Tuesday, December 9, 2008

kErana DiA cInta

Apabila engkau berlimpah nikmat
maka jagalah

karena maksiat
akan membuat nikmat hilang dan lenyap


'Sesungguhnya maksiat itu muncul diakibatkan oleh lemahnya rasa cinta.


Maka kesabaran hamba untuk menahan diri dari perbuatan maksiat itu sangat tergantung pada kekuatan imannya.


Setiap kali imannya kukuh maka kesabarannya pun akan kuat…


dan apabila imannya melemah maka sabarnya pun melemah…


Dan barang siapa yang menyangka bahwa dia akan sanggup meninggalkan pelbagai macam penyimpangan dan perbuatan maksiat tanpa dibekali keimanan yang kukuh maka sungguh dia telah keliru.'


( ‘Asyru Nashaa’ih libnil Qayyim li shabri ‘anil ma’shiyah)


‘Yups madam. No worries, semua dah beres. Semua dah tau nak buat apa. Tunggu akak je kasik barang, everything will be fine, ok?’ dia tersenyum walau tau tiada siapa yang melihat. Suka dia mengusik teman yang beberapa tahun lebih tua darinya dan dipanggil akak itu. Butang merah ditekan sebelum pandangan kembali difokus pada jalur tar di depan. Memerhati setiap papan tanda agar dia tidak terlepas sebarang selekoh. Agar tidak tersesat.


Dia cuba mengingat entah kerana apa tergerak hati untuk mengikuti sambutan ini. Sambutan raya adalah satu yang normal baginya, dirai setiap tahun. Tapi untuk pergi jauh dari teman-teman yang telah lama bersama semenjak tahun pertama dia di situ, bukan suatu kebiasaan. Sangat bersalah mengingatkan betapa dia meninggalkan teman-temannya mempersiapkan juadah sementara dia hanya dapat membantu pada sebelah petang hari raya sahaja.


Kenapa begitu mendesak bagi dirinya untuk pergi jauh dari teman-teman, keluar dari lingkungan yang dia rasakan selesa untuk sesuatu yang dia tak punya sebarang idea akan apa yang berlaku nanti? Kenapa ya begitu cepat sekali dia memutuskan dan memberi persetujuan tatkala borang sudah di tangan? Berusaha mencari contact person dan juga membantu bertanya pada yang lain. Rencana Allah, tak siapa tahu.


Dia menggeleng kepala perlahan. Membiar senyum mekar di bibir. Memang dia begitu, suka membuat keputusan melulu tanpa berfikir panjang. Cumanya, dia mengharapkan keputusan yang dibuat kali ini, bukan suatu yang sia-sia. Semoga ada rahmah dan berkat pada setiap langkah yang dilaluinya.


Mungkin dia juga ingin tahu bagaimana rasanya ‘keluar’. Keluar mencari erti hidup, lebih-lebih lagi di waktu meraikan suatu yang dipanggil ‘festive of sacrifice’. Sedang mahu tahu bagaimana nikmat sebenar sebuah pengorbanan, memencil diri, cuba mencari damai yang abadi dengan menghisab kelemahan diri. Memperingati dosa-dosa silam dan mengharap sebuah kemaafan, pada hari-hari awal bulan dzulhijjah. Pada hari wukuf yang doa dimakbul.


Dia sedar, terlalu selesa membawa padah pada imannya. Semakin jarang menghitung amalan. Ceria bergembira dan bergelak ketawa yang tak terhingga. Maka dia cuba menghidupkan kembali cahaya iman yang selalu sahaja kusam tak bermaya. Mengatur langkah dalam diam supaya dia kembali memikir dan mencari tujuan sebenar hidup ini.


Dan hasil dari pencariannya membawa dia ke daerah ini. Daerah asing yang dia sedikit keliru tentang sebutan namanya. Entah apa. Mengikuti kembara desa dalam memeriahkan sambutan eid bersama penduduk kampung yang kurang mampu.


Ya, sebuah desa yang damai dengan penduduk yang masih gigih menimba air dari telaga buat kegunaan harian, yang masih punya binaan beratap dan berdinding nipah, yang masih punya nilai-nilai traditional. Mungkin itu the best remedies buat mengubat penyakit wahan dalam diri.


Dia tersengih seorang diri. Memang kekok menimba air setiap kali ingin berwuduk. Ditambah keheningan air dari telaga yang dingin sewaktu subuh. Juga betapa beratnya timba penuh air yang harus diangkat dari dasar telaga kemudian dibawa ke kolah buat mengambil wuduk dan membersih diri. Mengingati malam yang kerap kali tidurnya terganggu dek serangan dari semua hala incik nyamuk dan tangan serta kakinya yang penuh dengan bintik-bintik merah pada keesokannya.


Tambahan pula sukarnya berinteraksi dalam bahasa yang berbeza. Yang tak pernah dia gunakan sebelum ini. Dan pada kegelabahan memberi makan kepada haiwan yang bakal menjadi kurban serta cubaannya memegang kambing pertama kali. Dia tersenyum lagi tanpa henti. Mengenang betapa mungkin dia tak pandai merahsia perasaan. Adat di desa, makanan buat menjamu hadirin mungkin tidak mencukupi, semua diajar berbagi namun dia bukan seorang yang boleh dikeyangkan dengan snack.


Perutnya yang lapar berbunyi untuk diisi. ‘will you be fine? You look hungry.’ ‘Impossible. Obvious sangat ke? Is it written here on my forehead?ceih’ dalam senyum sumbing dia berbisik pada temannya disebelah yang juga sedaya upaya cuba menahan tawa setelah mendengar pertanyaan dari pihak consumption. Memang lapar namun dia cuba memujuk diri, menghiburkan hati dengan irama takbir.


Meyakinkan diri, yang paling dia ingini adalah mendengar nama Tuhan nya disebut bagi mengairi jiwa yang tandus. Cuba untuk mengingati bagaimana gembiranya Ibrahim tatkala malaikat yang merubah rupa sebagai manusia datang menguji dengan memuji nama Tuhan. Ibrahim yang mendengar, ingin mendengar lagi dan lagi sehingga sanggup menyerahkan semua kambing-kambing peliharaannya demi mendengarkan lagi nama Tuhan nya disebut dan dipuji.


Mesmerized by the beautiful praisings. Hingga akhirnya malaikat akur, ibrahim ternyata khalilullah. The friend of Allah. Yang sanggup menggadai harta bahkan anaknya demi Tuhan. Itu juga yang dia mahu. Tenggelam dalam keindahan nama Tuhan nya yang telah menciptakan dan memberi kasih sayang kepadanya selama di dunia. Belajar dan mengajar diri untuk berkorban.


Sukar namun indah. Indah untuk diingati dan mengkritik diri. Seindah malam raya melagu takbir yang mempesonakan usai isya’. Juga pada indahnya hujan renyai sewaktu bersolat eid di laman, berlarian usai mendengar khutbah tatkala hujan yang tadinya renyai bertukar rentak. Menghambur titis-titis air dengan meriahnya. Seakan turut sama ingin merai dan mengingati pengorbanan ibrahim dan anaknya. juga setenang mendengar takbir dilaung tatkala haiwan dikurban. Satu hari yang indah. Ya, satu hari mencari cinta...cinta Ilahi. Semua itu rahmat. Semua itu berkat.


Tanpa sedar, dia harus pulang. Mungkin selepas habis urusan penyembelihan. Dia mahu melihat dan menyaksi. Semoga membawa keinsafan dalam diri pada ketaatan ibrahim melaksana arahan dan patuhnya ismail bersama cinta yang mendalam. Tanpa sedar sudah kali yang sekian dia menggelamun di pagi raya. ‘tak nak ambik gambar ke? Ko kalau bab-bab macam ni biasa galak,’ teman mengusik tatkala melihat dia hanya memerhati haiwan kurban di situ dengan tangan kosong.. Dan dia hanya terdiam. Tersenyum cuma. Bukan tak mahu tapi memberi ruang pada haiwan kurban menghadap Ilahi, biar dengan iringan gema takbir bukan kerlipan lampu kamera.


Dia masih di situ. Hanya beberapa inci dari haiwan di sebelahnya. Sebentar lagi, haiwan itu akan dibawa berada bersebelahan lubang khas yang digali buat darah yang menghambur keluar, dibaringkan di atas rusuk kiri, dihadapkan ke kiblat. Dengan nama Allah, selawat dan iringan takbir, pisau tajam di pangkal leher memutus salur pernafasan, salur pencernaan dan salur darah. Dia hanya tersenyum sayu melihat haiwan itu yang seakan degil, tidak mahu melangkah. ‘degil, macam orang yang buat korban jugak,’ hati berbisik nakal. Menggeleng kepala perlahan.


Namun tak lama. Rasa sayu mula melanda, air mata yang bergenang cuba ditahan berlatar suara takbir memuji keagungan Nya. Tatkala darah sembelihan menitis ke bumi, dia turut berdoa dan merayu pada Tuhan dalam titis-titis air yang membasahi bumi agar dosa-dosanya juga turut gugur ke bumi. Semua sekali. Semoga dia dibersihkan dari segala salah dan silap yang terlalu banyak membeban jiwa dan mendera perasaan. Semoga dia ketemu arah tuju yang hilang. Dan mata ini seakan tidak mahu berganjak. Masih setia memerhati haiwan itu disembelih, sehingga darah yang mengalir tidak sebanyak tadi, kemudian setia menemani proses lapahan daging, menyiat kulit dan menjadi bahagian-bahagian kecil.


Terbayang kesenangan menjadi haiwan kurban. Hidup beribadah dan mengingati Nya, akhir hayat dirai dengan laungan takbir memuji Ilahi. Dan manusia biasa sepertinya, masih tak tahu hujung sebuah kehidupan. Terbayang juga sukarnya maut dicabut dari jasad. Tambah-tambah lagi bagaimana keadaan dia yang banyak noda. Semoga matinya juga dalam fitrah suci dan putih. Dalam mengingati dan memuji Allah Sang Pencipta. Ya, mati itu suatu yang pasti.


::bersama merai sebuah cinta yang hakiki...yang hanya ada pada Nya. satu tiada dua::


~commemoration and remembrance 'the festive of sacrifice of the prophet abraham and ishmael...sebuah pengorbanan buat beli cinta suci~


happy eid adha al mubarak

No comments: