Saturday, September 10, 2011

ikhLas ...

' amal tanpa ikhlas ...tanpa bimbingan, seperti seorang musafir yang memenuhi kantung-kantungnya dengan bawaan/muatan yang kemudian dia pindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain tapi tiada manfaatnya'


'semulia-mulia sesuatu di dunia ini adalah ikhlas. berapa kali aku berjuang untuk mendapatkan ikhlas dengan memutus riya' dari hatiku, maka seolah-olah dia bertambah, dalam warna yang lain...' yusuf bin husain


'ikhlas itu adalah rahsia antara Allah dan hamba. yang tak mengetahuinya seorang raja yang kemudian merampasnya dan juga yang tak diketahui syaitan yang kemudian merosakkannya, nafsu tak menyedarinya hingga mampu mempengaruhinya'


'ikhlas punya keutamaan luar biasa. tiadalah seorang hamba itu betul-betul ikhlas sampai 4o hari kecuali akan tampak mata air hikmah mengalir memancar dari hatinya dan dari lisannya'


'manakala seorang hamba masih melihat keikhlasan dalam keikhlasannya, maka keikhlasan dirinya masih memerlukan keikhlasan lagi' - abu ya'kub


maka, bagaimanakah kita nak dapatkan ikhlas itu? ^_^ mari kita pelajarinya :-

'kerana ikhlas itu adalah sebuah perjuangan maka ikhlas dicapai dengan kekayaan hati yang memerlukan tempat yang sangat lapang dan luas'

bagaimana menata hati agar luas dan lapang?
'diakibatkan dari cahaya iman yang masuk dalam hati'

bagaimana membuat cahaya iman masuk ke hati?
'jadikan hati selalu dialiri fikiran dan perasaan yang jernih dan dengan membersihkan aqidah dari syirik dan segala macam kabut penghalang cahaya iman iaitu syahwat dan amarah'


dari kata-kata hikmah di atas, maka tahulah saya bahawa :
+ amal adalah kerja, dan kerja adalah :
W = \Delta E_k = E_{k_2} - E_{k_1} = \tfrac12 m (v_2^2 - v_1^2) \,\! 
 amount of energy transferred by a force acting through a distance in the direction of the force
 -> jadi, bila seorang melakukan amal tanpa ikhlas, dengan amal=kerja, dan kerja=tenaga yang bertindak melalui daya, hannyalah membuang tenaga dan daya, tanpa seseorang itu mendapat satu pun kebaikan darinya. 
 
penat untuk impress orang lain, cuba menjadi yang bukan kita, beramal untuk diperlihat dan gembira bila amalan disebut-sebut. semua kerja untuk melibatkan tenaga dan memerlukan daya, dan setelah kita bersusah-susah, akhirnya end up dengan hanya penat tanpa pahala kerana tiada ikhlas dalam amalan.
 
betullah apa yang disebut-sebut pada kata-kata hikmah yang pertama. macam traveler yang penat kerja loading dan unload barang yang dia bawa setiap kali dia sampai ke satu tempat. tapi, tak ada purpose pun, dan tak ada benda pun yang dia dapat in return. useless.
 
'+ yang kedua: yang paling mulia di dunia adalah ikhlas. ikhlas ≠ riya'. apabila seseorang cuba untuk mendapatkan apa yang paling diinginkan , dinamakan perjuangan. jadi, bila seseorang mahu mendapatkan ikhlas, harus dengan cara berjuang. *logic akal: semua orang mahukan kemuliaan* 
dan siap dibagi tips, untuk dapatkan ikhlas, harus menghapuskan riya' dari hati, kerana hanya dengan memutus riya' akan mendapat ikhlas, ikhlas: riya' (-). tapi, tidak mudah.
riya' = emosi = energy, dan berbalik kepada 1st law of thermodynamics, consequence from the law of conservation of energy, it can't neither be created nor be destroyed. energy in a system is constant over time but energy can be transformed. 
selagi manusia itu hidup, selagi dia punya tenaga, ada sebahagian dari tenaga itu menjadi emosi dan dalam banyak-banyak emosi itu ada yang akan tersalur menjadi riya'. selama manusia itu hidup, manusia itu selalu ada possibility untuk menjadi riya'. dan itulah yang dituntut oleh hidup, untuk manusia mengawal tenaganya, dengan mengenal agamanya. 
tujuan beragama adalah untuk menyalurkan tenaga ke arah yang sihat bagi kesejahteraan manusia. tapi kena ingat yang namanya riya'=tenaga itu boleh berubah-ubah warna, menipu manusia. berbalik kepada prinsip pengabdian tenaga. it can be transformed from one to another. macam tak riya' je, tapi rupanya riya'. mungkin itulah yang dimaksudkan oleh yusuf bin husain dalam kata-kata hikmah beliau. 
+ ikhlas itu suatu yang very discreet, yang menjadi rahsia antara 2. antara Pencipta dan makhluk. manusia ada banyak kawan-kawan dan family dan media macam blogs, fb, tweeter untuk meluahkan perasaan dan rahsia. kadang sampai tak jadi rahsia lagi. tapi untuk suatu yang bernama ikhlas, biarlah teristimewa hanya Dia yang tahu akannya. bila manusia itu sudah ada ikhlas dalam jiwa, hasil susah payah berjuang, maka benda yang bernilai pasti terlalu tinggi risiko kehilangan, macam collections dari tiffany and co atau dari cartier yang tak akan dibawa ke mana-mana kecuali majlis tertentu, yang kerana takut kehilangan akan book safe deposit box. macam tu juga ikhlas, ia terlalu berharga, lepas dah disimpan dalam hati, berusaha supaya tak akan terlepas lagi atau hilang. kerana itu ia kekal rahsia. supaya tiada yang tau, supaya selamanya ikhlas itu ada dalam diri. jadikan hati = safe deposit box untuk ikhlas. biar dia selamat di situ hingga tiada yang mampu menggugat.
'+ orang yang ikhlas, one thing for sure, manusia tanpa perlu kepada syllabus masih boleh menganal pasti dengan hati nurani. akan terkesan kata-kata yang lahir dari hati yang ikhlas = hikmah.
kerana concept ikhlas = buat atau tak buat sesuatu itu hanya kerana Allah. jadi kalau dia cakap atau tak cakap itu adalah kerana Allah = hikmah. ikhlas juga adalah tenaga, sesuatu yang dalam system, boleh dialihkan hingga orang lain boleh merasakannya.
+ abu ya'kub berkata tentang keikhlasan, yang berbalik kepada kata-kata hikmah sebelumnya, kerana ia suatu yang rahsia, harusnya tidak terlihat. tapi kalau diri masih melihat, maka harus belajar focus menyalurkan ikhlas itu seperti menyalurkan tenaga hingga dia berubah menjadi sesuatu yang kita tak melihatnya lagi. menjadi rahsia, antara hamba dan Pencipta
'+ ikhlas adalah sesuatu yang berharg. benda-benda mahal ni memang perlukan space yang besar untuk disimpan dalam hati. dia tak nak berkongsi tempat dengan nafsu kejahatan ataupun riya'. jadi, sebelum ikhlas masuk ke hati, sediakan dulu tempat yang sesuai untuk dihuni ikhlas. optimum medium.
macam culture, kalau medium bagus, akan tumbuhla apa yang ditanam. kalau hati dah disediakan dengan iman yang merupakan medium yang bagus untuk pertumbuhan ikhlas, maka akan tumbuhlah ikhlas di situ, membesar dengan sihat dan kuat.
tapi macam lagu raihan, iman tak dapat dijual beli, tiada di tepian pantai dan tak dapat diwarisi. iman juga perlu pada medium yang sesuai untuk pertembuhan. dan medium itu adalah 1) fikiran dan perasaan yang baik. manusia itu hanya bersangka-sangka. itu jelas sifat manusia, unmodifiable factor.
maka kerana itu Islam mengajar kalau mahu bersangka juga, bersangkalah yang baik. jangan bergosip dan menuduh yang bukan-bukan. tapi itu susah, kerana hati adalah suatu yang berbolak-balik. dan kerana sifat hati yang itulah, Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang tidak akan menilai dosa berdasarkan niat. seseorang yang berniat jahat tidak akan mendapat dosa sehingga dia melaksanakan niatnya itu. sehingga ia menjadi perbuatan, launching into action.
2) kerana ikhlas sesutu yang mulia, dia tak akan mahu kongsi kedudukan dengan sesuatu yang kotor. kalau tetamu nak datang, kena bersihkan rumah. kalau mahu ikhlas bertamu di hati, kena bersihkan hati dari kotoran syirik besar dan kecil  dan blind/curtain/drapes yang menghalang cahaya iman iaitu syahwat dan rasa marah.
jangan mengidolakan manusia, lebih-lebih lagi pada yang sedar bahawa manusia itu tak sempurna. jangan terjerumus dalam nafsu, lebih-lebih lagi bila sukar dicari garis sempadan antara nafsu dan cinta. jangan merayu-rayu engkaulah segala pada manusia, sedangkan yang memberi oxygen, yang mengeluarkan carbon dioxide dan menurunkan rezeki hanya milik Allah. jangan rasa semua yang didapat hasil diri sendiri, padahal segala aliran darah dalam badan perlu pada kuasa Tuhan untuk kelancaran.
boleh jadi suatu masa aliran darah itu tersumbat atau pecah dan merosak otak, manusia itu boleh hilang segala sesuatu yang dia usahakan. pemikirannya, tingkahlakunya, personality, cognitive, knowledge, fine and gross motoric hingga dia tidak mampu berbuat apa-apa. sampai suatu masa dia seperti bayi yang perlu pada latihan semula dari awal. macam tu rezeki itu dapat, semudah itu juga ia menghilang. dan manusia tiada kudrat dan upaya untuk berkata tidak.
dan Tuhan dengan sifatnya yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dah memberi hints supaya manusia belajar menghayati 1st law of thermodynamics. 
" sifat marah itu dari syaitan.Syaitan dicipta dari api.Satu-satunya benda yang boleh memadamkan api hanyalah air.Oleh yang demikian, jika seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah segera mengambil wudhu' { HR Abu Daud - sahih } 
“Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari”
          (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)
 
 
 
           'Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam'
           (Nabi saw mengucapkannya 3 kali)            (Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)
Sulaiman b. Sard said, “I was sitting with the Prophet, peace be upon him, when two men abused each other and one of them became so angry that his face became swollen and changed. The Prophet, peace be upon him, said, ‘I know a word that that will cause him to relax, and this is, “I seek refuge with Allah from Satan, the accursed.” (If he said these words) his anger will cool down.’ Source: Muslim and Bukhari, Fiqh us Sunna, vol 4, #133.
The sayings of our beloved Prophet Muhammad (blessings and peace be upon him) "When one of you becomes angry while standing he should sit down. If the anger leaves him, well and good; otherwise he should lie down." - Al-Tirmidhi Hadith 5114 Narated By Abu Dharr
Prophet `Isa (Jesus Christ) -peace be upon him- was once asked: "What thing is difficult?" He said: "God's wrath." Prophet Yahya (John the Baptist) -peace be upon him- then asked: "What brings near the wrath of God?" He said: "Anger". Yahya - peace be upon him- asked him:"What thing grows and increases anger?" Isa -peace be upon him- said: "Pride, prestige, hope for honour and haughtiness."
+ syaitan itu dari api -> api : tenaga cahaya + haba -> 1st law of thermodynamics ; neither be created nor be destroyed -> berubah menjadi emosi, marah -> bagaimana menyalur tenaga dari marah: dengan focus menggunakan tenaga yang ada untuk kerja yang lain ; mental focus on how to remain silent and hold one's tongue, berubah posisi, jalan ke bilik air dan ambil wudu'. semoga dengan concentrate melakukan aktiviti lain yang menggunakan tenaga, tenaga yang digunakan untuk marah akan tersalur ke yang lebih berfaedah ^_^

No comments: