Monday, March 30, 2009

dOndang sAyang




Yang kurik itu kendi. Yang merah itu saga. Yang cantik itu budi. Yang indah itu bahasa. (ewah)

Mari kita bersikap kemelayuan. Ini bukan racist. Tapi sekadar tak mahu warisan bangsa terhakis.




Apa yang tinggal kalau semuanya hilang?




Baju kurung.




lebih senang berbaju kurung daripada berseluar atau berskirt. Pernah mendengar barisan pembangkang pakaian traditional memberi hujah. Konon dah tak valid dengan arus zaman. Pernah juga kawan tertanya-tanya tentang keselesaan berbaju kurung, tentang haba dan kelajuan gerakan. Tapi yang peliknya, kawan yang sama yang selalu ketinggalan di belakang apabila berjalan. Dan dua perkataan untuk itu, ‘kau apa hal?’




karya klasik




anak bangsa sudah ada kisah-kisah tauladan buat pengajaran dan bekalan. dia lebih suka kisah badang daripada kisah bawang (bawang putih bawang merah). Kisah anak durhaka dan haiwan teladan.Iya, tidak semenarik kisah para Nabi dan rasul. Tapi bukan juga kisah yang cliché yang lurus bendul. Pengaruh budaya dan cerita dari barat harus diminimumkan. Mungkin patut dibuang. Eh, penting supaya tak terawang-awang cuba mencapai awan. Especially yang cinta-cintan.



- Cinderella: (Cendrillon, Aschenputtel, Cenicienta, Cenerentola)


ini cerita seorang perempuan miskin yang sebenarnya kaya tetapi harta diambil percuma oleh ibu tiri dengan bergaya. Watak kegemaran: ibu tiri. Sebab: jahat dan bercita-cita tinggi J banyak persoalan yang tak terjawab.


- kenapa watak utama hilang usaha dan putus asa? Sekadar makan hati dan bersedih seorang diri. Mujur ada kelebihan bercakap dengan haiwan. Kalau tak, dengan siapa dia hendak berkawan? Kesian.


- A young woman living in unfortunate circumstances which suddenly change to remarkable fortune

Tapi sayang, bukan dengan usaha sendiri. Sekadar bergantung pada kekasih hati.



- Sleeping beauty ( La Belle au Bois dormant, "The Beauty asleep in the wood” )


- Siapa yang hendak kepada perempuan yang kerjanya tidur sahaja tak pada-pada? Alih-alih bangun, tak pernah buat kerja pun. Tak pernah bersosial mahupun berkawan. Kurang pendedahan dalam perhubungan. Especially dalam hubungan lelaki dan perempuan. Hubungan bukan setakat rasa cinta tapi tanggungjawab harus dijaga. Makan, pakai dan sebagainya. Walaupun kamu puteri raja. Tetap harus belajar membuat kerja. Bukan bercantik-cantik sahaja.



- Beauty and the beast ( La Belle et la Bete )


- Ini menarik. 2 persoalan. Diambil daripada pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan. Adakah kerana terpengaruh dengan cerita perempuan yang lemah lembut dan akhirnya berjaya mencorak lelaki yang kasar, maka lebih banyak di antara mangsa domestic violence sekadar diam sahaja apabila didera? Mengharap suatu hari nanti si suami akan berubah dengan kuasa kasih sayangnya? Cuba meletakkan diri dalam kasut si beauty. Menyamakan nasib diri. Tapi mungkin di sini sering dilupa. Yang mengubah adalah yang Maha Esa. Apabila kamu hampir mati, silalah lapor pada polisi dan selamatkan diri.


- Atau mungkin cerita ini menyimpan satu cabaran. Sedari kecil sudah didendang-dendangkan, maka ramai yang sudah pandai pasang azam. Sengaja mencari yang panas baran, yang main perempuan kemudian dengan menggunakan kuasa bulan akan mengubahmu! Ok, nice try. Sengaja bermain api. Kerana percaya memang punya kuasa sakti. Akhirnya memakan diri sendiri. Apabila suami tak pernah hargai. Apabila suami tak juga mau berubah menjadi mithali.



- Rapunzel ( Rapunzel, Rapunzel, let down your hair, so that I may climb the golden stair )


- Kalau di zaman sekarang, sudah pasti menjadi model iklan. Rambut yang panjang mengurai. Tak mudah gugur. Sehinggakan boleh menampung berat badan sang putera. hebat bukan? Namun pasti lebih bergaya andai puteri raja memotong rambutnya, membuat untai dan turun dari menara. Sudah pasti dengan sendirinya. Tanpa pertolongan sesiapa. Mungkin akan menjadi ikon hari wanita sedunia. Bukan hanya perempuan yang dependent sahaja kerjanya.




Hakikatnya.hidup bukan berakhir dengan ‘happily ever after.’ Bahkan itu adalah sebuah permulaan. Ketika buku ditutup sebenarnya itulah mula kehidupan. Bagaiman nasib si perempuan. Cinderella, dapatkah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan idaman hati? Bagaimana melangkau status sosial dan rasa rendah diri? Mampukah dia selamanya mengekalkan kecantikan? Kerana itu apa yang pertama dilihat si putera. First impression. Love at the first sight. Apabila berkurang apa yang dibanggakan, adakah cinta juga akan hilang ? Mungkin akan beralih pada lain-lain rupawan dan si cantik anak bangsawan.




Mungkin apabila terlalu biasa dengan dogengan sana, setiap karya sudah hampir sama sahaja acuannya. Cerita cinta. Formula yang di tempatankan: perempuan miskin atau sederhana/ selalu didera + lelaki kaya. Bukan calang-calang kaya, tapi kerabat di raja (eg: Tengku........). Nama juga panjang berjela-jela. Iya, mungkin tak cukup ruang untuk mengisi sebarang borang hendaknya. Sikap juga tak ada beza. Perempuan baik, lelaki macam hapa. Namun keduanya terikat atas dasar rupa. Tapi kemudian seperti drama magical yang lain, segalanya mungkin. Semudah menghayun tongkat sakti milik pari-pari Cinderella, maka perkahwinan menjadi bahagia. Suami berubah rupa. Iya, harapan perlu ada. Tapi realiti perlu dijaga.




Dan ini pemaksaan terhadap perempuan. Dalam diam. Umpama memberi mesej halus. Jika mahu bahagia, baik kamu kurus. Kurus, putih, cantik, menarik. Sekali lagi ditegaskan, bukan tidak boleh memberi harapan. Tapi realiti jangan sesekali dilupakan. Mengapa yang cantik sahaja yang harus diutamakan. Sedang semua maklum, makhluk Tuhan ada pelbagai ragam. Juga pada warna kulit. Seolah-olah mengamal dasar apartheid. Benar, bukan semua cerita begitu. Dan bukan semua dongeng tempatan bermutu.




Kalau golongan tertentu pernah mewarwarkan mereka mangsa keadaan kerana mengaku mereka adalah perempuan yang terperangkap dalam tubuh lelaki, adakah minah-minah dan mat-mat saleh celup di luar juga mungkin mengalami situasi yang sama? Merasa diri mereka adalah daripada keturunan penjajah yang terperangkap dalam tubuh seorang yang berbangsa melayu? Come on. Kanak-kanak tadika kemas di sebelah rumah pun boleh tergelak mendengar dalil dan hujah seperti itu. Apa lagi kanak-kanak di taska abim. Mungkin mereka akan menggeleng kepala tambahan pula baru sahaja diajar oleh ustazah mereka tentang rukun iman yang keenam; percaya kepada qada’ dan qadar.




Maka, mungkin sudah sampai masa. Oh, bukan mahu bikin Negara bangsa. Cuma mahu menaiktarafkan dan memberi sesuatu kepada haknya. Sudah lama bahasa itu dianak tirikan dan dipandang sebelah mata. Sudah lama juga bangsa itu merana. Tak pernah berjaya-jaya. Yang berjaya hanyalah cubaan menjadikan diri semakin terhakis jati dek kerana penampilan yang dah tak serupa orang, dan Negara sekarang yang dah serupa berada di vegas. Orang tetap sama, takat make up yang berubah. Pakaian diolah. Alih-alih dah tak mahu mengaku dan malu menjadi melayu.




bahasa




bahasa itu ada rupa. Rupa yang mencerminkan bangsa. Setiap kata, diolah sesuai dengan agama. Sesuai dengan adat, budaya dan acara. Ada bidalan dan peribahasa. Pantun nasihat sesuai tempat. Itu akhirnya akan membentuk pemikiran sejagat. Bahasa asing lain tamadunnya, lain budaya dan agama. Ada yang sekular jangan dilupa. Maka setiap ilmu dan patah kata, hanya bersifat duniawi semata. Yang kemudian apabila dirasa dan dihadam oleh anak bangsa, akan membentuk acuan yag sama. Menjadi bangga berbahasa luar, pemikiran juga tidak jauh beza. Akhirnya hilang sudah tamadun bangsa. Tiada jati diri, hilang agama. Jangan memejam mata. Kesannya sudah dirasa. Imported TV series tiada hadnya. Sampaikan kalau tergeliat bercakap barat, boleh sahaja bilang bahasa seberang. Bahasa sendiri juga yang hilang. Tiada peminat, tiada tempat. Merempat.




Itu yang paling dibimbangi oleh mereka yang punya pemikiran tinggi. Bukan pada bahasa yang makin tenggelam. Tapi lebih kepada corak pemikiran yang makin kelam. Itu yang harus difaham. Mau alasan? Baik mari ditunjukkan. Ini daripada Datuk A. Samad Said, seorang sasterawan, ‘Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki, apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang mengucupkan bahasa ini.’




sekadar peringatan dan perbandingan. ‘yang kita dengar mereka yang bersosial di kelab malam ini mencari ruang perniagaan. Menambah pendapatan. Kerana berasa di tempat-tempat eksklusif seperti itu lebih mudah mencari kenalan. Sambil berhibur dapat bertukar fikiran. Membuka ruang pekerjaan. Apa ini? Yang memberi rezeki itu Tuhan, bukan tempat. Matlamat tak menghalalkan cara. Dan ini adalah dosa-dosa orang yang memperlekeh agama.’




Ya pemikiran melahirkan perbuatan. Apa yang difikir, itu yang ditunjukkan. Ideologi, bukan?


No comments: