Thursday, January 8, 2009

tiGa dOa . tIga cinTa

satu



dia membelek-belek surat khabar di tangan. Membaca pelbagai sites maupun web pages. Kerana dia benar mahu tau.benar merasa perlu. Maka dia mencari ilmu dan meneliti garis waktu. Menghayati derita ummat islam di sebuah negara yang suci. Menempat 3 agama samawi. Terletaknya sebuah rumah suci bergelar baitul maqdis. Menelek setiap gambar penuh derita. Menonton setiap video penuh sengsara. Kesal, sedih, marah, kecewa berbuku tanpa hadnya. Namun dia barangkali lupa. Kerana terlalu tenggelam dalam cubaan merasai perit payah susah rakyat yang berjuang, dia menjadi alpa. Quran sudah seolah dipinggir, lebih tertarik pada banyaknya blog-blog yang bercerita. Dan masa untuk membaca Quran seakan diguna untuk membaca catatan. Dan Quran yang merupakan kalamullah semakin dibiar, dipandang sepi. Mana mungkin kalam manusia menjadi pengubat jiwa dan pembakar semangat lebih daripada mukjizat yang diberi kepada Nabi?



Dua



Dia menunggu di depan tv. Bersantai sambil cuba menghargai masa bersama teman-teman serumah. Mendengar pelbagai cerita tentang dunia dan isinya. Nyata, ketika ini berita tentang kezaliman dan penindasan yang terhangat di pasaran. Masing – masing mengeluarkan hujah, petua, mencari doa, menderma mahupun mengumpat, mencaci juga melaknat si pengkhianat yang suka merebut-rebut dan menindas tanpa belas. Tidak kurang jua yang mengugut agar sentiasa disampaikan pesanan secara berantai dalam bentuk pemulauan barangan, kalungan doa, bacaan Quran dan nasihat sesama insan. Siapa yang tidak meneruskan rantaian, dianggap zalim, tidak prihatin, menderhaka terhadap agama dan akan ditimpa bala. Itu semua umpama doa. Tidak sedar yang didoa itu adalah seorang muslim yang berpaksi pada Tuhan yang satu, Muhammad utusan dari Nya.


Dalam dia senang bercerita dan mengutuk penuh semangat akan kekejaman dan ketidak adilan yang berlaku pada saudara – saudara di bawah satu agama, tidak sedar sudah banyak masa yang terbuang. Kata-katanya umpama angin yang berlalu, tiada membawa kesan kerana tiada tindakan. Dia terus dalam semangat berkobar yang dia pilih untuk menyalurkannya dengan mencaci dan memaki sehabis daya segala bentuk keganasan ke atas ummat tanpa sedar dia punya banyak tanggungjawab yang harus dia laksanakan. Masa kian terabai, ummat kian lalai. Dia masih dalam omongan. Dibiar dan ditinggal jalan dakwah kesepian. Dia lupa untuk menyentuh hati-hati manusia di luar untuk kembali kepada Allah. Dia alpa pada tanggungjawab untuk menyampaikan walaupun satu ayat. Dia lalai dalam mendoakan agar setiap hati dan jiwa kembali mencari Pencipta yang hakiki. Dia abaikan mereka yang masih tergapai mencari jalan taubat dan hakikat beragama. Dia lupa pada pembaikan imannya. Dan dia masih terus dalam bicara. Sekadar berbicara.



Tiga



Dia masih di situ. Menyeka peluh-peluh yang menitis tatakala diri menghayun langkah melewati pelbagai arah. Niatnya cuma satu. Mahu memberitahu dan menyampaikan kepada dunia serta seluruh isinya agar semua sedar akan segala keganasan yang berlaku di depan mata. Segala penderitaan biar bersama dirasa. Agar semua mara, bangun mengutuk kezaliman yang kian ketara. Makanya dia mengambil bahagian dan tak mahu ketinggalan. Melaung panji dan membuat tuntutan, agar mereka bisa mengerti yang derita ini harus berhenti. Tak perlu diulangi. Dari pagi hingga ke tengahari, setiap tempat dia lewati. Bersama teman – teman mmebuat bantahan. Semoga dengan ramainya bilangan yang hadir, buat mereka sedar. Buat mereka mengerti, sekaligus berasa ngeri. Gerun dengan ramainya bilangan yang menyokong bantahan, menyetujui perdamaian dan mahukan keamanan. Melangkah hingga waktu solat, melintasi rumah – rumah Allah yang juga tempat ibadat.


Ya, dia juga manusia biasa. Kerana itu dia juga lupa. Lupa pada perasaan yang harus dia rasa. Tatkala melangkah melewati setiap rumah Allah. Rumah – rumah itu kosong, tiada siapa yang datang memeriah. Walau azan sudah dilaung.. Saf – saf masih belum penuh. dan dia harus merasa pilu. Pilu pada rumah Allah yang ditinggalkan, sayu dalam hati kerana tidak terpilih, terpanggil untuk menghadapnya di tempat di mana azan diseru. Sungguh, azan itu adalah dakwah dan peringatan yang serba sempurna. ‘marilah mengerjakan solat’ ‘marilah menuju kejayaan’. Kejayaan justeru hanya mampu dicapai jika semua mengerjakan solat. jika semua sentiasa mengamalkan dengan berjemaah. Jika semua mengerjakan dan mendirikannya di awal waktu. Itu janji Allah. Dan sungguh, Dia tidak pernah sesekali memungkiri janji. Logiknya, ramainya manusia yang membantah di jalanan, ramai lagi yang memeriah di rumah ibadah milik Nya. kerana di situ punca jaya, kerana di situ segala harapan bisa jadi kenyataan.


Manusia biasa seperti dia juga lupa. Gerun di hati mereka bukan kerana ramai manusia. Tapi kerana gerun dicampak ke dalam hati oleh Si Dia. Maka perlu pada Nya agar mereka menjadi takut. Agar segala penderitaan menjadi terbantut, dan agar segala keadilan bisa dituntut. Dan bagaimana lagi untuk meraih izin Nya bagi mencampak rasa takut? Dengan menghadirkan diri dalam menyembah Nya berjemaah. Supaya dia sentiasa berada dalam pandangan Nya, agar mudah memancing simpati daripada Nya. dia alpa pada pengajaran sirah. Pada bilangan ummat yang kecil yang mampu membenam tentera yang banyak. Kerana setiap dari ummat itu patuh pada Nabinya. Dan sesungguhnya kepatuhan itu adalah melaksanakan sunnah. Dan antara sunnah yang terbesar adalah solat berjemaah, di rumah Allah (pada lelaki). Kini, bilangan manusia yang membantah semakin ramai. Dari hari ke hari, di setiap jalan, setiap tempat. Dan rumah Allah terus dibiar sepi tanpa penghuni.




Akhir




Doa pertama:



agar hati sentiasa merindui wahyu Ilahi, tertunduk nafsu, terjaga diri. Berpegang pada mukjizat Nabi yang paling besar, semoga selamanya tak kan pernah tersasar. Biar cinta suci hanya milik Ilahi.



Doa kedua



Semoga diri sentiasa sedar tanggungjawab untuk menyampaikan. Pada saudara seislam mahupun kepada yang bukan. Agar selamanya, semua saling ingat – mengingat, nasihat – menasihat seperti wahyu Nya dalam surah al ‘asr’. Cinta antara ummat yang mendapat rahmat dan lindungan arash Nya di hari qiamat.



Doa ketiga



Ibadah hanya bersandarkan sunnah Nabi. Sebagaimana yang diajar Baginda. Semoga segala amalan diterima. Semoga segala perilaku, pemikiran dan bicara Baginda dapat dicerna. Semoga segala silap dan salah dalam beribadah dapat diampun. Agar cinta kepada Nabi bisa menjadi salah satu jalan untuk menuju ke syurga Nya.




Dari

Dia, ummat yang sengsara, yang tertipu dengan dunia

Thursday, January 1, 2009

1.4.3.0

Fragment: 1




‘Hey gal, got to tell you one thing’


sure’sekilas memandang dirinya sebelum kembali melakar di atas notebook.


Sesekali memandang ke depan. Ke arah blackboard. Cuba bersegera menghabiskan segala catatan di lab sebelum session seterusnya.


Ish, macam dengar tak dengar je. Hati berbisik. Salah dia, sebab pilih waktu itu. Tapi mulut terus menutur kata.


‘I’m sorry. Didn’t come for the carol last night at your place.’ Joan memandangnya. Kali ni lama, siap muka confused lagi.


‘Hey, it’s ok. I’m fine with it’ dia tersenyum.


Memanglah ok, sebab mana pernah dia datang bila sampai bab-bab macam ni. Biasa takat tersenyum bila diajak. Joan gets used to her absence already. Faham. Dia seorang yang tak reti nak masuk sangat.


Tapi kali ini berbeza. Bukan sebab reti tak reti bersosial. Atas sebab yang satu. Maka dia ternyata harus jujur dalam beralasan. Untuk memberi faham.


‘No, it’s not. I really want to explain.’ Dia menarik nafas. Tak reti nak berbahasa atau memberi penerangan. Tapi harus dicuba agar tak tersalah sangka.


‘Huh?’ Joan mengangkat muka. Mungkin rasa kelakar. Selama ini mana pernah dia tak datang siap nak bagi penerangan atas ketidakhadiran. Tapi entah, kali ini dirasakan penting. She already accepts Joan as one of her friends. Tak kan dah mengaku kawan tak reti nak berterus terang.


it’s not that I don’t want, but I cant. It’s due to my religion. My preference.’ Dia cuba jadi setenang mungkin. Ok, permulaan macam tak berhikmah.


Joan angkat kening tanda tak mengerti. Halamak, baik dia terangkan.


‘I know that was just a singing ceremony and may be an annual event where we can be together as a batch. Or at least as a group. But, since the song is about your religion, something related to the belief and ritual ceremony, I can’t be there for sure. We are not allowed to join those kind of festive.’ Ewah, dengan sekali lafaz dia menuturkan. Siap berpeluh-peluh lagi. Macam hapa aja.


Mungkin juga kerana dia dah terlalu penat. Melarikan diri setiap kali dijemput.


Joan termenung sejenak. Sebelum meneruskan kerja. ni kenapa tak nak kasi respond pulak. Jangan cakap sebenanya dia berhalusinasi je tadi yang dia tengah bagitau joan tapi in reality, dia masih tercongok tanpa kata.


‘Owh, really. It’s ok dear. I would have felt bad if you came that night then. No worries. I got it’ Joan tersenyum mesra.


Fuh, finally. The most wanted reply even though a bit slow. Tak pe la janji dia dah menyampaikan. Tak mahu meletakkan diri dalam sangkaan orang. This is her excuse, really hope that Joan would understand.




Fragment 2:




‘Sorry, I don’t swim’ dia membalas perlahan. Mengharapkan sebuah pengertian. Nasib mereka memahami.


Sudahnya, dia hanya sekadar menjadi pemerhati. Melihat pada manusia yang sedang memenuhi kolam dan melepas pandang pada sekeliling club house yang nyaman dan menghijau.


Dia cuma sedaya upaya menjaga diri. Heck, bukan kerana dia baik, tapi is struggling untuk menjadi baik. Masih berusaha mengingati batas dan mahu jdi seorang yang reti somehow to draw the line.


It was inappropriate. Open area. Males and females. And she is a Muslim. She should definitely remember her status.


Itu cerita sebelum ke Tamara’s house, group day out. Before meeting tamara's parents. A simple visit. Mujur her maids are Muslims. She just had to ask for her permission nak guna bilik kejap and the rest was solved by Tamara, with the help of Joan.


Joan is very understanding, dialah yang sibuk tanya either it’s ok to pray in Tamara’s house or would it be too late and she might be running out of time to perform the obligation nan satu.


Tamara is another person behind the scene. She helped with the sejadah and telekung which she borrowed from her maid and had asked her the direction of kaabah (the kiblah).


Dan dia hanya mahu satu. Tidak mahu joan dan tamara sekadar memahami apa yang tersurat tapi mahu mereka memahami segala yang tersirat. Semoga diberi kefahaman tentang Islam dan iman.


At least that was her prayer that she sent to the Lord above after she finished performing her obligation. Biar seisi rumah disinari cahaya yang kekal selamanya. Semoga pintu langit terbuka dan doa dari dirinya yang hina diterima.




Fragment 3:




‘I know, lets watch movie after this before we go back’ dia yang duduk mengayun buaian menjadi serba salah. Tapi masih menguntum senyum seakan meraikan.


Yang lain sudah mengangguk tanda setuju. Seakan mahu bersegera sebelum tayangan seterusnya bermula.


‘Hey guys, i am sorry, I don’t watch movie’ dia tersenyum. Dan mereka seolah memahami.


joan pula tak habis-habis tanya itu dan ini. ‘you never watch movie before, in cinema I meant?’


‘I’m afraid no’ sekadar tersengih.


‘ooo’ baru bagi joan. Baru juga baginya untuk berkongsi pendapat.


Biasanya dia tidak memberi jawapan. Undangan dibiar sepi atau sekadar berkata, ‘tengokla ye macam mana,’. Hanya tergantung. Atau pura-pura busy sebagai alasan untuk tidak datang.


Tapi kali ini tiada alasan. Satu pernyataan. Dan nyata berterus terang dalam perhubungan jauh lebih baik kerana membuka peluang bagi sebuah kefahaman.


Memang kalau nak keluar berkumpulan, dia yang paling banyak demands. Tapi sungguh, dia sekadar mahu berterus terang. Tak terlintas nak menyusahkan. Dia tak pula memberontak mengarah agar tak perlu menonton.


If they want to have it, go for it. Just don’t count her in. Dia sedang cuba membaik pulih diri. Kerana itu dimohon pengertian.


Dan syukur, mereka mengerti, walau kelihatan janggal. Bila ditanya dia sekadar menyatakan memang tak diajar sedari kecil. Tak terbiasa.


Dan biasanya, dia akan pulang setelah keluar bersama manakala teman-temannya akan menyambung aktiviti dengan menonton movie.




Fragment 4




Sedang berjalan di malam hari sesudah dinner. Bersama dee di sisi. melihat langit yang masih terang dengan bintang bertaburan.


‘Yeayy, new year is coming!’ dee hampir menjerit. Excited.


Dia sekadar tersenyum. Mengangguk. Namun tak pula teruja. Sekadar berkongsi cerita.


‘So what’s your new year eve’s planning? And your new resolution?’ dee seakan teruja. Mahu mendengar jawapannya.


‘I made my resolution already few days back dear. Remember the maal hijrah a.k.a.awal Muharram?’


‘Owh, it’s a Muslim new year. Now I know it.’ Dee bagai berfikir. Mungkin mengingati sambutan yang biasa dilihat di kaca tv back in Malaysia atau mungkin telah berjaya to relate maal hijrah yang disambut ummat islam di malaysia dengan public holiday.


Satu pengetahuan baru bagi dee. Satu pengalaman baru bagi dirinya dalam berkongsi apa yang ada.


‘So, guess that you made you own resolutions la, on that day?’


dia mengalih pandang pada dee sebelum kembali mendongak ke langit. ‘We don’t really celebrate it. But yes I did make my resolutions on that day. Just want to keep the spirit alive, get the momentum for changes’


dan mereka berjalan pulang. Meneruskan perjalanan dengan perut yang kenyang.




1.2.3 dan 4:




Again, ini bukan budget suci atau bagus atau concept ‘holier than thou’. Dia hanya cuba berlaku adil pada dirinya dan manusia lain. Memberi ruang agar dia bebas menyatakan pendapat dan bersangka baik bahawa pendapatnya diterima tanpa prejudice.


Ini soal umurnya. Sudah terlalu panjang dan lama tempoh dipersia. Tak sedar hampir sampai ke penghujung bila-bila masa sahaja. Kerana itu dia rasa sudah sampai masa baginya untuk bersedia. Cuba membuang dan mengekang rasa untuk menikmati kemewahan duniawi. Sudah sampai masanya diri.


Sudah sampai masanya dia menyampaikan... terlebih pada dirinya dan pada yang lain.


Dahulu sering dia membuatkan keadaan menjadi complicated, beranggapan jika dia menerangkan mereka sukar untuk memahami. Itu hanya dia yang suka bersangka-sangka. Terlalu prejudice. Nah, buktinya setelah dia berterus terang segalanya menjadi lebih baik.


Jika berselindung dengan pelbagai alasan yang jauh dari kebenaran, mungkin tahun depan akan diajak lagi, begitu juga tahun seterusnya dan akan datang.


Kerana mereka tidak tahu. Kerana dia tidak mahu memberitahu.


Tapi andai dia memberitahu yang sebenar dan menerangkan dengan berhikmah, mereka akan mengerti dan menghormati.

But the real challenge is how proud she is in admitting what dos and don’ts in her religion? She really wants to be proud. This is her religion. This is her way of life.




Selamat menyambut awal muharram 1430 hijrah.


Azam tahun ini:


-semoga dia berjaya mengikuti seberapa banyak sunah Nabi sebelum dia mati :P


-dan semoga dia belajar untuk menyampaikan apa yang wajib untuk disampaikan, agar dia lebih mengingati.