepura-puraan. Ya, another analogy regarding a marriage it’s like answering a mathematical question, be it an algebraic (arithmetic and number theory) or analytic (calculus), geometric (Euclidean, algebraic, differential geometry) or even applied math (mathematical physics, probability theory, mathematical statistics) question, as long as a person does get the concept he can always solve the calculation, can always balance the equation.




Asal faham apa itu sebuah perkahwinan maka siapa sahaja manusia ditaqdir Tuhan pasti dapat diterima tanpa bantahan. Sekian bebelan mak nenek di hari ini. :) ------> ini entry untuk 2 pihak yang berbeza. bunuh 2 burung pakai 1 batu.




Monday, April 6, 2009

nOnChaLant


Dia melihat pada diri. Umpama punya cermin sakti. Yang bakal menunjuki kembali jalannya menuju Ilahi. Menyorot pada kenangan lalu dan segala memori.




Dia seorang perempuan. Ya, tak kira betapa kecil seorang yang berjantina perempuan, selalu akan diberi perhatian. Dinilai melalui suatu yang diberi nama kecantikan. Tidak. Tidak. Kamu tak akan dapat unsur ini daripada al Quran. Kerana, Quran itu mengajar dan memberi nilai melalui unsur dalaman. Tapi manusia yang terang-terang selalu alpa lagi lupa, selalu hanya memerhati segala yang luaran. Biar betapa kamu dibesar dan diberi pendidikan, kamu masih tak bisa lari dari perbandingan. Ya, manusia amat suka pada pertandingan. Cumanya, bukan pada kebaikan, tapi lebih kepada kecantikan. Itu jelas tanda ceteknya pemikiran, keimanan. Namun siapa yang mahu peduli, andai nafsu sudah menguasai diri?




Membesar dengan tekanan amat memeritkan. Kamu tahu, mendengarkan suara-suara sumbang media dan tulisan wartawan amat membingungkan. Selalu terlintas di fikiran, apa sebenarnya yang manusia inginkan? Mulut manis bermadah helah memberi pengajaran, agar jangan terpedaya dengan rupa paras. Namun, semua maklum yang selalu diingini penglihatan bukan sesuatu yang dalaman. Mahu yang cantik, mahu yang kurang berfikir sebelum mendedah bahagian badan, mahu yang selalu suka dipegang, yang murah dan berpelesaran. Betul. Manusia pandai memanipulasi perkataan. Mencipta-cipta alasan. Senangkan kalau berterus terang. Katakan sahaja yang manusia ini mahu hanyalah perempuan yang tak tahu malu. Tapi manusia tidak begitu. Selalu tak mahu mengaku. Lantas mengubah perkataan yang satu. Diganti dengan sesuatu yang baru. Cool, sporting, up-to-date, open-mindedness, daring, stylish, modish, trendsetter dan yang sama waktu. Mudahkan mahu menipu diri? Semudah memperlekeh syariat dan mendewakan barat.




Membesar dengan tipu daya memang menyedihkan. Penat dan tak larat. Semua yang luaran harus menjadi keutamaan. Pada kulit harus putih, licin, cantik berseri dan menawan. Segala yang berkawah harus segera diratakan. Pada muka harus diberi pewarnaan. Bahagian badan harus selalu didedahkan.lenggang lengguk dan bahasa badan jangan sesekali dilupakan sewaktu berjalan. Suara biar dilembutkan. Rambut, selagi tak seperti model di tv selagi itu harus diberi rawatan. Bermacam-macam pakaian yang wajib digayakan. Memang. Memang bukan itu yang diajarkan. Bukan itu tujuan manusia diciptakan. Gila apa, hanya diciptakn untuk memuaskan tuntutan nafsu si jantan. Rendah benar morality apatah lagi maruah diri. Oh, mungkin sudah basi. Segala agama, harga diri dicampak ke tepi. Yang penting hati mesti happy. Bukan. bukan hati pada yang empunya diri. Tapi yang melihat yang harus berpuas hati. Ini hukum duniawi. Sanggup merana untuk belahan jiwa. Tapi bahagiakah dengan formula sebegini? Umpama membakar diri. Tapi bukan untuk memberi terang. Hanya membakar diri buat menunjuki jalan. jalan menghampiri maksiat.




Dia benci pada yang suka memberi nama. Benci juga pada yang suka meringan mulut melafaz kata, ‘ok, kamu sudah cukup cantik.’ ‘mungkin lebih baik jika kamu begini’, ‘kamu memang tak sesuai dengan cara ini’, ‘kamu tak kan sempurna jika tak buat macam ini,’. Sekali lagi, tanda kedangkalan akal. Mungkin boleh dikira menyampahkan. Sengaja manusia membiarkan perempuan-perempuan bertanding untuk mendapat gelaran. Sanggup berbaris sehari semalam semata-mata agar dinilai yang hanya luaran. Umpama perempuan itu tiada harga, hanya sekadar suatu yang murahan. Yang kerjanya setiap hari terkinja-kinja mahu perhatian. Mungkin sebab itu tak perlu melihat yang dalaman. Tak perlu dinilai pada adat sopan. Cukup sekadar melihat pada seluruh bahagian badan. Kemudian semudah itu memberi penghargaan. Kata mereka buat menambah keyakinan dan peluang pekerjaan. Beri perempuan-perempuan itu perhatian, mudahkan untuk menyogok kepada sebuah kegembiraan? Melayan perempuan umpama mereka bukan human, umpama mereka tak punya perasaan, umpama perempuan tak punya akal. Umpama sudah tiada harapan. kasihan.




Lama baru dia mengerti. Terasa bagai ada sesuatu yang hilang dalam diri. Dia bina segala harapan. Dia damba segala perhatian. Tapi semuanya sekadar luaran. Gembira hanya sementara, bahagia tak pernah dirasa. Sunyi? Memang itu sahabatnya tatkala seorang diri. Tatkala tiada mata yang mahu melabuh pandang pada singkatnya pakaian. Dan kala itu hidup dirasakan bosan. Umpama dia menjadi hamba tebusan. Hidup sekadar memenuhi tuntutan nafsu mata yang memandang. Perasaan sendiri sudah lama terpinggir, terbiar tanpa pembelaan. Tidak. Dia tak punya siapa-siapa yang sangup memberikan kasih sayang. Terkadang terfikir sampai bila dia harus teruskan kepura-puraan. Sudah penatkah dirinya? Sudah tepukah mindanya dengan segala kata-kata manis yang sebenarnya berbisa? Sudah loyakah tekaknya mendengar segala sumpah cinta dah dusta? Iya. Mungkin juga dia sudah lebih berusia. Dan mungkin di sudut hatinya yang paling dalam masih punya sesuatu yang dinamakan agama. Maka dia seolah merasa mendapat sedikit pencerahan. Hati bagai mendapat panggilan. Atas nama sebuah perubahan.




Dia sudah mahu berubah. Mahu tapi malu. Bimbang nanti-nanti akan menjadi jemu. Tapi dia lebih bingung akan rasa hatinya yang sebelah lagi. Walau tahu sudah tepu, tahu semua itu tipu, tapi dia masih mahu. Mahu pada segala perhatian, pada setiap jelingan dan siulan. Masih mahu dijadikan tempat melabuh pandang. Sudah terlalu murahkan dirinya hingga begitu mudah diperalat? Hingga dia sendiri sudah hilang rasa ralat. Kadang hingga dia mengira dia sudah hilang pegangan dan bakal menjadi sesat. Mungkin ini tanda dia dilaknat, sesudah terlalu lama tenggelam dan bergelumang sebagai pencetus maksiat. Namun suatu bahagian lagi di dalam hati masih mahu pada hidayat. Dia di antara dilemma. Tak mahu memikirkan pandangan manusia. Tapi dia juga insan biasa. Punya hati, perasaan dan pemikiran. Untuk memulakan sesuatu perubahan dia bakal mendapat cemuhan. Kerana dia seolah melawan arus semasa. Sudah enggan menjadi perhatian. Pasti selepas itu dia akan terus dipinggirkan. Dia risau, sedih dan seringkali ketakutan. Termenung memikirkan nasibnya di hari yang mendatang.




Tapi dia lupa. Hari mendatang tak tahu lagi untung nasib diri. Sedangkan mati itu pasti. Dia lalai lagi. Namun Tuhan masih mengasihi. Lantas itu buat dia percaya pada diri. Tak mahu peduli pada yang lain-lain lagi. Dia nekad tanam keazaman dan keimanan di dalam hati. Melakukan perubahan itu dan ini. Dan benar. Tiada siulan, jelingan, layanan, panggilan dan pandangan. Hilang sudah segala perhatian. Baru dia sedar betapa kerdilnya diri. Dia kembali menilai di balik cermin sakti. Rambutnya yang dulu menjadi perhatian sudah disembunyikan. Mukanya yang dulu penuh warna dan sering menjadi tatapan sudah dia bersihkan. Tiada lagi warna yang menarik pandangan mata. Pakainya juga mungkin boleh dikelas manusia sebagai entah apa-apa. Sudah tiada yang singkat, sendat dan padat. Sudah jauh dia dari arus fesyen perdana dan semasa. Segalanya kini hanya kemas, bersih dan longgar. Dia cuba reda pada kebenaran. Dia bukan barang mainan. Apatah lagi barang pameran. Cuba menerima qada’ dan qadar. Dia adalah seorang perempuan. Seorang perempuan yang Tuhan nya ciptakan. Untuk mengabdi diri dan berbakti. Pelik. Memang kadang-kadang dia rindu akan masa lalu. Namun kehilangan itu memberikannya sesuatu perasaan yang baru.




Sesuatu yang tak pernah dia rasakan sebelum ini. Rasa asing yang mula mengambil tempat menjalar ke seluruh pelosok hati sanubari. Hingga kerapkali dia tersenyum sendiri. Manakan tidak, kerana walau tanpa make up mukanya masih berseri. Seri itu dari dalam hati. Tanda dia sudah mula belajar dan menghayati erti. Erti sebuah kebahagian. Erti satu ketenangan dan lagi, erti sebuah perasaan yang diberi nama keimanan. Kadang dia tertawa pulas. Bagaimana boleh dia abaikan rasa ini buat sekian lama? Kalau dia tahu indahnya cahaya, pasti dia akan segera mengejarnya. Tapi dulu, dia takut pada hilangnya gelap. Akhirnya kehidupan menjadi tak sudah-sudah malap. Tiada berkat. Seakan anak kecil yang baru dibawa keluar melihat dunia, dia semakin gembira. Tiada penyesalan kerana memilih perubahan. Tak perlu. Tak perlu dia memberi penjelasan atau berbahas-bahas. Tak perlu mengamuk tak tentu pasal. Kalau manusia mahu terus meminggirkan, dia sedikit pun tak rasa terbatas. Dia sudah ada bantuan dari atas. Dia yakin kini memang dia mahu selalu diberi perhatian. Namun kini, biar perhatian dan pandangan itu diberi berdasarkan unsur dalaman. Berdasarkan sesuatu yang diberi nama iman. Itu, barulah bisa memberi dia tidur lena yang selama ini dia dambakan. Yang aman dan tenteram, jauh dari sebarang kerisauan. Kerana dia yakin dan faham dia sentiasa di dalam penjagaan Tuhan. Tentang pandangan manusia yang lain? Oh, itu sudah lama dia abaikan. Kalau ditanya dia sudah siap dengan jawapan, ‘nonchalant’




::buat kamu ---> tahniah atas pencerahan. semoga selamanya dapat menjadi amalan. semoga sentiasa bertambah iman.

ya, aku bukan kamu. justeru aku sesekali tak akan berpura-pura faham dan tahu. tapi kadang terlalu jelas yang kamu itu keliru.

bimbang tentang macam-macam hal. khuatir pada sebuah penerimaan. aku tak mampu berbuat sesuatu melainkan memberi harapan

dan tanda sokongan.

dan aku juga tak kan pernah melupakan. untuk medoakan kamu selamanya dalam kebahagiaan. ini tanda sebuah persahabatan. antara 2

makhluk Tuhan.




selamat hari wanita: 080309