Dia berjalan perlahan dengan langkah yang sengaja dipendekkan. Membuang pandangan ke kiri dan kanan jalan yang agak lengang tanpa penghuni. Sedikit muram namun cuba untuk bersahaja tanpa garisan emosi atau kedut-kedut ketidakpuasan hati.Ya, hari minggu, mungkin ramai yang ke pasar pagi di awal hari... tangan diangkat dan hujung baju sedikit diselak ke atas, menjatuhkan pandangan sekilas pada jam di tangan kiri. Dah tengah hari, hampir masuk zuhur. Cuaca hari itu baik, tak kelihatan awan mendung, langit juga cerah tanpa tanda hari nak hujan.
Cuma dirinya sahaja yang tak menentu. Rasa seakan terkilan tapi cuba untuk ditelan. Tak apa, biarlah dah nak jadi. Cuba pujuk diri walau rasa sedih masih payah untuk dihakis. Akibatnya, sedari tadi dia hanya duduk di bangku kayu usang, dengan beg yang berisi alat tulis dan buku nota diletak di atas riba, sebelah tangan beralih meletakkan bungkusan berisi makanan ke tepi, menarik nafas dalam-dalam dan cuba untuk bertenang. Sekadar merenung jalan raya dan kenderaan yang lalu lintas. Kemudian mata mula merenung pemandangan sekitar, mata dialih ke kawasan pohonan redup di seberang jalan, ke sekitar bangku tempat dia duduk sambil menunggu bas. Membiarkan diri menikmati keindahan hari sambil termenung kosong. Pondering without any good reason.
Tapi hati sedikit terusik dan sejuk apabila berjumpa dengan nini. Dia memang sedikit sebanyak dah berubah. Walau masih susah nak diajak ke majlis-majlis ilmu namun ternyata dia sudah memulai perubahan dengan menutup aurat lebih sempurna. Ya, itulah berita baik yang membawa kegembiraan padanya di hari ini. Tatkala diri sedikit terasa dan berkecil hati, tak terduga olehnya Allah akan memberikan sebuah kemanisan dalam perhubungan. Sungguh, tiada apa yang lebih menggembirakan daripada melihat nini semakin peka terhadap aurat. Dia tidak kisah, walau itu cuma perubahan yang kecil dan mungkin tak significant pada yang memandang, namun dia dah cukup gembira dan bersyukur tatkala pandangan mata melihat sekilas pada bahagian tangan nini yang tertutup rapi. Labuhan kain tudung juga kemas menutup bahagian yang sepatutnya. Senyumnya kian melebar.
Patah kata juga semakin lembut, menyatakan terima kasih padanya walau yang diberitahu hanya sekadar ‘ ade orang carik nini tadi’. Teringat dia pada kak hani, “Tugas akak bukannya mengubah manusia, itu sudah sedia maklum, tapi hanyalah cuba menunjuk jalan ke arah yang lebih baik, untuk diri sendiri semestinya, juga pada yang disayangi. Kerana itu akak ingatkan diri cuba sedaya upaya tidak berkecil hati atau bermasam muka jika ada yang kurang berkenan atau menolak apa yang akak bawa..” She doesn’t play God. She’s just merely a human being with limited abilities and multiple weaknesses. Sudah diberi peluang untuk mendapat rahmat dengan menyumbang secara kecilan dalam agama Nya juga sudah berupa penghormatan yang tak terhingga. Masih bernafas sebagai seorang muslim juga sudah membuat harinya bahagia.
Tak sangka lama dia termenung di situ. Dari jauh kelihatan bas yang ditunggu sedang bergerak ke arahnya. Berdiri, dia segera membetulkan dan menyapu dedaun yang jatuh pada baju. Beg dan bungkusan berisi makanan segera dia capai. Satu disangkut ke bahu dan satu lagi dipegang kemas. Hari yang memenatkan, secara emosi. Berperang dengan perasaan dan ego sendiri. Memaksa diri agar berusaha untuk diberi sebuah kekuatan dalam bentuk kesabaran, jua atas nama sebuah kemaafan. Mencuba untuk melupakan, kerna dia tau, maaf tanpa lupa umpama racun yang memakan jiwa. Tanpa ketenangan. Hanya sekadar di mulut, hanya sekadar cakap-cakap kosong tanpa keikhlasan, tanpa kesungguhan dan keberanian. Tak kan wujudnya hasil yang baik.
Ya, mesti belajar untuk memaafkan dan berusaha untuk melupakan. Mesti cuba untuk mencapai manisnya hasil dari memberi kemaafan yang ikhlas meskipun pelajaran itu menuntut seumur usia untuk menghadamnya. Kerana dihujung jalan pasti akan ada sinar kebahagiaan tanpa dendam. Dan sungguh itulah yang cuba digapainya nanti di akhir sebuah kehidupan.

No comments:
Post a Comment