Sunday, May 4, 2008

pEnaWar raCun JiwA

They are plain innocent. Completely. A white, brand new canvas. Parents are the artists. Expressing the creativity and imagination to give birth of a valuable art work called a masterpiece.

keywords: parents, art

apa seni pilihan anda?

Dia sedang berjalan-jalan, keseorangan sementara menanti kawan-kawannya memesan makanan untuk dibawa pulang. Melihat sekitar kawasan mall yang sudah lama tidak dikunjungi. Sedang asyik berjalan dan melontar pandang, langkah terhenti. Hati tergerak untuk ke ruang legar di tengah mall. Bagai sedang menyaksikan acara hiburan, orang ramai berkumpul memenuhi ruang. Child beauty pageant sedang berlangsung. Kanak-kanak kecil, kelihatan lengkap berpakaian dan solekan, lagak orang dewasa. Hilang sudah muka polos, suci murni tanpa noda. Diganti dengan warna-warna tiruan produk kecantikan.

Dia mengeluh perlahan tanpa disedari. Menyaksikan kanak-kanak yang kecil dan tak berdosa memang menghiburkan. Mendengar mereka menyanyi dan petah menjawab soalan adalah menyenangkan. Merakam aksi senyum dan tawa mesra mereka memang menggembirakan.Tapi sebak dan hiba datang dalam senyuman. Ajaran pertama yang si kecil pelajari adalah kecantikan fizikal dan penampilan. Perlu cantik untuk buat orang lain tersenyum, walaupun diri sendiri tak pasti, jua tak mengenali siapa ‘orang lain’ itu, atau walaupun diri masih keliru akan pengertian sebuah perkataan yang dieja dengan huruf c. A. N. T. i. k, atau tak mengerti dan mungkin tak akan pernah memahami bagaimana dengan kelihatan cantik bisa membuatkan orang jatuh hati.

Kanak-kanak menelaah daripada pemerhatian, membuat pengiraan berdasarkan persekitaran dan membaca jua mengenal sifat berpandukan penceritaan.

Jika kecantikan luaran yang diutamakan, bukanlah sesuatu yang ajaib seperti cerita Cinderella atau Jula Juli Bintang Tiga mahupun Kamer Rider apabila anak-anak kecil itu dewasa nanti akan mengikuti jejak langkah artist pujaan mereka, punya perasaan ingin tahu yang tinggi bak di zaman renaissance tentang perkembangan fashion dunia dan mengimpikan untuk menjadi terkenal walau dengan apa cara sekalipun, meski harus berdondang sayang di pentas pada setiap minggu, atau harus berjenaka lucu menggeletek hati penonton.

Jangan juga terkejut atau menggelabah apabila sudah menginjak dewasa, tidak segan-segan untuk tampil menampakkan segala aurat yang terlarang, tak janggal untuk bersolek kepada yang bukan hak, dan tak kisah untuk mengeksploitasi wajah dan bentuk tubuh untuk hiburan. Kerana itulah yang diajar sedari kecil. Yang penting, berpakaian cantik; tanpa kisah segala celah yang terbuka atau badan yang terseksa semata-mata untuk kelihatan ramping, atau juga ruh yang menanggung dosa. Yang penting mata-mata yang memandang tersenyum tanda tergoda, tak kisah walau disukai tanpa dihormati.

Alangkah ngerinya andai rupa paras dititik beratkan oleh si kecil ketika mereka membuat keputusan untuk menyayangi ibu mereka. ‘ saya sayang ibu saya kerana ibu saya cantik dan seksi’ ‘ibu saya baik. Saya tahu ibu baik sebab ibu cantik.’ ‘saya suka ibu. Semua orang pun sama, sebab tu diorang tak berkelip mata memandang ibu yang hanya memakai shorts and spaghetti top’. Atau, ‘ibu saya tak lawa, saya tak suka dia’, ‘ibu jahat sebab muka dia tak lawa’, ‘mama, boleh tak nana nak tukar mama, qila punye mama lagi lawa daripada mama, nana nak mama qila jadi mama nana, boleh?’

Namun bersyukurlah, anak- anak kecil walau betapa comot mukanya dicat dengan calitan warna, atau betapa letihnya dipaksa menyayi dan mengingati langkah tari atau betapa tua mereka kelihatan akibat pakaian yang terlalu kedewasaan, betapa berat sanggul palsu melilit kepala, mereka ternyata masih punya fitrah. Fitrah yang masih suci, menggunakan naluri untuk merasai nilai kasih sayang hakiki daripada seorang yang bergelar ibu. Masih punya rasa untuk menyayangi insan yang melahirkan mereka walau insan itu tidak punya rupa. Masih mampu untuk menyayangi biarpun fikiran mereka senantiasa diracuni. Diracuni ideologi yang ternyata memakan diri. Memperhamba diri untuk kelihatan cantik. Syukurlah hati yang suci masih punya naluri insani sebagai terapi. Sebagai penawar racun jiwa.

Sayang, gerak lincah anak-anak kecil ini mempamer aksi dan senyum manis seringkali disalah erti. Mengundang manusia yang punya penyakit di hati. Akhirnya si kecil menjadi mangsa, diculik dan dibunuh dan entah apa lagi. Zaman sudah berubah, itu sudah pasti, Cuma entahkan semakin bertamadun entahkan melangkah ke zaman batu. Mungkin juga orang yang di zaman batu hairan akan kehampagasan dunia moden yang dipenuhi nafsu.

Tanpa sedar, kawan sudah di sisi.Turut melihat pada kanak-kanak yang sedang menyanyi menampil bakat. Terlalu lama dia bermonolog di situ. Si kecil sudah bergantian beraksi, cuba menambat hati penonton, supaya bisa dinobat juara, bukan untuk mereka, tapi agar ibubapa gembira.

Dia memandang kawannya, tersenyum dalam duka, sebelum mengajak pulang. Dalam hati semoga ada peluang pada kanak-kanak itu nanti tahu akan erti kecantikan sebenar. Dari dalam, dari hati yang disinari keimanan dan keindahan akhlak. Berpandukan Kalam Allah dan sunnah Rasulullah. Juga doanya untuk diri sendiri, semoga dikurniakan keindahan akhlak dan nikmat iman dalam beramal.

Usahlah telah terantuk baru nak mengadah. Telah rosak baru semua kecoh ingin memulihkan. Sudah tercemar baru sibuk-sibuk membuka mulut, mata dan minda.

Selamat hari buruh bagi yang mengabdi diri dalam agama Nya.

Selamat hari ibu yang bakal menjelma bagi semua ibu-ibu yang akan, sedang, atau telah bersusah payah mencorak hidup anak-anak mereka dengan sentuhan kasih sayang dan nilai-nilai agama bagi menghasilkan hasil seni yang ulung.

Semoga semua dibalas syurga, atas kasih suci yang tak ternilai harganya

Atas didikan iman yang tidak terhingga

Semoga tiada istilah berputus asa jua terpadam rasa kecewa

mari belajar dari si kecil

kasih suci

perjalanan masih jauh

harus kau tempuh

ku disini memerhati

tanpa rasa sangsi

jangan gentar ada sabar

semat di jiwa

ku disini mendampingi

agar kau mengerti

berlarilah kau berlari

terbannglah di kau terbang tinggi

bumi yang kau jejaki

janganlah dikau lupai

andai ku capai si pelangi

akan ku serahkan padamu

agar dapat kau mewarnai

seluruh hidup nanti

yang hitam harus dijauhi

jangan disimpan dalam hati

putihkan jiwamu dengan kasih suci

ku terima dirimu dengan seadanya

dalam suka dalam duka

kau tetap cahaya

ku bersyukur pada yang Esa

punya segala-galanya

sederhana tapi yang sempurna

2 comments:

nur hafidah ishak said...

nice job darling..i love it..

ayasofia said...

thank you akak
glad that u enjoy it