Tuesday, October 28, 2008

bUat diA tErsenyum

Dia melangkah perlahan-lahan dengan senyuman yang tak lekang. Menuju ke pintu masuk tanpa menoleh lagi ke kiri dan kanan. Tangannya memegang kemas buku-buku dan file yang bertingkat, di bahu kanannya tersandang beg yang selalu diguna setiap kali ke kelas. Sebelah lagi tangan memegang tangkai payung.


‘senyum meleret nampak. Semalam bising, cakap ada pretest.’ Tak mengendah, terus meluru ke bilik, meletak beg di atas kerusi belajar dan buku beserta file di atas meja. Kemudian menuju keluar ke ruang tamu.


‘How was it? Told you, just a pretest. A test with a ‘pre’ at the front part never really a test. Just to evaluate your prior knowledge aje tau.’ temannya menyambung, sambil tangan masih lagi rancak meneruskan kerja-kerja menghidang.


Dia masih lagi tersenyum, tangan laju menekan remote, cuba menghabiskan segera vcd yang dah lama dalam simpanan. Yang bermaksud, kena segera pulangkan kat tuannya. Sudahnya, tak terasa langsung nak meringan tangan menyiap hidangan petang. Hujan di luar pula masih lagi turun dengan lebatnya, tanpa sebarang tanda mahu berhenti.


Merenung kaca tv sambil melepas lelah. Hari yang sibuk, bagi seorang yang malas. Really. 8-10 – class, 11-12.30 – another class, 1-3 – to class again, 4-5 – oh no! Again? malam nanti keluar lagi sambut birthday classmate. Tapi kenapa ya, masih boleh menguntum senyum?


‘wei, lapar.dah boleh makan?’ Lin takat jeling je sebelum geleng kepala. ‘macam bebudak, ingat dah habis kenyang tengok tv. Tu yang asyik senyum je tu.’


‘mana pulak. ni senyum bersebab tau.’ Menjawab sambil menekan butang pause. Kaki melangkah ke dining room, mengangkat dulang berisi roti jala dan semangkuk kuah durian, juga 2 cawan berisi teh hangat ke ruang tamu. Dengan perlahan dulang diletakkan di atas meja kaca sebelum kandungan dalam dulang disusun, untuk dia dan untuk Lin.


Kemudian, tangan kembali menganbil remote sebelum menyambung tontonan, sementara menunggu Lin mengambil sudu dan pinggan kecil juga senduk untuk kuah. ‘ko ape hal senyum tak habis ni?’ Lin yang baru sudah menyenduk kuah durian dan meletak beberapa keping roti jala di dalam pinggan melabuhkan punggung di sebelah. Matanya turut sama ditala ke kaca tv, namun untuk seketika sebelum kembali menagih jawapan.


‘jenn’ jawab dia bersahaja.

‘Your group mate?’membalas dengan soalan.


‘ada lagi ke budak yang nama jenn kat batch kita?’ membalas service, sesi soal-soal tanpa jawapan.

‘kenapa dengan dia?’

‘she made things easier for me, juga dengan izin Nya’


‘dia bagi ko copy dia ek, time pretest?’

‘suka la ko buruk-buruk sangka dekat aku,’


‘habis tu?’

‘She did ask me about Islam,’


‘Good’

‘Definitely, girl,’


‘memang itu pun yang ko tunggu kan,’

‘dah tu tanggungjawab aku, kene sebarkan pada yang tak tau,’

‘You’re right’


‘I’ve been waiting for that moment tau,’

‘aku tau, ko bukannya reti kalau tetiba nak buat direct session introducing Islam to those who don’t know,’

‘tu la pasal, nasib baik ada masa, kalau tak selamanya terbeban, berkawan bagai dah lama, more than 2 years, tapi aku tak ada usaha pun nak menyampaikan,’


‘You just got your chance, hun’

‘Hope that I don’t blow it up, dear’


‘tapi menyampaikan bukan dekat sorang je yang ko rapat, tapi dekat semua.do not miss that point,’

‘Aye aye captain, I’ll try, insya Allah.’ Kembali merenung kaca tv di depan.

‘hah, makan la. Apa lagi?’ Lin tak tunggu terus memasukkan secubit roti ke dalam mulut.


Dia takat tersenyum, kembali mengulang apa yang terjadi, dalam memori. Entah macam mana practical session petang tu, turut mengandungi perbualan tentang Islam. Bermula dari amalan confession and communion by the Catholics kemudian protestant, martin Luther, sejarah text book sebelum beralih kepada perkara basic dalam Islam.


‘hey, what’s the difference between imam and iman? Are they the same thing? I often confuse about those terms,’ jenn mengeluh.


Dia takat gelak, dan dan, macam jenn pulak yang selalu guna 2 perkataan tu. Padahal, sejak dia kenal jenn, ini first time dia dengar perkataan tu keluar dari mulut jenn. Terhenti seketika gerakan tangan.


‘Imam is the leader in the community, the one which is leading the congregation, promoting ones to do good deeds and encouraging ones to turn away from the sins. The imam also is the term used for the one who leads the solah in the mosque,’ kerja yang terhenti tadi kembali disambung. Sambil mata merenung sekilas jenn yang masih berfikir.

Ops lupa nak sambung, ‘and iman pulak is what you believe, your faith, right here in your heart,’


jenn mengangguk, hilang muka confused. Tiba-tiba, jenn tersenyum, sambil bertanya, ‘hey, I want to ask some more, can the imam gets married?’ dengan nada-nada gossip girl.


Dia kembali tergelak dan tersenyum panjang. ‘boleh. The imam can get married, like a normal person. Actually anybody is eligible to the title, kalau cukup ilmu dan faham agama,’


‘Ooh, like the Protestants. The reverends/ pastors are allowed to get married too. Ermm, does it mean that he can have physical contact with his wife?’


‘Hurm, again?’ dia pulak yang bertanya, sebelum menyambung gelak dan membalas, ‘ha-ha, cut the crap la jenn. Sejak bila pakai ayat berlapis ni. Did the question suppose to be; can he have any sexual intercourse with his wife?’


jenn tergelak, ‘I just want to sound polite,’ membela diri.


'sopan santun di jalan raya la sangat, nasib baik I could understand your question. Yes, he can have that; can start a family, having children. Again, he is a normal person jenn. He supposes to show a good role model to his community. But then, if he is not allowed to have his own family and leaves like a normal person, how on earth that he will be able to show others how to raise the kids and what kind of family and parenting institution that a Moslem should have?’


‘Hurmm, true,’ jenn mengiyakan siap mengangguk kepala lagi.


Dia menambah, ‘we don’t want a leader in the community that says a thing then does another thing. Nanti orang cakap, dia bolehla takat suruh orang kawin and having children, tapi bukan dia pun yang rasa susah payah jaga anak,’


‘yeah, you’re rite,’ kemudian jenn menyambung, ‘I know one thing for sure about your religion, if ones did pray 5 times per day, fasting when the fasting month is coming, do good like avoiding premarital sex, clubbing and alcohol, they are good Moslems then’


‘True. But those are the basic things that one must do. No exclusion dear. No matter how bad you are, you still have to pray and fast, when the time comes, those aren’t optional but are obligations as Moslems.’


‘Owh, I thought when you do those things; you would be more pious than others. But that is it. If you don’t do them, then it’s up to you,’ jenn mengerut kening.


‘Yups, u do become more pious than others but those who miss the chance to complete their obligations, they can’t simply walk away and keep their hands clean. There’s a sin to bear for each of the obligation you missed.’


‘oh, in your religion, if you want to be in heaven then you have to be a Moslem, rite? Then, what happens to those non Moslems?’ jenn buat muka wondering.


Okeh, dia ambil masa sebelum memulakan. ‘if one dies without believing of Allah as his one and only God, then all of his good deeds wont be taken into account. Sebab percaya pada Allah adalah yang paling asas dalam islam. Then, if you have no good deeds, how in heaven’s name you’re going to enter heaven? Since heaven is the place where all the people with good deeds are belonged to’


‘So where are they heading?’


‘They have no other option but to hell, becoming the hell dwellers, forever.’


‘Do all the Moslems directly go to heaven?’ jenn menambah soalan.


‘Sooner or later, they all will go to heaven, but it depends on their deeds in this world. If the good deeds outweighs the bad deeds, they will be shown the way to heaven, but if vice versa, then they will be punished first in hell for certain period of time, as if you did commit crime, therefore you are sent to prison, tapi prison yang ni sangat sengsara, tau,’


‘So, they won’t have chances to ask their God regarding their wrongdoings? Nak buat rayuan ke?’


when they soon realized that their pace will be in hell, they would definitely terrified. Begging for their life back even for 1 second. But, it’s too late. By the time they reach the hellfire, the guardian there will ask them a question, ‘didn’t come to you any of the God’s messengers, reminding you the true way of life?’


‘Ouch!’ jenn membuat reaksi seram campur terasa.


Dia bertambah-tambah seram, orang cakap, yang paling banyak cakap la yang paling akan diuji. Semoga dia istiqamah selalu dan diberkati.


‘the dwellers there will keep on begging and pleading for freedom from the hellfire but unfortunate, nothing can be done to bring them back into this world, they are going to live there forever,’ peringatan buat diri sendiri yang paling terutama.


‘Ops, you did talk about the basic in Islam, what’s that?’ jenn mengubah soalan.


'5 pillars of Islam,’ dia jawab, sambil tangan mempercepat gerakan, ingin segera menghabiskan lukisan.


‘Oh, is there such a thing? Tell me then,’ jen menyambung perbualan yang tergendala kerana pertanyaan seorang teman yang lain tentang lukisan petang itu.


‘1st: one must believe that no God but Allah and Muhammad is the messenger of Allah, its called syahadah.’ Dia menerangkan dengan ilmu yang tak seberapa.


‘That’s the most important aspect. Believe in one God, no other than Him. If a person believes that there’s a Power which is equivalent or stronger than Him, that kind of belief will cancel out his syahadah. Termasuklah percaya dekat penilik nasib, pi dekat kubur bawak makanan and stuff. The keywords here are oneness of Allah and the finality of the prophethood of Muhammad’


eh, you guys cant do those things? But it seems like a lot of Moslems still performing those kinds of rituals and believing in those supernatural bomoh thingy.’ Ouch! Tak tau nak balas apa, sekadar tersenyum mendengar jenn bercakap sendiri dan menjungkit kening sebelum bertanya rukun islam yang kedua. ‘Then, the 2nd one?’


‘5-time praying, dear’ dia menjawab sambil tangan menyelak halaman seterusnya buku manual. ‘Solah is the pillar of religion. Like those tubular metals used in construction to support the structure of the building project. The 1st and foremost issue to be scrutinized on the doomsday is solah, if the deep foundation is concrete, then everything will be ok.’


Jenn turut menyelak buku, tapi sempat menjawab, ‘owh, no wonder you mentioned that praying is the basic thing,’ berhenti sebelum meneruskan, ‘then, how do you know when is the time? And the direction as well?’


‘facing the kaabah. That’s the direction. And for the time, it depends on the position of the sun. At dawn, mid-day, late-afternoon, sunset and nightfall,’ Dia menjawab ringkas, berharap apa yang disampaikan adalah yang sebenar tentang Islam.


‘Then how you guys are going to pray, let say during the exam, traveling or in some other conditions where you are really unable to fulfill the obligations?’ bertanya sambil memadam sedikit bahagian dari lukisannya, untuk dikemaskini bagi hasil akhir.


‘You can pray outside the exam hall, no need to walk to the mosque or praying room nearby. Anywhere that’s clean. And if it’s really impossible, you can gather 2 solah in a time, let say when you’re traveling’ Cuba untuk menerangkan walau bukan penerang yang baik.


‘Hrrrmm... Then, the 3rd one?


‘Zakat, giving away certain amount of money to the poor and for those in need,’


‘The 4th one?’


‘Fasting in the holy month of Ramadan, from dawn until sundown,’


‘The 5th?’


‘Perform hajj in makkah,’


‘Oowh, is it a place where long time ago, your prophet helped in deciding the fair way to put the black stone in its place? The one mentioned in the sejarah text book?’


‘Yups, you’re right. Clever!’ dia tersenyum sambil melakukan touch-up yang terakhir lukisannya sebelum menghantar pada instructor. Jenn turut melakukan hal yang sama, terasa tak sabar untuk pulang setelah seharian di faculty.


‘Then the tabung haji thingy?’ jenn masih mahu bertanya, dan dia akan sedaya yang mungkin cuba menerangkan. Sungguh dia risau jika salah penerangan.


‘It’s where your savings go. Like a normal bank. At the same time, it works as a pilgrim’s fund board. Some banks run an auto-deduction service. They deduct the money from your saving account for zakat payment.’


‘Hey, that’s great. Then you no need to worry when it’s time to pay,’ jen tersenyum sambil menutup buku dan mengemaskan alat tulisnya yang berselerak memenuhi meja.


Dia turut bersiap-sedia untuk pulang. ‘Do you know, I also have to give away certain amount of money each month. Ermm, it will be much better if they can simply deduct from my account, and then I won’t miss it each time,’


sebelum menyerah hasil akhir dan berlalu pulang pada petang itu, dia sempat berkata kepada jenn, ‘jenn, you want to know something? If a person reverts to Islam, he’s like a newborn baby, free from all of his past sins or mistakes,’


'Wahh, really? Hey, that’s great.' nampak terkejut dan tak percaya.


'But then, can a person intentionally stop from becoming a Moslem then convert to other religion and then revert to Islam, for the sake of being free from his past sins since you said that once a person reverts, he’s free from all sins?’


‘Nope nope, big capital letters NO for you,’ Dia membalas, tersenyum sambil menuju ke pintu keluar. Jenn mengikut dari belakang.


Sama-sama menaiki bus pulang, sebelum turun dari bus, jenn sempat bergurau, ‘he he, I guess after this, I can teach others about the pillars of Islam since I mastered it already, may be I can remember them better than some of the Moslems,’ dia tersenyum melangkah perlahan ke arah rumah.


Dia masih di dalam kenderaan yang bergerak perlahan, meneruskan perjalanan pulang. Berdoa semoga hari yang dinanti akan tiba di mana pintu hati sahabatnya akan terbuka untuk menerima Islam sebagai jalan hidup.


Tersedar dari lamunan, piring Lin dah hampir licin. Dia mula mencubit roti ke dalam mulut. Dalam hati berdoa semoga Allah memuliakan dirinya dengan Islam, buat selamanya.

Wednesday, October 15, 2008

eId mubarAk inI...



Seorang demi seorang kawan diuji. Apa yang mampu dibuat sekadar menjadi pendengar yang setia. Jika dulu 6ooo batu menjadi penghalang, kini jarak semakin dekat, sekadar 2oo batu sebagai pemisah, namun sekali lagi gagal untuk berada di sampingnya.


Dia termenung, perlahan mencerna setiap luahan dari dia yang bergelar sahabat. Sahabat yang hampir 10 tahun dikenali. Bukan suatu jangka masa yang singkat. Kerana itu, setiap hirisan luka di hati si teman, pasti akan dirasakannya, walau perasaan sakitnya berbeza.


Ya, sudah tentu. Bukan dia yang berada di tempat temannya. Dia hanya sekadar meminjam mata untuk membaca luahan dan sedikit sebanyak merepek sekadar upaya untuk memeriahkan suasana. Namun terima kasih Tuhan, si teman masih boleh ketawa dan tersenyum melayan kerenah dirinya yang bermacam-macam.


Hujan masih turun di luar, namun sudah ada tanda bakal berhenti. Dia pula masih lagi bingung dan terkejut tanpa sebarang ilham untuk menghiburkan temannya. Dia takat tersenyum, terlintas di kepala mungkin kerana banyak sangat menonton kamen rider, chibi maruko chan life-action dan yang terbaru sebelum pulang menyambung study...Ultraman mebius and ultraman brothers. Entah apa- apalah yang ditonton, mak takat geleng kepala, sesekali bertanya, ‘ni umur berapa tahun ni? 22 ke 12?’. Akibatnya bila datang aja ‘life-threatening’ problem mentioned by her former classmate, she was blur and it seemed forever. Tanpa perasaan, namun dia cuba sedaya upaya untuk meletakkan dirinya di tempat temannya, memahami bicara dan menghadam rasa.


Temannya ternyata bukan setakat kecil hati, juga sudah menjauh hati dan akhirnya patah hati hingga susah untuk bangun semula menghadapi hidup. How serious the condition? Crazily serious, she was pretty depressed, she suffered and the past was persistently clinging to her, affecting her life and interfering her future, refusing to let her go to get her brand new life. Actually to get her life back, be like the old In that she knew before. Yeah, before the memories blindfolded her, before the memories drove her to a destination called ‘no where.’


‘susah nak move on’ temannya memulakan.

‘ye la, sebab beban dah berat, mana larat nak jalan, lari setempat pun tak pas, apetah lagi nak lari-lari anak tau,’ bebel mode is on.


‘Tell me then how to unload the beban, so that I can start my turbo jet and fly away,’ masih sugul.
‘lupakan semuanya, delete the past,’ senang cakap sebab tak pernah kena.


‘The past is the most expensive one dear, the most valuable asset, not sure either i can forget and throw everything in the dustbin, tak pun flush sesedap rasa dalam toilet bowl,’ dia membantah.

‘benda yang mahal memang berat nak lepas. Tapi selagi tak lepas, selagi tu kita risau. And you really have to pay for it. There’s always a high price for the valuable item, nothing comes free hun,’ dia menambah.


‘I wanted to forget but deep down here refuses to let things go,’ dia membela diri.

cant blame you totally, things happen sometimes not in order, it’s unpredictable,’


‘Feel like a loser,’

‘No u’re not. U’re strong and a happy-go-lucky girl as far as i can recall. Don’t ever give up. Don’t let this whole things change you, take control of you and destroying your life piece by piece,’ Cuba memujuk merangka ayat macam menjawab soalan karangan.


‘My parents still have no clue bout this,’

‘Then don’t let them know till u’re ready,’


‘I’m scared,’

‘This is not In that I knew. Hey miss, give my friend back that you have abducted,’ ok, it’s not funny. Focus.


‘it was 10 ooo-promises, u know,’

‘Promises meant to be broken, nothing last forever.’ Memujuk lagi.


‘Knew it but can’t help, it's hard to face the sun when the shine is so bright. it's killing me’

‘Spell them out, loudly: I C.A.N G.E.T T.H.R.O.U.G.H T.H.I.S’


‘Tried but I failed, sorry that you have to hear this’

‘I’m nobody but ur friend, dear. Anything that I can help?’ enawar diri walau tak tentu boleh.


‘Kill the person who caused the problem,’

‘I’m not James bond hun; I got no license to kill.’ Cubaan melawak untuk sekian kali.


‘How come I can be this hopeless,’ ni tanya ke, ayat penyata.

‘May be you should seek for some explanations – the sensible ones, baru terjawab soalan di hati,’


‘I was daydreaming for all these while. Jauh benar berangan, rupanya tak kesampaian. I want my 2nd chance,’

‘Don’t. The 2nd chance that u have asked for, may lead you to get hurt for the 2nd time. sampai bila cycle ni nak stop then.’ Membantah cadangan si teman.


‘im sorry, still degil nak lepaskan.’

‘get a grip. Bertenang, tarik nafas dalam-dalam, mintak kat Allah. Jika memang hak awak, tak kan ke mana.you do get it,dont you? Pape jadi pun, you still have lotsa people around you that really care bout you. Your parents, brother and sister. Your friend. And me. Don’t let us down.’ Motivating mode.


‘I’m so stupid,’

‘masih berharap la ni?’ walau dah tau jawapan.


‘sangat, tired but cant sleep. Can I take pills?’

‘A big NOPE. Jangan mengada,’


‘hahahha, tipu aje, tak pernah ada pun dalam simpanan,’ ok, at least she still got the sense of humor in her.

‘kalau dah tau takde, tak payah la susah-susah nak jalan pi farmasi beli. Buat penat je,’ layan je.


‘senangkan jadi kamu, no pelik-pelik feeling,’

‘It’s a compliment or an insult?’ pura-pura marah.


‘May be it’s my appearance,’

‘Look for someone that can accept you the way you are, hun. Read these magic words: terima seadanya,’ bertegas walau tahu kawannya itu hanya mau untuk bergurau.


‘The similar saying I herd long time ago,’

‘Take this from me; cinta perempuan is based on trust. Bila kepercayaan hilang, cinta pun sepatutnya sudah tiada.’


‘lama baru ada perasaan ni,’

‘jangan seksa diri dengan kenangan yang tak ada jaminan akan kembali. After all that happen, itu bukan perasaan yang sama lagi,’


‘Tell me what it is then?’ bernada ingin tahu.

‘itu cuma kenangan, hati dah jadi tawar tapi sebab asyik rewind je semua kenangan buat awak ingat awak masih mampu untuk berperasaan seperti dulu. Seperti sebelum terjadinya benda ni,’


‘Guess that I found the right person to refer to. You and your lovely words, mana belajar ni?’

‘Can’t help, it runs in the blood. Part of the traits, sebab tu malas nak cakap dengan orang, kang ter-sweet talk pulak, naya je,’ wah wah wah perasan tahap gaban.

‘perasan,’ kan betul dah kena.


‘We want the old you back,’

‘I’m trying,’

‘dah, jangan susah-susah hati lagi. pape, mengadu kat Allah, semoga yang susah, dipermudahkan dan yang jauh didekatkan,’

‘ok,’


‘semoga Allah berkehendak ilhamkan hikmah terjadinya semua ujian ni. He loves u, sebab tu Dia uji kamu. May be Dia nak dengar aduan kamu. Dia rindu nak dengar rintihan kamu,’

‘Thanks babe, feel much stronger.’


‘bagus-bagus, dah menjelma lebih kuat, lepas ni get the full-charge transformation dan kalahkan raksasa yang nak menawan bumi’

‘Heheheh thanks. U made me laugh,’ thanks God.

‘My pleasure,’


‘Guess that I can’t be selfish, got to think of others too and their feeling. I try, ok’

‘malaysia boleh gal!’


‘Let time heals the wound,’

‘dengan izin Nya, insya Allah.’


‘I have to be S.T.R.O.N.G’

‘So true gal, tunjukkan kekuatan super saiya yang sebenar,’


‘So true what zie said, you’re the best,’

‘bila pulak dia cakap,’ rasa terharu secara acute.

‘Back in Malaysia, dia cakap selalu kena bebel, tapi semua bebelan masuk kepala, selalu jugak she asked for consultations.’


‘lupekan benda-benda yang dulu bukan bermakna tak mengharap lagi, cuma tak nak terbelenggu dalam episode sedih yang panjang, clear?’

‘Much better now, thanks’

‘dah pi bukak puasa cepat,’ ayat penutup perbualan.


She didn’t know how much the conversation had helped her friend. Semoga semuanya baik. Dia merenung sinar matahari yang semakin menyembunyikan diri, bertukar menjadi cahaya merah di kaki langit, tanda masuknya waktu solat maghrib bagi kawasan rumahnya dan yang sama waktu dengannya. Perlahan menutup tingkap, moga syawal ini memberi jutaan kebahagian pada yang benar-benar mencarinya.


A friend told me sarcastically, ‘if one day u w0ke up with unicorns flying in the bright blue sky, fairies laughing happily at one side and rainbows perfectly formed for the next 24/7, then you must be in heaven. Because here on earth, as long as you’re alive, you have to face all the trials and tribulations, bukan untuk sape-sapa, tapi hadapi dengan sabar untuk mendapat redha dari Nya. Tapi bagusnya kerana masih hidup, masih sempat memohon ampun, bertaubat atas segala dosa, masih sempat perbaik amalan untuk dinaikkan darjat supaya dengan izin Nya berkehendak untuk memadam nama yang tertulis di dinding neraka dan dimasukkan ke dalam syurga yang tertinggi bersama Nabi dan sahabat. Masih sempat lagi last kopek, menghias iman dalam hati agar dapat berjumpa dengan Nya dalam keadaan yang paling cantik, paling menarik tanpa perlu budget hot.’


Syawal bukan hanya bulan menyambut kemenangan, tapi juga membawa seribu macam pengertian dan mendekatkan hamba kepada Nya, hasil asuhan sekolah ramadhan. Setiap kejadian punya hikmah tersendiri, berbaik sangka pada Allah, yang dianugerahkan Nya adalah yang terbaik bagi kita, selaku hamba. Verily after each difficulty, there’s a relief. A blessing in disguise seems unlucky at the beginning but actually it’s a happy ending. Akhirnya ujian buat hamba semakin dekat kepada Nya, semakin mahu ingin berharap dan mengadu segalanya, semakin yakin akan kasih sayang sebenar hanya dari Nya dan sebaik-baik pertolongan adalah pertolongan dari Nya. Lupa pada pesona dunia yang sementara dan berpaling pada Yang kekal selamanya.


Di keheningan malam – lirik lagu yang telah dimintak izin untuk di copy-paste (my mintak izin appeared as the final 25th comment of the entry). Sekadar renungan di bulan syawal.


Di suatu malam dari sekian malam,
Aku tidak tahu apa yang terjadi padaku,
Kegelapan menyelubungi diriku, wahai Tuhan.


Bumi dan langit ku rasakan sempit,
Hatiku tidak menjumpai cahaya,

Dan air mataku sentiasa bercucuran, wahai Tuhanku.


Aku ingkar dan dosaku bertimbun,
Sesungguhnya aku di dalam penjara kesedihan,

Dirantai oleh dosa-dosaku, wahai Tuhan.


Akan layakkah, wahai Tuhanku,
kemaafan diberikan kepada si pesalah,

yang sering berbuat dosa, wahai Tuhanku?


Engkau yang menciptakanku,
Mengasihiku dan memberikanku rezeki,

Wahai Tuhan, Engkau sentiasa mendampingiku,


Namun aku pula menjauhi-Mu,
Aku melupai apa yang ada pada-Mu,

Dan aku mengikuti jalanku sendiri, wahai Tuhanku.


Pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
daripada kegelapan di belakang sempadan,

Hatiku berkecai dan jalanku mengelirukan,


Aku yang kelemasan tidak melihat sesiapa
melainkan Engkau untuk menyelamatkanku,

Tiada tempat berpaling, tiada penyelamat kecuali Engkau, wahai Tuhanku...

selamat menyambut eid fitri al mubarak. ampun maaf segala salah dan silap, yang zahir dan batin, sedar ataupun tidak.