Wednesday, May 28, 2008

dAri kErana muLut

Apakah yang mulut saya boleh lakukan?

Based on 4 different scenarios:

Pertama:

Apabila saya melihat markah saya yang rendah itu di papan kenyataan, dalam hati automatic berasa tidak bersyukur kerana rendahnya iman.

Kemudian membuat conference merasakan ketidak puasan hati secara beramai-ramai di tepi papan kenyataan.

‘eh, ko dapat berapa ek?’-mulakan perbualan, meninjau-ninjau markah orang lain walaupun sebenarnya tak penting dan tak perlu.

‘ok la, dapat A’-jawab orang yang ditanya.

‘aiseh, congrats! Hampeh la, aku tak dapat A. Tak bestnye, tak dapat nak maintain pointer,’-yada yada yada...dan rasa tak bersyukur semakin dirangsang oleh musuh iman, iaitu syaitan dan nafsu yang tak pernah cukup.

Oowh, salah tu incik saya, sepatutnya mulut incik saya itu hendaklah menyebut syukur dan membesarkan Allah atas 2 sebab sekurang-kurangnya:

  • Masih ada insan lain yang Allah uji keimanannya dan keyakinannya pada Allah sebagai yang Maha Memberi Rezeki dengan memberi markah yang lebih rendah – diorang boleh terima dan tak bising pun, incik saya yang markah tak rendah sangat ni, ape kes pulak nak bising-bising sesuka siku?
  • Kalau incik saya Allah kurniakan markah yang tinggi, boleh jadi saja incik saya akan berbangga, riak, ta’ajub dan segala macam sifat-sifat mazmumah boleh didapati dalam buku teks pelajaran akhlaq sekolah rendah agama, bakalan akan ada dalam diri incik saya, siapa tahu?- mungkin juga mereka yang Allah berikan markah yang tinggi ni, adalah di kalangan mereka yang tahu bagaimana untuk tidak riak dan yang sama waktu dengannya, maka cukuplah mengeluh tuh, tak ke mana.

Kedua:

Apabila incik saya dapat markah yang baik pula, maka incik saya akan mula mencari orang lain yang mendapat A juga dan seterusnya mula membanding beza (mengamalkan ilmu critical thinking yang dipelajarinya sewaktu foundation programme dengan jayanya tak bertempat) markah A orang ni dengan orang itu, markah orang sini dengan sinun dan segala macam silang pangkah. Kemudian akan mula bergerak menghampiri kawannya yang berdiri berhampiran dan masih juga mahu berkeluh kesah.

‘ala...sikit la markah yang aku dapat, nasib baik still A. Kalau aku usaha sikit je lagi, mesti aku boleh dapat lagi tinggi,’ itu je la ayat standard incik saya, tanpa aura-aura kesyukuran maupun ketaatan.

Kawan di sebelah hanya terdiam, agak lama , sebelum membalas, ‘ok la tu, dapat markah best jugak, dari aku....’-nah, betapa tak sensitive nye incik saya, terlalu melayan ketidak puasan hati dan ketidak syukuran, hingga tak sedar kawan yang kurang bernasib baik.

Secara tak langsung, incik saya telah bertindak sebagai catalyst yang merangsang kawannya supaya marilah sama-sama menjadi tak bersyukur. Dan lagi, incik saya ni dah lupa ke apa cikgu pesan dahulu kala? Kalau nak sebut pasal nikmat, bercakap lah dengan orang yang sama-sama merasa nikmat yang diberi, supaya sama-sama boleh bersyukur dan mengingati Allah dalam senang- ni, dah la kawan tu tak berasa nikmat mendapat markah yang baik, lagi ditambah dan dihasut supaya menyesali takdir yang terjadi, sungguh hampagas incik saya.

Ketiga:

Apabila incik saya mendapat full mark untuk pretest, dan tetiba je dengan takdir Allah menjadi the one and only, maka secara alaminya akan adalah orang yang akan memuji, seorang, 2 orang atau lapan orang. Tak kisahla berapa pun.

Maka bila ditanya, incik saya sekadar menjawab, ‘ek, tak de pape pun, just went online and read wuteva that possible, last minute baru nak baca robbins,’ sambil dalam hati berdoa agar Allah menjaga dirinya dari berlagak. Tapi incik saya, tak cukup tu. Sepatutnye, gunakanlah kesempatan yang ada dengan mengajarkan tentang rezeki, qada’ dan qadar Nya.

‘eh, mana pulak terer. Tu semua rezeki. Alhamdulillah. Saya hanya pencari rezeki, Allah jugak yang memberi. Hari ni rezeki saya, esok lusa kamu pulak’- cuba untuk menggunakan mulut melafazkan ayat-ayat dakwah dalam setiap masa dan ketika.

Semoga akal yang mendengar, sama ada sebelum ni, mereka tak percaya kepada Tuhan, atau hanya percaya akan kebolehan sendiri tanpa kewujudan takdir, bisa berfikir walau seketika tentang Nya dengan izin Nya juga. Adakah incik saya lupa, yang tugas berdakwah dan berkata dengan hikmah itu sangat utama?

Keempat:

Apabila kawan incik saya mendapat perfect score dan tetiba aje selepas berbincang dengan tutor tentang jawapan, maka dengan takdir Nya, kawan incik saya rupa-rupanya tidak dapat full marks, sebab tutor salah tanda jawapan.

‘aiseh, kesian la ko, tak dapat full marks’-maka jangan secara hampagas dan lepas lakunya incik saya provoked kawan tu, yang mungkin tengah menabahkan hati supaya menjadi redha.

Atau menyinggung kawan, ‘hehe, melepas la chance ko nak dapat full marks,’ walaupun ayat sekadar untuk beramah mesra, atau berlawak janaka, tapi sebenarnya tak lawak pun.

Maka, sekianlah pelajaran hari ini untuk seorang incik yang bernama saya. Semoga incik saya mendapat pengajaran atas cerita di atas. Sekian, terima kasih daun keladi.

Mulut memang selalu akan membawa kepada kebinasaan, kalau tanpa kawalan iman dan akal. Semoga Allah menjaga mulut ini dari menyebut keaiban manusia yang lain, dari melontarkan kata-kata celupar dan menyakitkan atas alasan ‘saya memang macam ni, outspoken sikit’ atau alasan ‘this is a democratic country, sue me if you want’, jugak supaya tidak mencarut atau mengarut atas alasan cool, nak ambik hati kawan atau boring maka nak meluahkan perasaan maupun mengisi masa lapang.

kerana pulut santan binasa

kerana mulut badan binasa

Semoga Allah membuka hati semua manusia mahupun makhluk yang disakiti, agar memberi kemaafan atas kesalahan bicara yang dilakukan, sebelum mulut ini tertutup buat selamanya dan langsung tak bisa untuk bercakap dengan kata-kata yang baik, menyeru kebajikan maupun berzikir mengingati Allah. Amin .


From Umar ibn Al-Khattab from the Prophet (PBUH) who said:


“If only you relied on Allah a true reliance, He would provide sustenance for you just as He does the birds: They fly out in the morning empty and return in the afternoon with full stomachs.”

(Ahmad, An-Nasaa’I, Ibn Majah, Al-Hakim and At-Tirmidhi who said: “Hassan sahih")

No comments: