Saturday, August 13, 2011

after every rainfall, must come a rainbow



"Barangsiapa bersembahyang Jemaah dan duduk mendengarkan Pengajian ilmu, mendengarkan firman Allah kemudian diamalkannya, ia akan dikaruniai oleh Allah dengan enam macam karunia : Rizqi yang halal, terhindar dari siksa kubur, menerima kitabnya (catatan amalnya) dengan tangan Kanannya, melewati jembatan Shirath secepat kilat, berkumpul bersama para nabi di Padang Masyar dan dibangunkan oleh Allah sebuah rumah di syurga yang terbuat dari yaqut merah dan mempunyai empat puluh pintu".



a) rezeki yang halal

cerita daripada seorang guru, dari temannya pernah menyatakan, 'zaman sekarang nak cari rezeki haram pun susah, apatah lagi rezeki yang halal' 

kenyataannya memang perit dan sulit. nak cari kerja, nak guna duit, nak buat belanja, nak beli barang dapur, nak ke gas station, top credit, monthly bills, belum untuk anak, diri sendiri lagi. 
kalau takat nak harapkan usaha manusia untuk mendapatkan semua keperluan hidup dengan daya dan kudrat yang ada memang tak dapat.

belum ditambah dengan demands daripada pasangan yang materialistic dan mata duitan, yang tak pernah bersyukur atau cukup dengan apa yang ada. yang suka membanding beza takdir sendiri dan orang lain. memang boleh buat gila.  dan ternyata cinta tak pernah bisa memberi apa-apa. tak percaya?

statistics di satu tempat di negara jiran menjelaskan angka perceraian yang semakin meningkat adalah kerana pasangan yang meminta cerai merasa pasangannya tidak mampu untuk menyediakan apa yang dia mahukan. kerana masalah sosioekonomi, ada yang meminta cerai kerana tidak dibelikan kereta, ada yang meminta cerai setelah balik dari reunion kerana mahu kehidupan lebih baik setelah sedar dirinya agak terkebelakang dari segi material berbanding teman-teman yang lain.

walhal, perkahwinan itu sudah melepasi suku abad.

ada yang mengatakan hubungan pada dewasa adalah 'a bunch of sinful people in a very complicated relationship'

pernyataan ini rupanya memberi ruang untuk menilai mungkin ada perkara yang tidak beres, ada yang terabai dan tertinggal di belakang, sampai hubungan menjadi berbasis perniagaan semata-mata, 'no money, no talk'.

mungkin juga semua berpunca dari rezeki yang sedikit tidak halal, kurang halal atau rezeki haram.

but come to think again, setiap permasalahan akan mengajar manusia untuk memperbaik diri. after every rainfall, must come a rainbow ...



b) seksa kubur

itu sudah tentu dan pasti. dalam dunia ini ada beberapa perkara yang Allah sembunyikan dari manusia, tapi belum tentu ianya tiada. 

buktinya, pendengaran manusia terhad around 20-20 000Hz, tapi tidak bermakna tiada bunyi di bawah frequency 20Hz atau di atasnya. begitu juga penglihatan, tidak melihat bukan bermakna ianya tidak wujud. 

lama kemudian manusia menemukan telescope, untuk melihat sesuatu yang di luar jangkau mata kasar, begitu juga microscope. sooner or later, manusia akan diperlihat dengan azab kubur, tapi sudah tentu menyesal pada saat itu sudah tidak berguna. 

bilakah bermulanya azab kubur ini? sebaik kita selangkah ke alam barzah. bila pula berakhirnya? .... 

ermmm, let say sampai kiamat nanti. maksudnya, kalau mati tahun 2010, kiamat dan hari kebangkitan tahun 2500, 490 tahun seorang manusia itu akan menderita azab kubur, yang mana itu bukanlah perkara yang menggembirakan untuk mengisi masa lapang sehari-hari di kubur yang sempit dan gelap itu.

diseksa, dipukul dan dipalu sudah tentulah tidak seperti ber - shopping di pavilion atau the curve, bukan juga seperti melancong sambil memilih designer shoe or handbag sewaktu berjalan-jalan di florence, rome atau ke turin for designer fashion bargain... tidak tidak dan sudah tentulah tidak.

kerana ia tidak seindah biasa, maka ada banyak alternatives yang diberikan kepada manusia untuk menghindarinya, cuma tinggal pilih dan bergembira dengan keberuntungan itu
c) kitab catatan amal dengan tangan kanan
ini seperti wonderful world of disney, di mana pengakhirannya begitu sempurna, terbaik dan happily ever after. macam perempuan-perempuan cantik yang berkahwin dengan putera raja setelah diselamatkan oleh putera tersebut dari witch atau ibu tiri yang brutal atau kakak tiri yang kurang sopan.

begitu juga dengan mendapatkan kitab amalan dengan tangan kanan, bermakna ada sinar kebahagian di hujung jalan, there's a light at the end of the tunnel. 

boleh tarik nafas lega, boleh tersenyum riang ria dan boleh goyang tangan goyang kaki, hooray hooray bergembira...

siapa yang tak gembira andai terpilih atas belas ihsan Nya untuk diselamatkan dari azab neraka dan ada chance nak masuk ke syurga? menarik, bukan.


d) melewati titian sirat sepantas kilat

semua tahu, architecture mahupun structural engineering sebuah jambatan yang bernama titian sirat. ia bukanlah sebuah jambatan yang sangat stable, kukuh dan tahan. bukan pula sebuah jambatan untuk pelancongan dan berfoto-foto, yalah seperti di westminster, bing ben, ataupun golden gate, tak pun macam jambatan pulau pinang. tidak sama sekali. 

menurut imam nawawi dalam syarahnya, ulama besar telah menetapkan bahawa titian sirat adalah sebuah titian di atas permukaan api neraka di mana setiap manusia akan melaluinya.

Al-Alamah Ibnu Abi Jamrah dalam kitab Bahjah An-Nufuus menegaskan, sesungguhnya disebut dalam hadis mengenai sifat sirat yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang dan ia mempunyai tujuh sekatan dan setiap sekatan itu mengambil masa 3,000 tahun perjalanan.

Dikatakan di tempat pemeriksaan pertama, manusia akan ditanya mengenai keimanannya kepada Allah.

Jika seseorang mukmin itu tidak ragu-ragu dalam keimanannya, dia dilepaskan ke tempat pemeriksaan kedua (solat). Begitulah seterusnya mengenai puasa, zakat, haji dan umrah, bersuci (wuduk dan mandi wajib) dan soal kemasyarakatan.

Imam al-Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan.

ok, memang sangat-sangat dan supra susah. lebih susah dari aksi-aksi acrobatic yang kita lihat di tv sewaktu perayaan thaipusam, bukan berjalan atas api, tapi berjalan dengan api neraka di bawahnya. 

dan kali ini no rope tricks or insurance coverage untuk menyelamatkan diri tapi pada perjalanan hidup manusia itu.



e) berkumpul bersama nabi di padang mahsyar

wah wah, ini memang impian menjadi nyata, lebih bergaya dari minggu setiausaha yang boleh bertemu dengan artist time dinner atau bersalam dengan perdana menteri time open house hari raya.

tapi sudah tentu manusia hanya akan kenal nabi kalau dia menghayati sejarah hidup, cara hidup dan fikiran nabi. bagaimana kalau makan pun segan nak pakai tangan bro? 

kalau lebih gembira dan percaya diri dengan table manner dari barat berbanding yang disunnahkan oleh Muhammad.

secara jujur, berbanding sunnah nabi yang lain yang lebih mencabar nafsu seperti solat kena wal waktu, jangan mengumpat, jangan marah, solat jemaah bagi laki-laki di masjid 5 kali sehari, cara pergaulan laki dan perempuan, makan dengan tangan merupakan benda paling senang untuk siri mari belajar hidup dengan sunnah nabi.

hanya dengan membeli makanan dengan wang yang halal, membaca bismillah setelah duduk, dan kemudian angkat tangan kanan anda untuk mengambil nasi dan masukkan ke dalam mulut. mudah, simple and it doesn't need even a quarter of anyone's brain to do it. 

tapi itulah yang menjadi masalah, nak pakai sudu, nak guna tangan kanan untuk potong steak dan kelalaian untuk ikut satu sunnah akan membuat sunnah lain terabai. one mistake leads to another.

akhirnya sunnah untuk menjilat jari juga ditinggal, ye la kalau makan pakai sudu apa ke hal nak jilat tangan yang bersih tanpa makanan  pulak.

tapi yang lebih berbahaya hingga secara tak sedar mungkin ada yang memandang remeh dan rendah sunnah nabi, 'apa kelas pakai tangan, pakai sudu garfu la wei, tak ada la lain macam je orang dok tengok kita, jagalah standard sikit mek,' 

f) dan terakhir ini khas bagi mereka yang gila harta ... sebuah rumah di syurga yang besar.

dah complete kan semua ada dan semua percuma hanya dengan amalan. kerana dengan amalan adalah sebab untuk pertolongan dari Allah itu turun.

mungkin tak terkesan di dunia tapi sangat gempak dan lumayan ketika di akhirat nanti. sesetengah perkara seakan tiada nilai di masa hidup tapi sangat tak ternilai sebaik ruh dicabut dari jasad



selamat beramal! \ (^_^) /
salam ramadan al mubarak, ampun maaf salah dan silap yang zahir dan yang dalam hati












Friday, August 5, 2011

7 kebahagiaan dunia ...

dari ibnu abbas r.a:
ada 7 kebahagiaan dunia ...

* qalbun syakirun : hati yang bersyukur
* alazwaju solihah: pasangan yang soleh
* alauladun abrar : anak yang berbakti
* albiatul solihah  : persekitaran yang mendukung
* alamlul halal      : harta yang bersih
* tafakuh fi dinn   : semangat nak faham agama
* usia yang diberkati

dan, berapakah kebahagiaan dunia saya? ^_^

hati yang bersyukur - nope, masih banyak mengomel, berkeluh kesah dan bermuka tak berapa nak gembira bila rasa annoyed dengan perangai orang. masih rasa nak mengumpat untuk melepas geram walaupun tak sebut nama. masih rasa nak melempang orang tiap kali emosi di luar kebiasaan

pasangan yang soleh - eh, itu kena tanya yang dah berkahwin, saya mana valid nak bagi komen ^_^
tapi pegang pada berkahwin itu adalah menyempurnakan separuh dari agama. maka mari tanya diri (jika telah berkahwin, jika belum nanti hanya buat stress), telah sempurnakah separuh dari agama saya dengan perkahwinan ini? jika kurang mari perbaiki dan jika sudah mari bersyukur

anak yang berbakti - itu lebih lagi, jika anda mempunyai anak, lebih baik anda memastikan anak anda berbakti, jika tidak, habislah satu dari kebahagiaan dunia anda. saya belum lagi ^_^

persekitaran yang mendukung - mahu hanya menyalahkan orang lain yang tak mahu mengajak dan mengajar saya menjadi baik dan menjadi depressed atau mahu mengajak dan mengajar yang lain supaya saya mendapat pahala dan membuat saya tersenyum lega? productive is better than pessimistic

harta yang bersih - bukan hanya keluar zakat, cari duit halal dengan tak main-main time kerja, tak bukak internet ber-gossip dan melihat jualan online time saya dibayar atas setiap masa yang berlalu, tapi juga bagaimana saya menyimpannya. adakah saya masih die-hard fan conventional banking atau saya dah mula rasa riba' itu suatu yang haram dan walau betapa tak ada masa, sulit, susah dan payahnya nak tutup account dan pergi ke bank maka saya harus melakukannya jugak demi  masa depan saya yang cemerlang, gemilang dan terbilang itu?

semangat nak faham agama - apa, saya dah faham agama? kalau faham, pasti sedar yang ilmu agama wajib saya tuntut dengan betul dan berterusan. maka walaupun banyak kerja, penat macam nak terbaring atas jalan raya, saya mesti tengok kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah, kalau ada masjid, tempat-tempat buat ceramah agama, belajar agama, ringankanlah badan yang telah sedia ada berat itu untuk pencerahan hati nurani saya ^_^ kalau sebolehnya, janganlah dengar dan bertaklid pada satu pihak aja. nanti difikir saya taksub pulak dengan ajaran dari kumpulan saya. dengarkanlah juga dan bercampur gaul dengan orang setempat dengan menghadiri majlis agama. jangan memperlekehkan majlis agama yang tajuknya mungkin senang dan simple. boleh jadi yang simple itu yang selalu dirasa telah sempurna maka terabai dan ditinggal

usia yang diberkati - oh oh tak cukup lagi ke kau dibagi umur sampai dah besau panjang, tu pun tak tentu bersyukur lagi ^_^ sedangkan ramai yang mati masih kecil, dalam kandungan, kesejukan, kelaparan dan dalam peperangan berjihad. eh, masakan saya nak mati dalam maksiat pulak. apa kelas? ^_^

jadi, mari kira lagi, dalam 7, berapa banyak kebahagiaan saya ya? mari bertepuk dada dan tanya iman