Tunaikanlah perintah Allah dalam keadaan ringan atau berat, suka atau tak suka, asal sahaja perintah Allah, ianya akan menjadi ikhlas, walaupun hati kita tak suka melakukannya. bermujahadah menetang nafsu sehingga akhirnya Allah mencampakkan kemanisan dalam amal..
1, 2, 3... sebuah konklusi, holier than who?
1
hujan masih lebat di luar mujur dia sempat berteduh di kedai itu. Tanpa payung, memang sukar untuk melangkah pulang ke rumah dalam cuaca yang semakin memburuk. Berharap sebentar lagi hujan akan menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.
Melihat dan mengamati sekeliling. Tanpa sedar sudah hampir 3 tahun dia mengunjungi kedai tersebut. Menjadi pelanggan, walau mengikut musim. Dan dalam tempoh 3 tahun, tidak banyak yang berubah. Cuma, perniagaan kedai itu dia kira semakin maju, pelanggan memenuhi pelosok, terutamanya setiap kali selepas isya’.
Melilau mencari ruangan kosong, sebelum meletakkan beg dan memesan makanan untuk dibawa pulang. Tidak mahu berlama-lama, mahu segera sampai ke rumah walau harus meredah hujan. Bimbang andai semakin memburuk, pasti nanti dia tak punya sebarang alternatif.
Melirik sekeliling sekali lagi, tiada yang berubah. Andai ada, Cuma satu. S.a.t.u. yang seharusnya tak mungkin, namun terjadi. Dulu, pertama kali menjejak kaki, dia masih dapat memperati anak-anak perempuan kembar tuan kedai yang masih lengkap menutup rambut di kepala. Walau mungkin dia akui, akibat dari arus semasa dan keinginan remaja, kain yang menutupi bahagian kepala seringkali dipadan dengan seluar yang ketat dan baju yang singkat.
Bulan dan tahun mendatang, anak itu semakin membesar, umpama rama-rama yang baru keluar dari kepompong, melihat dunia yang pelbagai warna dan rasa. Akhirnya mungkin kerana khuatir tidak dapat diterima rakan sebaya di sekolah tempat dia belajar atau sukar disesuaikan dengan nalurinya untuk berpakaian mengikut arus dunia moden, perlahan-lahan tutupan kepala dilonggar sebelum melungsur jatuh. Diganti dengan pelbagai gaya rambut sesuai dengan usianya dan kena dengan pemakaian.
Si ibu di cashier sudah memanggil berserta dengan bungkusan makanan di tangan. Membayar dan melangkah keluar dalam hujan renyai, meninggalkan kawasan kedai yang semakin penuh. Tanpa berbuat sesuatu. Hanya berdoa, semoga dirinya dan anak itu sentiasa memperoleh hidayah buat bekalan di masa hadapan.
2
hujan masih mencurah di luar. Sesekali kilat memancar terang cahaya kemudian guruh berbunyi garang. Cuaca sejuk membuat dia mengambil keputusan untuk mengisi waktu hanya dengan membaca.
Bacaan diteruskan walau dihujani perasaan kurang setuju. Barisan ayat- ayat dan setiap baris kata hanya sekadar bersandar pada logik perkiraan yang sementara tanpa mengambil kira perbezaan yang jelas dan nyata antara agama dan budaya.
Berfikir sejenak sambil tangan mencapai mug berisi chocolate panas yang dibuat dan dibawa naik ke bilik selepas makan malam bersama teman-temannya. Kembali menyambung bacaan. Ramai yang sekadar menduga-duga, sekadar mengikut hawa nafsu tanpa periksa, hanya mendapati diri menjadi semakin keliru.
Yang dihukum seharusnya pada budaya yang jelas berat sebelah dan banyak menyebelahi kaum yang berlawanan. Persis zaman jahiliyah yang mana anak perempuan ditanam dan anak lelaki dibiar hidup. Kerana itu Islam datang menyedarkan yang lalai dan perasan bagus. Menjelaskan bahawa keduanya harus dilayan dengan saksama tanpa bias.
Namun, agama juga yang dipersalah tatkala si pencarisalah buntu untuk menunding jari. Kurang faham perbezaan antara dua adalah fatal. Yalah, pencari salah hanya seorang asing yang tak memahami budaya dan agama. Datang atas tiket melawat tetapi sudah rasa diri cukup berkemampuan untuk memahami dan mendokumentasi seluruh proses kehidupan di negeri yang asing. Maka terciptalah karya yang berasaskan salah faham dan kegagalan untuk menginterpretasi dengan sebenar. Kurang faham satu, perasan benar juga satu hal. Maka seluruh dunia mencemuh agama padahal yang harus diubah adalah budaya yang banyak berpandukan kejahilan semata.
Dan akhirnya, si pencari salah masih tak ketemu punca kesalahan namun terasa diri sudah banyak berjasa pada dunia dengan memberi sebuah pendedahan yang salah. Salah yang bukan sedikit tetapi dreadful. Dan mug berisi chocolate panas ditambah marshmallow untuk sekian kalinya dikacau sebelum diangkat dan dibawa ke mulut.
3
di ruang tamu yang kebetulan hanya tinggal dirinya dan seorang teman, masing-masing terdiam, fokus terarah pada kaca tv. Untuk hari itu, hanya mereka berdua sahaja yang menghuni rumah. Ada yang keluar untuk membeli belah atau sekadar window shopping, menonton wayang bersama rakan sekuliyah dan keluar membeli groceries sambil menikmati cuaca sejuk di luar rumah.
Memilih untuk tidak turut serta. Lebih selesa berada di dalam rumah, memanas diri dan berehat tatkala hujan menyapa bumi hampir setiap hari. Ketika tangan menggagau cuba untuk mencari remote control, mahu menukar ke siaran yang lain, matanya tertancap pada satu keratan berita di akhbar.
Menghadam isinya, sebelum menoleh ke arah teman yang masih lagi leka menyuap karipap ke mulut. Sedar akan renungan, temannya sekadar membalas dengan mengangkat kening, minta penjelasan.
Dia pula menyerahkan naskhah itu kepada temannya, dan temannya sekadar memandangnya sekilas, membaca dan memberi reaksi, ‘what’s he up to? Trying to justifying his wife’s action of not putting a head scarf?’ dan dia hanya terdiam dan menggeleng kepala, tanda tidak mengerti.
‘Just because you’re great in writing and influencing your readers, it doesn’t mean that you’re great in everything...not everyone is great in discovering the truth, in understanding Islam. It’s not simply a talent, it needed hard works, which is not everyone is willing to pay.’
Temannya menyambung, sebelum mengambil remote di tangannya dan kembali fokus kepada siaran-siaran di kaca tv. Mencari channel yang sesuai untuk ditonton di petang itu. Dan di luar kedengaran bunyi kunci dimasukkan ke lubang kunci tanda pulangnya teman-teman serumah.
next...sebuah konklusi