Sunday, December 21, 2008

taQdIr nAn indaH



Pergilah kecewa…..sungguh taqdir Allah itu indah.



Day 1:

-6.00 got free bruises when ‘visiting’ washroom

-7.30 to auditorium

-10.30 met thesis advisor

-12.00 2-hour waiting had come to an end. make another appointment – next time

-12.30 walking back (tertinggal beg dengan kawan), no money no public transport

-15.30 took bus, to usrah -evening = injured (tapi dalam hati), someone unintentionally telah terlaser à fractura hepatica (patah hati) :)



Day 2:

-7.00 to lab

-9.00 to lecture hall

-9.30 met the dentist (the lecture was postponed)

-10.10 another lecture

-11.00 final lecture for the day

-12.00 owh hoho! Tutorial (not prepared, baru tau time lab paginya)

-13.00 lab again but cancelled later after the blackout

-13.30 looking for the time to replace the session (mengeluh beramai-ramai tentang pretest)

-14.00 going back

-19.00 baru siap keyed in data

mengingat-ingat akan schedule yang penuh.



Kembali mengimbas akan rasa sakit di hati. ‘mulut orang, kadang-kadang terlebih laju dari akal,’ dia cuba sedaya upaya meyakinkan dalam hati. Sungguh mungkin tak disengajakan. Tak mau mengulang kembali apa ynag telah terjadi petang itu. Pedihnya masih tersisa.



Mendongak memandang langit yang mendung dan sarat menunggu masa untuk menjatuhkan titis titis air ke bumi. Cuba belajar untuk faham, menerima rasa hati dan mencari ketenangan. Itu suratan bukan kebetulan.



Rupa-rupanya rencana Allah itu indah. Belum pun ujian datang, Dia telah turunkan penawar. Mujur.Sangat-sangat. Tuhan memberikan kekuatan atas setiap dugaan.Buat dia sedar, itu adalah ujian.Bahagian untuknya. Sama ada mau redha atau menyambung kecewa.



‘tiada yang malang atau beruntung dalam hidup, dear. It’s a mind over the matter. If one doesn’t mind, then it doesn’t matter.’ Itu bait kata yang sempat menerjah ke telinganya sewaktu pengajian minggu lepas.‘setiap ujian yang datang adalah daripada Allah, sabar atas kesusahan mendapat pahala, bersyukur atas nikmat dan kesenangan juga beroleh pahala.’



Sabar...sesuatu yang dia cuba gapai dan harap tak kan hilang.



‘bertuah ke tak tu hanya menurut pandangan seseorang. Dengan akal yang terhad kita sebagai manusia berangan untuk menilai dunia yang luas ciptaan Nya. cuba menghitung –hitung apa yang Dia beri. Entahkan apa yang dinilai yang sebatas akal itu benar atau tidak, tak siapa tahu. Apa yang disangka tentang untung nasib itu hanya mainan perasaan saja. Manusia sekadar bersangka-sangka akan perjalanan hidupnya. Terkadang kecewa menghimpit bila semuanya tak seperti yang diharap, bila nikmat kembali diambil atau lupa daratan lantas mendepang dada mengaku berkuasa apabila terhasil segala usaha.’



Dan dia tidak mahu bersangka yang bukan-bukan dengan Tuhan nya yang telah menciptakan. Perlu belajar mencari hikmah atas setiap kejadian.



‘manusia menjadi lebih parah apabila perhitungan dipandu nafsu. Seringkali timbulnya perbandingan antara dua kehidupan. Siapa yang lebih pandai, cantik, bertuah, beruntung. Semua yang membawa tawa dan gembira. Kesenangan bagi yang dipuji. Siapa yang kurang dari semua segi dilabel sebagai gagal. Tak bertuah. siapa manusia untuk mengadili ketetapan Allah atas setiap garis suratan kehidupan? ’



cuba bertanya diri soalan yang sama. Semoga sedar akan hakikat sebagai hamba. Yang dijadikan hanya untuk 2 perkara. Sabar dan syukur.

‘manusia mudah lupa. Lupa pada pesanan kekasih Nya.

“Begitu istimewa kehidupan seorang mukmin. Kehidupannya semua baik sahaja. Dan keadaan itu hanya dirasakan oleh orang mukmin. Apabila ia mendapat kesenangan, maka ia bersyukur, dan kesyukuran itu baik baginya. Dan sekiranya ia ditimpa kesusahan, ia bersabar di atas kesusahan itu, maka kesabaran itu baik baginya (Riwayat Imam Muslim)”

Jadi, mana yang malangnya?’



mana? dia menggeleng seorang diri tatkala pesanan dari pengajian petang yang lalu bermain di ingatan. Hujan renyai menitiskan air dan membawa kesegaran petang yang nyaman.



‘Ya, tiada. Sekadar ukuran manusia buat mengukur sebuah duniawi. Sering lupa rezeki ada di tangan Tuhan, setiap orang punya bahagian yang tersendiri. sering lalai bahawa garis hidupnya dengan izin Allah, sering berbangga akan kebolehan diri, sering dengki pada bahagian orang lain dan sering ingkar pada arahan Nya. Meminta redha dari Nya namun berat hati untuk redha akan taqdir dari Nya. Ironic bukan?’



‘ironic bukan?’ tapa sedar ayat itu diulang.



‘maka kerana itu harus seiring. Dalam doa meminta redha dan syurga, berlindung dari amarah Nya dan neraka, juga harus terbit dalam diri akan perasaan redha pada segala taqdir yang tertulis buat manusia. Taqdir itu punya 2 bahagian. Satu yang bernama qadar, satu lagi pula qada. Bicara tentang taqdir harus selalu hati-hati. Jangan beremosi. Memandang taqdir sebagai ketentuan pula perlu dua perkara pokok. Rela dan ikhlas.’



Dia memandang titisan yang semakin laju dan besar.Hujan bawa rahmat ke seluruh alam. Ujian juga rahmat kepada hamba Nya yang beriman. Sabarlah hati...



‘dan godaan dari memandang taqdir Allah dengan rela dan ikhlas adalah nafsu. Membanding bahagian orang dengan bahagian sendiri. Manakan sama kerna semua itu telah Dia perhitungkan dengan sebaiknya. Jangan terdetik ragu pada perancangan Nya. sungguh Dia sebaik-baik perancang.’



‘qada itu ketentuan. Pengikat manusia. Maka tugas manusia adalah untuk patuh pada ketentuan yang telah ditetapkan. Yang jelas perintah diturut, segala larangannya ditinggal jauh. Umpama jalan lurus terbentang di depan mata, andai ada yang sengaja mahu menyusahkan diri mencari jalan lain, itu petanda dia sombong. Allah mahu memudahkan hamba Nya, tidak mahu dibiar sesat, maka dibekalkan panduan. Jika ada yang mahu berpandu selain yang diberi Ilahi, jelas dia mengira dia mampu mencari sendiri jalan tanpa tersesat. Jelas dia berlagak sombong sedang tiada ilmu di tangan.’


Agak kuat bacaannya. Cuba meyakinkan diri supaya tunduk dan patuh, belajar menguasai nafsu setelah sekian lama dikuasai.



‘qadar itu ukuran. Umpama timeline yang telah Allah tetapkan ke atas setiap hamba di setiap peringkat usia. Lahir ke dunia, belajar merangkak, duduk, berjalan, berlari, berbasikal. Itu sudah Allah tetapkan tempoh masanya. Dengannya manusia dapat mengenal dan belajar erti pertumbuhan dan tumbesaran. Mengkaji sebarang ketidak normalan dan mencari penawar bagi memulihkan. jua mendidik kerendahan hati melihat segala keagungan Nya yang Maha Esa. Pelbagai bangsa jua sebuah ketetapan. Bukan untuk berbangga-bangga, tapi sebagai asbab untuk sebuah erti bahagia...’


dia menutup notanya. Hujan hampir berenti, melihat takung-takung air di luar rumah dan rintik-rintik hujan.



Jika alam mampu menerima setiap perubahan cuaca dan masih bisa berzikir memuja Nya, kenapa dia yang telah diberi akal seringkali terlalu cepat melatah pada setiap dugaan dari Nya?

No comments: