Saturday, November 7, 2009

pardon...how do you win the customer's heart?




the beginning of part two...




Dia termenung di jendela. Rumah kayu pusaka arwah ayahnya yang telah lama ditinggalkan kini kembali berpenghuni. Rumah itu cantik, classic dengan tangga batu yang makin melebar ke bawah, dengan tempayan takungan air buat basuh kaki yang dilengkapi dengan gayung dari tempurung kelapa. Dia menghela nafas memandang ke luar tingkap. Sawah padi yang menghijau amat menenangkan hati yang rawan. Teringin benar dia mahu sekali lagi melihat panorama padi yang kuning keemasan dan burung-burung yang berterbangan mencari makan. Sungguh, dia amat rindu akan suasana desa, dia kesal kerana melepaskan sesuatu yang berharga, segala kenangan zaman kanak-kanak kembali menerjah fikiran. Berlari keliling kampung, baling batu pada angsa-angsa peliharaan mak nah, menjolok buah mempelam yang masak harum menguning di kebun pak mail secara curi-curi, terjun lombong selepas habis sekolah dan berjalan beriringan beramai-ramai selepas pulang dari mengaji Quran di surau. Dia hanya budak kampung, yang diberi didikan agama dan adab akhlak secukupnya. Tapi entah di mana silapnya, makin besar makin dia pura-pura tak mengerti akan hukum agama. Makin menjauh dari cahaya, makin suka kepada dunia yang sementara. Danau dan sumur bukan lagi yang bisa membuat dia teruja. Nyata dunia dan tipu daya berjaya mengheret dia hingga begitu sesat dan merana. Dek kerana tak mahu digelar ketinggalan dia sanggup mengubah imej. Tudung ditanggal, pakaian disingkatkan. Dia sudah tak betah sekadar duduk-duduk di rumah, tetapi mula berpeleseran dan socializing, mencari kenalan baru yang akhirnya buat dia sanggup menolak untuk terus menyambung degree selepas habis diploma dan memilih untuk berada di awan tinggi. Bersama teman-teman baru yang kononnya lebih memahami dan mengerti. Bersama perhatian dari mata-mata yang tak pernah serik mengejar dosa. Sanggup dia meninggalkan tempat dia mula belajar mengenal dunia, sanggup dia memberontak kepada ayah dan ibu mahu memilih jalan hidupnya, meminta dilepaskan dan meminta satu pemahaman. Sanggup mengenepikan segala ajaran hukum hakam.








5 minggu dia habiskan untuk intensive training yang kononnya jalan bagi permulaan masa depan yang gemilang. Belajar routine technical and safety procedure, passenger-service related tasks, memastikan semua necessary items are on board and properly stowed. Setelah terpilih, dia melanjutkan dengan 4 bulan further training. Tentang product makan dan minum, service procedures, menghadapi passenger, deportment and grooming, language and communication skills, peralatan keselamatan dan first aid. Dia tergelak sendiri, kadang rasa macam diri dah jadi part of persatuan bulan sabit merah kat sekolah dulu, tak pun pengakap lebih tepat, ada survival training and water-ditching training. Tapi tu semua belajar kat negara sebelah aja la, tak kan nak masuk Avalon Academy pulak. Gila weih. Mana nak cekau duit. Itu belum lagi berhadapan dengan pelbagai passenger-service situations yang termasuk juga setiap possible emergency contingency. Dan tak kurang juga pengalaman yang ditimba in a long or short-haul ones, dari economy, business ke first class. Mengharap bagai bulan jatuh ke riba supaya satu hari nanti dia
akan dari attendant menjadi purser, kemudian senior purser dan akhirnya services manager. Huh, tinggi sandarannya pada dunia yang sementara. Namun kini dia sedar  yang dia sebenarnya yang tak pernah mau memahami sekeping hati tua yang telah pergi. Pergi tatkala dia masih mengenakan baju sendat dan singkat, tatkala dia masih tak habis-habis menyerlahkan aurat, meninggalkan syariat dan jauh dari taubat. Dan apa yang dia dapat? Sungguh terlalu besar harga yang dibayar untuk sekelumit nikmat. Nikmat untuk menjadi tatapan , mencuri tumpuan dan perasan hebat. Hanya dunia. Hanya sementara. Seketika cuma. Dia menyeka air mata yang sesekali galak mahu menuruni pipi. Baju kurung yang dipakai segera dia betul-betulkan segala kedutan dan tangan sekali-sekala memasukkan kembali rambut yang sesekali terjurai keluar ke dalam anak tudung. Dia kini kembali, memilih untuk menetap di kampung. Tempat asalnya. Setelah habis menyambung degree yang terbengkalai dek kerana lalai, dia meneruskan dengan kursus dalam bidang pendidikan. Cuba memenuhi impian si ibu dan ayah. Harap, dia masih tidak terlewat.  


----------------------------------------------------------------------------





Dengan sedikit rasa serba salah, kanak-kanak ribena dia tinggalkan lepas dari jauh nampak kelibat si ibu dan ayah keluar dari surau berhampiran. Perbualan yang sedikit menganggu ketenangan emosi dan keyakinan diri. Menolak luggage perlahan dan cuba berlagak sepertia biasa, tiada apa-apa, hanya sekadar celoteh si anak kecil, masakan dapat mempengaruhi penerima anugerah pekerja terbaik? Langkah kaki terus dihala ke arah tujuan, mata memandang ke arah dinding kiri dan kanan. Gambar dia dan ada gambar kawan-kawannya. Tersenyum manis dan ceria wajah, mempromosikan company dengan tulisan besar berwarna putih silver ‘truly glocal’. Tak lama lagi, nak masuk tv pulak. Pergh, tak boleh blah, dah macam artist. Kang mana la tau ada movie producer yang berkenan dengan wajah anggun berkarisma yang dia miliki, boleh la menumpang setandan dua scenes yang mungkin berpeluang membuat dia berada di pentas anatarbangsa. Lihatlah dunia! Ops, terlebih sudah. Serentak dia tersenyum sumbang pada mata-mata yang memandang aneh. Kedua tangan yang tadinya terangkat seakan memegang oscar diturunkan kembali. Berdehem dan berpura-pura membetulkan baju-tactic biasa nak cover malu. Sebelum tugasan seterusnya dia bercadang untuk bertemu dua mata dengan orang dibahagian marketing, mahu tahu apa perkembangan baru tentang penggambaran yang dia sudah angan-angankan akan berjaya menempatkan dia ke dalam hati peminat industri film tanah air. Dengan penuh debaran dia menuju ke ruang pejabat, terus mara ke bilik dengan pintu kayu yang telah sedikit terbuka. Errr, dia bukan berniat pun nak curi dengar, tapi kalau orang dah bagi dengar dia on aje. Dia amat-amati suara dua orang yang sedang rancak berbual gembira riang ria. Yelah, business tengah bagus, boleh la. Langkah semakin menghampiri dan ... 



‘It will be quite a controversial, you know,’ A meluah rasa.                                                                                                                                 

‘oo come on, you do remember the rules, don’t you. Those the academy has taught; to think on your own feet, be sensitive to the needs of others and to quickly turn problems into opportunities.’ B menjawab.


‘but it seems like..’ comes from A            

‘listen here. From the cultural point of view it’s unethical. but for me, we shall turn this controversy into a beneficial and profitable asset. This is the power of commercial and publication. We think, we are sensitive to those potential customers’ aka viewers’ needs and what they want; hot sexy babes promoting our service in specific, and we let them to get a picture that their flight will be a heaven-on-earth journey. With beautiful girls wearing short skirt and tight top with a smile that can kill. Tak boring langsung with friendly attendants around’ B berhujah.



Ok, dia rasa langsung tak best. Rasa ala-ala perempuan yang dimanipulasi. Sabar falah, tunggu sikit lagi. Dengar habis.    


  ‘Surely people will talk,’ A memberi komen.     

well, we’re talking about marketing here. Women are now the subjects; in this case I rather call them objects. We display them; manipulate the beauty, exploit the talent in customer service. Our clients are pleased and satisfied with the service and nobody loses a thing. What are you expect? For me to become such a polite guy who always abides by the book and screw the chance to be Malaysian next top cEO? Come on, this is a capitalist world. The new order. You snooze you lose. What you have, just manipulate it, exploit it, use it for the sake of the profits. Now tell me, which one of these that you don’t get? I tak pernah cakap I tak respect my workers, just it’s a win-win situation, I use them and they will get paid. Commercialize them, and they enjoy the popularity and fantasy. They actually want more. The love being exposed and become everybody’s sweethearts. They too have fun and are pleased with every single attention from the men that think our workers are hot and sexy. Inilah cara orang sekarang appreciate beauty. Even in a way, that will make you look a bit...you know; cheap. But anyway, this is reality. This is how it works. I selalu je buat amal, taja anak yatim bawa sekali pekerja-pekerja I yang hot tu ke hulur hilir dengan skirt pendek menayang replika cek yang besar gaban. Pun selalu bagi customers free or budget tickets. Lama-lama bila banyak take part dalam charitable events and functions, people will soon forget dengan apa iklan yang kita buat. Even the NGOs can’t say a thing’



Sumpah! Saat itu rasa maruahnya hilang. Dia memang sedar dari dulu akan hakikat yang satu ini. Bila ada yang memandang rendah kerjaya dirinya. Bukan, bukan kerana kerjaya itu tapi kerana pakaiannya, tingkahnya dan gaya berhiasnya. Tapi selama ini dia betul-betul ingat dia boleh buat tak dengar dan dia boleh yakinkan diri yang dia adalah benar. Tapi kenapa bila hakikat itu diucap dalam patah-patah kata, bisanya itu umpama pisau tumpul yang perlahan-lahan menghiris hati dan mengguris perasaan. Bisanya menjalar mencalar jiwa. Dia kaku untuk seketika, tak mampu nak berkata-kata. Segala impian watak utama tv, pentas dunia, Oscar award dan segala hapa habis lenyap bagai ditelan bumi. Dia tak rasa langsung nak terlibat dengan segala macam manipulasi dan scandal macam itu. Benci! Rasa dipermainkan, dia dan kawan-kawan yang berusaha tersenyum mencapab, orang lain yang mendapat hasilnya. Rasa malu bertindan-tinda menjelma. Apa nanti orang kampung kata. Malu mak bapak, macam tak reti asuh anak sampai boleh biar diri diguna-gunakan sesuka hati. Hati yang mati tadi terasa mendidih. Tiba-tiba dia terasa punya sedikit keberanian super power. Tidak, bukan dengan kuasa bulan. Tapi dengan kuasa stiletto guest aku akan menghukummu. Sebagaimana lagaknya Muntadhar al Zaidi si journalist, dia si attendant membaling stiletto dan kali ini sipi menyapa kepala encik B which is encik Hernandez, mulut laser yang begitu capitalist.



  
‘Hei, you know what? You are fired!’ tergesa-gesa encik Aziz Othman membantu bos besarnya yang agak kaget. Macam kena panic attack pun ada.   
                                                                                                                                                                 

 Dia sekadar mencebik.  ewah, ingat heran ke. ‘and you know what? I quit my job before you can ever fire me, Mr. Hernandez’ cakap terus kat bos besar depan-depan. Buat apa main balas borak dengan takat orang kuat bos.






Dan tau-tau la setelah masuk tv dan newspaper barulah mak cik-mak cik NGOs perasan semangat feminism sejagat datang menyapa dan bertemu mesra. Walau dia macam tau dalam hati, yang semua itu hanya untuk sekadar publicity. Nak glamour kan pertubuhan. Kalau tidak, bukannya nak concern pasal wanita dan eksploitasi alam pekerjaan tapi asyik dok menangkan hak wanita sebagai sex workers la, GRO la, hak berpakaian seksi di public la, penangkapan di kelab malam la. Menang sorak, kampung tergadai. Menang hak, maruah tergadai. Daripada dok minta-minta hak pada benda-benda yang haram tu, better provide works bagi mereka yang memerlukan. Find la alternatives, kata bijak bestari semua, suara sampai ke America sana orang dengar. tak kan pandai cakap, pandai masuk tv dan pandai keluar newspaper aja? Dah tu, baru nak sibuk-sibuk paksa encik Hernandez meminta maaf atas iklan yang tak mendatangkan pahala langsung dan suruh menerima dia kembali bekerja. Dia? Jangankan kecil tapak tangan, sebesar alam semester dan Andromeda galaxy pun dia tak hingin lagi kembali ke alam itu. 






Menyampah dia nak melayan kerenah-kerenah NGOs yang asyik berpura-pura dalam kebatilan, maka di sinilah dia berakhir. Di kampung tanah tumpah darah dia membesar mengenal dunia dia membawa diri. Redha dengan taqdir, menyesal dan bertaubat. Memohon ampun dan kembali mengerjakan kewajiban dia pada Ilahi. Kembali menenangkan hati. Menyuci diri. Dan yang penting, dia cuba untuk merealisasikan harapan ayah dan ibu, supaya dia menjadi guru, membantu anak bangsa mengenal ilmu. Selepas habis kursus perguruan lepasan ijazah, dia dengan senang hati meminta posting di sini dan ternyata rezekinya ada. Sekarang, tiada lagi pakaian sendat, singkat atau ketat. Yang ada hanya baju kurung-tudung, baju kurung-tudung dan baju kurung-tudung sehari-hari. Dah mula tau apa itu malu, dan mula belajar apa itu syariat. Tiada lagi make up berinci tebal, rambut yang di dye atau senyuman plastic. Tak terfikir nak dapat anugerah ke hapa. Dia gembira. Dia bahagia dengan hidupnya. Membiarkan dunia pergi dan hanya letaknya di tangan. Mengangkat akhirat tinggi dan di dalam hati. Cuba sedaya upaya meninggalkan penyakit wahan: cinta dunia dan takut mati. Tak sangka, dia seakan mula menjadi dia yang lama, yang teruja dengan indahnya desa.






Dan yang paling dia tak lupa, kata-kata akhir dari kanak-kanak ribena, 

 ‘ kak falah, falah tu maknanya kejayaan dalam arab. Tapi nak berjaya dunia akhirat kenala ikut syariat. kalau tak ikut syariat, mak cakap nanti kena saman dekat akhirat.’ 

Dah gila? Mana larat dia nak mengangkut dosa merata merentas masyar untuk dihisab? Dan sebenarnya mungkin itu yang memicu dia untuk membetulkan arah tuju, kembali pada yang Satu. Woman is a personality, not a celebrity –should be.


 
dan kanak-kanak juga bukan untuk dijaja, dibutakan hatinya, agar lemas dalam belenggu nafsu. Kawannya hanya menggeleng kepala setiap kali melihat iklan di kaca tv, ‘gila ke apa? Budak-budak zaman sekarang ni sampai teruk jadinya. Kecil-kecil dah diajar bernafsu. Ko bayangkan, budak tu kecil lagi, tak akil baligh pun dan diajar tengok perempuan dengan cara yang jahanam. Where are we? The states or negara tanah tumpah cemerlang, gemilang, terbilang?’




tepuk dada, tanya selera.
----FIN----


No comments: