‘kau tau, Tuhan itu selalu buat aku berfikir,’
‘yeah, Dia bagi kau akal untuk memikirkan,’
‘tapi kadang nafsu selalu buat aku keliru. Memberi tumpuan pada sesuatu yang aku tak perlu. Dan akhirnya akan membuat aku lesu.’
‘maka kau perlu pada iman,’
‘dan selalu untuk mendapatkan iman itu aku terkandas di tengah jalan. Bagai kereta tua yang hanya menunggu ajal.’
‘tapi Tuhan tetap akan memberi apa yang kau perlu,’
‘ya, dan aku seringkali pula memperlekeh di setiap waktu,’
‘hingga akan sampai, apabila kau benar-benar sudah tahu, dan bersedia untuk menimba ilmu, maka Dia akan menganugerahkan sesuatu pengajaran dan petunjuk sesuai dengan apa yang kau mampu,’
‘betul, aku mula belajar apa yang dimaksudkan dengan usaha atas iman. Sebelum ini aku hanya membaca. Tapi ternyata membaca saja tak banyak membantu. Harus dilihat dengan mata kasar. Ditekuni dalam hati.’
‘pengalaman itu sebaik pengajaran, dan pemahaman itu sebaik-baik nikmat Tuhan’
‘God, a few days back, sewaktu aku dalam keadaan riang ria memenuhi nafsu aku untuk berbelanja, aku terserempak dengan seorang perempuan. Kau tahu ajalah, summer sales akan buat kau buta dan degil dari mendengar kata hati dan akal yang waras. Beli yang bukan kau perlu dengan alasan potongan harga. Manusia mudah tertipu bila berurusan dengan wang. Bila sedikit wang yang keluar, dikira tidak mengapa. Hakikatnya sedikit atau banyak, jika disalur pada yang tak sepatutnya hanya mengundang pembaziran. Hebat kan, penangan syaitan.’
‘itu satu daripada sekian. Selalu aku juga tak mampu untuk menghadapi godaan. Boleh saja nafsu menguasai ketika makan, mendengar dan melihat.’
‘ya, dan perempuan itu memberi salam. Aku menoleh dan sedikit terperanjat. Kerana di situ, mostly Muslim women yang aku jumpa berhijab.’
‘mungkin kau terlupa keadaan di negara tanah tumpah darah tercinta,’
‘itu yang aku fikirkan akhirnya. Sedang yang sudah lama islamnya masih tega rambutnya dijaja, masih khayal mendapat perhatian dari para jejaka dan pakaian sah-sah mencolok mata, kenapa pula aku sewenangnya menghukum mereka yang baru tanpa bertanya apa-apa,’
‘dan akhirnya aku kira kau beroleh penjelasan,’
‘cukup jelas sehingga aku rasa malu ,’
‘mengapa?’
‘kerana bukan untuk mengikuti aliran semasa atau mendapat perhatian hingga mereka gagal menutup aurat, tapi kerana mereka sukar untuk mendapat pakaian yang benar-benar memenuhi tuntutuan syariat,’
‘kau tahu saja di tempat yang islamnya baru berkembang. Pasti banyak yang mejadi halangan. Technically and tactically, tanpa sedar atau sengaja, baik pada pakaian, makanan mahupun pandangan manusia.’
‘dia kesal kerana tak dapat menutup aurat dengan sempurna. Aku kira kalau dia diberi kemudahan dan ruang, pasti dia bersungguh melaksanakannya. Tak pasti pula kalau-kalau aku yang berada di tempatnya.’
‘dia memang perempuan yang tabah, always swims against the current. Against all odds.’
‘hanya dia yang baru memeluk islam di kalangan keluarganya. Masih hijau. Bertemu dengan an Algerian guy dan mengahwininya, dalam masa yang sama trying to complete her master, living together under one roof bersama orang tua yang nyata punya sedikit pengetahuan dan selebihnya prejudice tentang islam,’
‘sukar untuk dibanyangkan, sukar lagi untuk melakukan. Culture versus religion. Orang tua dan tuntutan agama. Kau tengok sajalah pakaian di sana. Cleavage, bareback, off-shoulder, tube, halter, micro mini skirt and spaghetti strap. Shawl juga mau yang transparent, sekadar hiasan di musim panas, bukan benar-benar menutup badan.’
‘itu mereka. Yang memang terdedah dengan pakaian yang begitu begini tanpa punya budaya ketimuran. Cuba kau rasakan pula, mereka yang sedari kecil dididik dengan nilai-nilai sopan, tapi kemudian bila membesar, cuba mengikis kemuliaan dan menukarkannya dengan perhatian yang haram. Padahal bukan tak ada pakaian yang boleh menutup badan.’
‘dunia ini memang berada dalam genggaman Nya. Waktu lahir tak sama dengan akhir hayat. Kalau kau sesat mungkin satu hari nanti kau akan tersedar dan bosan dengan permainan duniawi yang kau agungkan. Lantas kau kembali pada Tuhan. Dan boleh jadi, kau yang suci murni, hanya kerana pingin menjadi pujaan hati lelaki, bergadai itu ini untuk sesuatu yang tak pasti. Akhirnya tanpa kau sedari kau telah meninggalkan apa yang mesti. Apa yang kau dapat sungguh cukup murah berbanding apa yang kau pertaruhkan. Liability is far outweighing the profit.’
‘aku kira pasti dia merasakan semua wanita muslim di negara kita berhijab.’
‘tapi yang pastinya reality bites. Masih ada yang bangga berhijab ke sini sana menonton live band performances dan mengangguk kepala. Berpegangan tangan dan berpelukan tak ingat dunia dan semakin ramai yang mula melakukan ziarah sambil riadah ke planet Hollywood, hard rock cafe and the zouk,’
‘aku juga masih belum dapat melakukan sepenuhnya tuntutan berhijab. Menjaga diri dari segala perkara syahwat dan sia-sia, laknat dan maksiat.’
‘kita cuba. Tapi jangan sesekali putus asa. Jangan berpura-pura gembira dan ketawa dengan dunia padahal dalam hati mati, tiada ketenangan dan kebahagian.’
‘kerana itu aku malu pada dia. Malu tak mahu membuka pekong di dada. Tanda diri sendiri yang tak mahu dan tak tahu berdakwah pada semua,’
‘dia pernah memuji masjid-masjid di malaysia. Katanya, masjid-masjid di tempat kita cukup besar dan berdiri megah. Cantik dan indah. Aku kira dia teringin benar mahu merasai nikmat bersolat dengan aman dan tenteram. Punya ruang yang cukup besar untuk menampung kapasiti ummat dan dahaga untuk mendalami islam. Tak perlu merantau jauh untuk mencari masjid dan berasak-asak di ruang kecil’
‘kalau dia tahu hakikat sebenar pasti dia merasa hampa. Yang sudah ada masjid, seolah-olah bergerak jauh menghindar diri darinya. Leka dan alpa memenuhi tuntutan dunia yang sementara. Mahu berguling dan berbaring di jalanan, bertelingkah dan menarik perhatian, hanya sedikit yang meminta dengan jalan sabar dan mengerjakan solat,’
‘aku juga ternyata tak termasuk golongan yang sabar dan meminta tolong dengan mengerjakan solat,’
'kadang kerana manusia berasa dia selalu punya solution yang lebih baik dari yang diperintah Tuhan nya. Kurang yakin dengan apa yang ditetapkan. Aku juga tak lepas dan selalu kecundang,’
‘sebelum aku berpisah dengan dia petang itu, dia sempat memberi khabar. Dia mahu berhijrah. Migrate to the states. Mengikut suaminya dan dia sendiri mahu mencari kerja.’
‘tapi aku kira yang paling utama...kerana agama?’
‘ya, dia mahu mendapat lebih peluang untuk mendalami islam. Lebih diberi kesempatan menghadiri pengajian dan practicing the beautiful way of life.’
‘manusia yang baik zaman jahiliyahnya, akan baik dan lebih lagi di zaman islamnya,'
‘itu membuat aku wondering, aku yang teruk di zaman islam, pasti akan lebih-lebih lagi celaka andai berpaling ke belakang.’
‘aku harap dapat berjumpa dia lagi. Lupa aku nak mengambil contact no dari dia. Aku harap dia tahu, she will never walk alone,’
‘dia buat aku faham, Islam itu bukan terdiri dengan senyuman dan ketawa. Tapi keringat dan air mata. Sebuah percintaan dalam perjuangan. Akhirnya aku pelajari sesuatu untuk hari itu; usaha atas iman,’
salam ramadan al mubarak.
1st ramadan 1430 H
ampun maaf atas segala dosa
No comments:
Post a Comment