‘barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, maka Allah akan buat dia faham agamanya’ –bukhari&muslim, ahmad. Dari ibn abas.
‘Usaha untuk dikehendaki Allah menjadi orang baik yang beroleh kefahaman agama, maka harus ikhtiar macamana untuk memahami agama.’
‘Apa yang kita dapat bila faham agama?’ tipah memulakan sesi soal jawab. Iyalah, tak kan asyik mendengar dan angguk-angguk aja. Malu bertanya sesat jalan. Kadang kena la rendahkan ego yang selalu perasan tahu semua hal dan belajar merendah hati, bertanya kalau terang-terang tak faham. Itu apa yang dia dengar la time pasang radio semalam. Sambil bertanya, sambil tangannya sibuk merapikan anak-anak rambut yang terkeluar daripada selendang jarang tanpa serkup warna merah muda dihias kaca. Berkelip-kelip setiap kali dia menggoyangkan kepalanya. Tuuu dia.
‘bila orang diberi kefahaman agama oleh Allah, maka ada 3 hasil yang akan dia peroleh’
‘apa dia? Apa dia?’ ewah-ewah. Senah sudah tak sabar lagi. Dia sudah terbayang-bayang habuan yang bakal dia peroleh. Mungkin semua doanya akan terkabul, nak kaya dan murah rezeki, nak cantik macam artis yang buat plastic surgery, nak bijak sampai dapat 8juta A1, nak mudah jodoh dan cepat walimahnya. Maklumlah umur dah makin tua menghala ke penghujungnya. Kadang dia intai-intai jugak gambar-gambar kenduri teman-teman sekolahnya. Maklumlah sekarang ni zaman technology; lepas friendster tak laku ada facebook. Gambar dengan macam-macam gaya. Ala-ala majalah magga pun ada.
‘hasilnya: yakin dan meyakinkan, gerak dan menggerakkan dan sejuk dan menyejukkan.’
‘apo bondo tu?’ halamak! Tak sempat nak cover! Habis terkeluar loghat nogori munah. Penat dia hilangkan segala accent desa tercinta, pura-pura tak tahan pedas makan daging salai masak lemak cili apilah, alah bau tempoyaklah,tak reti makan badak berendamlah, tak pernah dengar lawar bacang, rendang pucuk paku, masak lemak umbut, kerabu perutlah. speaking english yo,makan pun cara barat, pakai spoon and fork, malu nak guna tangan even though kat warung tepi jalan, sunah Nabi dah lama diabai. tapi malang tak berbau. Kadang terlopeh jugak. Slip of the tongue, orang puteh cakap.
‘bila seseorang itu faham agamanya, maka dia akan bertambah yakin dengan kebenaran Islam, percaya bahawa hanya Quran dan sunah Nabi sahaja sebagai panduan hidup. Tanda cinta pada Nabi ialah dengan melakukan sunnahnya. Paling senang makan, hidupkan sunnah Nabi dengan makan pakai tangan kanan, baca doa sebelum dan selepas, berhenti sebelum kenyang, menjilati jari yang tersisa makanan. Bila seseorang benar-benar yakin dengan Islam secara tak langsung keyakinan yang dia pamerkan akan meyakinkan orang lain akan kemuliaan Islam sebagai cara hidup. Nabi berjaya yakinkan penduduk arab jahiliyyah mekah dan madinah dan seluruh dunia. A perfect example. Kalau masyarakat sekarang salah faham terhadap Islam itu adalah kerana ummat Islam itu sendiri’
Oh tidak!macam tau-tau aja dia dah lama tinggalkan semua tu untuk jaga gengsi. Kelmarin baru sahaja dia mempertikai akan cara makan sesetengah orang yang tak ada table manner dan style mengikut cara barat, diskusi tentang proper toasting procedure, appropriate use of cutlery; fork on the left and knife on the right, the 6 o’clock finishing touch. Munah mula resah. Dia pandang kiri kanan memerhati kalau ada yang perasan. Tapi bila dia tengok muka tipah, senah, bedah, temah dan minah pun sama kelatnya macam muka dia, dia sedikit lega. Tak apa, ada kawan, bisik hati kecilnya.
‘gerak menggerakkan pula, apabila dia faham agama, maka dia akan terdorong dan mendorong diri berusaha atas iman dan berbakti pada agama. Melihat dia yang bersemangat dan bersungguh-sungguh, maka secara tak langsung menjadi sebab untuk orang lain to get motivated dan tolong menolong dalam agama. Tak ada soal nak kena puji baru nak gerak, penat, tak ada upah, tak ada masa and etc. Ikhlas. Contohnya dalam kisah ashabul uhdud. Budak lelaki itu menggerakkan orang lain sepaya beriman dengan Tuhannya. Kisah itu boleh dirujuk di surah al buruj’
Kali ini dalam diam bedah jadi kurang senang. Gelisah. Panas rasa tempat duduknya. Dalam kepala sudah flash back kejadian beberapa hari yang lalu. Bila diajak kawan-kawannya ke majlis ilmu, dia awal-awal lagi dah bagi red light. Maklumlah nak kejar CGPA, mana boleh sibuk memanjang sangat. Dia dah la scholar holder. Scholarship holder kan harapan negara, hanya pelajar yang benar-benar bijak dan terpilih saja yang berjaya. Kena pegang amanah rakyat.Padahal lepas kawan-kawannya berangkat, bukan main galak lagi dia gelak ketawa tengok dvd los dan faun sambil upload gambar di fb. Lastly terbongkang depan laptop, buku entah ke mana, fyp entah ke mana. Ish, rasa bersalah dan sah-sah terkena kat batang hidung sendiri. Macamana ni?sudahlah beberapa hari yang lepas baru dia mengadu yang hasil kerjanya dalam persatuan agama islam kolejnya bagai tak dihargai. Tak letak credit nama dia pun besar-besar dan readable. Terasa dia. Sudahnya, dia minta claim jugak harga photostated flyers yang tak cukup yang berjumlah seringgit seposen.‘
‘akhir sekali, sejuk dan menyejukkan. Macam ice. Kalau dia tak sejuk, macamana nak mnyejukkan minuman? Maka orang yang faham agama ini, dia sentiasa sejuk hati dan tenang diri. Orang yang memandang pun rasa gembira dan tenteram. Ingat kisah Ali, yang ingin membunuh musuh, dan bersedia dengan pedang yang terhunus kemudia diludah musuhnya. Maka apa yang dia buat?’
Timah tak tunggu lagi terus cuba memberi jawapan, walaupun kurang yakin. Tapi yang penting terus mencuba, macam yang motivator zaman sekolah dia cakap. Yang penting usaha, salah tak mengapa. ‘may be ali terus bunuh musuh tu, supaya musuh tu dah tak boleh nak menghina dan meludah orang islam yang lain?’ dia dah confused sendiri, dia bagi jawapan ke atau dia membuat another soalan.
‘ali tidak jadi membunuh musuh. Dia kembali memasukkan pedangnya ke dalam sarung. Kerana, kalau dia teruskan niat dia, maka boleh jadi dia membunuh bukan kerana Allah tapi kerana marah. Bila dia surrender pada nafsu amarah maka syaitanlah yang menang. Dia sebenarnya kalah. Maka kerana itu dia membatalkan niatnya. Musuh yang terkejut dengan kejadian itu yang umpamanya tadi berada bagai telur di hujung tanduk mula bertanya kepada Ali, purpose dia berbuat begitu. Ali menjawab dan bercerita, musuh berasa Ali hebat kerana Islamnya maka terus mengucap syahadah. Ali menyejukkan nafsu amarah dalam diri dan ketenangan Ali menyejukkan dan menjadi sebab tersiramnya iman dalam hati musuh. Sejuk dan menyejukkan.’
Kali ini timah sudah tak mahu menjawab lagi. Dia sedang ligat memikir. Tersenyap dia dan tersentak. Baru teringat akan buruk akhlaknya dia yang begitu celupar dan lepas laku sewaktu dia di sidang perwakilan persatuan pelajar. Amboi-amboi pantang betul dia bila orang mula mempertikai kewibawaan dia dalam menerajui projek yang diamanahkan. Ini timah kempis tau, anak tunggal tok penghulu kawasan selatan zone bebas kampung semangka. Berani betul menuduh melulu yang dia banyak melakukan pembaziran dan pecah amanah; memilih bulu dalam melantik ajk. Dia bukannya apa, biasala dalam setiap acara mestilah ada limelight-nya, mau jugak dia bagi fame and glam juga mempopularitikan project-nya. Biar ala-ala concert artist luar negara gitu. Barula sure heboh!sebab tu la dia ambik anak-anak buah yang sekepala dengannya. Senang, masing-masing hormat motto dan visi each other. Tak ada bangkangan dan perselisihan faham. Tapi yang tak sedapnya, yang dalam project tak cakap apa, pihak luar pulak yang sedap mengata. Ish, pening dia. Bersoal jawab dengan pengerusi persatuan. Akhirnya, dia dah tak sabar lagi, macam cliche line dalam drama, ‘kesabaran ada hadnya’. Dia pun memaki dan menghamun sesuka mulut. Sampai ada yang terlopong mendengarnya. Mujur tak ada isyarat tangan. Nasibnya juga masih layak dalam project, Cuma sekarang ketuanya sudah berubah. Tak kisahlah janji masuk surat khabar dan majalah.
‘apa ikhtiar untuk dapat kefahaman agama ini?’Ah sudah. Minah pulak ternganga. Bukan ke diorang yang patut bertanya. Tapi diorang pulak yang ditanya. Dia menggaru-garu kepala. Serentak berbunyi-bunyi gelang emas yang berkoyan-koyan di tangan. Sebenarnya tangan dah naik lenguh, berat dirasakan sejak dibaluti gelang yang berukir-ukir, banyak kali jugak tersangkut benang lengan panjang bajunya. Habis rosak. Lehernya juga sudah rasa nak putus, menanggung rantai-rantai emas yang masing-masing setebal ibu jari, tu belum dicampur loket yang kalau dibaling anjing pun intracranial hemorrhage dan mati. Inilah yang dikatakan protecting diri. Dia memandang tipah, senah, munah, bedah dan timah. Maisng-masing terdiam, tak tahu nak cakap apa.
‘seseorang tu harus belajar dan bersedia untuk berkorban. Korban untuk agama demi sebuah syurga. Sembelih kecintaan pada dunia untuk akhirat selamanya. Susah, iya memang susah. Tiada yang senang dalam dunia ini melainkan mengikut hawa nafsu.’Minah termenung. Haiyak, tahun lepas dia pernah jugak teringin nak menunaikan ibadah korban. Kononnya setiap bulan dia menyimpan, cukup sebulan, bolehlah seekor kambing menjadi korban. Tapi apa nak buat, ternyata nafsu dia kuat. Setiap bulan habis dia belanjakan untuk ke spa, makan-makan di restaurant mewah dan hotel-hotel, tu tak termasuk berkaraoke dan set-set alat solek juga penjagaan muka dia yang hampir mencecah ratusan ringgit. Kasut dan baju lagi, eh mana aci cap ayam. Tolong sikit ya. Bekas cheerleader macam dia kena la jaga badan, muka, kulit dan penampilan. Barula orang pandang. Tapi kali ini dia diam bukan sebab dah tak ada peminat yang pandang. Kali ini sebab dia rasa terlalu ingin manusia pandang sampai tak ingat bahawa sebaik-baik hamba adalah yang dipandang Allah dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Dia mulia di bumi dan kini dia benar-benar takut hina di langit
selamat hari raya eid adha. maaf zahir dan batin. bersama saya menghayati pengorbanan ibrahim dan anaknya ismail.