Wednesday, April 14, 2010

gO babY gO






Jodoh.takdir.dan tanggungan

‘macamana nak tau orang tu jodoh kita?’ wa aai budak-budak zaman sekarang, baru level ‘saya budak baru belajar’ dah tanya soalan tangkap maut. Dia tersenyum, geli hati. Bukannya junior tu kecil sangat, dah besar panjang. Lambat laun dia akan bertanya juga. Daripada dia buat speculation yang bukan-bukan hasil tengok cerita korea, sinetron, jdorama, la usurpadora, akasia, asmaradana, better budak tu bertanya.

‘mana la akak tau. Akak bukan ada access pi luh mahfuz.’ 

‘cepat la kak. Orang tanya serious ni. Nak tau pendapat akak. Orang dah dengar banyak pendapat. Nak tau pendapat ahli ndwa pulak’ selamba je sambil senyum dalam diam push orang suruh jawab soalan dia.

‘What shall I say dear? Jodoh, ajal, kebahagian dan kecelakaan tu semua masuk dalam bab rezeki. Dah ditentukan. Kalau ada rezeki adalah. You just have to wait till the right time. Tak payah gelabah. Sit back and relax. Enjoy. Do appreciate your single life and your female friends while you can. Diorang la yang selama ni ada by your side. Selalu tolong itu ini dan saling mengingat. Apa yang kita ada kita syukuri.’

‘tapi ada yang cakap kena berusaha?’

‘True. Tapi persoalannya, usaha yang macamana?tak kan semua nak redah, janji hujung-tahun-aku-kahwin. Perempuan atau lelaki yang baik akan mendapat pasangan yang baik juga. Usahakan lah amal ibadat kita. Perbaiki diri, insya Allah sapa-sapa pun jodoh kita tak jadi hal, sebab apabila kita dah jadi baik, janji Allah itu benar, insya Allah jodoh kita pun baik-baik juga.’

‘bukan usaha nak mencari jodoh?’

‘usaha yang arah tu, rasa macam bahaya sikit. Kang ligat sangat cari, boleh alpa dalam halal haram. Semua venture. Bukan semua channel mencari jodoh ni Islamic. Dan bukan semua agree mencari jodoh dengan channel yang Islamic dan bukan juga semua yang nak mencari sendiri tu berusaha mencari dengan dibatasi syarie.’

‘bagi contoh sikit?’

‘ye la. Rambut aja dah tak sama hitam, ada karat, ada sikit highlights. Hati lagila macam-macam ada. Nama aja don’t judge the book by its cover, tapi hakikatnya mencari yang perfect package. Dari segi duniawi pulak tu. Tak salah, asal janganla langsung tak letak dalam ciri-ciri kesempurnaan itu keelokan ilmu akhirat. Mahu yang kaya, yang cun, yang body lawa, yang cool, yang pandai socialize, yang trendy, yang up-to-date, yang pandai, yang ada kerja bagus, yang pegang platinum card, yang ada rumah besar, yang ada kerata mahal, yang pakaian designer, yang kelakar, yang pandai main sports, yang bagus nyanyi, yang ada talent main musical instruments,  bla bla bla...gymnastic, bla bla bla, Olympic, one in the million, so you think you can dance, yang muka macam elite model bla bla bla gempak dalam extreme games, kang semua masuk list tapi kadang-kadang contradict dengan sifat orang yang mengutamakan akhirat.’

‘betulla kak. Kalau perempuan tu dari awal lagi dah banzai boleh dibawa kiri kanan ke hulu ke hilir berduaan, takut hilang berkahnya. Tak kirala sebelum ni dari sekolah agama ke, tilawah banyak ke, hafalan lebat ke, mak bapak jaga ketat ke, satan always has 1001 ways in deceiving children of Adam. Bahaya tu. Selalu yang macam ni ramai terlepas pandang. May be sebab cinta itu buta, dan benda macam tu dah common. Tak ada la nampak luar biasa dah. Macam cerita Palestine, mula-mula dengar berdegar-degar, dengar banyak kali dah jadi lali.’

‘kalau mencari ni silap hari bulan tersangkut kat yang bukan jodoh kita. Buat naya aja. Berusaha tapi rupa-rupanya, yang kita dok ayat tu jodoh orang lain. Buang masa, tenaga dan harta. Macam cari rezeki juga la. Cari dengan cara yang halal, jangan menabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Jangan main taram, macam-macam cara guna nak dapat rezeki tu, halal haram dibantai, in the end jelas lagi bersuluh rezeki tu bukan kita yang punya. Kalau buat cara yang halal, dapatla pahala berusaha, kalau hentam cara haram, sapa pulak yang nak tanggung dosa. Menganiaya diri dan manusia.’

‘kalau nak tahu jodoh kita?’

‘istiharah la. Insya Allah, semoga diberi petunjuk. Tak hari ini esok, lusa, tulat, beberapa minggu, bulan, tahun. Ada yang cakap, minta tolong parents ke, doakan juga. Manusia ni kalau dah ada yang dia prefer antara dua, boleh bias. Nama minta petunjuk antara dua, tapi hati sendiri menolak ditunjuk.  Perhaps, sebab tu ramai yang risau nak buat istiharah, takut apa yang kita mahu tak selari dengan apa yang kita perlu.’

‘mahu dan perlu?’

‘yang tu memang akak tak nafi. Contohnya, yang perlu adalah redha Allah. Yang mahu adalah kejayaan mengikut standard piawaian manusia. Situasi adalah waktu result keluar. Kemahuan dan keperluan bertembung. Nak exam result gempak dan dalam masa yang sama faham diri kena redha dengan ketentuan Allah lepas habis usaha, ikhtiar dan tawakal. If berjaya, senang nak apply concept redha, cuma nak kena jaga-jaga dengan riya’ dan sombong dan adik beradiknya. Yang ini lebih bahaya. Tapi kalau tak dapat yang diharapkan, susah nak apply perkataan redha tu jadi sesuatu yang realiti. It’s difficult to put the word into action. Dalam hati, tak puas sebab tak dapat apa yang kita nak. Tak dapat nak memenuhi apa yang rata-rata manusia secara general classified sebagai sesuatu yang dinamakan kejayaan. Lupa kejayaan sebenar adalah apabila kita redha, sabar dan syukur dengan segala ketentuan Nya. Kejayaan adalah kebahagiaan. Bahagia apabila dapat terima segalanya seadanya. Siapa kata, ketawa itu tanda bahagia dan menangis itu lambang kecewa?’

‘ada hikmah la kira, kalau tak dapat apa yang kita nak. Kalau nak muka cun tapi tak dapat, nak badan slim tapi rupanya shape lari. At least dapat menguji apa yang dibuat selama ni ikhlas atau tidak. Ada orang cakap, ikhlas tu bila dia mampu kawal perasaan bila diuji. Tak frustrated menonggeng bila gagal dan tak mendabik dada bila berjaya. Semua tu Allah dah tentukan. Setiap orang dan antara makhluk Nya ada pembahagian.’

‘i second that. Kira nanti kalau diuji, akak kena check balik apa perasaan akak. Tabah ke gelabah. Kalau tabah, alhamdulillah moga Allah terus menjaga akak. Kalau gelabah, ini sign akak kena usaha atas iman dengan lebih cemerlang gemilang dan terbilang lagi la ni. It’s an excellent parameter indeed for our iman. Bukan senang nak melaksanakan apa yang lafaz.’ 


Sabar.redha.syukur...antara nikmat Nya yang selalu terlepas pandang...



No comments: