‘hampeh, basah satu badan dengan rambut-rambut sekali.’
Temannya yang baru pulang dari kelas membebel, melihat pada hujung jeans yang bercampur tanah, sneakers yang basah dan rambut yang lembap akibat meredah hujan dalam perjalanan pulang. Melihat pada beg yang agak lencun buat memayung kepala, temannya sekadar menggeleng.
Dan dia sekadar memperati. Sebelum menghilang ke dapur untuk membancuh teh panas buat teman yang kesejukkan.
‘macam mana boleh lupa nak bawak payung ni?’ dia bertanya sambil cawan di letakkan di atas meja teh berdepan dengan temannya.
‘my worst nightmare. Bangun lambat, pi kelas tertinggal bus and on the way back, you did see what just happened, right?’ mencapai tangkai cawan, dengan perlahan teh dihirup. Tangan satu lagi menekan butang on pada remote control.
Bayangan temannya masih di ingatan. Seminggu berlalu, ada lagi 2 minggu sebelum temannya pulang dari outstation, bekerja di lapangan, menimba pengalaman sebelum benar-benar melangkah kaki ke alam pekerjaan setelah lama menuntut ilmu.
Tak sedar, seorang lagi teman serumah telah sedia mengambil posisi bertentangan dengannya, duduk di atas buaian di laman depan.
‘wei, budget la kalau nak termenung. Sampai duduk depan mata pun buat tak peduli, fikir masalah ummat nampak,’ dia membuka mulut ketawa lepas, senang dengan gurauan temannya yang seorang ni.
‘nope, saja terfikir ko masak apa malam ni. Better be good, ok? Aku tak nak end up tersangkut lama-lama dalam toilet.’ Temannya mencebik, namun tak lama. Turut tersenyum.
‘cakap based on experience ke?’
dia tersedak, ‘banyakla,’ sudahnya hanya sepatah yang mampu dijawab.
Hening seketika sebelum temannya memula kata. ‘budak tu bukan menolak, memang dia cuba akur pada tuntutan tapi dia risau dengan pandangan orang,’
‘People. They’ll definitely talk. Freedom of expression, it’s what they called it,’ dia mencelah sambil melihat jambangan bunga yang sedang mekar melingkar di pagar rumah.
‘She’s still struggling. Hope she’ll find her way soon,’ kedengaran suara temannya bersama sebuah keluhan.
‘dia memang boleh buat, trust me. Just give her time and space.’
‘yeaaah, we’ll support her. It’s a definite. She’s new dalam benda ni, nak berubah bukan senang. Nak tak nak, telinga tangkap jugak bunyi-bunyi sumbang,’
dia takat gelak, sambil geleng kepala, ‘macam mana bunyinya sumbang tu cik kak?’
‘common, you know what I mean. Bukan ko tak pernah kena dulu,’
‘Let’s forget and forgive. People change. Mula-mula susah nak terima, tapi kalau kita bersungguh, nanti-nanti diorang terimalah,’
‘itu yang dia tak sanggup, untuk menunggu yang nanti-nanti. As if, you’re waiting for the uncertainty. She tried once, you know, tapi tak bertahan. Kesian, bila kawan sendiri pun nampak tak happy dengan apa yang dia cuba buat,’
‘i heard that. After all, it’s not about time and space i guess. It’s more to perception. Macam mana nak yakinkan kawan-kawan yang kamu tak berubah dan kalau berubah pun untuk yang terbaik,’
‘her friends keep on questioning her, ko tau. May be they scared of the fact that they might lose her.’
‘sampai masuk bab racism. Her friends even asked her either she’s on the process of melayusation.’ Katanya tenang sambil membuat isyarat pembuka dan penutup kata.
Temannya tersenyum lemah sambil meneguk jus mangga di tangan. dia kembali menyambung ‘And some begged for the old version of her. Banyak tekanan kat budak tu, she managed to survive for couples of days before she went blank, uncertain, total destruction then gave up.’
‘hehehhe, melayusation? Guess that they forget bout the fact that a Muslim is not necessary a Malay. Kalau macam tu, dah lama la aku diarabkan, since Islam tu datang dari tanah arab. Tapi, gosh! Even how hard i try, with exception pi buat plastic surgery untuk rhinoplasty or pakai cream pencerah ‘kerana diriku begitu berharga’, I’m still who I’m. Even dah tutup aurat, pakai baju labuh dan tudung litup, solat, puasa dan mengucap, surprise! aku still seorang melayu, hidung tak mancung, kulit pun tak cerah, kening tak terbentuk, tak pulak boleh speaking Arab. tak de berubahnya bangsa orang tu kerana ikut ajaran Islam. Jangan harap atau perasan. Who are you kidding?’
‘couldn’t agree more. Manusia takut sesuatu yang dia tak faham dan tak nak tahu. Hanya pandai menakkul. Itulah kelemahan manusia. Kerana terbukti, takulan tidak hanya datang dari akal, tapi turut dipengaruhi nafsu dan perasaan. Yang bila-bila saja, takulan kita bisa jadi sesuatu yang tidak valid. Sebab tu turunnya Quran dan Nabi sebagai penunnjuk arah, agar terlentur sikap manusia yang selalu sekadar bersangka-sangka.’ Seketika suasana kembali hening, cuma kicauan burung kembali ke sarang yang kedengaran.
‘If her friends scared about her melayusation process, boleh aje, just wear what she wants according to her culture of origin janji tutup semua yang patut ditutup.’
‘Yeah, that’s the case. Janggalkan kalau tak ikut majority. Our dressing usually depends on the geographical area. Lebih senang pakai berlandas syariat disesuaikan dengan local culture yang kat mana kita berada agar tak terjungkit atau tercuit rasa awkward. Supaya lebih mudah menyesuaikan diri. Tak perlu selalu berjubah, baju kurung pun dibuat to suit the purpose of menutup aurat itself, atau apa-apa baju pun traditional or modern wear depends la kat mana kamu berada, just mix and match. Tak timbul diarabkan atau dimelayukan. Common, be more logical. Genetic makeup is the one that runs the phenotype, not the way you dress.’
‘semoga semudah itu mereka dapat memahami.’ Melafaz dengan harapan yang menggunung. ‘aku tak nak dia terus hanyut. Tertangguh nak mengerjakan syariat dek kata-kata yang menyakitkan dan menyeksa jiwa. Mematikan semangat dia untuk menjadi lebih baik,’
‘Selain mulut dan mata-mata yang tak mendokong, ada jugak yang memandang rendah kat dia. Stereotyping and generalizing berasa diorang lebih baik kerana tak hypocrite sebab ramai aja yang bertutup tapi berhati kurang baik a.k.a buat benda yang kurang sopan.’ Temannya turun dari buaian dan mula bergerak ke arah paip air, menggapai hose buat menyiram bunga.
‘kenapa? Diorang rasa banyak yang bertutup ni ada penyakit holier than thou ke?’ perlahan tersenyum sumbing, melihat pergerakan temannya yang bergerak dari satu pokok bunga kepada yang lain.
‘It’s a curse backfire. Sapa sebenarnya yang budget bagus? Yang rasa diri tak hypocrite tu ke? O man, tak
dia sekadar tergelak perlahan. Selebihnya dia keliru. ‘ada la sikit terlebih budget kat situ. Rasa diri tu je yang suci, meghadapi hidup sehari-hari dengan sangat jujur lagi berhemah dan menunjukkan diri sebenar tanpa perlu berlindung lagi dalam urusan melanggar syariah.’
‘sampai bila nak hidup dengan berprasangka buruk pada orang lain. Look, asyik nak layan budget diri sendiri, tu yang seumur hidup tak nak berubah sebab selalu rasa diri lebih baik dari yang lain. Akhirnya, sibuk perasan dan mengumpat orang, syariat dilanggar tanpa rasa salah.’
‘yang bertutup tu at least they try their best untuk jalankan that particular syariat, biarpun sedar diri tak sempurna, even they are aware of banyak lagi lubang-lubang kosong dalam menegakkan agama yang harus ditampal. Diorang dah mencuba, dapat hikmah atau tidak itu urusan Allah. Kita manusia, sekadar berusaha semoga dengan pembaikan dalam urusan aurat will lead to other improvement sebelum menutup mata. Mungkin sekejap dah dapat hikmah, mungkin ada yang perlu lebih masa sebelum hikmah itu menyapa.’ Dia berhenti, memberi ruang agar tidak terlalu emotional.
‘so true, even though tak consistent, buka tutup or have problems with the attitude, may be satu hari nanti dengan berkah niat dia cuba untuk menutup aurat, will lead to another strand of hidayah penetrating deep into the heart. Soal hati, siapa tahu.’
‘you know what, I do believe that we do judge the book by its cover. Kalau aku, aku memang judge a person based on his/her physical appearance. Perlakuan fizikal yang biasa aku perati. Since I’m not a mind-reader or have this one kind of gadget yang boleh baca tahap kebersihan/ kesucian/ keluhuran/ keikhlasan hati seseorang. Yang terlihat jelas dek pandangan mata, itulah saja yang mampu dinilai. aku yang ntah apa-apa ni menilai, yang bertutup sekurang-kurangnya berusaha walau mungkin selalu terlalai. To err is human. Dalam hidup kadang-kadang ada masa tersangkut, tersadung, terjatuh. Apa susah, lepas tu lekas-lekas bangun balik’
dia turut turun dari buaian, membantu temannya menggulung hose sebelum beriringan masuk ke dalam rumah. Ya, memang hidup umpama bayi yang baru belajar bertatih. Selalu tersadung, tapi itu bukan bererti selamanya bayi itu akan begitu, suatu hari akan bisa berjalan, berlari dan berjaga-jaga dalam melangkah atas dasar belajar melalui pengalaman. Manusia begitu juga, tersadung dalam mencari hidayah dan kebenaran, tak semestinya selamanya akan dalam kegelapan. Suatu hari akan sedar juga perjalanan hidup sebagai manusia bukan untuk mendengar atau mengikut segala pandangan orang, tapi hidup adalah suatu usaha cuba sedaya upaya membuka ruang hati ketika hidayah datang mencari.
Dan saya, saya, saya juga kamu. Tolongla give and show support to those who want to change for good. Boleh?
No comments:
Post a Comment