Sunday, April 27, 2008

maRi mEnaiki Bas

Bulan terang, malam purnama mengambang. Langit gelap pekat, tanpa awan. Gembira menghabiskan masa seorang diri di waktu malam sepi tanpa gangguan di rooftop. Merenung dan memerhati pada bintang terang dan mengalih pandang pada burung yang sesekali terbang melintas. Jua pada kerlipan lampu kapal terbang. Damai.

Menghirup milo yang masih panas, sambil membetulkan cermin mata, dia kembali tertumpu pada skrin di laptopnya. Bibir menguntum senyum, tanpa paksa. tNk_na is in the house, online. Menyedut nafas segar malam, mendepang tangan seluasnya. Teringat perbualan semalam. Tentang apa?...tentang cinta. Kelakar, nak sebut pun tergeliat, lagi ada hati nak kasi nasihat.

Marriage is like riding a bus. Dia menggeleng, entahkan betul entahkan tidak. Tapi entahlah, diri seakan bersetuju dengan analogi itu.

‘So, how’s life?’ mula menutur kata. ‘just fine, got over him and it’s kinda cool.’ Dia setakat gelak, ‘my Na is making her comeback.’ Kawannya turut tergelak sebelum kembali terdiam. Sunyi seketika kawasan rooftop itu. Hanya berdua, berborak sebagai kawan lama.

‘Want to know something?’ sekadar untuk memecah kesunyian. ‘Is there anything that I should know?’ kawannya menyakat.
‘Yup, indeed in ur case’ sebelum kembali menyambung sambil melepas pandang pada matahari yang baru memunculkan diri dan burung-burung yang beterbangan mencari rezeki, ‘marriage is like riding a bus.’

‘ni peribahasa zaman purba mana ko ambik ni?-time spm tak pernah dengar pun’ ‘zaman pateh karma wijaya’ cuba buat muka serious walau dalam hati rasa nak gelak tak ingat. ‘Ya rite’.

‘baiklah, hari ni mari kita belajar cara untuk manahan, menaiki bus dan cara untuk selamat sampai ke destinasi yang dituju,’ kawannya sekadar mengakat bahu, tanda melayan. ‘sebelum keluar rumah, bagi memastikan perjalanan selamat, mesti mintak izin parents dulu dan kasi tau nak keluar, kan?’ kawannya setakat mengangguk, tanda... malas nak layan?

‘After that, baca la doa sebelum keluar dari main gate. Bertawakkal kat Allah, semoga perjalanan selamat, dipermudah dan diberkati’ berhenti sejenak, meneguk milo, memandang kawan di sebelah.
‘macam tu jugak la dalam perhubungan, in man and woman relationship. A blissful relationship mestilah yang ada izin parents dan restu Allah dalam perhubungan. izin parents dengan meminang dan restu Allah dengan istiharah. Baru perhubungan terjaga. Macam tak best je kalau, couple tapi rupanya tak ade jodoh pun at the end. Buek habih boreh, je. Tak best jugak kalau process dah tiptop tapi pi cemarkan dengan buat maksiat, tak kan lah dah penat-penat istiharah dan bagi a very good impression kat parents pompuan, datang rumah beradab, pantun 2, 4, 6 kerat dan baca doa kesyukuran semua, pastu tu tengok-tengok dengan selamba badaknya pi dating, duduk dekat dan rapat-rapat macam tak cukup kerusi, pegang sana sini, ape case?’

masih memandang ke langit yang mula bertukar cerah, dia meneruskan, ‘memangla macam best, tapi macam aje. Perkahwinan is based on cinta dan rahmat. Kalau takat cinta bagai nak rak tapi hilang rahmat dalam perhubungan, tak ade maknanya.’ ‘which it explained a very high rate of divorce nowadays,’ kawannya menyampuk. ‘tau tak pe.’

‘kalau nak tahan bus, mestilah tau nak naik bus ke mane. Tak kan lah nak tahan semua bus yang lalu-lalang just to ask whether they will be heading to our wanted destination ke tidak. We can ask the person at the counter or can tell just by looking at the number in front of the bus. Bus number 5 ke, 7 ke. The same goes for marriage, when one wants to decide for whom is his/her love for. Tak kan la setiap 3 hari nak jatuh cinta, atau ambik aje sesape yang datang dalam hidup. I mean, one doesn't fall in love with every guy in her life, rite? one doesn't fall in love every day in her life... with different people, especially’

‘cinta tak datang dengan dimintak, tapi tak kan la murah benar and pretty much aimless’

‘Therefore, macam nak tahan bus, kene tahan the rite bus yang boleh sampai ke tempat yang nak dituju. Kalau tak membazir la duit. Macam tu jugak la kerja-kerja nikah kawin. Kene la ade aim, nak ke mane dengan perhubungan ini? Mesti berharap berkekalan hingga ke syurga, kalau tak macam mane orang boleh buat lagu ‘Di Pintu Syurga’ or ‘Syurga di Hati kita’, kan?’

kawan takat gelak dengar dia membebel pepagi buta. ‘macam tu kene la pilih yang betul-betul baik, barula bukan takat pintu tapi boleh masuk sampai ke dalam syurga,’
‘you’re rite, babe’

‘Humans made mistakes. Dah tau tapi buat tak tau. That’s why sometimes one might think that she had already tahan the rite bus but when she wanted/just about to get into it, then only she realized that even though the atmosphere in the bus was so overwhelming, with all the air-conditional and comfortable seat plus cheap rate, but that wasn’t the rite bus that would bring her to the destination. Tu yang kene turun balik even dah excited habis.’

‘Hmm..Exactly’

‘So, she would wait for the next bus. But now she already learned a lesson, berhati-hati dalam menahan bus. Macam tu jugak membuat pilihan, kalau external package je yang perfect, tak boleh jugak. Sebab perkahwinan bukan untuk sehari dua, bukan jugak setakat nak dapat title wedding of the year atau setakat nak berlagak and compare dengan jiran depan rumah, suami siapa yang lagi kaya, or isteri siapa yang lebih cantik. Perkawinan juga bergantung pada jodoh. Maka orang tua pun buat kata pepatah, ‘kalau dah jodoh tak ke mane’ bak iklan hari raya, ‘ikan di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu juga’

‘Ok gal, u’re freaking me out. Are u taking Malay literature in ur college or wut?’ sambil buat gaya ala-ala seram. Dia takat membuntangkan mata, sambil bibir akhirnya menguntum senyum. Tersenyum senang.
Kemudia menyambung, ‘tapi kadang-kadang manusia bila dah tersadung sekali, tak nak ambik pengajaran. Sedih sebab putus, ya, tiada jodoh or may be the person she/he loves is definitely not a good person to be in love with. Tapi, sekejap je effect pengajaran tu. After a few months, she/he’ll find another boyfriend/girlfriend. Memulakan sesi bergurau senda, berpegangan, berduaan dengan yang bukan mahram. Itukan, if I’m not mistaken, menghampiri zina and again, they dun have even a slightest clue where the relationship is heading. Sampai ke anak cucu or sekerat jalan.’

‘or, bila dah berpisah, instead of insaf and learn the lessons,manusia mula jadi anti sana sini. Anti lelaki, anti perempuan or failure in accepting his/her fate. Masih ingat kat laki atau perempuan yang bukan jodoh, atas alasan, ‘first love is always the strongest and therefore is hard to forget’. All these will be the thorns in the incoming marriage. Less blessings, thousands of endless conflicts = unhappy ending. Tak menarik pun hidup terumbang ambing macam tu.’

‘U’re rite hun, with those duri in the marriage, for the 1st 2 years, it will be like in heaven but for the next 48 years, it’ll be definitely like in hell-neraka dunia’ kawan akhirnya mencelah, setelah menghabiskan karipap sardin di piring. ‘lepas ni kene buat inspection baru naik bus’ menyambung lagi sambil meneguk air nescafe di dalam mug.

‘nanti after dah nampak the rite bus, even tak sesempurna mane pun kene ambik jugak as it’s the only bus that would send u home. It’s fate that we’re talking about, macam mane avoid pun tak akan dapat, cz that’s the only one for u, that suit u perfectly, as being written. The pen has been lifted and the ink has dried’

‘By hook or by crook, one should learn on how to accept things the way they are. It applies in marriage too. Terima dengan seadanya, dan berusaha untuk mengatasi kelemahan dan kekurangan masing-masing dengan penuh hikmah.’

‘Very rite dude.'
'eh btw, betul ke ko dapat peribahasa ni dari era pateh karma wijaya?’ dan masa tu jugak dia terasa macam nak baling piring dan mug kosong kat kawan yang tengah pura-pura buat muka tak bersalah-cum-innocent habis.

Tersedar dari melamun. rasa nak gelak, tutor masa study anat pernah tanya, ‘is there any such a thing like fractura hepatis?’ semua buat muka blurr, penat, tak larat, tak tahu. And the answer is…

‘Heartbreak’

lawak yang mengundang kekecohan barang sekejap dua kat one corner of the lab.

‘When the love is a miracle, it’s called destiny. When it changes you to become a better person, it’s called...serendipity’

Monday, April 21, 2008

thAnk yOu...

Dia sakit.

D(x): too much gastric acid in the stomach

T(x): the doctor prescribed her antacid and cimetidine (macam kene ulcer je lagaknye)

Sekarang: alhamdulillah, dah baik dah.

Onset: 24 hours before the peak

Peak: 3.30 am to 11am

Value: unbelievably precious, thanks Allah for the great experience

Orang kata, kalau tak sakit manakan nak insaf. Yup, kalau tak sakit manakan nak duduk diperbaringan berfikir tentang dosa yang dihimpun dengan lepas lakunya. Kalau perut ni tak meragam dan masih berfungsi dengan normal, masakan adanya masa sebelum mata tertutup untuk memohon kemaafan atas segala dosa besar mahupun ringan yang pernah tercipta. Dia hanya mampu tersenyum kelat, bibir mengukir perlahan senyum yang separa sumbing. Hati seakan menyakat, ‘ni nak kena Allah kasik sakit dulu baru terhegeh-hegeh nak ingat kat Tuhan’. Kalau tak...

Kurang dari 8 jam tempoh masa sakit yang dialami, jika tidak dihitung dengan onsetnya. Hanya 8 jam, bukan 80 jam, 8 hari, 8 minggu atau 8 tahun. Itu pun nafsu sudah tidak sanggup untuk ditundukkan daripada berkeluh kesah, hati merayu agar Allah segera mengizinkan dia untuk sembuh, betapa dia lemah dan tak betah dengan ujian dari Nya walaupun yang paling ringan.

Ya, itu baru saja sakit yang datang dari dalam. Dari cell badannya sendiri. Belum lagi sampai ujian Allah ke atasnya yang lebih berat. Bagaimana nanti keadaannya dia bisa bertahan dalam berjihad di jalan Nya? Atau bagaimana pula sakitnya di waktu Izrail datang menjemputnya? Na’uzubillah, semoga dia dirahmati dan senantiasa diberkati daripada azab ketika badannya terbaring kaku di dalam kubur, terselamat daripada pukulan maut malaikat yang menjalankan tugas. Semoga dia dianugerahi naungan ‘arasy ketika hari yang tiada perlindungan dan beroleh syafaat agar dia bisa terbebas jauh daripada seksaan api neraka yang bahan bakarnya adalah jin dan manusia.

Sungguh, rasa sakit buat dia berfikir. Allah Maha Kuasa lagi Perkasa. Tak perlu pada neraka untuk merasakan kesakitan pada hambanya. Hanya sekadar di dunia, hanya sekadar sakit yang biasa, yang punya penawar, dengan izin Nya. Namun, hambanya amat lemah dan terlalu tinggi pergantungan pada Nya. Segera memohon dan merayu agar dikembalikan keadaan seperti di waktu sediakala tatkala dia masih sihat dan bisa berlari, bisa tersenyum dan bisa menikmati dunia tanpa gundah. Bermadah bagai dan berazam akan meningkatkan amal ibadah dan islami. Namun seringkali janji-janji menjadi palsu belaka.

Bagaimana pula kiranya benar-benar sudah tidak bisa untuk kembali lagi ke dunia untuk merasa nikmat- nikmat itu lagi? Bagaimana pula kiranya tertutup pintu sebuah kemaafan dan hanya menanti sebuah neraca perhitungan? Umpama yang sakit ingin kembali sihat, yang dipalu berulang kali dan diseksa keseorangan di dalam lubang gelap juga merayu dan memohon tanpa henti, agar diri segera dikembalikan ke dunia supaya bisa bertaubat dan berpesan pada kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. Agar bisa untuk beramal maaruf dan mencegah kemungkaran. Begitu juga perihal penghuni neraka, yang merayu dan mengadu pada Tuhan nya, pada setiap masa dan ketika perihal sakit dan terseksa hidupnya dan agar bisa dia kembali ke dunia untuk mati dalam melafaz taubat dan syahadah namun hampa. Kepala menggeleng perlahan, dalam kepayahan dan pening yang masih mencengkam. Tolong jauhkan dia, ya Allah dari penyesalan yang tak sudah.

Syukur, dirinya masih bisa sihat. Masih bisa merenung terbit dan terbenamnya matahari. Masih bisa merasai teriknya cuaca di siang hari dan masih bisa menggerakkan anggota badan bagi menarik selimut dalam kesejukan malam yang mencengkam. Ya, masih bisa bernafas, justeru masih bisa untuk melaksanakan janji-janji agar bukan sekadar sebuah tagihan tanpa balasan. Kerbau dipegang pada tali, manusia berpegang pada janji. Kalau janji pada manusia kita segera tunaikan, janji oleh pemerintah kita segera mahu dilaksanakan, masakan janji kita pada Allah boleh terlepas tanpa ada bentuk hukuman?

Berat untuk dilaksanakan. Kerna dia manusia yang sering jatuh berulangkali, terbuai dengan bentuk permainan dan perangkap duniawi. Namun, dia juga punya cita dan harapan, mahu menemui Tuhan, dalam keadaan penuh keindahan, mahu menemui Rasulullah, dalam keadaan yang tidak mengecewakan, mahu melihat wajah Allah yang penuh kemuliaan, punya hasrat untuk menjadi hamba Allah yang selalu mengingati Nya tiap susah maupun senang, dalam keadaan lapang maupun dihambat tuntutan pekerjaan, mahu menjadi yang selalu bersyukur. Dia juga mahu punya sebuah kamar di syurga, yang hanya diberikan pada mereka yang bisa berjaga malam semata untuk meraih perhatian Nya tatkala yang lain masih hanyut dibuai mimpi.

Teringat ym dengan kawan,

Nab: wei, u sakit ape ni?

Dia : tak de pape, it seems like my parietal cells are too excited in secreting the HCl

Nab: hehehe, overexcited macam tuannye jugak

Like stomach, like the owner.

and,

Min: ek eleh, muka innocent je bile sakit.

Dia : eh, ye ke? Ni yang best sakit ni

Well... after all, there were quite a few numbers of good things that happened to her. Dalam sakit, dapat sebuah pengajaran yang berharga dalam bentuk sebuah pengalaman, dapat peluang untuk memohon kemaafan dan keredhaan, dan...

dapat pujian?..:P

owh ya, dapat jugak buli rean

Abu Sa’id dan Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Seorang muslim yang tertimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Sunday, April 13, 2008

rAhsia saMa aLLAh

Malam sudah semakin larut, semakin gelap dan sunyi. Tapi mata masih berdegil untuk berjaga. Lantas diambil sebuah bahan bacaan dalam usaha untuk memujuk mata agar terlelap.

Tajuk yang mudah : kerahsiaan bersama Allah. Hati jadi tertarik, terasa perasaan ingin tahu meninggi. Apakah yang ingin dirahsiakan, yang hanya antara diri dan Allah sahaja yang tahu? Makanya, helaian demi helaian terus diselak, dibaca, cuba dihadam. Moga akan ada rahsia juga antara dia dan Penciptanya, yang hanya mereka sahaja yang tahu.

Sungguh, hati rasa sayu, hiba. Betapa istimewanya rahsia antara watak yang ditulis dengan Allah. Betapa sepanjang hidupnya di dunia pun belum tentu bisa mempunyai kerahsiaan seistimewa itu. Hati berasa iri, bagaimana dia tidak bisa punya kerahsiaan sedangkan watak itu begitu gembira dan bahagia, menikmati hidup dalam rahsianya yang tersendiri?

Mula mengukur diri, melihat kekurangan. Cuba tersenyum walau sumbing. Memang tak mampu dicapai akan hakikat itu, tapi akan dicuba. Mencuba kerana merasakan yang dirinya juga ingin menikmati pancaran ketenangan, kebahagiaan dan kedamaian.

Apakah rahsia itu?

"Qasim bin Qasim (maksudnya Nuruddin Mahmud Zanki) mempunyai rahsia bersama Allah. Ia tidak mengalahkan ka­mi kerana tenteranya yang banyak, melainkan ia dapat mengalahkan kami berkat doa dan solat malam. Ia solat malam, mengangkat tangan­nya kepada Allah, dan berdoa kepada-Nya lalu Allah mengabulkan doa­ dan permintaannya sehingga ia dapat mengalahkan kami." – pengakuan pihak kuffar terhadapnya.

Ya, ‘...dia bersolat malam, berdoa, mengangkat tangan..’. Perkara yang biasa didengar namun sungguh asing dalam kehidupannya. Betapa selama ini, dia hanyut dalam urusan duniawi, penat di siang hari maka disangka dirinya akan beroleh ketenangan hanya dengan membiarkan dirinya lena atas perbaringan, kononnya bagi mendapatkan rehat yang cukup, sedangkan...

‘Sehari sebelum penaklukan Constantinople, Muhammad al Fateh telah memerintahkan kepada pasukannya untuk berpuasa pada siang harinya. Dan saat malam tiba, mereka melaksanakan solat malam dan munajat penuh harap akan pertolongan-Nya. Beliau dan tenteranya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu...’

Apa, tidak kenal erti penatkah mereka? Sedangkan dia yang hanya duduk selesa di atas kerusi mendengar kuliyah daripada pensyarah dan sekadar bergerak ke sana sini menaiki bas sudah lenguh kaki, sudah tidak tertahan dengan godaan untuk menikmati tidur tanpa sesalan kerana meninggalkan antara sunnah Nabi yang utama.

Apa lagi alasan yang harus diberi? Adakah penat waktu siangnya setimpal, sama dengan mereka yang berjihad di jalan Allah? Dia hanya mencari alasan, memaafkan dirinya yang melanggar dan meninggalkan sunnah. Dia berasa gembira bangun pada keesokan hari dengan tidur yang cukup, tapi hanya gembira. Sedangkan mereka yang dikatakan olehnya punya ‘tidur yang minimum’ kerana ingin bangun untuk mengadu dan meminta ampun kepada Tuhan mereka, bukan sahaja memiliki ketenangan dan kebahagiaan, bahkan juga punya rahsia bersama Tuhan. Rahsia terindah di akhir malam.

Dia perlu tersedar, walau susah sekalipun, dia harus mendidik diri agar menghidupkan sunnah. Dia bukan sesiapa. Jika Nuruddin adalah pemerintah adil yang berjaya memperluaskan jajahan Islam dan dihormati tentera kuffar jua golongan beriman,

‘Dia (Nuruddin) bagus penulisannya, banyak membaca bu­ku-buku agama serta mengikuti sunnah Nabi, memelihara solat berjama­ah, banyak membaca Al-Qur'an, senang mengerjakan kebajikan, meme­lihara perut dan kemaluan, berhemah dalam berbelanja makanan dan pa­kaian untuk dirinya dan keluarganya, sehingga dikatakan bahawa ia orang paling fakir pada masanya. Ia lebih banyak mengeluarkan nafkah, tidak menimbun harta dan tidak mementingkan dunia.Tidak pernah terdengar darinya sebuah kata keji pun, baik ketika sedang marah maupun ketika tidak marah, banyak diam dan bersikap tenang.’

Dan jika Muhammad al fateh adalah sebaik-baik ketua yang disebut dalam hadith nabi,

“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya” – terjemahan hadith

dia pula hanya seorang hamba Allah yang hina, penuh dosa dan bergelumang dengan maksiat. Jadi, mengapa dia masih bersenang lenang?

Tanpa sedar langkah diatur, menyucikan diri dari hadas kecil, mengenakan telekung dan menebar sejadah. Takbir diangkat perlahan. Mencuba menjadi dari yang biasa kepada luar biasa dengan adanya sebuah rahsia di akhir malam. Rahsia rindu dan cinta kepada Yang Esa, Sang Pencipta.

------------------------------------------------

wahai orang yang berselimut...

‘Pada hari Jumaat pertama di Konstantinopel, ketika diadakan solat Jumaat terjadi kebingungan dalam menentukan imam. Muhammad al Fateh dengan lantang meminta seluruh tenteranya berdiri dan mengajukan pertanyaan: “Siapa di antara kalian yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat fardhu silakan duduk”

Tidak ada seorang pun yang duduk, bererti seluruh tentera sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan solat fardhu.


Beliau berkata lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat sunat rawatib silakan duduk” Sebahagian tenteranya masih tegak berdiri dan sebahagian lagi duduk. Jadi sebahagian tentara beliau sejak balighnya tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib.


Kemudian beliau berkata lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga hari ini pernah meninggalkan solat tahajud silakan duduk” Kali ini seluruh tentera duduk. Yang tinggal berdiri hanya beliau sendiri. Ternyata sejak usia baligh beliau belum pernah meninggalkan solat tahajud sehingga beliaulah yang paling layak menjadi imam.


Repvblik - Sujudku
seakan jantungku tak berdetak
ketika ku ingat kan dosaku
kembali kuulang kesalahan
kulupakan Engkau ya Allah

sujudku
kumohon ampun pada-Mu
dan nyawaku hanyalah milik-Mu

doaku semoga Kau panggil aku
di dalam nafas taubatku
kembali kuulang kesalahan
kulupakan Engkau ya Allah
'Truly the rising by night is most potent for governing (the soul), and most suitable for (framing) the Word (of Prayer and Praise),
True, there is for thee by day prolonged occupation with ordinary duties:
But keep in remembrance the name of thy Lord and devote thyself to Him whole-heartedly.'
-translation from al muzzammil 73:6-8-

Wednesday, April 9, 2008

maLaikat Mu daTang mEnJemput

Mata perlahan menyusuri tiap bait perkataan yang tertera di skrin. Sungguh, dia tak berniat untuk berlama-lama membaca artikel itu, tapi apa yang disampaikan menarik perhatiannya.

Ada cerita di situ, yang mahu disampaikan. Ada pengajaran darinya, yang mahu diceduk, mahu dibuat bekalan atas nama sebuah peringatan.

Lantas, matanya terus merenung patah kata, tekun, hingga ke akhir kisah...kisah luhur dari hati, tentang hidup dan sebuah pengakhiran.

CHAPTER 1: THIS IS MY LIFE....

Assalamualaikum semua... aku buat blog ni untuk berkongsi pengalaman hidup aku dgn semua kawan2 aku sebab ramai yang tanya kenapa aku ambik spm lambat....aku tulis dlm BI tau...

THIS IS MY STORY......

My name is Khalid Abdul Aziz. I was born on 12 December 1987. Now my age is 18 years old. I was in form 4 at SM Teknik Bukit Piatu, Melaka. In school, I was very active in sport. I can play all sports like rugby, football, badminton and table tennis. But I only play rugby for my school. I enjoy this game because it can improve my stamina and can strengthen my muscles. Although it is a rough game but it is a good way to release tension by tackling n pulling down the players of the opposing team... hehehe...Other than sports, I also involve myself in cadet (pkbm).As a cadet, I represent the school n state cadet team. I'm an outdoor person.

CHAPTER 2: NEVER TAKE HEALTH for GRANTED

In mid July 2003, I discovered a lump on the left side of my neck. It was 2cm in diameter. I wasn't worried about it because it was not painful. I thought it was my pulse. But, after a few weeks, it grew bigger and I found another one behind my neck. During one of my camping, I consulted the army doctor about my lumps and he said that I should be worried if the lumps get bigger. He advised me to go to the doctor if that happens.

In 18 October 2003, my father took me to a private GP (General Practitioner) to have my swollen lymph nodes checked. After a physical examination of a node, he referred me to the general hospital. He was not sure what caused my nodes to swell. 3 days later, I went to the general hospital. There, I had a chest x-ray and a blood test done. The results were normal and the doctor referred me to the ENT (ear, nose and throat) clinic for further investigation. All these happened very fast and caught me by surprise. For all of you out there one lesson to be learned is NEVER TAKE HEALTH 4 GRANTED....

CHAPTER 3: I WAS SHOCKED

On the second of Ramadan that is 26 October 2003, I went to the ENT clinic, bringing along the referral letter. Since that day, I went through a battery of tests such as laryngoscopy, a fine needle biopsy, ultra sound scan, a CT scan, and blood test. I WAS VERY SHOCKED with all those tests because it was my first experience in my life and they were VERY PAINFUL!
An appointment was made on the first December with a specialist to get the diagnosis. While waiting for the diagnosis, I found more lumps in my elbow and groin area. I don't really understand what is going on in my body because I don't really feel any pain but the ENT doctor said it might be LYMPHOMA. That was the first time I heard of the word lymphoma. My father told me it is type of CANCER. CANCER???!!!!! I was shocked but I felt quite calm when the doctors said that this disease can be cured with the grace of ALLAH.

We went again to the ENT clinic on the first of December but I was disappointed when told that the FNAC (fine needle aspiration cytology) was inconclusive because lack of tissues. This means more tests!! That same afternoon, I came back to the clinic to get a node excision. The procedure was quite PAINFUL because they only gave me a LA (local anesthesia). I was quite surprised at the size of the node. It was as big as a table tennis ball.
The CT scan showed that I have multiple cervical swellings. Another two weeks of waiting to get the node biopsy results. Meanwhile, I prayed so much that I will survive this difficult time with patience and strength with the help of ALLAH, MOST GRACIOUS.

CHAPTER 4: GOING DOWNHILL

Since that day, I felt unwell. I became pale, lethargic, night fevers, headaches, breathlessness, night sweats and intense itching. I don't understand why I became like this because before this I was active and healthy. However, for the past month I learn doing exercise the QIQONG way to help slow down the spread of the disease. I even went to some traditional healers, homeopathy, energy healing and took supplement.
My condition became worse and I got admitted in the hospital on the 14 December 2003. On that day, I was very anemic with a HB (hemoglobin) of 3.1. That explain why I felt weak, breathless and chest discomfort due to lack of oxygen in the body. I was way below the normal HB that is 14-16. I actually collapsed in the ward on the day of admission. I feel thankful to ALLAH to make it possible for me to fast and do my tarawikh although my health deteriorated so fast during the month of Ramadan.

CHAPTER 5: WARDED!!

I stayed in the ward for 13 days. During this time, I got low grade fevers for 12 days n I was on antibiotics all the while. Many tests were done on me like blood tests, gave me oxygen, gave me sodium chloride with drip, transfuse blood and lastly a doctor took a bone marrow specimen through a procedure called the BMA (Bone Marrow Aspiration) because she said they want to look whether the disease has gone to the bones or not. At this point, I was engulfed with anxiety because I can't imagine how it will be like when they DRILL into my pelvic bone!!!!!
Before the BMA, I was injected with pethidine to sedate me and give me less pain when they aspirate the bone marrow. After that, I had to lie for 6 hours.
I waited for 1 week for the bone marrow result. The result came on Wednesday, 24th December 2003. It shows that possibly my bone marrow has been infiltrated. This means my disease (lymphoma) is at grade 4B which is the most advanced stage.
LAHAULAWALAQUWWATAILLABILLAH.....

CHAPTER 6: MY FIRST AMBULANCE RIDE

One day after that, I was off to Hospital Kuala Lumpur in an ambulance because the visiting hematologist wanted me to start treatment there. The night before that, my mother gave me a haircut in the ward because the doctor advised me to; because my hair will drop as a side effect of chemotherapy and I won't be psychologically affected. The ambulance ride was my first experience. My mother who accompanied me had a tough time in the ambulance because the driver drove fast and it was not very comfortable.

CHAPTER 7: NHL- NON HODGKINS LYMPHOMA

We reached HKL at 8.30 am. We registered at the hematology clinic and I was admitted to ward 19 which is a third class ward. My father is entitled for first class ward but it was full at that time. I stayed in ward 19 for 2 days. It was here that the doctors told me that my bone marrow is 90% infiltrated and they would not delay treatment.
From their clinical findings and from the bone marrow slides, they have a different diagnosis of my disease that is the NHL 'T' cell (NHL-Non Hodgkin’s Lymphoma) instead of NHL 'B' cell as diagnosed by Malacca Hospital. It seems that it is not easy to diagnose this disease because there are about 35 subtypes involving many types of cells in our body.
I was overwhelmed with this newly learned fact about the greatness of ALLAH creation. We don't realize that we are endowed with so many types of cells in our body and when some cells malfunction, our body become sick. SUBHANALLAH- Glory is to ALLAH.......

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Termenung, cuba untuk mencari pengajaran di sebalik kisah. Melihat bayang sendiri di cermin, berkali-kali hati mengucap syukur ke hadrat Ilahi atas anugerah kesihatan yang dimiliki. Ya, yang dia miliki sedangkan masih ramai di luar sana yang merayu kepada Nya agar dikurniakan suatu hari lagi di dunia untuk menyembah Nya, memohon ampun pada Nya dan menggapai rahmat dan kasih Nya. Betapa dia tak sedar akan hakikat itu, betapa leka dan alpa diulit syaitan dan hiburan.

Tangan diangkat, hujung jari menyentuh cermin. Bagai cuba menyentuh bayang sendiri di sebalik kaca. Mengamati wajah dan tiap anggota. Belajar untuk mengira nikmat yang diberi. Nyata tak terkira,dari aliran darah yang menyusuri tiap anggota hingga segala macam sel yang bekerja.

Dan betapa dia begitu cepat bersedih atas sesuatu yang tak bisa dikecapi padahal terlalu banyak nikmat lain yang diterima tanpa lafaz kesyukuran. Melihat anggota badannya yang masih sihat, berfungsi tanpa kesan suntikan atau tiada wayar yang berselirat adalah nikmat tak terhingga. Tak pernah terlantar juga anugerah, dan sungguh sudah lama dia lupakan hakihat yang satu ini, maut tak pernah memilih usia...betapa setiap hari maut semakin dekat dan betapa setiap hari semakin hampir malaikat Nya datang menjemput.

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Aku takut Akan semua dosa-dosaku
Aku takut Dosa yang terus membayangiku
Andai kutahu Malaikat Mu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucapkan kata tobat pada Mu
Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat pada Mu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga
-by purple-

Kedengaran hujan mencurah di luar, sayup – sayup azan isyak berkumandangan, memanggil yang mendengar agar segera menyerah diri kepada Nya. Bagai baru terjaga dari lena yang panjang, dia segera kembali ke lap top, mematikannya, dan langkah segera diatur menuju ke bilik air untuk mengambil wudu’. Bersedia untuk mendamba kasih
sayang dan ampun rahmat dari Nya.
Sungguh Tuhan, syukurku adalah milik Mu...

‘Every soul shall have a taste of death’ – the family of Imran 3:185

.::. The person in this article has passed away on the 15th of November, due to relapse of the cancer…
He never gets to finish his story.

May Allah bless his soul, offer him His forgiveness and grant him Janna
Ameen
thanks to sister in dunedin for the sharing
thanks to sister in germany for the reminders of qiam each time we chat.