Mari menulis karangan!
Baiklah kita mulakan dengan pendahuluan. Sebelum itu sila pilih tajuk berdasarkan pilihan dan baca doa.
Terimalah karangan bertajuk ibu saya.
---->*jarak sebelum memulakan perenggan (ikut standard thesis di sekolah saya: 6 ketikan *borrowing our neighbour’s language)
Semua orang mempunyai ibu. Saya juga tidak ketinggalan mempunyai seorang wanita untuk dipanggil ibu. Ibu saya adalah seorang yang mempunyai pelbagai sifat yang menghiburkan dan tidak disangka-sangka sepanjang saya mengenali dan dibesarkan selama 23 tahun (plus plus plus) oleh beliau. Seperti kebanyakan manusia yang lain, saya memberi gelaran ‘emak’ kepada ibu saya. (ok bukan saya yang memberi tapi emak yang membiasakan diri memanggil dirinya emak instead of nama-nama lain yang tak kurang canggih-manggih such as ummi, ibu, mama, mummy @ mommy, mum atau yang sama waktu dengannya). Ibu saya adalah seorang yang penting dalam hidup saya. - pendahuluan (define the meaning of ‘ibu’ and a bit info about her, menegaskan kepentingan ibu dalam kehidupan harian) – 1point
Antara ciri-ciri, characteristics ataupun *spectrum (penggunaan word ala-ala bombastic akan mendapat extra marks bagaimanapun minus kerana menggunakan english dalam karangan melayu tanpa italic atau ‘tanda petik’) ibu saya adalah beliau sangat enthusiast dalam sesuatu perkara dan hal yang beliau sukai. Contohnya, ketika saya dan emak ke perpustakaan awam berhampiran rumah, sewaktu proses pemulangan buku, saya dan emak telah berbual-bual sedikit mesra dengan mak cik librarian. Sudah tentulah, ayat yang selalu keluar daripada seseorang yang ingin memulakan perbualan dengan saya adalah ayat standard di mana jua anda berada, ‘cantik braces’. Dan selalunya juga dengan senang hati saya akan tersengih supaya mak cik tersebut dapat melihat dengan lebih jelas structure of the the braces sekaligus melihat keadaan gigi saya yang diikat oleh besi pendakap gigi dua warna sambil menjawab mesra, ‘terima kasih’. Perbualan berlangsung dengan isinya seperti kos, maintenance, side effects, duration dan kemudian diakhiri dengan ayat yang tidak diduga, ‘dah besar dah anak, dah boleh kahwin’. Mak saya yang begitu enthusiast dalam hal-hal sebegini telah menjawab, ‘itulah. Kalau anak lelaki boleh la kita pinangkan. Ni perempuan. Kena tunggu aje la.’ Dan...seperti biasa atas kesungguhan emak, saya hanya mampu bersyukur saya bukan lelaki kalau tak mak saya dah pinangkan anak gadis untuk saya. Begitulah bersemangatnya emak saya. Bagaimana emak anda?– 2 marks untuk isi dan contoh
Selain itu, emak saya juga adalah seorang yang concern, bukan sahaja kepada anak-anaknya tetapi juga kepada yang bukan anak-anaknya. Ciri prihatin dalam diri ibu saya dapat terlihat jelas ketika saya begitu excited menceritakan bagaimana kehidupan seharian saya di tempat saya belajar, ‘mak, kat sini tak payah basuh baju, iron pun dah tak. Diorang sediakan laundry service siap iron lagi.’ Dan selaku emak yang concern akan masa depan anak-anaknya maka mak saya telah memberi jawapan, ‘haa bagusla macam tu (sila read between the lines). kang dah tak tau macam mana nak iron baju suami.’ Lihat, daripada ayat mak saya di atas, dapatlah kita simpulkan betapa mengambil beratnya beliau terhadap kemaslahatan manusia yang bukan anaknya :) Optimist juga merupakan sebahagian daripada sifat ibu saya. Misalnya ketika saya ingin melakukan pemberontakan (ok tipu- exaggeration) kerana terpaksa pulang awal ke kampus untuk menghantar borang grad saya yang sebelumnya ditolak kerana via email (mereka mahu original punya), emak telah berkata, ‘tak pe la balik awal. Boleh settle kan, kalau ada masalah lagi. Biar semua selesai, senang. Sambil tu boleh tolong kawan-kawan yang ada problem dengan form diorang juga, yang tak balik lagi ke campus’. Maka saya pun menurut perintah beliau sambil cuba menjadi anak yang taat walaupun berat hati kerana pulang awal bererti saya tidak dapat menghabiskan hidup dengan benda sia-sia seperti menonton tv secara berleluasa, bergaduh dengan adik-beradik (tentang sally’s spa, wedding dash dan youda sushi), makan sepanjang masa, berehat-rehat sesuka rasa. – another 2 marks
Emak saya juga seorang yang adventurous. Ketika saya masih kecik (mengikut piawaian ayah), apabila saya mahu pulang dari asrama, saya akan menelefon rumah dan memberitahu emak supaya disampaikan kepada ayah. Ayah saya akan mengambil saya sewaktu pulang dari tempat kerja kerana beranggapan saya masih tidak larat mengangkat beg berat sendiri dalam keadaan sesak-sesak dan ramai orang. Tetapi berlainan pula dengan emak saya. Beliau akan selalu memberi sokongan dan galakan untuk anak-anaknya pulang sendiri menaiki bas, ‘bila lagi ni nak try balik sendiri naik bas. Independent la sikit. Mak dulu.....’ dan beliau akan menceritakan zaman sekolah beliau yang belajar berdikari sewaktu bersekolah asrama. Mak saya juga yang bertegas supaya saya belajar tinggal di asrama dengan pelbagai insentif dan sogokan antaranya, ‘takpe, kalau tak reti basuh dengan iron baju, masuk je dalam bakul basuh, every week nanti mak datang ambik dengan bagi baju baru.’ Janji saya belajar tinggal berjauhan dari keluarga, walaupun beliau juga risau keadaan saya di asrama. Ada dua perkara yang paling beliau risau; pertama, ‘macamana iron baju? Tudung macamana? Ada yang terbakar?’ dan kedua, ‘macamana makan, cukup?’, benda-benda lain kurang menjadi agenda dalam perbualan telefon. Dan sehingga kini beliau masih bertanya soalan yang kedua ketika menelefon anak-anaknya, ‘dah makan? Makan apa? Duit makan cukup? Kalau tak cukup minta, tak payah simpan duit nak beli benda merepek, nak pi melancong bagai. Makan tu penting’. Hait, mujur anaknya tidak obese akibat galakan makan yang berterusan. – 2 marks (content and example)
Seterusnya, mak saya adalah seorang pendengar dan respondent yang baik, sepertimana ibu-ibu yang lain. Mendengar cerita anak-anak walaupun cerita tentang aktiviti seharian yang routine adalah kebiasaan beliau apabila menelefon anak-anaknya yang jauh daripada beliau *(selain bertanya tentang pemakanan anak-anaknya). Termasuk menadah telinga mendengar synopsis novel, blog dan pengalaman bersama kawan; makan, sambut birthday, berjalan-jalan. Mak saya juga layan kan saja semua cerita tersebut termasuk cerita-cerita yang berunsur islamic. Sebagai contoh; ‘mak, nak dengar cerita tak? *(dan terus bercerita tanpa menunggu mak jawab, nak atau tak nak) ada orang tua tu mak, ni cerita dalam blog, bila ada orang datang rumah, ajak pi masjid, meramaikan rumah Allah, dia marah, mak. Cakap dia sibuk la hapa. Lepas tu, selang seminggu orang yang datang rumah tu, ziarah la lagi, ingat nak ajak. Tengok-tengok dah jadi arwah mak.’ Dan sebagai respondent yang baik, mak akan menjawab, ‘ishh, takut ye’, saya menjawab, ‘tu la mak, tak sangka’. Dan akhir sekali, mak saya berbakat menegur anak secara direct dan indirect. Contoh indirect, ‘ishh, anak 5 pun mak rasa macam 50,’ berkata mak saya apabila kami bergaduh atau berbuat bising tak ingat dunia. Atau, ‘ni 22 ke 12 tahun ni?’ apabila saya menyakat adik bongsu saya. Tapi hati-hati, cakap direct mak saya lebih berbahaya dan ditakuti, tak percaya? Baik, mari kita buktikan, ‘asyik cakap pasal kawan je yang kahwin. Bila nak bawak bf jumpa mak ni?’ lihat, ternyata begitu menyeramkan. :) – 2 more marks
Sebagai penutup, setiap orang perlu menyayangi ibu masing-masing. Menjalani kehidupan yang berwarna-warni dengan pelbagai sifat ibu saya (many faces of my mum) amat menyenangkan dan menghiburkan. Untuk itu saya ingin mengucapkan, ‘mak, i sayang u lebih la’. Sayangilah ibu dan mari menjaga akhlak, tingkah laku, aurat dan agama supaya ibu yang mendidik tidak ditanya dan dipertanggungjawab di akhirat nanti atas kesalahan anak-anaknya yang hampeh. –closing 1 mark
Intro – 1
Content-4x2 (with example)
conclusion – 1
Total: 10/10
(karang lengkap: intro, penutup masing-masing 1 paragraph, isi 4 paragraphs)
Sekian terima kasih.
I included this in my thesis (of course in my own copy, not the one that i sent to my supervisor)
I
I
V
Untuk kamu......,
Thank you for the understanding....
Undying devotion
Love and attention...
Time and focus spent on your *little daughter
Thanks for raising her and always be by her side...
Listening to her side of stories
Putting the trust in her
Thank you for everything
Thanks for being fair and supportive to all of her and everyone of your children’s dreams and ambitions
Even though the impossible ones...
To the unpopular ones...
And the ones that need you to swim against the current
Terima kasih atas kesabaran dan peluagnya...dan untuk itu
Kamu indah.....
For letting us into your life and thanks...
For not becoming the typical ones
+selamat ulang tahun perkahwinan (dah lama)
+selamat hari lahir (lama jugak)
+selamat hari lahir (lama jugak)
+selamat hari wanita (sedikit baru)
+selamat hari ibu (akan tiba)
---<<@
No comments:
Post a Comment