Saturday, October 31, 2009

this is how we win our customer's heart...





‘Now every time is a time to fly’. Beberapa kali mulutnya yang sudah siap dicalit gincu merah mak ngah diperiksa. Mana tau kalau-kalau ada comot sini sana. Sambil-sambil tu berlatih tersenyum manis. Al maklumlah, customer service kena jaga, dia dah rasa budget ada kelayakan untuk masuk international, selama ini asyik jaga domestic saja. Paling-paling pun, pi negara jiran yang cuma sekangkang kera. Boring. Kulit sawo matang, kuning langsat, hitam manis.Mana aci. Nak juga bersembang mesra, bermain mata dengan encik-encik blond dan mata biru, atau incik-incik dari timur yang bermata sepet. Setiap hari dia sibuk menonton drama-drama orang puteh, gossip king la, desperate husband la, heroine la, bigville la, ultranatural la, tak ketinggalan juga watak lelaki idaman dia dan rakan-rakan sekabin, jail break. Lepas tengok berbuih mulut nak cuba pronounce macam diorang-diorang kat negara 4 musim tu, sampai tergeliat-geliat lidah. Nasib baik budak-budak rumah tak mengata yang dia terkena sawan.








Aduh, berangan lagi. Dia bangun dari tempat duduknya, set alat make up yang berkoyan-koyan dan bertingkat-tingkat di depan mata ditutup perlahan dan cermat. Isy, mana boleh kasar-kasar, shiseido ni. Sanggup berhabis dia kalau pasal nak nampak cantik. Ops ops, bukan takat cosmetics je yang diutamakan, selaku attendant yang berdedikasi, cantik, manis dipandang, senyuman menawan, hot, drop-dead gorgeous dan punya aura tarikan yang memikat, dia selalu cuba untuk kelihatan paling menonjol. Biasala, demand bukan hanya datang dari dalam diri, tapi juga daripada company, customers dan saingan dari attendants yang lain. Dia nak dia yang paling berjaya, worker of the day, month, year, decade semua anugerah dia nak sapu. Hohohohoho!.Tak sedar dia sudah tertawa sedikit mengilai, ala-ala watak chibimaruko chan dan rakan-rakan yang sedang bermain ‘berlakon watak ibu surirumah tangga yang membuka cerita keburukan suami masing-masing di waktu petang sambil minum teh dan makan kuih’, dilihat kiri kanan, takut-takut nanti ada yang mengata dia disampuk atau sedang bercakap dengan bunian. Maklumlah zaman sekarang, semua yang kurafat lebih diutamakan daripada yang syariat.






Skirt paras lutut yang sudah sendat itu dia betul-betulkan. Tergelak sendiri. Apa yang nak dibetulkan pada skirt yang dah ketat melekat di tubuh, tarik macamana pun tak kan jadi labuh. Uniform merah hati itu ditelek berkali-kali di depan cermin. Tengok sikit kalau-kalau ada coffee stain ke, tumpah kuah laksa breakfast tadi ke, atau nasi lemak pak ali pelanggan terkena pada bajunya semalam. Maklumlah tak sempat nak tukar baru, blazer masih ada kat temah's laundry. Worait, perfect! Dah cun melecun yang tak dapat disangkal lagi darjat kecantikannya. Top putih dengan blazer sedondong warna skirt potongan bentuk badan membalut rapi tubuh. Perlahan tangan menggerakkan zip blazer ke atas, biar tertutup separuh. Make up done, dressing tiptop, sekarang....oowh rambut pulak. Diamati-amati bersungguh-sungguh dandanan rambutnya, dipastikan sentiasa fesyen terbaru yang membuatkan dia nampak lebih muda, sihat dan kuat.rambut, macam-macam ada. Warna perang dengan sebahagian di highlightkan sedikit brunette. Ala-ala Brooke Penelope Trevis la bagai, ala dalam rancangan one two tree. Eh, subang, pantas tangannya segera menarik drawer yang paling atas dan mengambil kotak baldu hijau lumut dan mula memilih yang mana satu pilihan kalbu.







---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Keletak-keletuk bunyi kasut tumit tinggi yang dipakai. Pandangan orang kiri kanan di sekitar departure hall dia buat tak endah. Masih dalam angan-angan. Dengan penuh yakin dia berjalan mengheret samsonite merah hati di tangan. Barula ala-ala sedondon gitu. Haiyak, apa punya malang! sikit punya baik mimpi siang hari, tapi nasib buruk jugak yang menjelma di alam realiti. Rasa macam nak maki, bibir dan dikatup rapat, mulut dah berkumat-kamit macam mak bomoh memanggil setan, tangan genggam rapat-rapat takut ada yang kena penangan. Tiba-tiba dia teringat motto syarikat: customers are always right. Hampeh, ni yang malas ni. Dengan penuh keengganan dia cuba mengoyak senyum, slow and steady falah, sabar, sabar. Budak je tu jangan ko naik syeih. ‘tak pe dik. Dah jangan menangis. Ish, akak tak marah pun. Sikit je ni. Tengok, akak lap je dengan tisu dah hilang. Magic, kan?’ rule no 1: selalu ambik hati customer, kata lain: bodek baik punya. Rule no 2: always remember rule no 1. Tangan dengan penuh kelembutan tari menari menyusun jari dan penuh ayu ala-ala gadis melayu perlahan dijatuhkan atas kepala budak perempuan berumur 5-6 tahun yang muka macam dah nak membanjirkan terminal. Alasan sebenar: dia tak lalu nak dengar budak-budak menangis, nyaring macam hapa, boleh pecah gegendang telinga. Tolongla, tak kuasa. Kang tak pasal-pasal parents budak ni datang naya aja. Budak-budak zaman sekarang, bukan boleh percaya bab adu domba ni. Sambil-sambil tersenyum kurang gula, dia memandang sayu stiletto guess summer sales yang baru dipesan kepada rakannya yang kebetulan bertugas untuk perjalanan london-kl.









Alamak, apasal tak jalan tactic rupa ayu keibuan, budak ni tak makan pulak. Air mata dengan hingus-hingus sekali dah laju mengalir keluar. Uih, boleh tak lalu makan kalau lama-lama pandang. Cartier hasil makan maggie berbulan-bulan sampai rasa dia dah tak ada beza dengan kanak-kanak kelaparan dekat Africa di pergelangan kiri dikerling. Akhirnya, dia mengorak langkah bersama budak perempuan itu ke tempat duduk berdekatan. ‘nama akak falah.’ Dalam enggan dia menghulur salam. Harap budak perempuan itu akan segera berhenti menangis dan mula berbual. Senang sikit nak ditinggal. Tak ade la nampak sebiji macam nak lepas tangan. Lepas kasi menangis, blah macam tu aja. ‘ ‘iklil.’ ‘parents adik mana?’ berbasa-basi sambil mata tak lepas memerhatikan lalu lintas manusia di depannya. Cepatla..cepatla.. aku ada kerja nak buat ni. ‘solat.’ Alamak, betul-betul terkena batang hidung. Kata orang, makin dikejar dunia kita makin tenggelam. Dan itu yang kadang-kadang dia rasakan. Sibuk dengan rupa paras dan melayan penumpang, dia jadi lalai. Solat ditinggal-tinggal. Iya la, mana nak kejar masa siapakan pre-meal order, menjawab soalan customers, berjual beli dalam perjalanan dan dalam masa yang sama nak ke tandas, tanggal make up dan berwudhuk? Maka solat pun jadilah di akhir waktu, diqada’ dan ditinggal-tinggal. Well, nak maintain make up punya pasal. Ok, try to change subject before it’s too late. ‘kak falah tak pi surau?’ aku dah kata, aku dah kata. Lambat sikit swing, betul-betul kena. ‘err, hurm,’ awat la suara pakat tak nak keluaq. ‘eh, dah solat dah iklil, kat rumah’ berdalih, padahal kalau bab nak berhias dari terbit fajar sadiq sampai tergelincir matahari tak habis lagi. Mana nak dan. ‘tapi bukan baru tadi ke azan?’ crap, ni cikgu fardu ain sekolah mana yang pandai sangat ajar budak ni waktu-waktu azan? Dia terkedu, apa nak jawab nampak sangat pecah tembelang. Terasa make up yang berinci-inci tebal bagai perlahan-lahan mencair dek peluh yang semakin lebat mengalir. Peluh nervous kantoi la katakan.






end of part 1