Thursday, April 8, 2010

if can't, please at least tRy





Well


1

Ketika anda menaiki bus atau sebarang public transport, maka silalah menjaga hati perasaan dan tolonglah menghormati manusia lain.

sila jangan ingat anda sedang shooting film kuch kuch hotak hei, sembilu kasih, janji diana atau sedang berlakon untuk penggambaran music video bola-bola api atau commercials Pond-table for two, fair and lovely. Sila aware akan kewujudan makhluk lain especially jika ada penumpang lain di antara anda berdua. Tak perlu bergeseran, bersentuhan atau ketawa jika tiada sebarang lawak (mungkin selalu sangat tengok cartoons).  Tidak perlu juga nak berhimpit-himpit kononnya nak merapatkan jurang antara anda dengan wanita idaman anda yang dipisahkan oleh penumpang lain. Come on la, takat dipisahkan oleh seorang penumpang ditengah-tengah, time beratur menunggu bus bukanlah dugaan sebesar lautan api.tak kan dah rindu-rinduan pulak. Sila la berfikir. If you can’t, at least please try. Mustahil la, penumpang itu berkesempatan mengurat wanita idaman anda yang berada di depannya, tambahan pula kalau penumpang itu wanita.


2

Sila jangan berasa bahawa anda berkuasa penuh di kawasan bus station atau mana-mana public transport yang memungkinkan anda berbuat apa-apa sahaja benda yang hampeh.

Ini bukan cerita godfather, Italian or Sicilian mafia. Atau bukan juga cerita samseng kampung dusun. Bukan juga padayappa. Apa entah lagi golongan dreadlocks Rastafarian dari Jamaica. Iya, iya. Semua orang tahu anda sangat menyayangi belahan jiwa anda. Tak cukup bersentuhan dan berpegangan tangan, dengan queue pun nak reserved especially for the loved one – tapi lupa nak bagi tau orang belakang. Sila la berbasa-basi, minta izin nak bawak bf, sepupu sepapat, kaum kerabat, jiran tetangga, ibu bapa, adik-beradik, kawan sebaya atau binatang peliharaan sekalipun dalam barisan. Sudah buat salah, adab pun buat tak endah. Wah wah wah. Melampau sudah. Tapi yang terbaik, silalah ikut barisan. Tak perlu bergasak-gasak. Ini bukan rancangan wwf, tag team. Ni sekadar satu barisan penumpang yang ingin menggunakan public transport untuk ke tempat tertentu. Tak payah nak berlaku adegan-adegan penganiayaan.


3

Kepada kamu kamu kamu, tak salah kalau nak menunjukkan cinta. Tapi biarlah ada ikatan yang halal, tanpa was was. Perlu diingat, there’s nothing more sexier than a woman with a great sense of confidence and independence. 

Maka tak payah la nak tolong saja-saja pegangkan tangan time melintas, pegangkan bag, belikan makanan, suapkan, basuhkan tangan, suakan minuman. Ada benda perlu ditolong, tolong bagi idea, sokongan, moral support. Tolong bagi ruang. Ada masa kamu kena ingat kamu bukan balaci, doorman, caddy. Perempuan idaman kamu itu masih cukup sifat dan rasanya tidak tergolong dalam kumpulan OKU. Maka silalah layan seadanya sahaja dan jangan berlebihan. Mereka bukan buta untuk melintas jalan, bukan cacat tak ada tangan. Nanti bila dah terlebih manja dan mengada - mengeluh, bergaduh. What are the consequences? Banyak. Setengah daripadanya (ala-ala jawapan untuk soalan matapelajaran pendidikan islam) ialah dengan kamu yang sukarelawan membantu, maka mereka akan menjadi dermawan memberi, beri pouch dan hp untuk dipegang time masuk tandas, beri plastic dan paper bags untuk digandang oleh kamu time mereka bershopping sakan.


4

Berkasih biar satu, berkawan biar seribu.

Nama pun dah macam tu. Maka apa halnya bila kamu dah berkasih, sesuka hati pulak nak tinggalkan kawan-kawan kamu yang tak cukup pun seribu tu. Sungguh tak munasabah dan sarawak. Tatalaku kera sumbang hanya akan merugikan diri sendiri. Isolation bersama pasangan akan mengundang makhluk ke-3. Tambah dengan penataan cahaya yang gelap dan malap, boleh dituduh khalwat. Selalu sangat hanya dengan pasangan, silaturrahmi yang wajib dah jadi tak rapat. Dengan kawan-kawan sejantina sendiri menjadi renggang. Ini amatlah bahaya, kerana kawan-kawanlah tempat yang paling selamat untuk dituju sekiranya terjadi masalah. Lebih-lebih lagi masalah dengan pasangan. Tak ada kawan karang, sapa pulak nak tadah telinga dan bagi nasihat peringatan bila timbul pergaduhan dan mengikut langkah syaitan? Lagi tak larat tengok lelaki yang kena queen-controlled dengan pasangan. Macam dah ada tulis kat dahi, ‘perkenalkan, saya seorang yang dikawal ketat oleh partner saya. Jangan dekat.nanti dia marah’


5

Adillah dalam semua perkara. Jangan hanya pada perkara yang disukai sahaja.

Berat sebelah memang menyusahkan. Jangan hanya kerana kamu buat benda itu maka kamu anggap benar. Bila ditegur, menggelabah piang. Nak salahkan semua orang dalam melaksanakan cover-up method. Entah mana silapnya, memang kadang-kadang masalah picisan selalu nampak lagi gempak dari isu sebenar. Macam isu jakim dan kelab malam. Berbuat salah dan orang mengata adalah 2 benda yang selari. manusia bertindak balas terhadap stimulation. kelakuan baik atau buruk akan diperkata. Memang segala-galanya terpulang pada niat, tapi kalau memang kelakuan mengarah kepada tanda tanya dan maksiat, sendirila mau ingat. Jangan hanya menunding jari menyalahkan mulut-mulut yang tak puas hati dengan adegan-adegan yang berani mati. Bagus juga mereka mengata agar ada yang sedar diri. Sekali sekala tolongla belajar menerima peringatan, supaya tak menyesal di hari kemudian.dan tolongla jangan dengan gf saja yang gentleman, dengan perempuan lain rude habis. Memang hampeh.


Saya saya saya, silalah ambil pengajaran apa yang ditulis. Jangan hanya pandai cakap saja.



No comments: