Sunday, November 29, 2009

tIpah.senAh.bEdah.muNah, timah dan Minah


‘barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, maka Allah akan buat dia faham agamanya’ –bukhari&muslim, ahmad. Dari ibn abas.
‘Usaha untuk dikehendaki Allah menjadi orang baik yang beroleh kefahaman agama, maka harus ikhtiar macamana untuk memahami agama.’
‘Apa yang kita dapat bila faham agama?’ tipah memulakan sesi soal jawab. Iyalah, tak kan asyik mendengar dan angguk-angguk aja. Malu bertanya sesat jalan. Kadang kena la rendahkan ego yang selalu perasan tahu semua hal dan belajar merendah hati, bertanya kalau terang-terang tak faham. Itu apa yang dia dengar la time pasang radio semalam. Sambil bertanya, sambil tangannya sibuk merapikan anak-anak rambut yang terkeluar daripada selendang jarang tanpa serkup warna merah muda dihias kaca. Berkelip-kelip setiap kali dia menggoyangkan kepalanya. Tuuu dia.
‘bila orang diberi kefahaman agama oleh Allah, maka ada 3 hasil yang akan dia peroleh’
‘apa dia? Apa dia?’ ewah-ewah. Senah sudah tak sabar lagi. Dia sudah terbayang-bayang habuan yang bakal dia peroleh. Mungkin semua doanya akan terkabul, nak kaya dan murah rezeki, nak cantik macam artis yang buat plastic surgery, nak bijak sampai dapat 8juta A1, nak mudah jodoh dan cepat walimahnya. Maklumlah umur dah makin tua menghala ke penghujungnya. Kadang dia intai-intai jugak gambar-gambar kenduri teman-teman sekolahnya. Maklumlah sekarang ni zaman technology; lepas friendster tak laku ada facebook. Gambar dengan macam-macam gaya. Ala-ala majalah magga pun ada.
‘hasilnya: yakin dan meyakinkan, gerak dan menggerakkan dan sejuk dan menyejukkan.’
‘apo bondo tu?’ halamak! Tak sempat nak cover! Habis terkeluar loghat nogori munah. Penat dia hilangkan segala accent desa tercinta, pura-pura tak tahan pedas makan daging salai masak lemak cili apilah, alah bau tempoyaklah,tak reti makan badak berendamlah, tak pernah dengar lawar bacang, rendang pucuk paku, masak lemak umbut, kerabu perutlah. speaking english yo,makan pun cara barat, pakai spoon and fork, malu nak guna tangan even though kat warung tepi jalan, sunah Nabi dah lama diabai. tapi malang tak berbau. Kadang terlopeh jugak. Slip of the tongue, orang puteh cakap.
‘bila seseorang itu faham agamanya, maka dia akan bertambah yakin dengan kebenaran Islam, percaya bahawa hanya Quran dan sunah Nabi sahaja sebagai panduan hidup. Tanda cinta pada Nabi ialah dengan melakukan sunnahnya. Paling senang makan, hidupkan sunnah Nabi dengan makan pakai tangan kanan, baca doa sebelum dan selepas, berhenti sebelum kenyang, menjilati jari yang tersisa makanan. Bila seseorang benar-benar yakin dengan Islam secara tak langsung keyakinan yang dia pamerkan akan meyakinkan orang lain akan kemuliaan Islam sebagai cara hidup. Nabi berjaya yakinkan penduduk arab jahiliyyah mekah dan madinah dan seluruh dunia. A perfect example. Kalau masyarakat sekarang salah faham terhadap Islam itu adalah kerana ummat Islam itu sendiri’
Oh tidak!macam tau-tau aja dia dah lama tinggalkan semua tu untuk jaga gengsi. Kelmarin baru sahaja dia mempertikai akan cara makan sesetengah orang yang tak ada table manner dan style mengikut cara barat, diskusi tentang proper toasting procedure, appropriate use of cutlery; fork on the left and knife on the right, the 6 o’clock finishing touch. Munah mula resah. Dia pandang kiri kanan memerhati kalau ada yang perasan. Tapi bila dia tengok muka tipah, senah, bedah, temah dan minah pun sama kelatnya macam muka dia, dia sedikit lega. Tak apa, ada kawan, bisik hati kecilnya.
‘gerak menggerakkan pula, apabila dia faham agama, maka dia akan terdorong dan mendorong diri berusaha atas iman dan berbakti pada agama. Melihat dia yang bersemangat dan bersungguh-sungguh, maka secara tak langsung menjadi sebab untuk orang lain to get motivated dan tolong menolong dalam agama. Tak ada soal nak kena puji baru nak gerak, penat, tak ada upah, tak ada masa and etc. Ikhlas. Contohnya dalam kisah ashabul uhdud. Budak lelaki itu menggerakkan orang lain sepaya beriman dengan Tuhannya. Kisah itu boleh dirujuk di surah al buruj’
Kali ini dalam diam bedah jadi kurang senang. Gelisah. Panas rasa tempat duduknya. Dalam kepala sudah flash back kejadian beberapa hari yang lalu. Bila diajak kawan-kawannya ke majlis ilmu, dia awal-awal lagi dah bagi red light. Maklumlah nak kejar CGPA, mana boleh sibuk memanjang sangat. Dia dah la scholar holder. Scholarship holder kan harapan negara, hanya pelajar yang benar-benar bijak dan terpilih saja yang berjaya. Kena pegang amanah rakyat.Padahal lepas kawan-kawannya berangkat, bukan main galak lagi dia gelak ketawa tengok dvd los dan faun sambil upload gambar di fb. Lastly terbongkang depan laptop, buku entah ke mana, fyp entah ke mana. Ish, rasa bersalah dan sah-sah terkena kat batang hidung sendiri. Macamana ni?sudahlah beberapa hari yang lepas baru dia mengadu yang hasil kerjanya dalam persatuan agama islam kolejnya bagai tak dihargai. Tak letak credit nama dia pun besar-besar dan readable. Terasa dia. Sudahnya, dia minta claim jugak harga photostated flyers yang tak cukup yang berjumlah seringgit seposen.‘
‘akhir sekali, sejuk dan menyejukkan. Macam ice. Kalau dia tak sejuk, macamana nak mnyejukkan minuman? Maka orang yang faham agama ini, dia sentiasa sejuk hati dan tenang diri. Orang yang memandang pun rasa gembira dan tenteram. Ingat kisah Ali, yang ingin membunuh musuh, dan bersedia dengan pedang yang terhunus kemudia diludah musuhnya. Maka apa yang dia buat?’
Timah tak tunggu lagi terus cuba memberi jawapan, walaupun kurang yakin. Tapi yang penting terus mencuba, macam yang motivator zaman sekolah dia cakap. Yang penting usaha, salah tak mengapa. ‘may be ali terus bunuh musuh tu, supaya musuh tu dah tak boleh nak menghina dan meludah orang islam yang lain?’ dia dah confused sendiri, dia bagi jawapan ke atau dia membuat another soalan.
‘ali tidak jadi membunuh musuh. Dia kembali memasukkan pedangnya ke dalam sarung. Kerana, kalau dia teruskan niat dia, maka boleh jadi dia membunuh bukan kerana Allah tapi kerana marah. Bila dia surrender pada nafsu amarah maka syaitanlah yang menang. Dia sebenarnya kalah. Maka kerana itu dia membatalkan niatnya. Musuh yang terkejut dengan kejadian itu yang umpamanya tadi berada bagai telur di hujung tanduk mula bertanya kepada Ali, purpose dia berbuat begitu. Ali menjawab dan bercerita, musuh berasa Ali hebat kerana Islamnya maka terus mengucap syahadah. Ali menyejukkan nafsu amarah dalam diri dan ketenangan Ali menyejukkan dan menjadi sebab tersiramnya iman dalam hati musuh. Sejuk dan menyejukkan.’
Kali ini timah sudah tak mahu menjawab lagi. Dia sedang ligat memikir. Tersenyap dia dan tersentak. Baru teringat akan buruk akhlaknya dia yang begitu celupar dan lepas laku sewaktu dia di sidang perwakilan persatuan pelajar. Amboi-amboi pantang betul dia bila orang mula mempertikai kewibawaan dia dalam menerajui projek yang diamanahkan. Ini timah kempis tau, anak tunggal tok penghulu kawasan selatan zone bebas kampung semangka. Berani betul menuduh melulu yang dia banyak melakukan pembaziran dan pecah amanah; memilih bulu dalam melantik ajk. Dia bukannya apa, biasala dalam setiap acara mestilah ada limelight-nya, mau jugak dia bagi fame and glam juga mempopularitikan project-nya. Biar ala-ala concert artist luar negara gitu. Barula sure heboh!sebab tu la dia ambik anak-anak buah yang sekepala dengannya. Senang, masing-masing hormat motto dan visi each other. Tak ada bangkangan dan perselisihan faham. Tapi yang tak sedapnya, yang dalam project tak cakap apa, pihak luar pulak yang sedap mengata. Ish, pening dia. Bersoal jawab dengan pengerusi persatuan. Akhirnya, dia dah tak sabar lagi, macam cliche line dalam drama, ‘kesabaran ada hadnya’. Dia pun memaki dan menghamun sesuka mulut. Sampai ada yang terlopong mendengarnya. Mujur tak ada isyarat tangan. Nasibnya juga masih layak dalam project, Cuma sekarang ketuanya sudah berubah. Tak kisahlah janji masuk surat khabar dan majalah.
‘apa ikhtiar untuk dapat kefahaman agama ini?’Ah sudah. Minah pulak ternganga. Bukan ke diorang yang patut bertanya. Tapi diorang pulak yang ditanya. Dia menggaru-garu kepala. Serentak berbunyi-bunyi gelang emas yang berkoyan-koyan di tangan. Sebenarnya tangan dah naik lenguh, berat dirasakan sejak dibaluti gelang yang berukir-ukir, banyak kali jugak tersangkut benang lengan panjang bajunya. Habis rosak. Lehernya juga sudah rasa nak putus, menanggung rantai-rantai  emas yang masing-masing setebal ibu jari, tu belum dicampur loket yang kalau dibaling anjing pun intracranial hemorrhage dan mati. Inilah yang dikatakan protecting diri. Dia memandang tipah, senah, munah, bedah dan timah. Maisng-masing terdiam, tak tahu nak cakap apa.
‘seseorang tu harus belajar dan bersedia untuk berkorban. Korban untuk agama demi sebuah syurga. Sembelih kecintaan pada dunia untuk akhirat selamanya. Susah, iya memang susah. Tiada yang senang dalam dunia ini melainkan mengikut hawa nafsu.’Minah termenung. Haiyak, tahun lepas dia pernah jugak teringin nak menunaikan ibadah korban. Kononnya setiap bulan dia menyimpan, cukup sebulan, bolehlah seekor kambing menjadi korban. Tapi apa nak buat, ternyata nafsu dia kuat. Setiap bulan habis dia belanjakan untuk ke spa, makan-makan di restaurant mewah dan hotel-hotel, tu tak termasuk berkaraoke dan set-set alat solek juga penjagaan muka dia yang hampir mencecah ratusan ringgit. Kasut dan baju lagi, eh mana aci cap ayam. Tolong sikit ya. Bekas cheerleader macam dia kena la jaga badan, muka, kulit dan penampilan. Barula orang pandang. Tapi kali ini dia diam bukan sebab dah tak ada peminat yang pandang. Kali ini sebab dia rasa terlalu ingin manusia pandang sampai tak ingat bahawa sebaik-baik hamba adalah yang dipandang Allah dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Dia mulia di bumi dan kini dia benar-benar takut hina di langit
selamat hari raya eid adha. maaf zahir dan batin. bersama saya menghayati pengorbanan ibrahim dan anaknya ismail.
 

Wednesday, November 18, 2009

cArte dE vIsitE


‘Say something’
‘You are asking the wrong person’
‘Come on. This is a free country. Not going to get sued for telling others your opinion’
‘About what?’
‘This and that’
‘I’m not an expert neither talented’
‘Rules are meant to be broken. Spill it out’
‘I think it’s empty. Meaningless’
‘Ouch. Very honest and transparent’
 ‘Never mind. Jujur kunci cinta’
‘What? dari blog mana kau kutip ni?’
‘Blog walking. Anyway, what makes you think so? I meant the art’
‘Don’t know how to put it into sentences’
‘But...’
‘It feels like something missing. Incomplete piece of art. Cantik dari jauh. Kosong
bila dekat’
‘why?’
‘Have to know which one comes first. As for me, I chose art over technology. Photograph is personal, how one sees the world which indeed is different from others. And I want to see that. The different perspective, the unique one, the world that one lives in. Each photograph tells its own story, very historic and monumental. Photography is therapy, being creative and one of the way of sharing your life and moments with others ’
‘What’s with the vice versa?’’
‘It’s like a Cinderella story. Forget the details; the facts that you have to let others to really know who you are, your identity, your way of thinking, the honesty and merely focus on the technical stuff like the shining glass shoe you wear, the bombshell look you have, exclusive revealing and shimmering prom gown covered the body, the horse ride to the destination and all you care is the prince first impression which is not going to last forever. learning and mastering the skills; the framing or shot length, the angle of view or movement, the lighting and exposure, the focal length and the aperture, the color fringing, the autofocus, the techniques and the aspect ratio are important, but the talent as well, the art values. Just don’t totally leave it to the technology, making it so superficial, hoping with the simple wave of magic stick from the grand fairy, your photo now entitled the master piece of the century, upload it in flickr and let others to praise. I now pronounced you a professional photographer. Thank you’
‘Wow. A very intriguing story. Never heard that version before’
‘You should read more. Membaca jambatan ilmu’
ok, that’s the line for today. Classic. ‘
‘aku tak tau la betul ke tidak. Aku sebat je bagi pendapat ni. Selalu aku rasa tak kisah award-winning ke tidak. Tak ada hal. Janji ada rasa di situ. Gambar untuk mencipta kenangan. Jadi biarkan gambar itu hidup tanpa kelihatan plastic. Tanpa artificial flavor atau preservatives. Biarkan dia kelihatan murni. Polos tanpa excessive enhancement of technology. With minimal helps perhaps, tapi bukan mutlak.’
‘Shall I read between the lines, may be?’
‘perempuan. Kalau setiap gambar ada kenangan tersendiri, setiap perempuan dicipta dengan kecantikan semulajadi. Mengapa harus dilakukan pemaksaan.’
Dia mengubah duduk. Kaki dirapatkan melunjur. Ngilu terasa. Kebas setelah lama tak mengubah posisi. ‘ But these people, they love to let others suffer. Asyik kerjanya membanding beza. Kena guna itu, kena pakai ini. Mesti buat begitu. Jangan sesekali begini. Terlalu banyak keterbatasannya, keinginan pula bagai di luar sedar. daripada hasutan tak masuk dek akal, kau akan dapat melihat banyak perempuan menderita merana. Perasan cantik tapi plastik. Nak senyum pun aku rasa dah tak boleh. Tu belum lagi yang sanggup buang agama ke tepi: dah cakap itu najis, tapi nak jugak dikutip. Dah cakap itu mengubah kejadian Allah, tapi nak jugak dipilih, dah cakap itu syirik yang jelas, tapi nak jugak diambil. Put all the things together, blend it with sugar and spice walah...hasilnya, kau akan dapat berkenalan dengan perempuan dari look-at-me-look-at-me planet. Mahu perhatian kurang peradaban’
‘I can see where it goes, if you changed too much of the whole thing, you may end up with nothing.’
Ubah seni untuk teknology dan ubah rupa untuk dapat nama. They sing in the same frequency’
but guess the later is more dangerous. Kau jeopardizing own personality to become somebody on tv. Kau nak sangat gelaran. Tercun, terhangat, tercantik, terayu, next top itu, extreme make over ini. Akhirnya viewers tak dapat nak nampak diri kau yang sebenar tapi lebih tertarik untuk menonton berapa besar berubahnya kau lepas di touch up, lepas diberi consultation, lepas dibuat segala macam process yang pastinya untuk kau menjadi sesuatu yang cantik dipandang. Ialah, nak masuk tv la katakan, walau betapa kau letak label; supaya mereka lebih berkeyakinan tinggi, berdaya saing, maju kehadapan dan entah hapa-hapa lagi tapi the main thing is the presence of the commercial value. Tu yang penting. Ye la, sapa nak approve budget, susah payah cari sponsors kalau tak pulang modal? Tak dapat nak tinggikan rating? tak compatible dengan stesen tv lain, kang tak dapat pulak nak jadi stesen tv terpopular satu malaya.’
win the title and cash, grab the contract, get the fame and the glam. Itu umpan, sapa kisah dengan jati diri dan memajukan bangsa atau apa saja. Penonton pulak hanya mahu yang lawa-lawa sahaja. Sapa kisah mulut kau macam mana, perangai kau macam hapa. Agama kau letak ke mana. We’ve been in secular zone since ever. Nak cover kau vote sebab dia cantik, kau cakap je sebab dia perfect package. A very nice try. Untuk apa pertandingkan rupa kalau kau tahu semua itu qada’ dan qadar dari Nya?rukun iman, kan?’
back to the topic. Ada benda kadang hanya cantik untuk dipandang, kosong bila digenggam. Tak bererti. sebab tu aku kurang faham dengan persaingan technology sekarang dalam bidang seni. Aku tak menghalang, welcome. Tapi jangan sampai mencacatkan’
‘Technology bukan trend. Tapi untuk mengembangkan seni. Bukan juga technology sebagai basis dan art sebagai picisan. Macam tu maksud kau?’
‘kalau semua tu dari aku mesti aku dah boleh berlagak bagus. Naaa, ni takat apa yang aku baca. Rasa kurang senang manusia pencinta seni. Aku bukan. Tapi mungkin betul apa yang diorang cakap. Gambar nampak cantik, tapi bila kau cuba cari makna dan dalami gambar tu, ternyata kosong. May be macam perempuan yang pakai botox kut, nampak cun dari jauh. No wrinkles, tapi bila kau cuba perati dan teliti dari dekat, hampeh kaku beku nak puji pun lidah jadi kelu’
‘or macam perempuan cantik yang bila kau nampak kau nak, bila dah dapat kau menyesal. Macam ipod.’
 ‘So, who are you? Miss anti-tech now?’
‘Again, I don’t want to see the trend more than I would like to see the passion and the talent’
‘Passion for the technology?’
‘Nope, only for the art’
Too much Technology-dependent:talentless.The Composition skills:That’s another difference between the photography and the snapshot.

Saturday, November 7, 2009

pardon...how do you win the customer's heart?




the beginning of part two...




Dia termenung di jendela. Rumah kayu pusaka arwah ayahnya yang telah lama ditinggalkan kini kembali berpenghuni. Rumah itu cantik, classic dengan tangga batu yang makin melebar ke bawah, dengan tempayan takungan air buat basuh kaki yang dilengkapi dengan gayung dari tempurung kelapa. Dia menghela nafas memandang ke luar tingkap. Sawah padi yang menghijau amat menenangkan hati yang rawan. Teringin benar dia mahu sekali lagi melihat panorama padi yang kuning keemasan dan burung-burung yang berterbangan mencari makan. Sungguh, dia amat rindu akan suasana desa, dia kesal kerana melepaskan sesuatu yang berharga, segala kenangan zaman kanak-kanak kembali menerjah fikiran. Berlari keliling kampung, baling batu pada angsa-angsa peliharaan mak nah, menjolok buah mempelam yang masak harum menguning di kebun pak mail secara curi-curi, terjun lombong selepas habis sekolah dan berjalan beriringan beramai-ramai selepas pulang dari mengaji Quran di surau. Dia hanya budak kampung, yang diberi didikan agama dan adab akhlak secukupnya. Tapi entah di mana silapnya, makin besar makin dia pura-pura tak mengerti akan hukum agama. Makin menjauh dari cahaya, makin suka kepada dunia yang sementara. Danau dan sumur bukan lagi yang bisa membuat dia teruja. Nyata dunia dan tipu daya berjaya mengheret dia hingga begitu sesat dan merana. Dek kerana tak mahu digelar ketinggalan dia sanggup mengubah imej. Tudung ditanggal, pakaian disingkatkan. Dia sudah tak betah sekadar duduk-duduk di rumah, tetapi mula berpeleseran dan socializing, mencari kenalan baru yang akhirnya buat dia sanggup menolak untuk terus menyambung degree selepas habis diploma dan memilih untuk berada di awan tinggi. Bersama teman-teman baru yang kononnya lebih memahami dan mengerti. Bersama perhatian dari mata-mata yang tak pernah serik mengejar dosa. Sanggup dia meninggalkan tempat dia mula belajar mengenal dunia, sanggup dia memberontak kepada ayah dan ibu mahu memilih jalan hidupnya, meminta dilepaskan dan meminta satu pemahaman. Sanggup mengenepikan segala ajaran hukum hakam.








5 minggu dia habiskan untuk intensive training yang kononnya jalan bagi permulaan masa depan yang gemilang. Belajar routine technical and safety procedure, passenger-service related tasks, memastikan semua necessary items are on board and properly stowed. Setelah terpilih, dia melanjutkan dengan 4 bulan further training. Tentang product makan dan minum, service procedures, menghadapi passenger, deportment and grooming, language and communication skills, peralatan keselamatan dan first aid. Dia tergelak sendiri, kadang rasa macam diri dah jadi part of persatuan bulan sabit merah kat sekolah dulu, tak pun pengakap lebih tepat, ada survival training and water-ditching training. Tapi tu semua belajar kat negara sebelah aja la, tak kan nak masuk Avalon Academy pulak. Gila weih. Mana nak cekau duit. Itu belum lagi berhadapan dengan pelbagai passenger-service situations yang termasuk juga setiap possible emergency contingency. Dan tak kurang juga pengalaman yang ditimba in a long or short-haul ones, dari economy, business ke first class. Mengharap bagai bulan jatuh ke riba supaya satu hari nanti dia
akan dari attendant menjadi purser, kemudian senior purser dan akhirnya services manager. Huh, tinggi sandarannya pada dunia yang sementara. Namun kini dia sedar  yang dia sebenarnya yang tak pernah mau memahami sekeping hati tua yang telah pergi. Pergi tatkala dia masih mengenakan baju sendat dan singkat, tatkala dia masih tak habis-habis menyerlahkan aurat, meninggalkan syariat dan jauh dari taubat. Dan apa yang dia dapat? Sungguh terlalu besar harga yang dibayar untuk sekelumit nikmat. Nikmat untuk menjadi tatapan , mencuri tumpuan dan perasan hebat. Hanya dunia. Hanya sementara. Seketika cuma. Dia menyeka air mata yang sesekali galak mahu menuruni pipi. Baju kurung yang dipakai segera dia betul-betulkan segala kedutan dan tangan sekali-sekala memasukkan kembali rambut yang sesekali terjurai keluar ke dalam anak tudung. Dia kini kembali, memilih untuk menetap di kampung. Tempat asalnya. Setelah habis menyambung degree yang terbengkalai dek kerana lalai, dia meneruskan dengan kursus dalam bidang pendidikan. Cuba memenuhi impian si ibu dan ayah. Harap, dia masih tidak terlewat.  


----------------------------------------------------------------------------





Dengan sedikit rasa serba salah, kanak-kanak ribena dia tinggalkan lepas dari jauh nampak kelibat si ibu dan ayah keluar dari surau berhampiran. Perbualan yang sedikit menganggu ketenangan emosi dan keyakinan diri. Menolak luggage perlahan dan cuba berlagak sepertia biasa, tiada apa-apa, hanya sekadar celoteh si anak kecil, masakan dapat mempengaruhi penerima anugerah pekerja terbaik? Langkah kaki terus dihala ke arah tujuan, mata memandang ke arah dinding kiri dan kanan. Gambar dia dan ada gambar kawan-kawannya. Tersenyum manis dan ceria wajah, mempromosikan company dengan tulisan besar berwarna putih silver ‘truly glocal’. Tak lama lagi, nak masuk tv pulak. Pergh, tak boleh blah, dah macam artist. Kang mana la tau ada movie producer yang berkenan dengan wajah anggun berkarisma yang dia miliki, boleh la menumpang setandan dua scenes yang mungkin berpeluang membuat dia berada di pentas anatarbangsa. Lihatlah dunia! Ops, terlebih sudah. Serentak dia tersenyum sumbang pada mata-mata yang memandang aneh. Kedua tangan yang tadinya terangkat seakan memegang oscar diturunkan kembali. Berdehem dan berpura-pura membetulkan baju-tactic biasa nak cover malu. Sebelum tugasan seterusnya dia bercadang untuk bertemu dua mata dengan orang dibahagian marketing, mahu tahu apa perkembangan baru tentang penggambaran yang dia sudah angan-angankan akan berjaya menempatkan dia ke dalam hati peminat industri film tanah air. Dengan penuh debaran dia menuju ke ruang pejabat, terus mara ke bilik dengan pintu kayu yang telah sedikit terbuka. Errr, dia bukan berniat pun nak curi dengar, tapi kalau orang dah bagi dengar dia on aje. Dia amat-amati suara dua orang yang sedang rancak berbual gembira riang ria. Yelah, business tengah bagus, boleh la. Langkah semakin menghampiri dan ... 



‘It will be quite a controversial, you know,’ A meluah rasa.                                                                                                                                 

‘oo come on, you do remember the rules, don’t you. Those the academy has taught; to think on your own feet, be sensitive to the needs of others and to quickly turn problems into opportunities.’ B menjawab.


‘but it seems like..’ comes from A            

‘listen here. From the cultural point of view it’s unethical. but for me, we shall turn this controversy into a beneficial and profitable asset. This is the power of commercial and publication. We think, we are sensitive to those potential customers’ aka viewers’ needs and what they want; hot sexy babes promoting our service in specific, and we let them to get a picture that their flight will be a heaven-on-earth journey. With beautiful girls wearing short skirt and tight top with a smile that can kill. Tak boring langsung with friendly attendants around’ B berhujah.



Ok, dia rasa langsung tak best. Rasa ala-ala perempuan yang dimanipulasi. Sabar falah, tunggu sikit lagi. Dengar habis.    


  ‘Surely people will talk,’ A memberi komen.     

well, we’re talking about marketing here. Women are now the subjects; in this case I rather call them objects. We display them; manipulate the beauty, exploit the talent in customer service. Our clients are pleased and satisfied with the service and nobody loses a thing. What are you expect? For me to become such a polite guy who always abides by the book and screw the chance to be Malaysian next top cEO? Come on, this is a capitalist world. The new order. You snooze you lose. What you have, just manipulate it, exploit it, use it for the sake of the profits. Now tell me, which one of these that you don’t get? I tak pernah cakap I tak respect my workers, just it’s a win-win situation, I use them and they will get paid. Commercialize them, and they enjoy the popularity and fantasy. They actually want more. The love being exposed and become everybody’s sweethearts. They too have fun and are pleased with every single attention from the men that think our workers are hot and sexy. Inilah cara orang sekarang appreciate beauty. Even in a way, that will make you look a bit...you know; cheap. But anyway, this is reality. This is how it works. I selalu je buat amal, taja anak yatim bawa sekali pekerja-pekerja I yang hot tu ke hulur hilir dengan skirt pendek menayang replika cek yang besar gaban. Pun selalu bagi customers free or budget tickets. Lama-lama bila banyak take part dalam charitable events and functions, people will soon forget dengan apa iklan yang kita buat. Even the NGOs can’t say a thing’



Sumpah! Saat itu rasa maruahnya hilang. Dia memang sedar dari dulu akan hakikat yang satu ini. Bila ada yang memandang rendah kerjaya dirinya. Bukan, bukan kerana kerjaya itu tapi kerana pakaiannya, tingkahnya dan gaya berhiasnya. Tapi selama ini dia betul-betul ingat dia boleh buat tak dengar dan dia boleh yakinkan diri yang dia adalah benar. Tapi kenapa bila hakikat itu diucap dalam patah-patah kata, bisanya itu umpama pisau tumpul yang perlahan-lahan menghiris hati dan mengguris perasaan. Bisanya menjalar mencalar jiwa. Dia kaku untuk seketika, tak mampu nak berkata-kata. Segala impian watak utama tv, pentas dunia, Oscar award dan segala hapa habis lenyap bagai ditelan bumi. Dia tak rasa langsung nak terlibat dengan segala macam manipulasi dan scandal macam itu. Benci! Rasa dipermainkan, dia dan kawan-kawan yang berusaha tersenyum mencapab, orang lain yang mendapat hasilnya. Rasa malu bertindan-tinda menjelma. Apa nanti orang kampung kata. Malu mak bapak, macam tak reti asuh anak sampai boleh biar diri diguna-gunakan sesuka hati. Hati yang mati tadi terasa mendidih. Tiba-tiba dia terasa punya sedikit keberanian super power. Tidak, bukan dengan kuasa bulan. Tapi dengan kuasa stiletto guest aku akan menghukummu. Sebagaimana lagaknya Muntadhar al Zaidi si journalist, dia si attendant membaling stiletto dan kali ini sipi menyapa kepala encik B which is encik Hernandez, mulut laser yang begitu capitalist.



  
‘Hei, you know what? You are fired!’ tergesa-gesa encik Aziz Othman membantu bos besarnya yang agak kaget. Macam kena panic attack pun ada.   
                                                                                                                                                                 

 Dia sekadar mencebik.  ewah, ingat heran ke. ‘and you know what? I quit my job before you can ever fire me, Mr. Hernandez’ cakap terus kat bos besar depan-depan. Buat apa main balas borak dengan takat orang kuat bos.






Dan tau-tau la setelah masuk tv dan newspaper barulah mak cik-mak cik NGOs perasan semangat feminism sejagat datang menyapa dan bertemu mesra. Walau dia macam tau dalam hati, yang semua itu hanya untuk sekadar publicity. Nak glamour kan pertubuhan. Kalau tidak, bukannya nak concern pasal wanita dan eksploitasi alam pekerjaan tapi asyik dok menangkan hak wanita sebagai sex workers la, GRO la, hak berpakaian seksi di public la, penangkapan di kelab malam la. Menang sorak, kampung tergadai. Menang hak, maruah tergadai. Daripada dok minta-minta hak pada benda-benda yang haram tu, better provide works bagi mereka yang memerlukan. Find la alternatives, kata bijak bestari semua, suara sampai ke America sana orang dengar. tak kan pandai cakap, pandai masuk tv dan pandai keluar newspaper aja? Dah tu, baru nak sibuk-sibuk paksa encik Hernandez meminta maaf atas iklan yang tak mendatangkan pahala langsung dan suruh menerima dia kembali bekerja. Dia? Jangankan kecil tapak tangan, sebesar alam semester dan Andromeda galaxy pun dia tak hingin lagi kembali ke alam itu. 






Menyampah dia nak melayan kerenah-kerenah NGOs yang asyik berpura-pura dalam kebatilan, maka di sinilah dia berakhir. Di kampung tanah tumpah darah dia membesar mengenal dunia dia membawa diri. Redha dengan taqdir, menyesal dan bertaubat. Memohon ampun dan kembali mengerjakan kewajiban dia pada Ilahi. Kembali menenangkan hati. Menyuci diri. Dan yang penting, dia cuba untuk merealisasikan harapan ayah dan ibu, supaya dia menjadi guru, membantu anak bangsa mengenal ilmu. Selepas habis kursus perguruan lepasan ijazah, dia dengan senang hati meminta posting di sini dan ternyata rezekinya ada. Sekarang, tiada lagi pakaian sendat, singkat atau ketat. Yang ada hanya baju kurung-tudung, baju kurung-tudung dan baju kurung-tudung sehari-hari. Dah mula tau apa itu malu, dan mula belajar apa itu syariat. Tiada lagi make up berinci tebal, rambut yang di dye atau senyuman plastic. Tak terfikir nak dapat anugerah ke hapa. Dia gembira. Dia bahagia dengan hidupnya. Membiarkan dunia pergi dan hanya letaknya di tangan. Mengangkat akhirat tinggi dan di dalam hati. Cuba sedaya upaya meninggalkan penyakit wahan: cinta dunia dan takut mati. Tak sangka, dia seakan mula menjadi dia yang lama, yang teruja dengan indahnya desa.






Dan yang paling dia tak lupa, kata-kata akhir dari kanak-kanak ribena, 

 ‘ kak falah, falah tu maknanya kejayaan dalam arab. Tapi nak berjaya dunia akhirat kenala ikut syariat. kalau tak ikut syariat, mak cakap nanti kena saman dekat akhirat.’ 

Dah gila? Mana larat dia nak mengangkut dosa merata merentas masyar untuk dihisab? Dan sebenarnya mungkin itu yang memicu dia untuk membetulkan arah tuju, kembali pada yang Satu. Woman is a personality, not a celebrity –should be.


 
dan kanak-kanak juga bukan untuk dijaja, dibutakan hatinya, agar lemas dalam belenggu nafsu. Kawannya hanya menggeleng kepala setiap kali melihat iklan di kaca tv, ‘gila ke apa? Budak-budak zaman sekarang ni sampai teruk jadinya. Kecil-kecil dah diajar bernafsu. Ko bayangkan, budak tu kecil lagi, tak akil baligh pun dan diajar tengok perempuan dengan cara yang jahanam. Where are we? The states or negara tanah tumpah cemerlang, gemilang, terbilang?’




tepuk dada, tanya selera.
----FIN----


Saturday, October 31, 2009

this is how we win our customer's heart...





‘Now every time is a time to fly’. Beberapa kali mulutnya yang sudah siap dicalit gincu merah mak ngah diperiksa. Mana tau kalau-kalau ada comot sini sana. Sambil-sambil tu berlatih tersenyum manis. Al maklumlah, customer service kena jaga, dia dah rasa budget ada kelayakan untuk masuk international, selama ini asyik jaga domestic saja. Paling-paling pun, pi negara jiran yang cuma sekangkang kera. Boring. Kulit sawo matang, kuning langsat, hitam manis.Mana aci. Nak juga bersembang mesra, bermain mata dengan encik-encik blond dan mata biru, atau incik-incik dari timur yang bermata sepet. Setiap hari dia sibuk menonton drama-drama orang puteh, gossip king la, desperate husband la, heroine la, bigville la, ultranatural la, tak ketinggalan juga watak lelaki idaman dia dan rakan-rakan sekabin, jail break. Lepas tengok berbuih mulut nak cuba pronounce macam diorang-diorang kat negara 4 musim tu, sampai tergeliat-geliat lidah. Nasib baik budak-budak rumah tak mengata yang dia terkena sawan.








Aduh, berangan lagi. Dia bangun dari tempat duduknya, set alat make up yang berkoyan-koyan dan bertingkat-tingkat di depan mata ditutup perlahan dan cermat. Isy, mana boleh kasar-kasar, shiseido ni. Sanggup berhabis dia kalau pasal nak nampak cantik. Ops ops, bukan takat cosmetics je yang diutamakan, selaku attendant yang berdedikasi, cantik, manis dipandang, senyuman menawan, hot, drop-dead gorgeous dan punya aura tarikan yang memikat, dia selalu cuba untuk kelihatan paling menonjol. Biasala, demand bukan hanya datang dari dalam diri, tapi juga daripada company, customers dan saingan dari attendants yang lain. Dia nak dia yang paling berjaya, worker of the day, month, year, decade semua anugerah dia nak sapu. Hohohohoho!.Tak sedar dia sudah tertawa sedikit mengilai, ala-ala watak chibimaruko chan dan rakan-rakan yang sedang bermain ‘berlakon watak ibu surirumah tangga yang membuka cerita keburukan suami masing-masing di waktu petang sambil minum teh dan makan kuih’, dilihat kiri kanan, takut-takut nanti ada yang mengata dia disampuk atau sedang bercakap dengan bunian. Maklumlah zaman sekarang, semua yang kurafat lebih diutamakan daripada yang syariat.






Skirt paras lutut yang sudah sendat itu dia betul-betulkan. Tergelak sendiri. Apa yang nak dibetulkan pada skirt yang dah ketat melekat di tubuh, tarik macamana pun tak kan jadi labuh. Uniform merah hati itu ditelek berkali-kali di depan cermin. Tengok sikit kalau-kalau ada coffee stain ke, tumpah kuah laksa breakfast tadi ke, atau nasi lemak pak ali pelanggan terkena pada bajunya semalam. Maklumlah tak sempat nak tukar baru, blazer masih ada kat temah's laundry. Worait, perfect! Dah cun melecun yang tak dapat disangkal lagi darjat kecantikannya. Top putih dengan blazer sedondong warna skirt potongan bentuk badan membalut rapi tubuh. Perlahan tangan menggerakkan zip blazer ke atas, biar tertutup separuh. Make up done, dressing tiptop, sekarang....oowh rambut pulak. Diamati-amati bersungguh-sungguh dandanan rambutnya, dipastikan sentiasa fesyen terbaru yang membuatkan dia nampak lebih muda, sihat dan kuat.rambut, macam-macam ada. Warna perang dengan sebahagian di highlightkan sedikit brunette. Ala-ala Brooke Penelope Trevis la bagai, ala dalam rancangan one two tree. Eh, subang, pantas tangannya segera menarik drawer yang paling atas dan mengambil kotak baldu hijau lumut dan mula memilih yang mana satu pilihan kalbu.







---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Keletak-keletuk bunyi kasut tumit tinggi yang dipakai. Pandangan orang kiri kanan di sekitar departure hall dia buat tak endah. Masih dalam angan-angan. Dengan penuh yakin dia berjalan mengheret samsonite merah hati di tangan. Barula ala-ala sedondon gitu. Haiyak, apa punya malang! sikit punya baik mimpi siang hari, tapi nasib buruk jugak yang menjelma di alam realiti. Rasa macam nak maki, bibir dan dikatup rapat, mulut dah berkumat-kamit macam mak bomoh memanggil setan, tangan genggam rapat-rapat takut ada yang kena penangan. Tiba-tiba dia teringat motto syarikat: customers are always right. Hampeh, ni yang malas ni. Dengan penuh keengganan dia cuba mengoyak senyum, slow and steady falah, sabar, sabar. Budak je tu jangan ko naik syeih. ‘tak pe dik. Dah jangan menangis. Ish, akak tak marah pun. Sikit je ni. Tengok, akak lap je dengan tisu dah hilang. Magic, kan?’ rule no 1: selalu ambik hati customer, kata lain: bodek baik punya. Rule no 2: always remember rule no 1. Tangan dengan penuh kelembutan tari menari menyusun jari dan penuh ayu ala-ala gadis melayu perlahan dijatuhkan atas kepala budak perempuan berumur 5-6 tahun yang muka macam dah nak membanjirkan terminal. Alasan sebenar: dia tak lalu nak dengar budak-budak menangis, nyaring macam hapa, boleh pecah gegendang telinga. Tolongla, tak kuasa. Kang tak pasal-pasal parents budak ni datang naya aja. Budak-budak zaman sekarang, bukan boleh percaya bab adu domba ni. Sambil-sambil tersenyum kurang gula, dia memandang sayu stiletto guess summer sales yang baru dipesan kepada rakannya yang kebetulan bertugas untuk perjalanan london-kl.









Alamak, apasal tak jalan tactic rupa ayu keibuan, budak ni tak makan pulak. Air mata dengan hingus-hingus sekali dah laju mengalir keluar. Uih, boleh tak lalu makan kalau lama-lama pandang. Cartier hasil makan maggie berbulan-bulan sampai rasa dia dah tak ada beza dengan kanak-kanak kelaparan dekat Africa di pergelangan kiri dikerling. Akhirnya, dia mengorak langkah bersama budak perempuan itu ke tempat duduk berdekatan. ‘nama akak falah.’ Dalam enggan dia menghulur salam. Harap budak perempuan itu akan segera berhenti menangis dan mula berbual. Senang sikit nak ditinggal. Tak ade la nampak sebiji macam nak lepas tangan. Lepas kasi menangis, blah macam tu aja. ‘ ‘iklil.’ ‘parents adik mana?’ berbasa-basi sambil mata tak lepas memerhatikan lalu lintas manusia di depannya. Cepatla..cepatla.. aku ada kerja nak buat ni. ‘solat.’ Alamak, betul-betul terkena batang hidung. Kata orang, makin dikejar dunia kita makin tenggelam. Dan itu yang kadang-kadang dia rasakan. Sibuk dengan rupa paras dan melayan penumpang, dia jadi lalai. Solat ditinggal-tinggal. Iya la, mana nak kejar masa siapakan pre-meal order, menjawab soalan customers, berjual beli dalam perjalanan dan dalam masa yang sama nak ke tandas, tanggal make up dan berwudhuk? Maka solat pun jadilah di akhir waktu, diqada’ dan ditinggal-tinggal. Well, nak maintain make up punya pasal. Ok, try to change subject before it’s too late. ‘kak falah tak pi surau?’ aku dah kata, aku dah kata. Lambat sikit swing, betul-betul kena. ‘err, hurm,’ awat la suara pakat tak nak keluaq. ‘eh, dah solat dah iklil, kat rumah’ berdalih, padahal kalau bab nak berhias dari terbit fajar sadiq sampai tergelincir matahari tak habis lagi. Mana nak dan. ‘tapi bukan baru tadi ke azan?’ crap, ni cikgu fardu ain sekolah mana yang pandai sangat ajar budak ni waktu-waktu azan? Dia terkedu, apa nak jawab nampak sangat pecah tembelang. Terasa make up yang berinci-inci tebal bagai perlahan-lahan mencair dek peluh yang semakin lebat mengalir. Peluh nervous kantoi la katakan.






end of part 1

Wednesday, September 9, 2009

ask for more

090909
19091430



nombor yang menarik
hari-hari yang cantik



malam-malam 10 akhir Ramadan



marhaban ya lailatul qadr


thank God
what else that i could ask for?



2things:
redho wa al jannah
protection from His wrath and an nar


amin ya rabb al 'alamin



so now:
on my mark
get set
and go!



shooting for the
Night of Destiny
with decree
which is better than a thousand months



hope that it will be mine :)
one night with 83years in it.



selamat mencari...


'we have indeed revealed this (Message) in the Night of Power



and what will explain to thee what the Night of Power is?



the Night of Power is better than a thousand months



therein come down the angels and the Spirit (Jibreel) by Allah's permission, on every errand



peace! ... this until the rise of Morn!'



'barangsiapa beribadah pada malam Lailatul Qadr kerana iman dan keikhlasan, maka dosanya yang lalu diampun'









Sunday, August 23, 2009

L.I.M.A


Hai, Kaum Muslimin! Apakah kalian bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah hamba serta utusan-Nya. Syurga adalah benar, neraka adalah benar, kematian adalah benar, kebangkitan pun benar, dan hari itu pasti akan tiba, dan Allah akan membangkitkan manusia dari kuburnya?’ Mereka menjawab: ‘Ya, kami meyakininya.’




la melanjutkan: ‘Hai, kaum Muslimin! Apakah kalian mendengar jelas suaraku?’ Mereka menjawab: ‘Ya.’ Rasul berkata: ‘Dengarlah! Aku tinggalkan kalian 2 hal. paling berharga dan simbol penting yang jika kalian setia pada keduanya, kalian tidak akan pernah tersesat sepeninggalku. Salah satunya memiliki nilai yang lebih tinggi dari yang lain.’




Orang-orang bertanya: ‘Ya, Rasulullah, apakah dua hal yang amat berharga itu?’




Rasulullah menjawab: ‘Salah satunya adalah kitab Allah dan lainnya adalah Itrah Ahlulbaitku (keluargaku). Berhati-hatilah kalian dalam memperlaku mereka ketika aku sudah tidak berada di antara kalian, kerana, Allah, Yang Maha Pengasih, telah memberitahukan ku bahwa dua hal. ini (Quran dan Ahlulbaitku) tidak akan berpisah satu sama lain hingga mereka bertemu denganku di telaga (al-Kautsar). Aku peringatkan kalian, atas nama Allah tentang Ahlulbaitku. Aku peringatkan kalian atas nama Allah, tentang Ahlulbaitku. Sekali lagi! Aku peringatkan kalian, atas nama Allah tentang Ahlulbaitku!’




’Dengarlah! Aku adalah penghulu syurga dan aku akan menjadi saksi atas kalian maka barhati-hatilah kalian memperlaku dua hal. yang sangat berharga itu sepeninggalanku. Janganlah kalian mendahului mereka kerana kalian akan binasa, dan jangan pula jauh dari mereka kerana kalian akan binasa!’







‘woi, masak hari ni,’

‘sapa?’

‘kau la. Aku tengok, boleh? Boleh boleh boleh....’

‘cakap sampai infinity pun aku buat pekak,’

‘ceit. Macam ni ke kawan.’

‘dah dah. Pi siap barang. Ni ikut perut aku tau. Kalau kau nak tanya perut kau makan apa, kau masak sendiri.’

‘yeay,’



‘meh sini aku share degan kau something,’

‘apa?’

‘cerita. Cerita yang menyekolahkan.’

‘wokeh, proceed.’



‘hari tu ada dengar pasal satu hadith. ada 2 keywords: sesat dan setia (berpegang teguh)’ dia mendengar sambil mata melihat gerakan tangan si teman yang lincah mengupas bawang merah sebelum dimasukkan ke dalam blender bersama cili kering, bawang putih dan halia.



Temannya menyambung, ‘selagi hidup selagi itu perlu berusaha bergerak ke arah redha Allah. Itu rahsia umur. Setiap manusia sudah diberi sekian peluang dan bila manusia lahir, masa pun mula berjalan, bila dia meninggal dunia, maka masa untuknya berhenti, tiada lagi peluang mengejar redha Allah.’ Sebelah tangan sudah sedikit kekuningan bermain kunyit buat menggoreng ayam. Dan dia hanya memerhati dalam diam. Cuba untuk memikirkan.



‘tapi, kenapa ada yang umur dia panjang dan ada yang pendek?’ akhirnya dia mula bertanya soalan. Mungkin sedikit berjaya menghadam dan sekarang dia mahu lebih faham.



‘ustaz tu cakap, Allah itu Maha Adil. Jangan sesekali berburuk sangka pada Tuhan. Setiap manusia itu pelbagai ragam dan keperluan. Maka setiap manusia perlu pada tempoh masa yang berbeza dalam mencari redha Allah. Sebab itu, ada yang umurnya panjang dan sebaliknya. Macam travelling, ada yang guna highway dan ada yang lalu jalan dalam, merentas kampung. Yang guna highway tu lebih cepat sampai. Yang guna jalan dalam pun sampai jugak tapi perlu waktu yang lebih lama.’ dia mengerut dahi kurang memahami.



‘yang penting, lama atau sekejap selagi kedua-duanya tak sesat maka akan sampai ke destinasi tujuan. Umur panjang atau pendek, kalau berkat dan mendapat rahmat akan mendapat redha Allah di akhir hayat.’ sudah habis menggoreng ayam, kemudian memasukkan ketulan ayam yang 2/3 masak ke dalam strainer.



Dan dia mengekor langkah temannya ke arah blander, memerhati temannya menumis bahan yang dikisar. ‘umpama orang berjalan dalam gelap, kalau tersilap, mau jatuh ke dalam juram. Sebab itu manusia perlu pada cahaya. Cahaya petunjuk dari Nya untuk menerangi kehidupan manusia.’ Hidungnya menangkap bau tumisan. Dan tangannya memasukkan puree dan potongan dadu tomato.



‘ada 5 golongan manusia dengan jalan hidup masing-masing. 3 golongan yang rugi dan 2 lagi beruntung. Dear, pass the chicken to me. Yes yes, the one in the white plate.’ Kedengaran suara memberi arahan.



Sementara temannya menggaul ayam dan kuah, dia menuju ke sink. Pinggan kotor dicapai dan sebelah tangan mula menuang sabun ke dalam bekas. ‘golongan yang pertama: both him and his surroundings are mean to one another. Saling tak membantu. Dia sesat dan lingkungan atau persekitarannya juga dalam gelap. Contohnya, kalau dia terlibat dalam show biz, sebagai penyanyi. Dia sesat bila nyanyiannya adalah sia-sia, muziknya adalah lalai dan sekitarnya, iaitu penontonnya menari dengan tarian yang menyesatkan. Lose-lose situation. Masing-masing terikat dengan liability, tak menambah iman membara maksiat.’



‘tapi, singing is one way of expressing one’s feeling. Ada jugak songs, yang berbentuk nasihat, motivation, sindiran even though the melody and the music are quite disturbing.’



‘sampai tak maksud kepada pendengar? A well-written, creative lyrics won’t do any good if the listeners are far from appreaciating it. Manusia baca, faham makna dan tahu tentang apa lirik itu ditulis. Tapi untuk diaplikasikan, gagal. Sebab manusia lebih suka menganggap lagu itu sekadar hiburan semata, segala yang cynical atau sarcastic dalam lirik, diketawakan. Mengutuk, mempersenda, rebellious. Venues and the ways of performing, tak menunjukkan boleh motivate pendengar pun. Name any places of entertainment suit the criteria: motivating, atau menambah iman. susah’



‘ada apa dengan tempat,babe. Mesti dalam banyak-banyak akan ada yang faham apa yang lagu tu maksudkan,’



‘well, it depends. As what i said before, faham tapi tak apply is not an action of the wise. Lets say, lirik bagus, lagu jerit pekik, loud one. Boom box lebih dari 120 dB. Lirik suruh buat baik, tapi kalau music and environment mungkar, itu tak ke mana. Clash. Cancel out one another. Sebab untuk berubah mesti ada dua dua, it’s an and, not an or. suruh buat baik, halang buat jahat. Amal maaruf nahi mungkar la mak cik. Dear, plus if you frequently expose your ears to sounds more than 90 dB, boleh leads to gradual hearing loss tau. You better take a good care of your ears. Nanti karang dah tua, orang suruh lain, kau buat benda lain, tak masuk masalah nyanyuk lagi bai’



‘ok ok, get it. The next group pulak?’

‘alone-with-everybody kinda type la’

‘let me guess: dia je sorang-sorang yang lost, environment dia baik,’

‘excellent, orang lain terkena cahaya, dia mendung kelabu. Masjid sekangkang kera. Nak jenguk sikit pun dia tak mahu.’



‘the 3rd one?’

‘the STMJs’

‘cheerleaders sekolah mana tu?’

‘ish. solat terus, maksiat jalan,’

‘as if, nak kata non moslem, solat. Nak kata moslem, maksiat no 1,’

‘correct, ustaz cakap penat tau macam tu. Setiap kali nak capai redha Allah, patah balik. Pi mai pi mai tang tu. Macam orang travelling, tak sampai-sampai,’



‘4th?’

‘ermmm, lingkungan baik, dia baik.’

‘selamat la ek,’

‘yup tapi tak terbaik’



‘then, the best is the final one?’

‘yup, definitely.’

‘yang macamana?’

‘yang persekitarannya sesat tapi dia sober je. Steady babe. Tak gelabah nak ikut-ikut trend la apa. Nak kipas sini sana. Nak bergeng-geng lepas tu budget lebih. One word: self-controlled’

‘kira dia la yang kena bagi cahaya kat orang lain jugak,’

‘ye la, sebab tu la this group is the best. With great title, comes great trials,’



‘ye la ye la. Aku faham,’

‘kalau dah, pi la sendok nasi tomato dalam rice cooker tu. Aku pi bawak ayam ni ke dining hall jap.’