Monday, March 30, 2009

dOndang sAyang




Yang kurik itu kendi. Yang merah itu saga. Yang cantik itu budi. Yang indah itu bahasa. (ewah)

Mari kita bersikap kemelayuan. Ini bukan racist. Tapi sekadar tak mahu warisan bangsa terhakis.




Apa yang tinggal kalau semuanya hilang?




Baju kurung.




lebih senang berbaju kurung daripada berseluar atau berskirt. Pernah mendengar barisan pembangkang pakaian traditional memberi hujah. Konon dah tak valid dengan arus zaman. Pernah juga kawan tertanya-tanya tentang keselesaan berbaju kurung, tentang haba dan kelajuan gerakan. Tapi yang peliknya, kawan yang sama yang selalu ketinggalan di belakang apabila berjalan. Dan dua perkataan untuk itu, ‘kau apa hal?’




karya klasik




anak bangsa sudah ada kisah-kisah tauladan buat pengajaran dan bekalan. dia lebih suka kisah badang daripada kisah bawang (bawang putih bawang merah). Kisah anak durhaka dan haiwan teladan.Iya, tidak semenarik kisah para Nabi dan rasul. Tapi bukan juga kisah yang cliché yang lurus bendul. Pengaruh budaya dan cerita dari barat harus diminimumkan. Mungkin patut dibuang. Eh, penting supaya tak terawang-awang cuba mencapai awan. Especially yang cinta-cintan.



- Cinderella: (Cendrillon, Aschenputtel, Cenicienta, Cenerentola)


ini cerita seorang perempuan miskin yang sebenarnya kaya tetapi harta diambil percuma oleh ibu tiri dengan bergaya. Watak kegemaran: ibu tiri. Sebab: jahat dan bercita-cita tinggi J banyak persoalan yang tak terjawab.


- kenapa watak utama hilang usaha dan putus asa? Sekadar makan hati dan bersedih seorang diri. Mujur ada kelebihan bercakap dengan haiwan. Kalau tak, dengan siapa dia hendak berkawan? Kesian.


- A young woman living in unfortunate circumstances which suddenly change to remarkable fortune

Tapi sayang, bukan dengan usaha sendiri. Sekadar bergantung pada kekasih hati.



- Sleeping beauty ( La Belle au Bois dormant, "The Beauty asleep in the wood” )


- Siapa yang hendak kepada perempuan yang kerjanya tidur sahaja tak pada-pada? Alih-alih bangun, tak pernah buat kerja pun. Tak pernah bersosial mahupun berkawan. Kurang pendedahan dalam perhubungan. Especially dalam hubungan lelaki dan perempuan. Hubungan bukan setakat rasa cinta tapi tanggungjawab harus dijaga. Makan, pakai dan sebagainya. Walaupun kamu puteri raja. Tetap harus belajar membuat kerja. Bukan bercantik-cantik sahaja.



- Beauty and the beast ( La Belle et la Bete )


- Ini menarik. 2 persoalan. Diambil daripada pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan. Adakah kerana terpengaruh dengan cerita perempuan yang lemah lembut dan akhirnya berjaya mencorak lelaki yang kasar, maka lebih banyak di antara mangsa domestic violence sekadar diam sahaja apabila didera? Mengharap suatu hari nanti si suami akan berubah dengan kuasa kasih sayangnya? Cuba meletakkan diri dalam kasut si beauty. Menyamakan nasib diri. Tapi mungkin di sini sering dilupa. Yang mengubah adalah yang Maha Esa. Apabila kamu hampir mati, silalah lapor pada polisi dan selamatkan diri.


- Atau mungkin cerita ini menyimpan satu cabaran. Sedari kecil sudah didendang-dendangkan, maka ramai yang sudah pandai pasang azam. Sengaja mencari yang panas baran, yang main perempuan kemudian dengan menggunakan kuasa bulan akan mengubahmu! Ok, nice try. Sengaja bermain api. Kerana percaya memang punya kuasa sakti. Akhirnya memakan diri sendiri. Apabila suami tak pernah hargai. Apabila suami tak juga mau berubah menjadi mithali.



- Rapunzel ( Rapunzel, Rapunzel, let down your hair, so that I may climb the golden stair )


- Kalau di zaman sekarang, sudah pasti menjadi model iklan. Rambut yang panjang mengurai. Tak mudah gugur. Sehinggakan boleh menampung berat badan sang putera. hebat bukan? Namun pasti lebih bergaya andai puteri raja memotong rambutnya, membuat untai dan turun dari menara. Sudah pasti dengan sendirinya. Tanpa pertolongan sesiapa. Mungkin akan menjadi ikon hari wanita sedunia. Bukan hanya perempuan yang dependent sahaja kerjanya.




Hakikatnya.hidup bukan berakhir dengan ‘happily ever after.’ Bahkan itu adalah sebuah permulaan. Ketika buku ditutup sebenarnya itulah mula kehidupan. Bagaiman nasib si perempuan. Cinderella, dapatkah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan idaman hati? Bagaimana melangkau status sosial dan rasa rendah diri? Mampukah dia selamanya mengekalkan kecantikan? Kerana itu apa yang pertama dilihat si putera. First impression. Love at the first sight. Apabila berkurang apa yang dibanggakan, adakah cinta juga akan hilang ? Mungkin akan beralih pada lain-lain rupawan dan si cantik anak bangsawan.




Mungkin apabila terlalu biasa dengan dogengan sana, setiap karya sudah hampir sama sahaja acuannya. Cerita cinta. Formula yang di tempatankan: perempuan miskin atau sederhana/ selalu didera + lelaki kaya. Bukan calang-calang kaya, tapi kerabat di raja (eg: Tengku........). Nama juga panjang berjela-jela. Iya, mungkin tak cukup ruang untuk mengisi sebarang borang hendaknya. Sikap juga tak ada beza. Perempuan baik, lelaki macam hapa. Namun keduanya terikat atas dasar rupa. Tapi kemudian seperti drama magical yang lain, segalanya mungkin. Semudah menghayun tongkat sakti milik pari-pari Cinderella, maka perkahwinan menjadi bahagia. Suami berubah rupa. Iya, harapan perlu ada. Tapi realiti perlu dijaga.




Dan ini pemaksaan terhadap perempuan. Dalam diam. Umpama memberi mesej halus. Jika mahu bahagia, baik kamu kurus. Kurus, putih, cantik, menarik. Sekali lagi ditegaskan, bukan tidak boleh memberi harapan. Tapi realiti jangan sesekali dilupakan. Mengapa yang cantik sahaja yang harus diutamakan. Sedang semua maklum, makhluk Tuhan ada pelbagai ragam. Juga pada warna kulit. Seolah-olah mengamal dasar apartheid. Benar, bukan semua cerita begitu. Dan bukan semua dongeng tempatan bermutu.




Kalau golongan tertentu pernah mewarwarkan mereka mangsa keadaan kerana mengaku mereka adalah perempuan yang terperangkap dalam tubuh lelaki, adakah minah-minah dan mat-mat saleh celup di luar juga mungkin mengalami situasi yang sama? Merasa diri mereka adalah daripada keturunan penjajah yang terperangkap dalam tubuh seorang yang berbangsa melayu? Come on. Kanak-kanak tadika kemas di sebelah rumah pun boleh tergelak mendengar dalil dan hujah seperti itu. Apa lagi kanak-kanak di taska abim. Mungkin mereka akan menggeleng kepala tambahan pula baru sahaja diajar oleh ustazah mereka tentang rukun iman yang keenam; percaya kepada qada’ dan qadar.




Maka, mungkin sudah sampai masa. Oh, bukan mahu bikin Negara bangsa. Cuma mahu menaiktarafkan dan memberi sesuatu kepada haknya. Sudah lama bahasa itu dianak tirikan dan dipandang sebelah mata. Sudah lama juga bangsa itu merana. Tak pernah berjaya-jaya. Yang berjaya hanyalah cubaan menjadikan diri semakin terhakis jati dek kerana penampilan yang dah tak serupa orang, dan Negara sekarang yang dah serupa berada di vegas. Orang tetap sama, takat make up yang berubah. Pakaian diolah. Alih-alih dah tak mahu mengaku dan malu menjadi melayu.




bahasa




bahasa itu ada rupa. Rupa yang mencerminkan bangsa. Setiap kata, diolah sesuai dengan agama. Sesuai dengan adat, budaya dan acara. Ada bidalan dan peribahasa. Pantun nasihat sesuai tempat. Itu akhirnya akan membentuk pemikiran sejagat. Bahasa asing lain tamadunnya, lain budaya dan agama. Ada yang sekular jangan dilupa. Maka setiap ilmu dan patah kata, hanya bersifat duniawi semata. Yang kemudian apabila dirasa dan dihadam oleh anak bangsa, akan membentuk acuan yag sama. Menjadi bangga berbahasa luar, pemikiran juga tidak jauh beza. Akhirnya hilang sudah tamadun bangsa. Tiada jati diri, hilang agama. Jangan memejam mata. Kesannya sudah dirasa. Imported TV series tiada hadnya. Sampaikan kalau tergeliat bercakap barat, boleh sahaja bilang bahasa seberang. Bahasa sendiri juga yang hilang. Tiada peminat, tiada tempat. Merempat.




Itu yang paling dibimbangi oleh mereka yang punya pemikiran tinggi. Bukan pada bahasa yang makin tenggelam. Tapi lebih kepada corak pemikiran yang makin kelam. Itu yang harus difaham. Mau alasan? Baik mari ditunjukkan. Ini daripada Datuk A. Samad Said, seorang sasterawan, ‘Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki, apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang mengucupkan bahasa ini.’




sekadar peringatan dan perbandingan. ‘yang kita dengar mereka yang bersosial di kelab malam ini mencari ruang perniagaan. Menambah pendapatan. Kerana berasa di tempat-tempat eksklusif seperti itu lebih mudah mencari kenalan. Sambil berhibur dapat bertukar fikiran. Membuka ruang pekerjaan. Apa ini? Yang memberi rezeki itu Tuhan, bukan tempat. Matlamat tak menghalalkan cara. Dan ini adalah dosa-dosa orang yang memperlekeh agama.’




Ya pemikiran melahirkan perbuatan. Apa yang difikir, itu yang ditunjukkan. Ideologi, bukan?


Wednesday, March 11, 2009

sAtirE




Eh, apa itu nyonyanya pak prof?’

‘eh, itu bini professor kan?’

‘eh, itu isteri professor ya?’




Be it nyonya, bini or isteri, the bottom line is all the words representing similar meaning.

Telah dipunya oleh encik suami dan telah sah ikatan melalui akad oleh pak cik kadi.




Sesetengah mengatakan the word ‘bini’ is a bit rude.




Heck, at least it’s a way better than the words:

  • mistress
  • Kekasih gelap
  • One-night stand
  • Or even girlfriend



Bosan.



Itu pendapat kamu tentang komitmen, tentang hubungan pernikahan.




Malangnya yang bosan itulah yang menyempurnakan hidup, melengkapkan norma. Bukan soal bosan atau menarik. Tapi kosong atau bererti. Apa guna tak bosan tapi kosong di dalam berbanding nampak bosan tapi kamu tahu ada ertinya pada kehidupan. Faham?



It’s a mind-over-the-matter problem. kamu yag mencipta suatu ruang kosong dalam perhubungan yang dengan mudah diterjemah sebagai bosan. Itu hanya nama yang kamu berikan ke atas perhubungan yang gagal setelah kelemahan itu bukan pada tali yang mengikat asalnya, bahkan terletak atas individu. The real challenge is whether a person can manipulate his feeling and create something from the so-called boring thing.



Simple namun payah untuk di aplikasi. Kalau tak percaya, lihat sahaja pada lambakan fail-fail di pejabat syariah. Bukan mintak untuk dinikah tapi future tense untuk itu. Divorce.




Kepada kamu yang bakal, telah dan sedang berumah tangga, selamat menempuh dengan tabah. Seseorang pernah menulis, ‘bahagia itu ada dalam diri. kalau kita masih tercari-cari, maka kita masih belum memiliki’.



Bahagia itu subjective. Tidak. Berjaya itu ya, sesuatu yang subjective. Tapi bahagia adalah objective. Berjaya itu usaha dan kerja. Bahagia itu apa yang dirasa. Kalau seseorang melakukan usaha dan bekerja walau dengan segala macam teknik dan taktik kotor sekalipun, jika dia mendapat pulangan yang positive dan menguntungkan maka dia dikira berjaya. Itu manusia yang punya tafsiran. Tak kira, memanipulasi tubuh dan bentuk badan untuk meraih gelaran atau berpeleseran di kelab-kelab malam dengan perkataan exclusive sebagai tambahan. sebaik mendapat hasil yang diimpikan, maka dia dikira beroleh kejayaan. Walau kedengaran dangkal.



Tapi bahagia bukan standard penglihatan biasa. Sekali lagi. sesuatu yang kamu rasa. Bukan komen-komen persis program realiti daripada jiran tetangga. Objective. Between yes and no. Mungkin kamu berjaya tapi tak bahagia. Tapi andai kamu bahagia pasti kamu berjaya. Kejayaan yang besar. Berhasil membuat diri mencapai rasa bahagia. Bukannya kehidupan yang dicanang-canang cool dan bebas tapi sebenarnya hambar tak punya rasa. Itu hanya kehidupan seorang loser.



Bahagia bukan datang dengan bangun pagi, menghadap cermin ketika menggosok gigi dan berulang kali memberi motivasi kendiri, ‘saya bahagia...saya bahagia...saya bahagia’ sebanyak 8 kali sehari. Ini bukan ubat yang harus dimakan dengan tepat. Tapi ini rahmat. Hasil kehidupan yang berkat. Kehidupan yang jauh daripada laknat. Kehidupan yang cuba dibawa pergi jauh daripada maksiat.



to run a marriage is like to have an organ transplant. an organ Grafting. Most of the time, the patient will never know who will turn out to become the donor. It just happened. Waiting and hoping and when the time comes, the miracle will hold you right in its arms. Bukan rupa yang dinilai tapi lebih kepada kelakuan. Macam derma organ. Bukan siapa penderma tapi apa reaksi badan si penerima. yes or no to the Compatibility. Immune response. Graft rejection. baik macam mana sekalipun tapi si degil immune system berkeras mahu menolak, tiada gunanya.




Sempurna mana sekalipun luaran tapi tiada keserasian akan sia-sia. Dan serasi itu ternyata bukan dari luar tapi dari dalam. Pada sifat dan sikap. Pada budi bicara dan bahasa. Pada agama. Sama macam transplant. Penolakan organ dari dalam. Daripada immune system badan. and here comes the Immunosuppressant. Corticosteroid- the drug of God. Terapi memujuk sang immune badan agar jangan nakal.



Dalam perkahwinan, perlu kepada Sabar dan syukur. Dua immunosuppressants yang mampu menghambat conflict dalaman sebuah pernikahan. Agar tidak terjadi menolakan dan perteligahan. Atau pemberontakan. Terapi memujuk hati agar redha dan menyakini akan takdir Ilahi. Itu yang dicari. Memujuk supaya menerima dengan rela hati. Namun sukar untuk diaplikasi. Sekali lagi, sikap dan sifat. Bukan rupa, harta dan tempat.



Sekian sahaja ucaptama untuk kamu kamu kamu dan kamu yang di luar sana. Selamat berbahagia. Entry ini membunuh 2 ekor burung dengan 1 batu. Ingin mengucapkan tahniah satu, dan memberi jawapan pada seseorang. Seseorang yang takut dirinya akan berada dalam keadaan bosan, hanya kerana mahukan perubahan yang membawa kepada kebaikan.




Kamu dapat rasakan, ini adalah sebuah jawapan? Jawapan pada sebuah persoalan. Persoalan tentang sebuah kehidupan. Kehidupan yang kamu katakan bosan. Iyalah. Bosan.berkeluarga, bekerjaya, menghabiskan masa bersama keluarga, memimpin kepada agama hingga tiada masa untuk diri sendiri. satu routine yang tiada henti. Tapi sungguh itu yang kamu mahu sebelum mati. Penuhi hidup ini dengan sesuatu yang bererti. Bukan takat berjola joli. sehingga tak sedar diri.




another perasan-bagus-subjek-psychology entry :)

Monday, March 2, 2009

bajet

Entry perasan bagus...




Populariti adalah layman’s term

In math, disebut majoriti (suka hati aja)

Dan majoriti tak selalunya betul

Tapi mentang-mentang majoriti tak selalunya betul, bukanlah juga minoriti itu selalu betul




Apa yang betul?

Dia juga tak tahu

Dahulu ya, dia merasa kalau sesuatu itu lain daripada yang lain

Boleh membuat seseorang teruja

Contoh yang selalu ditonton di tv keluaran produk tempatan:

berasa bangga kalau dapat panjat pokok dan jadi lasak macam lelaki atau banyak berkawan dengan lelaki termasuk bermain baling selipar atau apa-apa sajalah

Hingga terselit perasaan memandang rendah kanak-kanak perempuan sebaya yang bermain pondok-pondok, masak-masak, ibu dan anak, atau apa-apa jenis permainan yang bertemakan kekeluargaan. Mungkin juga keluarga bersama singa. Singa menawan keluarga bahagia....



Yang bermain bertemakan the later, mungkin terselit rasa sedikit bagus kerana tak seperti kanak-kanak lasak comot yang mengendeng-ngendeng untuk berkawan dengan lelaki, walau seringkali terlihat wajah rimas dan muka yang tidak mengalu-alukan. mereka yang hanya perempuan sahaja ni sudah ada kroni. Jika rasa bosan, mudah sahaja. Buli mana-mana lelaki nerd untuk melakonkan watak suami atau bapa. Biasalah, lebih selesa menjadi dominan di kalangan gender sendiri daripada bermain dengan the opposite sex. Yang seterusnya akan membawa kepada drama bersiri the queen bee and wannabes...macam yang biasa dilihat produk tv keluaran luar yang sedang cuba diaplikasi oleh tv swasta di malaysia.




biasa di zaman remaja lebih ketara. Masing-masing ada preference. Dari segi color, music dan pengaruh rakan sebaya. Bermati-matian menegakkan ideology masing-masing walaupun kebanyakan mereka tak tahu sumber dan tatacara. Main redah sahaja asal bergaya. Juga ada yang main anti-anti. Ada yang berbangga dengan keantian pada certain color. Seolah-olah warna itu adalah buruk, hodoh, menyampahkan dan tak patut ada warna tersebut di dunia. Ada yang lebih suka berbicara dengan yang berlawanan gender, tentang skate, BMX atau formula one bagai kawan-kawan perempuan tiada mengerti apa-apa. Juga yang hanya suka-suka mencari pasal antara clans. Mungkin kerana tiada kerja rumah yang cikgu beri. Maka banyaklah masa yang berbaki. Cuba digunakan atas nama mencari jati diri. Mungkin.




Yang suka pada certain color, umpamanya hanya warna itu sahajalah yang patut dicipta sebagai one and the only color on earth. Pada warna beg, kasut, top, accessories, bed sheet, wall paper, hp. lambang gadis remaja.girlish. Belum dikira akan segala kisah cinta dan gurau senda. Juga baju dan pakaian senada. Dan make up pada bahagian muka. Tidak, tidak salah kalau berpada. Setiap sesuatu itu ada batasnya. Just find the clear cut border between the angel and the evil then remain in the secure region. itu pokok pangkalnya. Itu baseline nya. yang kurang enak apabila batasan tidak dijaga. Terlalu ingin diperhati hingga menjadi obsesi. Tak apalah walau terpaksa bersenam robik dan bersorak sorai di tengah padang dengan pakaian yang minimal sekali. Yeah, semua tahu the right term untuk sukan ini. Juga menjadi tema untuk certain drama di tv.



Undergraduate, tidak kira masih di matrikulasi atau di universiti, terdedah dengan boombox, clubs, JD, women, cosmo, metal and gig. Lebih banyak masa dihabiskan dengan menyebut perkataan indie. Indie movie, band, music and songs. Indie clothing and culture.Ya, ya. Lebih dewasa lebih open up. Lebih banyak berfalsafah tentang hidup. Mungkin juga hanya berfalsampah. Mahu mencari yang lain. Menjadi lain dan asing. Mujur masih menganggap makhluk asing sekadar hiburan, bukan in real life. Mula memberontak, mahu menyalahkan dan memandang rendah, enteng dan mengaggap remeh pada bangsa. Semua salah bangsa. Lambat, cepat lupa, materialistik, suka menonton drama seberang, telenovela, gila glamour, percaya benda kurafat dan karut. Semua dilontar sapu rata tak ada yang tinggal, dipalit atas nama bangsa. Suka-suka mencaci dan menghina. Biarlah ada batasnya. Kalau yang lebih kepada mainstream, masih mencari apa yang boleh ditonton pada rancangan tv, walau jalan cerita yang sama dipapar berulang kali, masih melayan apa yang boleh didengar lunak suara dan melodi yang tak seberapa mnyentuh hati, masih setia pada apa yang semula jadi. Tak perlu menentang arus. Walau tak berapa bagus.



Lebih merumitkan tentang penerimaan. Contoh zaman bekerja dan mencari kenalan. Tidak. Tidak. Hanya kawan. Soal bersosial. Sudah dewasa, mesti berani mencuba. Tapi bagaimana? Entahlah. Diharap bukan dengan cubaan-dugaan berpaksikan zaman jahiliyyah yang sudah terkubur donkey’s years ago. Mungkin sudah tersalah langkah, demi menunjukkan sudah terlalu gah, laju sahaja ke tempat-tempat haram yang eksekutif. Kononnya mahu menjadi diri sendiri, padahal hanya sekadar mahu dianggap cool, menutup aurat tapi pergi ke merata tempat. Dan ini bukan cerita minah-minah rempit atau kes budak-budak tak habis sekolah. Tapi kisah manusia dewasa yang ada ilmu di dada tapi mungkin kurang aplikasi agama. Menutup aurat bukan sekadar apa yang terlihat tapi harus hingga ke dalam hati, menutup segala aib yang tersirat. Ini bukan majalah hiburan. Bukan gimik atau peredaran zaman. Ini adalah syariat.



Reality, masing-masing ingin menunjuk lagak. Seolah-olah siapa yang lebih hebat dan bagus. Menunding jari punca kemunduran kerana tiada perubahan. Mau perubahan? Iya, ini bukan politik biawak. Bukan menanam tebu atau segala macam tanaman di pinggir bibir. Sekadar bermanis-manis memancing undi. Ini bukan katak, boleh main lompat-lompat kemudia merempat.Sudah-sudahlah.




Usia semakin lanjut, baik buat apa yang patut. Yang mahu dia buat, benar-benar hanya suatu cubaan dan usaha untuk mengabdi diri. Bukan pada certain industries, bukan pada certain kroni mahupun community, juga bukan pada sesuatu bernama indie, tapi hanya pada Ilahi. Moga tak menduakan Nya. moga tak menderhaka pada sunnah rasul Nya. haaaa, kan punya banyak kerja lagi? Habis apa yang saya sibuk-sibuk lagi, perasan busy dengan soal duniawi?




Ini cuma macam-bagus entry. Kalau bagus, sudah tentu tuan punya blog sudah keluar baiki diri dan berbakti.