Wednesday, May 28, 2008

dAri kErana muLut

Apakah yang mulut saya boleh lakukan?

Based on 4 different scenarios:

Pertama:

Apabila saya melihat markah saya yang rendah itu di papan kenyataan, dalam hati automatic berasa tidak bersyukur kerana rendahnya iman.

Kemudian membuat conference merasakan ketidak puasan hati secara beramai-ramai di tepi papan kenyataan.

‘eh, ko dapat berapa ek?’-mulakan perbualan, meninjau-ninjau markah orang lain walaupun sebenarnya tak penting dan tak perlu.

‘ok la, dapat A’-jawab orang yang ditanya.

‘aiseh, congrats! Hampeh la, aku tak dapat A. Tak bestnye, tak dapat nak maintain pointer,’-yada yada yada...dan rasa tak bersyukur semakin dirangsang oleh musuh iman, iaitu syaitan dan nafsu yang tak pernah cukup.

Oowh, salah tu incik saya, sepatutnya mulut incik saya itu hendaklah menyebut syukur dan membesarkan Allah atas 2 sebab sekurang-kurangnya:

  • Masih ada insan lain yang Allah uji keimanannya dan keyakinannya pada Allah sebagai yang Maha Memberi Rezeki dengan memberi markah yang lebih rendah – diorang boleh terima dan tak bising pun, incik saya yang markah tak rendah sangat ni, ape kes pulak nak bising-bising sesuka siku?
  • Kalau incik saya Allah kurniakan markah yang tinggi, boleh jadi saja incik saya akan berbangga, riak, ta’ajub dan segala macam sifat-sifat mazmumah boleh didapati dalam buku teks pelajaran akhlaq sekolah rendah agama, bakalan akan ada dalam diri incik saya, siapa tahu?- mungkin juga mereka yang Allah berikan markah yang tinggi ni, adalah di kalangan mereka yang tahu bagaimana untuk tidak riak dan yang sama waktu dengannya, maka cukuplah mengeluh tuh, tak ke mana.

Kedua:

Apabila incik saya dapat markah yang baik pula, maka incik saya akan mula mencari orang lain yang mendapat A juga dan seterusnya mula membanding beza (mengamalkan ilmu critical thinking yang dipelajarinya sewaktu foundation programme dengan jayanya tak bertempat) markah A orang ni dengan orang itu, markah orang sini dengan sinun dan segala macam silang pangkah. Kemudian akan mula bergerak menghampiri kawannya yang berdiri berhampiran dan masih juga mahu berkeluh kesah.

‘ala...sikit la markah yang aku dapat, nasib baik still A. Kalau aku usaha sikit je lagi, mesti aku boleh dapat lagi tinggi,’ itu je la ayat standard incik saya, tanpa aura-aura kesyukuran maupun ketaatan.

Kawan di sebelah hanya terdiam, agak lama , sebelum membalas, ‘ok la tu, dapat markah best jugak, dari aku....’-nah, betapa tak sensitive nye incik saya, terlalu melayan ketidak puasan hati dan ketidak syukuran, hingga tak sedar kawan yang kurang bernasib baik.

Secara tak langsung, incik saya telah bertindak sebagai catalyst yang merangsang kawannya supaya marilah sama-sama menjadi tak bersyukur. Dan lagi, incik saya ni dah lupa ke apa cikgu pesan dahulu kala? Kalau nak sebut pasal nikmat, bercakap lah dengan orang yang sama-sama merasa nikmat yang diberi, supaya sama-sama boleh bersyukur dan mengingati Allah dalam senang- ni, dah la kawan tu tak berasa nikmat mendapat markah yang baik, lagi ditambah dan dihasut supaya menyesali takdir yang terjadi, sungguh hampagas incik saya.

Ketiga:

Apabila incik saya mendapat full mark untuk pretest, dan tetiba je dengan takdir Allah menjadi the one and only, maka secara alaminya akan adalah orang yang akan memuji, seorang, 2 orang atau lapan orang. Tak kisahla berapa pun.

Maka bila ditanya, incik saya sekadar menjawab, ‘ek, tak de pape pun, just went online and read wuteva that possible, last minute baru nak baca robbins,’ sambil dalam hati berdoa agar Allah menjaga dirinya dari berlagak. Tapi incik saya, tak cukup tu. Sepatutnye, gunakanlah kesempatan yang ada dengan mengajarkan tentang rezeki, qada’ dan qadar Nya.

‘eh, mana pulak terer. Tu semua rezeki. Alhamdulillah. Saya hanya pencari rezeki, Allah jugak yang memberi. Hari ni rezeki saya, esok lusa kamu pulak’- cuba untuk menggunakan mulut melafazkan ayat-ayat dakwah dalam setiap masa dan ketika.

Semoga akal yang mendengar, sama ada sebelum ni, mereka tak percaya kepada Tuhan, atau hanya percaya akan kebolehan sendiri tanpa kewujudan takdir, bisa berfikir walau seketika tentang Nya dengan izin Nya juga. Adakah incik saya lupa, yang tugas berdakwah dan berkata dengan hikmah itu sangat utama?

Keempat:

Apabila kawan incik saya mendapat perfect score dan tetiba aje selepas berbincang dengan tutor tentang jawapan, maka dengan takdir Nya, kawan incik saya rupa-rupanya tidak dapat full marks, sebab tutor salah tanda jawapan.

‘aiseh, kesian la ko, tak dapat full marks’-maka jangan secara hampagas dan lepas lakunya incik saya provoked kawan tu, yang mungkin tengah menabahkan hati supaya menjadi redha.

Atau menyinggung kawan, ‘hehe, melepas la chance ko nak dapat full marks,’ walaupun ayat sekadar untuk beramah mesra, atau berlawak janaka, tapi sebenarnya tak lawak pun.

Maka, sekianlah pelajaran hari ini untuk seorang incik yang bernama saya. Semoga incik saya mendapat pengajaran atas cerita di atas. Sekian, terima kasih daun keladi.

Mulut memang selalu akan membawa kepada kebinasaan, kalau tanpa kawalan iman dan akal. Semoga Allah menjaga mulut ini dari menyebut keaiban manusia yang lain, dari melontarkan kata-kata celupar dan menyakitkan atas alasan ‘saya memang macam ni, outspoken sikit’ atau alasan ‘this is a democratic country, sue me if you want’, jugak supaya tidak mencarut atau mengarut atas alasan cool, nak ambik hati kawan atau boring maka nak meluahkan perasaan maupun mengisi masa lapang.

kerana pulut santan binasa

kerana mulut badan binasa

Semoga Allah membuka hati semua manusia mahupun makhluk yang disakiti, agar memberi kemaafan atas kesalahan bicara yang dilakukan, sebelum mulut ini tertutup buat selamanya dan langsung tak bisa untuk bercakap dengan kata-kata yang baik, menyeru kebajikan maupun berzikir mengingati Allah. Amin .


From Umar ibn Al-Khattab from the Prophet (PBUH) who said:


“If only you relied on Allah a true reliance, He would provide sustenance for you just as He does the birds: They fly out in the morning empty and return in the afternoon with full stomachs.”

(Ahmad, An-Nasaa’I, Ibn Majah, Al-Hakim and At-Tirmidhi who said: “Hassan sahih")

Thursday, May 15, 2008

buAh cempEdak di Luar pagaR

‘weh, lama ek tak jumpe. How’s your life these days?’ ayat skema lepas terlebih excited sebab lama tak jumpa.

‘fine, macam yang ko boleh nampak.’ Sekadar tersenyum.

Sambil buat muka tak bersalah, ‘nampak ape? Nampak yang ko dah makin gemuk ke?’ sebelum dua-dua seiringan ketawa. Berbual tentang macam – macam. Itu, ini dan lain-lain.

‘wey, dulu ko pernah tukar sekolah, kan? before getting back to your old school, after a semester moving to another school. Ape case?’ dah lama pendam tapi segan nak tanya.

‘tarapapa. It’s just me. Tak dapat nak adapt dekat sekolah tu. Daripada tak reti, better i moved out.’

‘really? Or was it due to any other thing or may be... things? Ko bukan ke ramah mesra tak ingat alam. Tak kan ko kene campak kat situ dah depressed kut, siap homesick bagai. Time ko form 1 dulu pun, mak ko sampai datang hostel, heran apesal la anak dia tak call rumah sampai seminggu. Rupe-rupenye ko siap lepak tengok mtv lagi kat bilik bawah.’

‘entahla...hehe, rasa macam failed pulak adaptation to environment. Aku tak reti la nak duduk kat situ’

mengerut kening, dia membuka mulut nak bertanya, tapi tak sempat. ‘Dedulu time memula mak masukkan aku kat sekolah tu, aku cuak jugak bila nampak ade cikgu bertudung kat kelas tapi tak kat tennis court. Aku tatau nak react macam mane, tapi memang serious tak sedap hati.’


Kawan terdiam sekejap, menarik nafas. Kemudian menyambung, ‘Aku buat macam biasa je. Tapi aku mula tak tahan, naik radang bile ade satu hari tu, screening untuk lompat jauh. By right, it would display how ‘unique’ the way of the untalented people like me to get the job done, for the sake of the individual mark which is 1. macam – macam gaya ada.

Sebab nak habis awal, cikgu pun paksa budak- budak perempuan yng masih berlengah-lengah tak nak lompat suruh cepat dengan arahkan bebudak lelaki pergi dekat tempat tu. Kira macam kasi hint suruh cepat habis la, budak laki nak guna pulak.

Guess it was a good, bright sunny day for those male students to cuci their mata. Watchin the female students melompat, ternampak yang tak patut nampak- called aurah, just for one mark, nak letak markah untuk curricular activity.

Aku witnessed the strunggle of the female students for their rumah sukan and the curricular marks, as well the happy face of the male students. Bile dah jadi macam tu, terus tak ade rase nak melompat ape, keluar barisan, pi buat benda lain yang absolutely tak ade male students nearby.’

Dengan perlahan keluhan dilepaskan. ‘i thought that was the last time i would have to witness such a thing. Tapi macam tak. On the sport day, the rain was pretty heavy. The event at that moment was women: 4x 400m relay. Acara masih berlangsung walau dalam hujan lebat.

Since that was not a sukaneka yang boleh lari dengan raincoat, maka berlari-larilah dengan baju yang basah kuyup just to win the title, kumpul mata untuk rumah sukan. Guess that you can imagine how the female students looked like in wet white cotton sport shirt. And also it won’t be such a problem to imagine how meriah the event with the guys as the one tree hill’s cheerleaders.’

Tak tahu nak cakap apa sebab tak pernah jadi dekat diri sendiri. Ambil langkah diam dan setakat mendengar.

‘and i think that’s it. I wanted to quit. i talked to my parents when i was home for the semester break,'

‘habis tu, ape kau goreng mak kau?’

‘sekolah tu susah la mak, sekolah orang rajin . semua study je 24/7. orang tak boleh la dok kat situ. Nak balik sekolah lama dulu mak, bolela mak, bolehla ek?....’ berkata sambil tersenyum tawar.

‘Akibatnya, mak ingat aku ni memang tak mature, tak boleh la nak jauh sikit dari rumah, a tv addict and really love lepaking and relaxing. Tak boleh susah langsung. Tu yang sampai sekarang mak aku risau bile aku nak keluar jauh dari rumah.

frustrated? Nope, not me but the parents. Mak aku deep down in her heart aku rasa dia harap aku kalau jauh dari rumah, pi sekolah yang baik, reti-reti la nak jadi independent, tak la suke benar tertinggal barang. My former A-level roomate loved to tease me, ‘ko ni, mentang - mentang rumah dekat, ayah keje sini je, kalau boleh air minum pun ko nak suruh ayah ko hantar every week’

‘tau tak pe,’ dia sekadar mengusik.

Kawan takat julingkan mata sambil ketawa.

‘yups, sekolah biasa dengan cikgu yang luar biasa...’ dia kembali menyambung.

‘aku suka sekolah lama aku. Suka sebab sekolah aku made a clear line between the guys and the girls. Macam mengongkong tapi aku tak pernah kisah. Hari sukan asing laki perempuan, tak adelah nampak bende yang pelik – pelik.

Bile kat situ, aku tak payah jadi sesiapa. Tak payah nak impress mane – mane party or individual. Hanya jadi diri aku. Masih diterima. Aku bukan tiap-tiap kali exam straight As, bukan anak emas, pengawas ke atau selalu berbaik hati nak tolong cikgu buat itu ini.

Tapi aku happy aje sebab selalu rasa disayangi. Dan kadang - kadang aku teringat, cikgu kelas macam nak menangis time peluk aku bile kali terakhir aku keluar dari exam hall after the end of SpM. Dah dia sedih, aku lagi la sedih sebab dah tak jumpa cikgu yang really wants to take care and love her students, the way she is.’

Dia mengangguk perlahan, ‘susah nak jadi cikgu ni, kena asuh diri dulu nak sayang budak – budak, kene belajar nak terima keadaan diorang seadanya. Tak bolehla takat bersorak bile result gempak, tapi tak pulak ade yang peduli bile akhlak kurang. Nasib baik aku tak jadi cikgu,’ balasnya sambil mata memandang pemandangan sekitar, sebelum keduanya berjalan melangkah pulang ke rumah di petang itu.

'eh, ko pun dulu pernah kan, pindah, after that, pindah balik kat sekolah lama?' kawan mengerut kening sambil berlagak nak tahu, padahal menahan gelak menyakat.

'err, eh dah sampai rumah aku. ok, see ya.' segera masuk ke kawasan rumah sambil tangan melambai tanda berpisah.

dalam gelak yang masih kedengaran, kawan sedikit menjerit, 'wei, yang tu pasal ko homesick ek, "
Mendidik bukan setakat mengajar itu ini secara teori. Tapi jua memastikan jalan lurus arah tuju yang dididik. Lurus bukan hanya di dunia, tapi hingga akhirat.

Among the love that will never fade
tq cikgu for the unforgetful love and memories
selamat hari guru kepada semua pendidik yang berusaha memahami anak bangsa dan terus memberi apa yang mereka perlu, bukan apa yang orang lain mahu.
Yang senantiasa berusaha untuk mendekati manusia lalu mengajak mereka membetuli kesilapan dan memberi panduan agar tak mengulanginya lagi.
Terima kasih yang amat sangat dari lubuk hati yang paling dalam, atas usaha dan kasih sayang yang dicurahkan.
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

Sunday, May 4, 2008

pEnaWar raCun JiwA

They are plain innocent. Completely. A white, brand new canvas. Parents are the artists. Expressing the creativity and imagination to give birth of a valuable art work called a masterpiece.

keywords: parents, art

apa seni pilihan anda?

Dia sedang berjalan-jalan, keseorangan sementara menanti kawan-kawannya memesan makanan untuk dibawa pulang. Melihat sekitar kawasan mall yang sudah lama tidak dikunjungi. Sedang asyik berjalan dan melontar pandang, langkah terhenti. Hati tergerak untuk ke ruang legar di tengah mall. Bagai sedang menyaksikan acara hiburan, orang ramai berkumpul memenuhi ruang. Child beauty pageant sedang berlangsung. Kanak-kanak kecil, kelihatan lengkap berpakaian dan solekan, lagak orang dewasa. Hilang sudah muka polos, suci murni tanpa noda. Diganti dengan warna-warna tiruan produk kecantikan.

Dia mengeluh perlahan tanpa disedari. Menyaksikan kanak-kanak yang kecil dan tak berdosa memang menghiburkan. Mendengar mereka menyanyi dan petah menjawab soalan adalah menyenangkan. Merakam aksi senyum dan tawa mesra mereka memang menggembirakan.Tapi sebak dan hiba datang dalam senyuman. Ajaran pertama yang si kecil pelajari adalah kecantikan fizikal dan penampilan. Perlu cantik untuk buat orang lain tersenyum, walaupun diri sendiri tak pasti, jua tak mengenali siapa ‘orang lain’ itu, atau walaupun diri masih keliru akan pengertian sebuah perkataan yang dieja dengan huruf c. A. N. T. i. k, atau tak mengerti dan mungkin tak akan pernah memahami bagaimana dengan kelihatan cantik bisa membuatkan orang jatuh hati.

Kanak-kanak menelaah daripada pemerhatian, membuat pengiraan berdasarkan persekitaran dan membaca jua mengenal sifat berpandukan penceritaan.

Jika kecantikan luaran yang diutamakan, bukanlah sesuatu yang ajaib seperti cerita Cinderella atau Jula Juli Bintang Tiga mahupun Kamer Rider apabila anak-anak kecil itu dewasa nanti akan mengikuti jejak langkah artist pujaan mereka, punya perasaan ingin tahu yang tinggi bak di zaman renaissance tentang perkembangan fashion dunia dan mengimpikan untuk menjadi terkenal walau dengan apa cara sekalipun, meski harus berdondang sayang di pentas pada setiap minggu, atau harus berjenaka lucu menggeletek hati penonton.

Jangan juga terkejut atau menggelabah apabila sudah menginjak dewasa, tidak segan-segan untuk tampil menampakkan segala aurat yang terlarang, tak janggal untuk bersolek kepada yang bukan hak, dan tak kisah untuk mengeksploitasi wajah dan bentuk tubuh untuk hiburan. Kerana itulah yang diajar sedari kecil. Yang penting, berpakaian cantik; tanpa kisah segala celah yang terbuka atau badan yang terseksa semata-mata untuk kelihatan ramping, atau juga ruh yang menanggung dosa. Yang penting mata-mata yang memandang tersenyum tanda tergoda, tak kisah walau disukai tanpa dihormati.

Alangkah ngerinya andai rupa paras dititik beratkan oleh si kecil ketika mereka membuat keputusan untuk menyayangi ibu mereka. ‘ saya sayang ibu saya kerana ibu saya cantik dan seksi’ ‘ibu saya baik. Saya tahu ibu baik sebab ibu cantik.’ ‘saya suka ibu. Semua orang pun sama, sebab tu diorang tak berkelip mata memandang ibu yang hanya memakai shorts and spaghetti top’. Atau, ‘ibu saya tak lawa, saya tak suka dia’, ‘ibu jahat sebab muka dia tak lawa’, ‘mama, boleh tak nana nak tukar mama, qila punye mama lagi lawa daripada mama, nana nak mama qila jadi mama nana, boleh?’

Namun bersyukurlah, anak- anak kecil walau betapa comot mukanya dicat dengan calitan warna, atau betapa letihnya dipaksa menyayi dan mengingati langkah tari atau betapa tua mereka kelihatan akibat pakaian yang terlalu kedewasaan, betapa berat sanggul palsu melilit kepala, mereka ternyata masih punya fitrah. Fitrah yang masih suci, menggunakan naluri untuk merasai nilai kasih sayang hakiki daripada seorang yang bergelar ibu. Masih punya rasa untuk menyayangi insan yang melahirkan mereka walau insan itu tidak punya rupa. Masih mampu untuk menyayangi biarpun fikiran mereka senantiasa diracuni. Diracuni ideologi yang ternyata memakan diri. Memperhamba diri untuk kelihatan cantik. Syukurlah hati yang suci masih punya naluri insani sebagai terapi. Sebagai penawar racun jiwa.

Sayang, gerak lincah anak-anak kecil ini mempamer aksi dan senyum manis seringkali disalah erti. Mengundang manusia yang punya penyakit di hati. Akhirnya si kecil menjadi mangsa, diculik dan dibunuh dan entah apa lagi. Zaman sudah berubah, itu sudah pasti, Cuma entahkan semakin bertamadun entahkan melangkah ke zaman batu. Mungkin juga orang yang di zaman batu hairan akan kehampagasan dunia moden yang dipenuhi nafsu.

Tanpa sedar, kawan sudah di sisi.Turut melihat pada kanak-kanak yang sedang menyanyi menampil bakat. Terlalu lama dia bermonolog di situ. Si kecil sudah bergantian beraksi, cuba menambat hati penonton, supaya bisa dinobat juara, bukan untuk mereka, tapi agar ibubapa gembira.

Dia memandang kawannya, tersenyum dalam duka, sebelum mengajak pulang. Dalam hati semoga ada peluang pada kanak-kanak itu nanti tahu akan erti kecantikan sebenar. Dari dalam, dari hati yang disinari keimanan dan keindahan akhlak. Berpandukan Kalam Allah dan sunnah Rasulullah. Juga doanya untuk diri sendiri, semoga dikurniakan keindahan akhlak dan nikmat iman dalam beramal.

Usahlah telah terantuk baru nak mengadah. Telah rosak baru semua kecoh ingin memulihkan. Sudah tercemar baru sibuk-sibuk membuka mulut, mata dan minda.

Selamat hari buruh bagi yang mengabdi diri dalam agama Nya.

Selamat hari ibu yang bakal menjelma bagi semua ibu-ibu yang akan, sedang, atau telah bersusah payah mencorak hidup anak-anak mereka dengan sentuhan kasih sayang dan nilai-nilai agama bagi menghasilkan hasil seni yang ulung.

Semoga semua dibalas syurga, atas kasih suci yang tak ternilai harganya

Atas didikan iman yang tidak terhingga

Semoga tiada istilah berputus asa jua terpadam rasa kecewa

mari belajar dari si kecil

kasih suci

perjalanan masih jauh

harus kau tempuh

ku disini memerhati

tanpa rasa sangsi

jangan gentar ada sabar

semat di jiwa

ku disini mendampingi

agar kau mengerti

berlarilah kau berlari

terbannglah di kau terbang tinggi

bumi yang kau jejaki

janganlah dikau lupai

andai ku capai si pelangi

akan ku serahkan padamu

agar dapat kau mewarnai

seluruh hidup nanti

yang hitam harus dijauhi

jangan disimpan dalam hati

putihkan jiwamu dengan kasih suci

ku terima dirimu dengan seadanya

dalam suka dalam duka

kau tetap cahaya

ku bersyukur pada yang Esa

punya segala-galanya

sederhana tapi yang sempurna