Tuesday, June 26, 2007

mE aGaiNst...

Specs dilurut jatuh. Sebelah tangan yang free diangkat perlahan memicit kepala. Huh, penat mata masih lagi terase. Satu badan dah naik sengal. Tengok mata kat cermin tepi meja study. Dah naik merah dah. Tapi nak buat camne last minute assignment kene abiskan as soon as possible, kalo tak lagi la tak boleh nak senang-lenang masuk hibernating mode.

Rase cam nak buat trespassing blog orang la pulak. Tetiba mata terfocus kat satu entry pasal kerenah bureaucracy masjid and perangai orang melayu yang secara kasarnya tak bagi non Moslems masuk masjid even for interfaith program under one Islamic body. Again, Malay is to be blamed. Pape pun bangsa melayu gak yang kene. Tak nak denied tapi rase cam a way better if tambah skit perkataan corrupted kat depan word Malay = corrupted Malays and the problem in bureaucracy.

Perut dah lapar tak ingat. Macam ade jukebox kat dalam tu. Tapi mata still lagi tak mo nak beralih dari bace comment by comment given by the readers. Ade gak yang buat stereotyping bila datang je bab2 bureaucracy ni as if automatically “sebarang masalah sila salahkan orang melayu.” Even tak sumer, ade gak yang kalo boleh masih lagi nak carik the other side of the coin which is really noble la pada pandangan mata dia.

Depressed. Tu je la the right word kut nak described her feeling rite now. Memang la skali dengar cam kemelayuan tak terhingga tahap infinity. Tapi betul ke nak salahkan bangsa melayu kalo orang melayu perangaiya hampagas semacam. Ke...rase cam terlalu cepat plak nak melatah salahkan bangsa rather than understand the concept “to err is human” cume nak buat camne banyak la pulak pembuat salah tu berbangsa melayu. Terdetik gak dalam ati “boleh la cakap cam tu, ko bukannye pernah kene lagi,” tapi betul ke sepanjang-panjang dia hidup kat bumi malaysia tu tak pernah skali pun those bureaucracy problem hit her hurtfully?

Aching pain, annoying, menyampah, bengang, hampagas, botol kicap. Agaknye kalo menyumpah seranah time malam bulan posa tu, terbukak tak pintu langit, Allah kabulkan tak doa die? Macam tu la rasenyer last year time ati tengah excited baru nak try qiam kat satu masjid tempat dia buat A level dulu. Geram tak payah nak cakap, she was the geram itself at that moment. Tapi yang peliknye secubit secuit nano, pico pun tak rase nak blamed bangsa melayu when it came to face that craps situation. That idea never ever crossed her mind even tak yah jadi genius tahap Stephen William Hawking to make a deduction yang mencalar balarkan image ajk masjid tu sumer orang melayu.

Kekadang bile pikir balik still rase marah tahap gaban but tak de la pulak nak salahkan orang melayu or cakap, “hah, macam tu la Malay attitude, macam mane nak maju?” or “macam mane la orang bukan Islam nak dekat kat Islam kalo perangai orang Islam tu hampeh semacam, tu la dia perangai orang melayu.” Tak kan la pulak nak salahkan Malay root, those human beings are Malays, it is a fact. Undeniable but they were the ones yang committed all those mistakes, bukan bangsa yang suruh jadi kurang ajar. Tapi diri sendiri yang pilih nak jadi tak beradab as the way of life, indirectly mencemar nama bangsa. And that is another fact.

Sebab tu la kut dia tak ade nak pointing kat mane2 bangsa mase tu. Ingat lagi that night, time dah nak abih end of sem exam. Bulan ramadhan plak. So tak salahkan kalo abihkan mase jadi baik skit dengan buat benda yang tak pepernah buat sebelum tu which was i’tikaf dalam masjid, mane la tau boleh terserempak plak dengan malam lailatul qadr (the night of decree). Dengar kate that masjid near by slalu la buat activity qiamullail (late night prayer plus long sujood) in congregation especially in the last 10 days of Ramadan.

So dapat la imagine betapa semangat berkobar-kobarnye nak jadik baik. Ingat sumer would be ok, smooth according to the flow, just exactly like wut she had planned in her mind but then... tak pepasal lak jadi mangsa prejudice tak bertempat ajk masjid yang marah sangat pasal kononye diorang tak tutup tingkap stor yang ajk letak begs and everything. Rase time tu nak je terkurang ajar skit cakap straight without Sirim censorship, “ masalahnye mak cik, kitorang ke yang jadik tukang tutup tingkap skrang?” mak cik ajk tetiba jer being too generous nak spent golden time together to give them lecture on “kepentingan menutup tingkap stor masjid and jangan sesekali bukak tingkap bilik stor masjid takut ade pencuri curik begs jemaah pompuan”. Skali dengar title lecture tu pun tau yang mak cik ni ingatkan diorang sesajer perabih mase ringan tangan pi bukak tingkap bilik stor masjid untuk dapat udara segar, perhaps. But then bile tau memang tingkap tu tak ditutup since the very beginning there came another speech which was, “kitorang ajk ni bukan ape, takut barang jemaah yang tinggal kat sini kene curik. Tu yang slalu tutup tingkap bilik stor ni,” then pi cam tu jer without any single word of “sorry” which considered as a common courtesy la kalo dah tersalah tuduh anak orang.

Tapi bile dengar suara mak cik ajk yang dah mula kendur rase cam ok la, tak mati pun kalo tak dapat apologetic gesture dari dia. Took deep breaths and exhaled 21254 times and tried to look at the bright side. Be husnuldzan which is positive thought. May be mak cik tu slalu nampak bebudak yang ader potential nak curik barang around the mosque, sebab tu la cuak tak ingat bile nampak tingkap bilik stor tak tutup and unlocked. And sebab tu jugakla dia and sum of her friends yang kebetulan baru jer nak simpan begs kat dalam stor tu dijadikkan tempat melepaskan cuak yang berevolusi jadi marah.

Gile punye tak patut, tapi apa nak buat. Tak kan la pulak nak saman mak cik tu, kesian la pulak dah tua, tak kan la pulak emo tak pepasal siap bersumpah bagai tak nak jejak kaki kat situ lagi, kan itu rumah Allah. Dapat pahala kalo mengimarahkan masjid.

The mosques of Allah shall be visited and maintained (imarah) by such as believe in Allah and the Last Day, establish regular prayers, and practise regular charity, and fear none (at all) except Allah. It is they who are expected to be on true guidance.) (At-Tawbah 9: 18)

Tak kan la nak blamed Malay attitude A.G.A.I.N, lllaaameeee accusation, tak bertempat. Boleh kut, tapi tak nak. Biar la nak buat camne dah rezeki free jer kene marah sesedap oren depan sum jemaah lagi as an additional flavor. May be ni la yang namanya trial in the holy month of Ramadhan, terima je la. Dapat pahala kalo sabar.

And be steadfast in patience, for verily Allah will not suffer the reward of the righteous to perish." (Hud 11:115)

The thing was tak sumer ajk cam tu. Ade gak yang baik hati dan tak suke nak simply jump into a conclusion. Ade gak yang layan diorang bebaik. Then Sahur time (meal before fasting), ade gak yang ajak makan sama. Dapat plak makan free yang sedap...qiamul lail malam tu pun berjalan lancar, alhamdulillah (praise be to Allah). Tak mengantuk ke ape even malam tu muka rase cam tak boleh senyum dan sebal semacam penangan kene marah......hehehe may be ni la rahmat di sebalik ujian.

“Hold to forgiveness; command what is right; but turn away from the ignorant.” (The Noble Quran, al A’raf 7:199)

Cumanya skali tengok memang nampak macam ajk masjid tu ade high potential dalam chase away and shut off the teenagers’ excitement dalam nak i’tiqaf (to seclude themselves in mosques and devote themselves to prayer and supplication). Dengan adenye stigma and prejudice kat bebudak muda yang bertandang kat masjid will lead to youth become extremely uncomfortable and start to have a second thought on spending their time performing ibadah in the mosque.

“O ye who believe! Avoid suspicion as much (as possible): for suspicion in some cases is a sin…” (al Hujerat 49:12)

Fully and completely understandable. Kekadang masjid yang dibina atas duit local congregation, tu yang berat ati nak open for 24/7 sampai ade time tu masjid kene kunci takut kene curik barang dalam masjid. But think, tak de saper yang suruh letak decoration and all those expensive and luxury furnishing or furniture kat dalam masjid. Bukannyer ada pertandingan menghias masjid pun. Lagi takut kalo masjid dibina untuk bermegah-megah, masjid area ni lagi lawa daripada masjid area lain or wutever. Dah salah niat.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga manusia bermegah-megah dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid;- (Riwayat Abu Dawud).


Last but not least, the Malay problem, dilemma, tragedy or ntah paper word yang sama waktu dengannya. Percaya bukan itu attitude sebenar orang melayu, attitude tu ke yang ade kat sesaper jer tokoh melayu dulu tal kira la pejuang menentang penjajah ke, ilmuan ke or alim ulama’. Rase tak kan? But the attitude that we are looking at nowadays is coming from many sources under multiple influences, not the pure one la but the corrupted one. So each time when feel like want to put the blame on the Malay people yang buat salah, rethink la bebanyak. Dun say “itula perangai orang melayu.” Orang yang buat salah bangsa plak yang kene. Camne tu?

"And the places of worship are for Allah (alone): So invoke not any one along with Allah” (the noble Quran, the Jinn 72:18)

No comments: