Sunday, August 23, 2009

L.I.M.A


Hai, Kaum Muslimin! Apakah kalian bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah hamba serta utusan-Nya. Syurga adalah benar, neraka adalah benar, kematian adalah benar, kebangkitan pun benar, dan hari itu pasti akan tiba, dan Allah akan membangkitkan manusia dari kuburnya?’ Mereka menjawab: ‘Ya, kami meyakininya.’




la melanjutkan: ‘Hai, kaum Muslimin! Apakah kalian mendengar jelas suaraku?’ Mereka menjawab: ‘Ya.’ Rasul berkata: ‘Dengarlah! Aku tinggalkan kalian 2 hal. paling berharga dan simbol penting yang jika kalian setia pada keduanya, kalian tidak akan pernah tersesat sepeninggalku. Salah satunya memiliki nilai yang lebih tinggi dari yang lain.’




Orang-orang bertanya: ‘Ya, Rasulullah, apakah dua hal yang amat berharga itu?’




Rasulullah menjawab: ‘Salah satunya adalah kitab Allah dan lainnya adalah Itrah Ahlulbaitku (keluargaku). Berhati-hatilah kalian dalam memperlaku mereka ketika aku sudah tidak berada di antara kalian, kerana, Allah, Yang Maha Pengasih, telah memberitahukan ku bahwa dua hal. ini (Quran dan Ahlulbaitku) tidak akan berpisah satu sama lain hingga mereka bertemu denganku di telaga (al-Kautsar). Aku peringatkan kalian, atas nama Allah tentang Ahlulbaitku. Aku peringatkan kalian atas nama Allah, tentang Ahlulbaitku. Sekali lagi! Aku peringatkan kalian, atas nama Allah tentang Ahlulbaitku!’




’Dengarlah! Aku adalah penghulu syurga dan aku akan menjadi saksi atas kalian maka barhati-hatilah kalian memperlaku dua hal. yang sangat berharga itu sepeninggalanku. Janganlah kalian mendahului mereka kerana kalian akan binasa, dan jangan pula jauh dari mereka kerana kalian akan binasa!’







‘woi, masak hari ni,’

‘sapa?’

‘kau la. Aku tengok, boleh? Boleh boleh boleh....’

‘cakap sampai infinity pun aku buat pekak,’

‘ceit. Macam ni ke kawan.’

‘dah dah. Pi siap barang. Ni ikut perut aku tau. Kalau kau nak tanya perut kau makan apa, kau masak sendiri.’

‘yeay,’



‘meh sini aku share degan kau something,’

‘apa?’

‘cerita. Cerita yang menyekolahkan.’

‘wokeh, proceed.’



‘hari tu ada dengar pasal satu hadith. ada 2 keywords: sesat dan setia (berpegang teguh)’ dia mendengar sambil mata melihat gerakan tangan si teman yang lincah mengupas bawang merah sebelum dimasukkan ke dalam blender bersama cili kering, bawang putih dan halia.



Temannya menyambung, ‘selagi hidup selagi itu perlu berusaha bergerak ke arah redha Allah. Itu rahsia umur. Setiap manusia sudah diberi sekian peluang dan bila manusia lahir, masa pun mula berjalan, bila dia meninggal dunia, maka masa untuknya berhenti, tiada lagi peluang mengejar redha Allah.’ Sebelah tangan sudah sedikit kekuningan bermain kunyit buat menggoreng ayam. Dan dia hanya memerhati dalam diam. Cuba untuk memikirkan.



‘tapi, kenapa ada yang umur dia panjang dan ada yang pendek?’ akhirnya dia mula bertanya soalan. Mungkin sedikit berjaya menghadam dan sekarang dia mahu lebih faham.



‘ustaz tu cakap, Allah itu Maha Adil. Jangan sesekali berburuk sangka pada Tuhan. Setiap manusia itu pelbagai ragam dan keperluan. Maka setiap manusia perlu pada tempoh masa yang berbeza dalam mencari redha Allah. Sebab itu, ada yang umurnya panjang dan sebaliknya. Macam travelling, ada yang guna highway dan ada yang lalu jalan dalam, merentas kampung. Yang guna highway tu lebih cepat sampai. Yang guna jalan dalam pun sampai jugak tapi perlu waktu yang lebih lama.’ dia mengerut dahi kurang memahami.



‘yang penting, lama atau sekejap selagi kedua-duanya tak sesat maka akan sampai ke destinasi tujuan. Umur panjang atau pendek, kalau berkat dan mendapat rahmat akan mendapat redha Allah di akhir hayat.’ sudah habis menggoreng ayam, kemudian memasukkan ketulan ayam yang 2/3 masak ke dalam strainer.



Dan dia mengekor langkah temannya ke arah blander, memerhati temannya menumis bahan yang dikisar. ‘umpama orang berjalan dalam gelap, kalau tersilap, mau jatuh ke dalam juram. Sebab itu manusia perlu pada cahaya. Cahaya petunjuk dari Nya untuk menerangi kehidupan manusia.’ Hidungnya menangkap bau tumisan. Dan tangannya memasukkan puree dan potongan dadu tomato.



‘ada 5 golongan manusia dengan jalan hidup masing-masing. 3 golongan yang rugi dan 2 lagi beruntung. Dear, pass the chicken to me. Yes yes, the one in the white plate.’ Kedengaran suara memberi arahan.



Sementara temannya menggaul ayam dan kuah, dia menuju ke sink. Pinggan kotor dicapai dan sebelah tangan mula menuang sabun ke dalam bekas. ‘golongan yang pertama: both him and his surroundings are mean to one another. Saling tak membantu. Dia sesat dan lingkungan atau persekitarannya juga dalam gelap. Contohnya, kalau dia terlibat dalam show biz, sebagai penyanyi. Dia sesat bila nyanyiannya adalah sia-sia, muziknya adalah lalai dan sekitarnya, iaitu penontonnya menari dengan tarian yang menyesatkan. Lose-lose situation. Masing-masing terikat dengan liability, tak menambah iman membara maksiat.’



‘tapi, singing is one way of expressing one’s feeling. Ada jugak songs, yang berbentuk nasihat, motivation, sindiran even though the melody and the music are quite disturbing.’



‘sampai tak maksud kepada pendengar? A well-written, creative lyrics won’t do any good if the listeners are far from appreaciating it. Manusia baca, faham makna dan tahu tentang apa lirik itu ditulis. Tapi untuk diaplikasikan, gagal. Sebab manusia lebih suka menganggap lagu itu sekadar hiburan semata, segala yang cynical atau sarcastic dalam lirik, diketawakan. Mengutuk, mempersenda, rebellious. Venues and the ways of performing, tak menunjukkan boleh motivate pendengar pun. Name any places of entertainment suit the criteria: motivating, atau menambah iman. susah’



‘ada apa dengan tempat,babe. Mesti dalam banyak-banyak akan ada yang faham apa yang lagu tu maksudkan,’



‘well, it depends. As what i said before, faham tapi tak apply is not an action of the wise. Lets say, lirik bagus, lagu jerit pekik, loud one. Boom box lebih dari 120 dB. Lirik suruh buat baik, tapi kalau music and environment mungkar, itu tak ke mana. Clash. Cancel out one another. Sebab untuk berubah mesti ada dua dua, it’s an and, not an or. suruh buat baik, halang buat jahat. Amal maaruf nahi mungkar la mak cik. Dear, plus if you frequently expose your ears to sounds more than 90 dB, boleh leads to gradual hearing loss tau. You better take a good care of your ears. Nanti karang dah tua, orang suruh lain, kau buat benda lain, tak masuk masalah nyanyuk lagi bai’



‘ok ok, get it. The next group pulak?’

‘alone-with-everybody kinda type la’

‘let me guess: dia je sorang-sorang yang lost, environment dia baik,’

‘excellent, orang lain terkena cahaya, dia mendung kelabu. Masjid sekangkang kera. Nak jenguk sikit pun dia tak mahu.’



‘the 3rd one?’

‘the STMJs’

‘cheerleaders sekolah mana tu?’

‘ish. solat terus, maksiat jalan,’

‘as if, nak kata non moslem, solat. Nak kata moslem, maksiat no 1,’

‘correct, ustaz cakap penat tau macam tu. Setiap kali nak capai redha Allah, patah balik. Pi mai pi mai tang tu. Macam orang travelling, tak sampai-sampai,’



‘4th?’

‘ermmm, lingkungan baik, dia baik.’

‘selamat la ek,’

‘yup tapi tak terbaik’



‘then, the best is the final one?’

‘yup, definitely.’

‘yang macamana?’

‘yang persekitarannya sesat tapi dia sober je. Steady babe. Tak gelabah nak ikut-ikut trend la apa. Nak kipas sini sana. Nak bergeng-geng lepas tu budget lebih. One word: self-controlled’

‘kira dia la yang kena bagi cahaya kat orang lain jugak,’

‘ye la, sebab tu la this group is the best. With great title, comes great trials,’



‘ye la ye la. Aku faham,’

‘kalau dah, pi la sendok nasi tomato dalam rice cooker tu. Aku pi bawak ayam ni ke dining hall jap.’





Saturday, August 22, 2009

perCintaan daLam perJuangan




‘kau tau, Tuhan itu selalu buat aku berfikir,’



‘yeah, Dia bagi kau akal untuk memikirkan,’



‘tapi kadang nafsu selalu buat aku keliru. Memberi tumpuan pada sesuatu yang aku tak perlu. Dan akhirnya akan membuat aku lesu.’



‘maka kau perlu pada iman,’



‘dan selalu untuk mendapatkan iman itu aku terkandas di tengah jalan. Bagai kereta tua yang hanya menunggu ajal.’



‘tapi Tuhan tetap akan memberi apa yang kau perlu,’



‘ya, dan aku seringkali pula memperlekeh di setiap waktu,’



‘hingga akan sampai, apabila kau benar-benar sudah tahu, dan bersedia untuk menimba ilmu, maka Dia akan menganugerahkan sesuatu pengajaran dan petunjuk sesuai dengan apa yang kau mampu,’



‘betul, aku mula belajar apa yang dimaksudkan dengan usaha atas iman. Sebelum ini aku hanya membaca. Tapi ternyata membaca saja tak banyak membantu. Harus dilihat dengan mata kasar. Ditekuni dalam hati.’



‘pengalaman itu sebaik pengajaran, dan pemahaman itu sebaik-baik nikmat Tuhan’



‘God, a few days back, sewaktu aku dalam keadaan riang ria memenuhi nafsu aku untuk berbelanja, aku terserempak dengan seorang perempuan. Kau tahu ajalah, summer sales akan buat kau buta dan degil dari mendengar kata hati dan akal yang waras. Beli yang bukan kau perlu dengan alasan potongan harga. Manusia mudah tertipu bila berurusan dengan wang. Bila sedikit wang yang keluar, dikira tidak mengapa. Hakikatnya sedikit atau banyak, jika disalur pada yang tak sepatutnya hanya mengundang pembaziran. Hebat kan, penangan syaitan.’



‘itu satu daripada sekian. Selalu aku juga tak mampu untuk menghadapi godaan. Boleh saja nafsu menguasai ketika makan, mendengar dan melihat.’



‘ya, dan perempuan itu memberi salam. Aku menoleh dan sedikit terperanjat. Kerana di situ, mostly Muslim women yang aku jumpa berhijab.’



‘mungkin kau terlupa keadaan di negara tanah tumpah darah tercinta,’



‘itu yang aku fikirkan akhirnya. Sedang yang sudah lama islamnya masih tega rambutnya dijaja, masih khayal mendapat perhatian dari para jejaka dan pakaian sah-sah mencolok mata, kenapa pula aku sewenangnya menghukum mereka yang baru tanpa bertanya apa-apa,’



‘dan akhirnya aku kira kau beroleh penjelasan,’



‘cukup jelas sehingga aku rasa malu ,’



‘mengapa?’



‘kerana bukan untuk mengikuti aliran semasa atau mendapat perhatian hingga mereka gagal menutup aurat, tapi kerana mereka sukar untuk mendapat pakaian yang benar-benar memenuhi tuntutuan syariat,’



‘kau tahu saja di tempat yang islamnya baru berkembang. Pasti banyak yang mejadi halangan. Technically and tactically, tanpa sedar atau sengaja, baik pada pakaian, makanan mahupun pandangan manusia.’



‘dia kesal kerana tak dapat menutup aurat dengan sempurna. Aku kira kalau dia diberi kemudahan dan ruang, pasti dia bersungguh melaksanakannya. Tak pasti pula kalau-kalau aku yang berada di tempatnya.’



‘dia memang perempuan yang tabah, always swims against the current. Against all odds.’



‘hanya dia yang baru memeluk islam di kalangan keluarganya. Masih hijau. Bertemu dengan an Algerian guy dan mengahwininya, dalam masa yang sama trying to complete her master, living together under one roof bersama orang tua yang nyata punya sedikit pengetahuan dan selebihnya prejudice tentang islam,’



‘sukar untuk dibanyangkan, sukar lagi untuk melakukan. Culture versus religion. Orang tua dan tuntutan agama. Kau tengok sajalah pakaian di sana. Cleavage, bareback, off-shoulder, tube, halter, micro mini skirt and spaghetti strap. Shawl juga mau yang transparent, sekadar hiasan di musim panas, bukan benar-benar menutup badan.’



‘itu mereka. Yang memang terdedah dengan pakaian yang begitu begini tanpa punya budaya ketimuran. Cuba kau rasakan pula, mereka yang sedari kecil dididik dengan nilai-nilai sopan, tapi kemudian bila membesar, cuba mengikis kemuliaan dan menukarkannya dengan perhatian yang haram. Padahal bukan tak ada pakaian yang boleh menutup badan.’



‘dunia ini memang berada dalam genggaman Nya. Waktu lahir tak sama dengan akhir hayat. Kalau kau sesat mungkin satu hari nanti kau akan tersedar dan bosan dengan permainan duniawi yang kau agungkan. Lantas kau kembali pada Tuhan. Dan boleh jadi, kau yang suci murni, hanya kerana pingin menjadi pujaan hati lelaki, bergadai itu ini untuk sesuatu yang tak pasti. Akhirnya tanpa kau sedari kau telah meninggalkan apa yang mesti. Apa yang kau dapat sungguh cukup murah berbanding apa yang kau pertaruhkan. Liability is far outweighing the profit.’



‘aku kira pasti dia merasakan semua wanita muslim di negara kita berhijab.’



‘tapi yang pastinya reality bites. Masih ada yang bangga berhijab ke sini sana menonton live band performances dan mengangguk kepala. Berpegangan tangan dan berpelukan tak ingat dunia dan semakin ramai yang mula melakukan ziarah sambil riadah ke planet Hollywood, hard rock cafe and the zouk,’



‘aku juga masih belum dapat melakukan sepenuhnya tuntutan berhijab. Menjaga diri dari segala perkara syahwat dan sia-sia, laknat dan maksiat.’



‘kita cuba. Tapi jangan sesekali putus asa. Jangan berpura-pura gembira dan ketawa dengan dunia padahal dalam hati mati, tiada ketenangan dan kebahagian.’



‘kerana itu aku malu pada dia. Malu tak mahu membuka pekong di dada. Tanda diri sendiri yang tak mahu dan tak tahu berdakwah pada semua,’



‘dia pernah memuji masjid-masjid di malaysia. Katanya, masjid-masjid di tempat kita cukup besar dan berdiri megah. Cantik dan indah. Aku kira dia teringin benar mahu merasai nikmat bersolat dengan aman dan tenteram. Punya ruang yang cukup besar untuk menampung kapasiti ummat dan dahaga untuk mendalami islam. Tak perlu merantau jauh untuk mencari masjid dan berasak-asak di ruang kecil’



‘kalau dia tahu hakikat sebenar pasti dia merasa hampa. Yang sudah ada masjid, seolah-olah bergerak jauh menghindar diri darinya. Leka dan alpa memenuhi tuntutan dunia yang sementara. Mahu berguling dan berbaring di jalanan, bertelingkah dan menarik perhatian, hanya sedikit yang meminta dengan jalan sabar dan mengerjakan solat,’



‘aku juga ternyata tak termasuk golongan yang sabar dan meminta tolong dengan mengerjakan solat,’

'kadang kerana manusia berasa dia selalu punya solution yang lebih baik dari yang diperintah Tuhan nya. Kurang yakin dengan apa yang ditetapkan. Aku juga tak lepas dan selalu kecundang,’



‘sebelum aku berpisah dengan dia petang itu, dia sempat memberi khabar. Dia mahu berhijrah. Migrate to the states. Mengikut suaminya dan dia sendiri mahu mencari kerja.’



‘tapi aku kira yang paling utama...kerana agama?’



‘ya, dia mahu mendapat lebih peluang untuk mendalami islam. Lebih diberi kesempatan menghadiri pengajian dan practicing the beautiful way of life.’



‘manusia yang baik zaman jahiliyahnya, akan baik dan lebih lagi di zaman islamnya,'

‘itu membuat aku wondering, aku yang teruk di zaman islam, pasti akan lebih-lebih lagi celaka andai berpaling ke belakang.’



‘aku harap dapat berjumpa dia lagi. Lupa aku nak mengambil contact no dari dia. Aku harap dia tahu, she will never walk alone,’

‘dia buat aku faham, Islam itu bukan terdiri dengan senyuman dan ketawa. Tapi keringat dan air mata. Sebuah percintaan dalam perjuangan. Akhirnya aku pelajari sesuatu untuk hari itu; usaha atas iman,’



salam ramadan al mubarak.

1st ramadan 1430 H

ampun maaf atas segala dosa




Sunday, August 9, 2009

uP up and abOve




Wow semangat baru. Masuk kerja, letak bag dalam bilik, bukak tingkap besar-besar biar udara pagi dan sinaran matahari masuk. Moga murah rezeki. Siap-siap, keluar dan sapa the rest of the people. Lepas tu hampir seharian berkurung dalam bilik Monica. Ok, mengerling jam dekat tangan kiri. The time has come. Discussion dah lepas, la Ni ada meeting pulak. Tapi belum sempat nak angkat punggung, Monica mencelah, ‘vashku said nice things about you. He likes you it seems.’ Dia sengih kena puji dan tergelak tak tau nak cakap apa. Jangan perasan jangan perasan. Berulang kali hati mengingatkan. Semuanya datang dari Dia. Jangan tak sakit pandai-pandai cari penyakit. Penyakit hati pulak tu.




‘Here you are. It has been a while we haven’t seen each other. How are you?’ senyum Marta dari jauh. ‘Fine’ senym balik tapi jawab sikit sebab penat baru balik. ‘You know what, he’s really happy with you. He talked a lot of thing about you. About how interested you are with this project. And you just save my day; things are going to be upside down each time with vashku. He is always strict with all of his students.’ Senyum lagi. Memang la. Dah dia takat tetamu je kat situ. Strict lebih-lebih karang, dia bukannya full timer.




‘wah, kudos kudos’ berulangkali cakap sambil tesenyum menyambut kad bersampul putih yang tertera jelas undangan ke majlis perkahwinan. Mata dah bersinar. Dalam hati dah excited. Ada chance nak makan nasi minyak. Dah lama tak merasa. ‘datang ya.’ Dia sambut, ‘insya Allah,’ dan tersenyum senang untuk berita yang baik bagi sekian kali..




Banyak betul berita gembira, kadang selalu buat kita leka dengan dunia.




‘Hi, are you going?’

‘To where?’

‘You did get my message, didn’t you?’

‘Ops sorry dear. Something wrong with my sim card. Can’t help it.’

‘Oh, it’s ok. Are you going to attend his sister’s funeral?’

‘Huh! Excuse me? Come again, please?’

‘His sister’s funeral. Today, she dies this morning.’

‘God’

‘So, are you going?’

‘Yes. Yes, I will. Who else will attend the ceremony?’

‘I’m not sure yet. May be you can ask others. If they are going then you can just go with them’

‘Ok, thanks for the info’




Dalam senyum ada duka. Dalam kemeriahan suasana ada kemurungan datang bertandang. Dunia memang sementara. Kadang bila selalu sangat terleka, Tuhan Maha Kaya. Akan diujinya kita dengan macam-macam berita. Supaya jangan hanya senyum dan gembira saja. Menagislah kerana tak tentu lagi untung nasib kita. Belajarlah dan mengambil peringatan. Dan sungguh benar, sebaik-baik peringatan adalah maut. Berziarah dan mengucap takziah bukan pada mereka si keluarga. Tapi lebih kepada diri agar lebih sedar. Semoga berjaya untuk menghidupkan sekeping hati yang mati.




‘You are so lucky child. You got the scholarship from the government. Going to the university and studying a wanted course.’

‘Thanks’ tengah insaf. Cakap sikit je.

‘So how much do you get per month?’ asked the cab driver.

‘Not much but enough I guess,’ senyum sopan tanda hormat.

‘Things are hard in here. My son just finished his high school. Due to financial problems he decided to start working. He was doing a lot of jobs but after a while, he asked for my permission to get into a university. Something about information technology, I think. But he’s still doing his part time job. if not, then how’s he going to pay for his tuition fee?’ he laughed, tapi tak rasa manis. Bitter.

‘Every child will always have his own sustenance, sir. We’ll never know, what’s going to happen the next day,’

‘Hopefully everything will be ok.’

‘Yes, I hope so. It’s a good thing that he starts to work from now in the computer center. Later, he might be getting a lot of experiences that might be useful once he finished his study and is ready to find one good job,’

‘Amen.’

‘Amen. God will’

‘Yeah, talking about fate. We never know what He has planned for us. Sometimes we think things will last forever but yeahh...’

‘My friend’s sister just died.’

‘InnaLillah’

‘At the age of 23. Pretty young.’

‘No way.’

‘It’s so sudden. One day you were sick, got hospitalized, then the next day without any single warning, you passed away.’

‘astaghfirullah,’

‘pitty him. He has no other siblings.’

‘go straight?’

‘yes. Then make a turn to the left. It will be the house with a green gate’

‘ok, we are here’

‘thanks. It’s nice to have a conversation with you’

‘nice talking to you too’




‘kau tau apa yang buat aku lega before aku balik,’

‘apa dia? Bukan the word ‘home’ itself bagi kau kelegaan ke?’ dia sekadar mengikut rentak kawannya yang sudah mula membuka hikayat. Menghabiskan saban petang, mendengar macam-macam berita gembira dari kawannya. Tentang project baru, tentang kawan baru dan tentang undangan yang bakal dihadiri kawannya.

‘tu satu hal. Tapi kan ini polyfactorial case.’

‘Ok, proceed.’ Masih tesenyum.

‘It’s about her. Before I went back, she did say a thing that made me happy. dia cakap, ‘i would love to go to the place. It seems interesting. May be i should find a time when the people there are free so that they can explain to me a lot of things. I would like to hear more.’

‘tempat mana pulak ni,’

‘masjid’

‘Really, Marta said that?’

‘Yes and yes. Good for her. Oh Tuhan, tolonglah jadikan aku asbab turunnya hidayah,’




ada harapan di situ. Iya, siapa yang tak mahu menjadi asbab bagi turunnya hidayah. Itu post paling penting, kalah jadi PM. Dia juga berdoa, mudah mudahan dirinya juga sama seperti kawannya, berpeluang menjadi asbab turunnya hidayah selamanya.




‘selalulah berdoa semoga jadi asbab turun hidayah. nanti kalau kat padang mahsyar nasib kurang baik dan bakal dihukum, orang yang mendapat hidayah tu akan cakap, jangan dulu. Si dia ni pernah ajak aku buat kebaikan so on and so forth. Baguskan orang yang Allah pilih untuk dijadikan asbab turunnya hidayah. tapi ini bukan lucky draw tau. Kalau nak jadi yang terpilih, kena la berusaha lebih. Semoga dengan ada extra amalan, kita akan terlepas daripada hukuman Tuhan. Tuhan tu Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Penyayang. Walau kita selalu leka, Dia tak akan pernah membiarkan. Selalu je Dia saja-saja bagi bonus points. Soalnya, kita nak ambik ke tak? Ingat, kalau Tuhan dah bagi kena ambik, jangan pandang sipi, jangan nak berlagak. Guna semua peluang sepenuhnya sementara boleh.’




Itu kata-kata seorang yang berusaha meletakkan diri di jalan Nya. Dan dia akan sentiasa ingat pesanan itu, kerana setiap pesanan orang yang menyuruh ke jalan Nya tanpa meminta upah umpama permata yang berharga. Sangat ikhlas, tak ternilai. Kenapa, dia saja yang seringkali mengabaikan?




Tuhan tolong jadikan dia asbab turunya hidayah

Tolong sampaikan padanya ramadan

Tolong berikan dia kesedaran

Hidup bukan untuk didengarkan dengan pujian atau meratapi kesedihan

Tapi hidup adalah usaha atas iman




My condolences to the family. May God bless her soul...terima kasih atas pengajaran dan peringatan ini. Yang dari langit.




Wednesday, August 5, 2009

bUdi bAhasa buDaya bErsama




Kempen berbudi bahasa budaya bersama




‘Did you see that?’




‘Which part?’




‘All in one’




‘biasa la. kadang macam tu.’

‘Double standard, hypocrite, plastic lama-lama jadi spastic,’




‘tak kan dengan mat dan minah saleh atau long-distance je diorang bermuka manis.’

‘yang ke negeri seberang sekangkang kera diorang lupa nak latih,’




‘kadang dah latih, tapi tengok juga perilaku diri. Kalau memang ideology suka dok perkecil orang memang boleh reflect tak payah bagi isyarat memanggil pun dia boleh keluar,’




one word: rude’




Font size

'i second you'




‘pandang rendah orang lain dan perasan tinggi diri sendiri tu memang tanda nak jatuh tak lama lagi, even though bukan semua macam tu. Let’s wait and see,’




'tak kira la apa financial or social status sekalipun, they paid for the tickets, should bear it in mind. Exactly the same figures as the rest. There’s no difference at all. Gaya macam diorang mintak tumpang menagih simpati pulak layannya. Macam nak tak nak je.boleh traumatized tau kalau selalu macam tu’




‘kalau tak reti nak hormat orang lebih baik berenti. Step out from this field. PR ni bukan senang. Kena manis mulut dengan muka sekali. Bukan skirt yang kena sendat. Bukan top yang kena ketat. Buka berdepa depa tebal make up.’




‘i agree to the utmost. layanan kena adil dan sama rata. Bukan gedik kat orang berada, cruel dekat yang kurang kaya. Itu formula kalau nak lama. Service kena la jaga. Baru naik sikit dah perasan bill gates’




‘gelabah. Tak sior aku. Malu dekat orang sebelah layanan macam hapa. May be they just forget, duit tiket passengers tu la, yang buat gaji diorang. Kalau tak ada passengers, diorang ingat monthly income diorang tu pakai duit sapa?’




‘bukan sekali kau tau aku nampak. Berkali-kali. Dengar je intonasi suara yang langsung tak friendly awal-awal lagi aku dah fed up. Next time, I shall pay more, book from other companies. Tak kirala, janji tak tengok adegan double standard berulang kali.’




‘semua orang dah noticed. Jangan sampai buat speculations lagi atau another controversy. I had enough with all these stuff.’

‘In the beginning, it’s hard to admit. But later, I can’t deny it anymore,’




‘apa yang kau nak cakap?’




‘macamana pakaian macam tu la tuan,’




‘isshhh... gila direct kau.

Lekas –lekas dia tutup mulut tak berinsurance kawannya yang dah sedia mengerut kening tanda tak faham. Cakap langsung tak pandang keliling. Tak mengamalkan pandang kiri kanan dan kiri betul.kang dicop laser sapa yang susah. Tapi, memang berbisa. Peringatan untuk dirinya jua. Ingat ya saya, budi bahasa budaya kita. Pakaian melambangkan iman.