Sunday, August 23, 2009

L.I.M.A


Hai, Kaum Muslimin! Apakah kalian bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah hamba serta utusan-Nya. Syurga adalah benar, neraka adalah benar, kematian adalah benar, kebangkitan pun benar, dan hari itu pasti akan tiba, dan Allah akan membangkitkan manusia dari kuburnya?’ Mereka menjawab: ‘Ya, kami meyakininya.’




la melanjutkan: ‘Hai, kaum Muslimin! Apakah kalian mendengar jelas suaraku?’ Mereka menjawab: ‘Ya.’ Rasul berkata: ‘Dengarlah! Aku tinggalkan kalian 2 hal. paling berharga dan simbol penting yang jika kalian setia pada keduanya, kalian tidak akan pernah tersesat sepeninggalku. Salah satunya memiliki nilai yang lebih tinggi dari yang lain.’




Orang-orang bertanya: ‘Ya, Rasulullah, apakah dua hal yang amat berharga itu?’




Rasulullah menjawab: ‘Salah satunya adalah kitab Allah dan lainnya adalah Itrah Ahlulbaitku (keluargaku). Berhati-hatilah kalian dalam memperlaku mereka ketika aku sudah tidak berada di antara kalian, kerana, Allah, Yang Maha Pengasih, telah memberitahukan ku bahwa dua hal. ini (Quran dan Ahlulbaitku) tidak akan berpisah satu sama lain hingga mereka bertemu denganku di telaga (al-Kautsar). Aku peringatkan kalian, atas nama Allah tentang Ahlulbaitku. Aku peringatkan kalian atas nama Allah, tentang Ahlulbaitku. Sekali lagi! Aku peringatkan kalian, atas nama Allah tentang Ahlulbaitku!’




’Dengarlah! Aku adalah penghulu syurga dan aku akan menjadi saksi atas kalian maka barhati-hatilah kalian memperlaku dua hal. yang sangat berharga itu sepeninggalanku. Janganlah kalian mendahului mereka kerana kalian akan binasa, dan jangan pula jauh dari mereka kerana kalian akan binasa!’







‘woi, masak hari ni,’

‘sapa?’

‘kau la. Aku tengok, boleh? Boleh boleh boleh....’

‘cakap sampai infinity pun aku buat pekak,’

‘ceit. Macam ni ke kawan.’

‘dah dah. Pi siap barang. Ni ikut perut aku tau. Kalau kau nak tanya perut kau makan apa, kau masak sendiri.’

‘yeay,’



‘meh sini aku share degan kau something,’

‘apa?’

‘cerita. Cerita yang menyekolahkan.’

‘wokeh, proceed.’



‘hari tu ada dengar pasal satu hadith. ada 2 keywords: sesat dan setia (berpegang teguh)’ dia mendengar sambil mata melihat gerakan tangan si teman yang lincah mengupas bawang merah sebelum dimasukkan ke dalam blender bersama cili kering, bawang putih dan halia.



Temannya menyambung, ‘selagi hidup selagi itu perlu berusaha bergerak ke arah redha Allah. Itu rahsia umur. Setiap manusia sudah diberi sekian peluang dan bila manusia lahir, masa pun mula berjalan, bila dia meninggal dunia, maka masa untuknya berhenti, tiada lagi peluang mengejar redha Allah.’ Sebelah tangan sudah sedikit kekuningan bermain kunyit buat menggoreng ayam. Dan dia hanya memerhati dalam diam. Cuba untuk memikirkan.



‘tapi, kenapa ada yang umur dia panjang dan ada yang pendek?’ akhirnya dia mula bertanya soalan. Mungkin sedikit berjaya menghadam dan sekarang dia mahu lebih faham.



‘ustaz tu cakap, Allah itu Maha Adil. Jangan sesekali berburuk sangka pada Tuhan. Setiap manusia itu pelbagai ragam dan keperluan. Maka setiap manusia perlu pada tempoh masa yang berbeza dalam mencari redha Allah. Sebab itu, ada yang umurnya panjang dan sebaliknya. Macam travelling, ada yang guna highway dan ada yang lalu jalan dalam, merentas kampung. Yang guna highway tu lebih cepat sampai. Yang guna jalan dalam pun sampai jugak tapi perlu waktu yang lebih lama.’ dia mengerut dahi kurang memahami.



‘yang penting, lama atau sekejap selagi kedua-duanya tak sesat maka akan sampai ke destinasi tujuan. Umur panjang atau pendek, kalau berkat dan mendapat rahmat akan mendapat redha Allah di akhir hayat.’ sudah habis menggoreng ayam, kemudian memasukkan ketulan ayam yang 2/3 masak ke dalam strainer.



Dan dia mengekor langkah temannya ke arah blander, memerhati temannya menumis bahan yang dikisar. ‘umpama orang berjalan dalam gelap, kalau tersilap, mau jatuh ke dalam juram. Sebab itu manusia perlu pada cahaya. Cahaya petunjuk dari Nya untuk menerangi kehidupan manusia.’ Hidungnya menangkap bau tumisan. Dan tangannya memasukkan puree dan potongan dadu tomato.



‘ada 5 golongan manusia dengan jalan hidup masing-masing. 3 golongan yang rugi dan 2 lagi beruntung. Dear, pass the chicken to me. Yes yes, the one in the white plate.’ Kedengaran suara memberi arahan.



Sementara temannya menggaul ayam dan kuah, dia menuju ke sink. Pinggan kotor dicapai dan sebelah tangan mula menuang sabun ke dalam bekas. ‘golongan yang pertama: both him and his surroundings are mean to one another. Saling tak membantu. Dia sesat dan lingkungan atau persekitarannya juga dalam gelap. Contohnya, kalau dia terlibat dalam show biz, sebagai penyanyi. Dia sesat bila nyanyiannya adalah sia-sia, muziknya adalah lalai dan sekitarnya, iaitu penontonnya menari dengan tarian yang menyesatkan. Lose-lose situation. Masing-masing terikat dengan liability, tak menambah iman membara maksiat.’



‘tapi, singing is one way of expressing one’s feeling. Ada jugak songs, yang berbentuk nasihat, motivation, sindiran even though the melody and the music are quite disturbing.’



‘sampai tak maksud kepada pendengar? A well-written, creative lyrics won’t do any good if the listeners are far from appreaciating it. Manusia baca, faham makna dan tahu tentang apa lirik itu ditulis. Tapi untuk diaplikasikan, gagal. Sebab manusia lebih suka menganggap lagu itu sekadar hiburan semata, segala yang cynical atau sarcastic dalam lirik, diketawakan. Mengutuk, mempersenda, rebellious. Venues and the ways of performing, tak menunjukkan boleh motivate pendengar pun. Name any places of entertainment suit the criteria: motivating, atau menambah iman. susah’



‘ada apa dengan tempat,babe. Mesti dalam banyak-banyak akan ada yang faham apa yang lagu tu maksudkan,’



‘well, it depends. As what i said before, faham tapi tak apply is not an action of the wise. Lets say, lirik bagus, lagu jerit pekik, loud one. Boom box lebih dari 120 dB. Lirik suruh buat baik, tapi kalau music and environment mungkar, itu tak ke mana. Clash. Cancel out one another. Sebab untuk berubah mesti ada dua dua, it’s an and, not an or. suruh buat baik, halang buat jahat. Amal maaruf nahi mungkar la mak cik. Dear, plus if you frequently expose your ears to sounds more than 90 dB, boleh leads to gradual hearing loss tau. You better take a good care of your ears. Nanti karang dah tua, orang suruh lain, kau buat benda lain, tak masuk masalah nyanyuk lagi bai’



‘ok ok, get it. The next group pulak?’

‘alone-with-everybody kinda type la’

‘let me guess: dia je sorang-sorang yang lost, environment dia baik,’

‘excellent, orang lain terkena cahaya, dia mendung kelabu. Masjid sekangkang kera. Nak jenguk sikit pun dia tak mahu.’



‘the 3rd one?’

‘the STMJs’

‘cheerleaders sekolah mana tu?’

‘ish. solat terus, maksiat jalan,’

‘as if, nak kata non moslem, solat. Nak kata moslem, maksiat no 1,’

‘correct, ustaz cakap penat tau macam tu. Setiap kali nak capai redha Allah, patah balik. Pi mai pi mai tang tu. Macam orang travelling, tak sampai-sampai,’



‘4th?’

‘ermmm, lingkungan baik, dia baik.’

‘selamat la ek,’

‘yup tapi tak terbaik’



‘then, the best is the final one?’

‘yup, definitely.’

‘yang macamana?’

‘yang persekitarannya sesat tapi dia sober je. Steady babe. Tak gelabah nak ikut-ikut trend la apa. Nak kipas sini sana. Nak bergeng-geng lepas tu budget lebih. One word: self-controlled’

‘kira dia la yang kena bagi cahaya kat orang lain jugak,’

‘ye la, sebab tu la this group is the best. With great title, comes great trials,’



‘ye la ye la. Aku faham,’

‘kalau dah, pi la sendok nasi tomato dalam rice cooker tu. Aku pi bawak ayam ni ke dining hall jap.’





No comments: