Wednesday, July 15, 2009

cinTa. kAsih. daN saYang...



‘So, what time you will be coming home, having dinner with your mum?’

‘Erm, well my mum is pretty busy as a psychiatrist. We usually don’t have dinner together, only in weekends’




‘Oowh, ok’ wrong question. Think again, make up a conversation.




‘So you often have dinner with your family?’

‘Yeps, my mum is a housewife anyway.’ Senyum tak berapa manis sebab rasa bersalah.




‘Wow, good for you. You must eat well.’

Ok, rasa lebih bersalah.



Another attempt. ‘You live with your family near hradec kralove?’

‘No no. only my dad lives there. Me and my mum live here, in Brno. My mum and my dad live separately now. They get divorced few years ago.’




Ok, why there are so many unhappy questions, come on think about anything, weather, culture, cloth, language.



‘So, can you tell me about being a Moslem?’ finally her new friend was the one who came out with a topic.

‘Ooo, ok. Well being a Moslem…….’




Dia bersyukur. Walau bukan seorang muslim yang baik, jauh panggang dari api. Indah khabar dari rupa. Tapi Tuhan sentiasa memberi dia peluang untuk menerangkan tentang agamanya. Kepada sesiapa sahaja. tak kira di mana. Memberi peluang untuk dia menjalankan tugasnya sebagai seorang makhluk yang hina, keji dan sentiasa berharap pada belas ihsan Sang Pencipta. Buat dia sentiasa rasa bersyukur kerana berpeluang untuk menjalankan kewajipan walau dia seringkali lalai dan mengabaikan. Dia berharap agar kasih sayang Tuhan nya akan kekal sehingga ke padang mashyar, hingga ke dalam syurga. Selamanya.




Selalu manusia tak berpuas hati dengan apa yang mereka ada. Dia juga punya banyak harapan dan angan-angan. Seringkali kecewa apabila tidak kesampaian. Rungsing, pening dan berduka. In short, tak puas hati. Padahal dia sedar tak puas hati = tak bersyukur. Tapi kerap dia memberi pelbagai alasan agar rasa tak puas hati itu di-justified-kan dan dia kekal tak bersalah. Excuses. Excuses, excuses.




Justeru bila diberi peluang mengenal dunia dan ragamnya, bila dapat mendengar nasib dan kisah mereka yang lainnya, baru bagai tersedar daripada mimpi yang dunia ini bukan hanya untuk kita ratapi. Tapi semangati. Mencuba untuk bangun bergerak bersama yang lain. Bukan menjadi selfish dan hanya mahukan apa yang dihajati. Masih ramai yang kurang bernasib baik di luar. Tapi masih kuat. Mereka harus dibantu, mengenal Tuhan. Bersama mencari makna sebenar sebuah harapan.




‘As a women, a wife and a Moslem, is a female allowed to continue working after they got married?’

‘Depends. They, the husband and the wife should discuss about it before making any decision, either the wife should be work or becoming a housewife.’

‘Oh, great’




Serious. Walau tak tau mana yang great nya, dia setakat tersenyum. Mungkin pada dia itu perkara biasa, berbincang sebelum membuat keputusan. Itu adalah makna kasih sayang. Sanggup berkorban. Demi keluarga belahan jiwa raga.




Cinta sahaja tak pernah cukup. Cinta itu mahu memiliki tapi kasih sayang itu yang sejati. Yang hakiki. Melepaskan untuk sebuah kebahagiaan dan sebuah ketenangan.




Tapi kawannya itu mungkin dibesarkan dengan sebuah pemikiran yang kita harus berjaya. Ditekan berkali-kali. Namun kurang didedahkan dengan ungkapan kita harus bahagia. Justeru kerana cinta pada dunia, maka kadang manusia sanggup melepaskan apa yang bisa menenangkan dan membahagiakannnya.




Boleh menolak tepikan keluarga dan kawan bisa saja menjadi lawan. Contoh pada gerakan wanita. Tanpa sayang dan hanya jatuh cinta pada dunia semata, wanita bergerak mahukan haknya, itu kata mereka, mahu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Mahu melakukan kerja dan perasan busy.




Memberi pelbagai alasan duniawi. Untuk kemajuan bangsa, masyarakat, negara dan manusia. Tapi seringkali terlepas pandang dan lupa pada the strongest even though the smallest unit of the organization. The family institution. Dan lupa pada harta yang paling berharga lebih daripada seisi dunia. Anak-anak yang diabai sekian lama.





Sayang. Itu lebih daripada cinta. Itu apa yang manusia rasa. Dalam jiwa. Cinta is passion. Dengannya seseorang boleh saja menjadi possessive. Nak perhatian, mahu menjadi pujaan. Lebih kepada perasan.




Cinta. Ingin dimiliki justeru mahu memiliki. Umpama kias. Saling berbalas. Dicinta dan menyintai. Diingat dan mengingati. Diharga dan menghargai. Saling bersms, bertelefon dan saling mengungkap kata cinta.




Kasih sayang is love. Mahu memberi dan rela berkorban. Macam ibu dan anak. Oh, bukan. ini bukan iklan ubat batuk cap ibu dan anak. Tapi ini hakikat. Seorang ayah boleh sahaja menangis menitis airmata bila anaknya yang masih dalam kandungan meninggal dunia walau tahu, anak itu juga bukan sahaja penyejuk mata tapi mungkin bisa menambah duka.




Bisa nanti terlalu banyak ragam dan cara hidup yang entah apa-apa, lebih-lebih lagi di waktu remaja, mungkin juga hingga ke tua.Tapi tak kisahlah apa yang bakal terjadi di hari muka, memberi peluang pada cahaya mata untuk hidup di dunia adalah yang paling utama. Agungkan kuasa sebuah kasih sayang?



Sayang: itu bukan suatu yang biasa. Tapi ia ukuran dalamnya sebuah cinta. Ia sebuah rasa beserta satu pengorbanan. Sayang : the more you love the person, the more you are willing to sacrifice for her.



Ibu bergalang ganti nyawa, walau tak tahu untung nasib anak yang bakal lahir ke dunia. Ayah sanggup membanting tulang demi sesuap nasi buat si permata hati.Sentiasa berfikiran positif bersama selaut harapan. Tentang impian masa depan. Tak pernah harap pada balasan. Apatah lagi agar dirinya selalu dalam ingatan.




Sayang itu kasih. Terlalu cinta hingga terusan memberi tanpa terfikir apa yang tinggal untuk diri. Sayang itu sifatnya selfless. ‘Untuk dia bukan untuk saya.’ Cinta : self-centered, thinking about own self too much and too often and become prejudice toward others. Ada rasa cemburu, kecewa. Tapi tak cukup untuk sebuah rasa bahagia.



Put it this way: girlfriends, even wives boleh saja dibawa ke kiri dan ke kanan, ke hulur ke hilir merentas kelab malam sekitar bangsar dan bukit bintang. Itu sebab cinta itu buta. Sampai hilang punca. Tak dapat kenal dosa pahala. Janji dapat bersuka-suka.




Tapi. Nilai kasih sayang. Seorang ibu walau hanya bekerja sebagai kupu-kupu malam, tak kan sanggup biar masa depan anak dia kelam, tak kan mahu dia seret anak dia ke tempat-tempat hitam. Biar dia seorang yang gelap. Berbeza bukan, antara cinta dan sayang?




Sayang itu buat berfikir, bukan sekali tapi banyak tentang apa yang lebih layak buat belahan hati. mahu beri yang terbaik dan semestinya yang baik-baik. Dari segi norma pandangan mata masyarakat mahupun nilai-nilai suci murni, dari segi islami walau kadang manusia lebih senang menamakan sebagai morality atau nilai harga diri.




Whatever, as long as one never loses the grip. Hold on and stick to it. Sayang buat seseorang berfikir dengan mata hati making use of the other 80% of undiscovered intelligence in drawing the lines in life.



Doa? Ya, itu berbeza sekali antara seorang pencinta dan seorang yang penyayang. Doa adalah harapan dan apa yang sering diucapkan. ayah dan ibu memang akan sentiasa mendoakan yang terbaik walau mungkin doa kebaikan itu kedengaran tak cool oleh anaknya. Dan mungkin bukan antara daily wishes daripada pencinta anaknya lewat sms atau dating.



Sudah tentulah, si ayah dan ibu mahukan anaknya tak tinggal solat, ke masjid berjemaah, melakukan 5 amalan ahli masjid dan sudah-sudah la dengan benda-benda tak berfaedah. Stop-lah ke gig dan ber-clubbing. Johnnie walker mahupun smoking.




Beza bukan dengan apa yang kekasih mahukan. Nak perhatian 24/7, dibawa merata-rata ke segenap alam jagat untuk bermadah cinta yang entah hapa, yang zaman bila. Kerana kekasih ada kepentingan dalam diri. Punya sesuatu yang dipanggil kepuasan hati. Tak seronok kalau tak dihibur. Sunyi kalau tak dirai. Geram kalau tak dipujuk. Menyampah kalau tak diingati especially di hari jadi. Dan yang aneh-aneh lagi.




Ayah dan ibu? Ah, tak perlu kisah pasal diri. Kalau tak makan pun boleh tahan lagi. Penat pun buat tak peduli. Cukup andai anak jadi insan berguna yang menabur bakti. Yang bisa mereka rasai perubahan si anak nanti sebelum mereka meninggalkan dunia ini. cuma anak-anak yang sering tak mengerti permintaan terakhir kali. sedikit bukan apa yang mereka nanti. hanya mahukan anak-anaknya kembali menuju Ilahi sebelum mereka pergi jauh enam kaki. itupun anak-anak dah berat nak beri.




Told ya, cinta dan sayang tak selalunya proportional to one another. Tak selamanya linear. Ada cinta yang menghancur dan mebinasakan sampai hilang nilai manusiawi. Tak punya erti. Apalagi harga diri. Kasih sayang, uissh jauh sekali. Membawa jauh dari agama. Tersasar daripada prinsip ketuhanan. Nak cool punya pasal bai?



Tapi sayang... Kasih sayang itu indah. Bisa mendamaikan di kala resah. Sebab tu anak akan telefon mak bapak waktu-waktu nak exam yang paper susah. Atau bila result exam hampeh macam tak boleh blah.




Dan, sebenar-benar kasih sayang adalah dari yang Maha Indah. Kerana itu...Dia digelar yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya, kerana Dia yang paling melimpah kasih dan sayang pada semua hamba Nya.... tak pernah Dia abai walau sebesar mana dosa dan noda.




Hanya hamba Nya yang seringkali tak mahu mengerti dan buat-buat tak peduli akan setiap tanda kasih agung dari Ilahi. Kenal kasih Ilahi macam diagnose penyakit. Kalau tak tahu sign and symptoms, tak dapatlah nak rasa nikmat atau erti bahagia.




Who should I give my love to after Allah and rasulullah?

Comes your mother

Who next?

Your mother

Who next?

Your mother

And then your father.




See. Tak ade sebut kekasih bukan?

Hari valentine pun bukan semua orang layan...

Selepas hari ibu...

Selamat hari ayah... 21 jun 2009

Dan kepada puan dan tuan yang baru menyambut orang baru dan pertalian baru di HK, Ceska republika......Congrats!

juga kepada puan mus yang telah setahun jagung mendirikan rumahtangga.