Wednesday, May 27, 2009

sesuci embun. seindah pelangi. seharum kasturi



Dia membelek-belek baju yang baru dibeli lepas kelas tadi. Mmmm, menarik. Jujur, tak pernah pulak terfikir seumur hidup dia boleh ada baju macam ini. Kadang rasa bersalah terdetik dalam hati, tapi bila dihitung-hitung kembali, apalah salah mencuba-cuba. Belipun untuk diri sendiri. Kepuasan hati. Dia terus merenung bergantian antara imejnya di cermin dan beberapa beg-beg kertas yang masih belum dibuka.




Ya, kepuasan diri. Itulah 2 patah kata yang selalu dia ucapkan bilamana ada rasa-rasa tak sedap yang melanda jiwa. Teringat akan betapa terbukanya mila, diya, nina, fira, tini dan lain-lain tatkala kali pertama dia mengubah penampilannya. Memang dia selalu dikutuk pun dalam gengnya sendiri, bak kata tini, ‘I bukannya apa dear, you’re very young, still a teenage girl, try la main mix and match, be part of the trend setters kat college ni. Put some colors to your life. I tak larat la tengok you dah rupa macam nenek I yang duduk kat kampung tu. Come on dear. Pakai la at least shirt dengan slacks other than your every-day baju kurung. Lilit-lilitlah sikit tudung tu. Ni monotone je I tengok hari-hari.’ Senyum tini penuh makna sambil dengan tangan-tangan sekali ke sini sana ala-ala berpidato gamaknya. Mila, diya, nina dan fira pun terangguk-angguk mengiakan segala kata-kata tini. Biasala tini kan one leading light, dia la no 1 bila sentuh bab-bab fesyen ni.




Tapi jangan ingat tini and the geng ni mean. Bukan macam dalam drama ya. Yang selalu dok keji-keji orang, yang selalu dok perlekeh orang. Ala typical drama yang sekarang ni merata meraban kat stesen tv swasta dan tak swasta. Tau-tau ajelah benda senang nak dibuat modal. Semua nak disapu walau merosak bangsa dan masyarakat, konon nak bawak kemajuan. Maklumlah dunia dah maju, zaman dah berubah. Nanti bila dah jadi betul-betul collateral damage, masing-masing dok pening-pening lalat cari siapa salah dalam gejala sosial. To be at the safe side, one will always come out with this lame excuse, ‘we never discourage people, especially the Moslems from going to mosque performing their obligations. Kami tak terniat pun sengaja nak bagi rancangan-rancangan menarik ke udara di tv during maghrib-isya’ prayers. Itu cuma kebetulan. Kami hanya cari makan. You can’t blame us. The people themselves refuse to pray and choose to be in front of the TV rather than be part of the congregation.’ Pandai.




Tini and the geng ni baik-baik, lemah lembut dan still bersopan santun. Cuma kekadang tudung tu ajelah makin hari makin singkat, tu pun dia tak berapa faham. Maklumlah dia mana pernah nak melilit-lilit diri dengan tudung tu. Kang takut pulak dia terlemas ke, sesak nafas ke, tak cukup nafas ke time dok excited sangat dok melilit keliling kepala. Jadi dia assumed memang semua lilitan akan automatically memendekkan tudung. Kekadang tu nak terkerut jugak dahi, terherot jugak bibir bila nampak tudung yang betul-betul takat lepas leher je. Tini tu pulak mak ooi, lasaknya tak hengat dunia, sekali gerakan boleh nampak batang leher. Kadang dia yang naik kaget, dengan leher top tini yang bukan main luas di-matched kan dengan tudung pendek, kadang rasa tini ni dah kat life-threatening situation ni. Kang ternampak leher dek orang laki tak ke naya. Tapi kadang tak pendek pun still boleh nampak batang leher jugak. Sebab kain tudung tini agak jarang, apa kata orang puteh ala-ala transparent gitu.




Tapi dia sayang gengnya. Kerana sayang akan nilai persahabatan yang ikhlas daripada tini and the geng maka tanpa was- was dia menjadi sebahagian daripada mereka. Memang mula-mula dalam hati yang paling cukup dalam dia selalu mengingat-ingat untuk bantu yang lain supaya lebih expose dengan pendidikan islam. Maklumlah dia kan dulu sekolah pondok sampai bertahun-tahun, mestila ada rasa-rasa tanggungjawab nak bantu kawan-kawan. Mudah-mudahan dengan dia dia sekali boleh jadi lebih baik dan baik dan baik. Tapi tu semua beberapa tahun yang lalu, as the time goes by dia pun mula sedar yang dia semakin berubah. Kadang dia rasa dah terbalik pulak. Ni siapa yang nak ubah siapa ni?




Tambah-tambah pulak bila mila berulang kali mengingatkan dia tentang zaman remaja, time muda-muda macam sekarang la nak bergaya. Kang dah tua dituduh buang tebiat pula. Dari sehari ke sehari semakin dia mengikut tempo. Dan sejak akhir-akhir ni dengan sokongan dan harapan bergunung kinabalu daripada mereka dia mula mengorak langkah dengan lebih jauh. Aiseh, dah mula ada rasa nak berpesen-pesen pulak. Ikut peredaran semasa la katakan.dan dalam diam dia dah makin galak excited dengan perubahan baru itu. One Malaysia punya hal.




Pulak-pulak tu bila dulu dia macam main cast untuk TV series ‘invisible girl’ sekarang macam dia watak utama rosalinda telenovela. Semua orang bukan main baik lagi dengan dia. Senyum-senyum sakan dengan dia. Dari mak cik kantin sampai ke pak cik cleaner. Eh budak-budak junior pun bukan main beramah tamah. Start dah dia dapat macam-macam hadiah. Konon-konon daripada secret admires la bagai. Eh eh kenapa pulak dia tetiba macam menang loteri ni? Alah...biasalah bila manusia berubah upshot pun berubah. Ada manipulative variable, ada la responsive variable. Yang constant variable, yang tak berubah cuma apa ya? Mungkin... entahla. Baju kurung dah jarang lekat, yang sekarang top yang sedikit ikut bentuk badan dan agak sendat. Dah tak main la kain-kain kurung ni. Diganti dengan seluar yang pun boleh dikategori ketat.kadang-kadang aja dia pakai skirt kembang sejambak. Itu pun singkat. Kasut pun bukan main dari parking lot dah boleh dengar keletuk keletak. Tu dia, the arrival of new hope. The change that we can believe in. Help make history. Sounds like the democrats.




Sampai la cukup 1 semester dia kat college. Dah masanya pulang ke rumah. Ooh, tak menyabar-nyabar dia nak tunjuk kat mak betapa cun melecun glamer gleminya satu-satunya anak perempuan tunggal dia. Nak tayang kat abang-abang dengan ayah buat apa, mereka bukan tau sangat hal-hal orang perempuan ni. Nanti tak pasal-pasal komen paling tak sedap di alam semester kedengaran, ‘ wei, ko gemuk la pakai macam ni. Aku dah tak dapat beza dengan sarung nangka.’ ‘wei, mengarut la kau. Nampak cellulite merata. Macam hapa. Aku nak makan tau.’ Ah abaikan. Tak sesuai betul kalau nak melaram depan abang-abangnya yang stok-stok sengal tu. Jadi dia nekad. Dengan penuh keazaman dia mahu bikin surprise. Macam mana?




Macam ni macam ni. Mula-mula apa kata kalau dia balik kampung dengan baju kurung. Ala yang biasa dia pakai dolu-dolu kala. Lengkap dengan tudung pun yang biasa-biasa saja. Bukan yang lilit bukan yang terbelit. Lepas abah dengan abang-abangnya dah ke masjid untuk solat jemaah, barulah dia bikin surprise dengan menayang dekat emak betapa anak dia dah jadi modern cemerlang gemilang terbilang. Nanti lepas tu baru boleh tunjuk dekat abah dan abang-abangnya. Tak boleh la diorang nak ejek gemuk ke tak sesuai hapa ke kalau dah emak sendiri sokong anak dia yang sekarang bukan main lagi trendy.




Bus dah sampai. Hati bukan main riang. Macam ada radio je yang dia tertelan lalu keluarlah irama-irama gumbira. Rasa rindu, rasa sebak, rasa suka dan pelbagai rasa tercampur baur bersama, tak sempat nak filter-filter. Mak aih, beratnya beg. Macam ada batu kat dalam. Mana taknya. Segala jenis kain-kain batik, baju kurung lama-lama, kebarung, kurung kedah, pahang, johor semua dah tak valid. Tu yang nak bawak balik simpan baik-baik. Ada lagi, top, blouse, khakis, jeans, denims, accessories, shoes yang baru dia beli hasil daripada khidmat perunding imej tak bergaji pun dia angkut sekali. Nak melaram depan emak punya pasal. Tak sabar nak dengar emak puji dia, cantik lah, ayulah, macam-macam lah. Mak aih, jauh benar dah dia terjah. Berangan tak sudah- sudah.




‘ni batu ke hapa ni?’ hah, kan dah cakap betul kan abang dia yang sorang ni mulut memang laser. Payah betul nak dijaga. Mood dia yang berbunga-bunga raya mati begitu saja. Malas betul nak layan yang kat depan mata. Mentang-mentang mak dengan ayah kerja, pandai-pandai nak buli pula. Dia takat diam dah terus masuk ke dalam kereta. Pintu saja buat-buat manja dihentak kuat berdentum bunyinya. ‘kang kalau tercabut pintu tu karang, kau bawak dengan pintu pintu tu sekali jalan kaki sampai ke rumah’. Suara abang umpama ahli sihir yang tak sabar-sabar nak menyantau mangsanya.




Makan bersama, duduk di depan tv ramai-ramai, dapat bersandar pada emak dan membiarkan emak membelai lembut kepala memang heaven. Pulak tu tak payah nak keluar beli makanan setiap kali time makan, tak payah nak budget duit dan runsing mahupun depressed tak tau nak makan di mana. Sebut aja dekat mak, nak tak nak demi anak dia yang bongsu ni mak turutkan jugak. Walau bukan sepuluh dua puluh kali mak membebel dekat telinganya suruh dia rajin-rajin turun ke dapur. Dah beribu-ribu lemon, ‘Dah tak macam rupa anak dara dah, pemalas bukan main. Apala malang nasib suami nanti nak oi, dapat bini tak rupa bini. Tak reti nak buat itu ini,’ dulu-dulu ada jugak dia cuba smash balik dengan membalas, ‘ala mak, nanti-nanti orang kerja ada duit, gaji la maid. Dia boleh buat itu ini. Orang duduk aja goyang kaki.’ Tapi ternyata dia tak ada bakat dalam laser-melaser yang diasas emak dan abangnya. Emaknya membidas, ‘kalau macam tu lebih baik laki tu kawin dengan orang gaji aja,’ dia jugak yang terkedu, dalam hati dah buat macam-macam hypothesis. Sapa sebenarnya anak mak ni. Dia ke orang gaji tu.




Dan dia sudah berkira-kira mahu menunjukkan semua jenis koleksi yang dibelinya, sebelum terpaksa menangguh niat di hati setelah dipaksa untuk berborak-borak dengan emak di depan tv. Dalam pada mata emaknya tertumpu pada skrin, sambil itu mulut emak melepaskan keluhan kecil. Dia heran, tak kan susah benar nak faham jalan cerita mak, ni iklan je pun. Dan emaknya bagai dapat menangkap apa yang dia fikirkan. ‘kamu nak tau, dulu-dulu, 10 tahun yang lepas, ada seorang anak kecil ni pi ikut mak dia mengaji kat masjid. Dengan jemaah perempuan ramai-ramai dok buat satu bulatan. Budak ni takat ikut mak dia aja sambil-sambil mengaji, sambil curi makan free.




Tapi lama-lama budak ni belajar tajwid kat sekolah, dah kenal erti huruf, sebutan makhraj, perkataan dan susunan ayat-ayat Quran, mula-mula dia dok leka dengar orang baca, lama-lama dia pulak yang tukang betulkan mak cik-mak cik yang salah sebutan dan hukum tajwidnya.’ Ada senyuman di wajah emak. Entah apa yang emak gembirakan. ‘kamu tahu siapa budak kecil itu?’ emak berpaling menatapnya. Menatap jauh ke dalam mata seakan-akan cuba membawa dia ke suatu memori lama. emak lantas menarik kedua tangannya, digenggam erat lalu dengan penuh kasih sayang mengusap kepalanya. Dia hanya menggeleng perlahan. Siapa pulak, jiran sebelah? Anak abang, cucu mak yang sulung tu ke?




‘kamu la tu orangnya. Dan mak bersyukur, dalam pada zaman sekarang ni orang duk sibuk nak pakai macam-macam fashion yang orang tua-tua macam mak ni tak berkenan, alhamdulillah Allah kurniakan dan pelihara satu-satunya anak perempuan yang mak ada daripada pakai benda-benda yang tak elok macam tu.’ Dia diam. Merenung dalam pada kedua mata tua yang bersinar jernih bercahaya itu. Dia seakan merasa ada rasa bangga di mata itu. Dia kaget, tak sangka, yang dia ingatkan mungkin apa yang mak bangga pada dia hanya pelajarannya, yang lain dia memang loser. Masak jahit kemas rumah macam hapa. ‘adik tahu, nenek pun selalu mengeluh tengok cucu-cucu dia yang lain. Dengan baju ketat, dengan t-shirt sendat, dengan seluar singkat. Nenek marah-marah sayang tu. Tak nak cucu-cucu dia rosak, tak nak cucu-cucu dia hilang rasa malu. Berharga seorang perempuan kerana maruah, kerana sebuah kehormatan.’




Tak dia sangka, apa yang lebih penting pada emaknya adalah diri dia sendiri, sopan pakainya, tatacaranya dan budi bicara yang lebih emak jaga. Tak kisah la walau nampak kolot atau apa jua orang lain nak kata. Serta merta dia bagai baru tersedar daripada tidur yang lena. Rupanya itu yang lebih utama bagi emaknya sebagai doa. Segalanya terimbas kembali, daripada cara pakainya yang sudah lama berubah hingga ke luggage yang terkandung segala macam pakaian yang macam tak sudah. Dia rasa macam nak pitam, sarat dengan rasa bersalah. Dalam hati dia sudah berkira-kira baju-baju itu mahu dia sedekah.




Baru dia sedar apa hadiah paling berharga bagi seorang ibu. Pulangkan kembali anaknya dalam rupa dan didikan yang si ibu ajar sewaktu anaknya kecil dahulu. Segalanya tentang agama, ibadah, akhlak, bicara dan tingkah laku jua pergaulan. Tak banyak bukan, apa yang si ibu pinta? Justeru mengapa sukar benar bagi dia untuk tunaikan? Hilang sudah rasa glamour, tak sedar diri, extra happy. Lama benar baru dia mengerti. Semua itu bukan jalannya untuk dia menuju Ilahi. Dalam tak sedar dia sudah berada dalam dakapan si ibu. Dalam cuba menahan air mata daripada jatuh ke pipi, dia bersuara, perlahan sekali, ‘ selamat hari ibu mak untuk tahun ini. Emak doakannya, semoga hidup anak emak ini lebih diberkati.’ Dan tangan si ibu yang kian dimakan usia itu dikucupnya berkali-kali.




Selamat hari ibu 10 May 2009

Rasa bangga itu berbeza. Dari ibu kepada anaknya. Apa yang seorang anak mahu, dan apa yang orang tuanya perlu, berbeza, bukan?





Tuesday, May 19, 2009

eArth hOur. comfOrt zonE and doT doT doT A parT II (thE vIciOus cycLe)




Comfort zone: describing the unchallengeable, the nonthreatening surrounding which might allure a person to be unaware, lazy thus become susceptible to any potential harm be it mentally, spiritually or physically.

- wikinadzirapedia -




Masih tegang. Itu suasana yang sedang dihadapi. Dia membuang pandang. Berkali-sudah menasihat diri jangan terlibat dalam perbalahan sedang diri masih dalam emosi. Nanti ternyata dia juga yang gagal mengawal diri.




‘Take it from me. Not everybody that hates you, think that you are cool. They don’t hate you because you are cool, ok’




Dia membuang pandang. Menghela nafas panjang-panjang. Naik angin begitu memang sesuatu yang dia tak terjangkakan.




‘aku dah cakap, jangan kau nak bercakap pasal hati dan perasaan. Kau jugak yang akan kecundang. Iya, kau memang seronok bersuka-suka, but come on, admit it kau pun seakan-akan masih mencari-cari apa itu bahagia.’




Berhenti seketika daripada bercakap. Masih terasa amarah dan menyampah. Ok, behave yourself, kerap dia mengingatkan diri, berulang kali.




‘satu aja aku nak ingatkan kau. Apa yang kau ulang buat banyak kali ni, yang kau panggil keseronokan hanya setakat satu pusingan yang tak berkesudahan. Gembiranya sekejap-sekejap saja, tapi long term kau yang merana. Don’t repeat the same cycle. Kau tahu apa orang gaji jiran sebelah aku panggil kalau buat benda yang tak datangkan faedah, bawa mudhorat lagi bai, tapi still orang dok keep on repeating the cycle?’




dia bertanya. Memancing perhatian sebelum dia menghabiskan perbualan. Tak mahu berlama-lama. Cukuplah dia berbahasa.

demi melihat kening yang diangkat tanda mahukan jawapan, dia dengan perlahan mula mengorak langkah sambil sedikit berteriak,




‘it’s called the vicious circle. Lingkaran syaitan.’




.......................................................................................................................................................................




Petang itu memang masa untuknya berehat. Dengan kata lain, menghabiskan masa dengan sia-sia. Namun memang bukan petang yang biasa.




‘kau fikir setiap orang tu kena berubah?’




Ok, that’s it. Habislah waktu lapangnya dengan soalan yang pasti panjang perbincangannya.




‘mak aku cakap, seeloknya lah. Dengan bertambah umur, should bring changes in one’s life. Change for good. Umur dan kebaikan. Should be in a linear equation, proportional.’




‘tapi mesti ke berubah jadi bosan? Tak boleh blah’




dia mengerling memandang pada yang melontar soalan. Macam saja cari isu panas nak berbahas.




‘bosan ke kalau jadi baik?’




kasi lebih panas dan berapi sikit. Soalan dibalas soalan.




‘kau tak rasa ke? Cuba kau tengok time line. Time sekolah, time remaja. Ramai aja bebudak yang cool. Tapi kau tengok sekarang. No more. Semua bila start nak settle down je jadi tak cool. Dengan baju skema, dengan perut boroi terkedepan. No life man. Rasa macam terkongkong.’




‘aku tak nak mulakan.’




‘come on, spill it. I want to hear.

Main angkat-angkat kening pulak.




‘kau tanya la diorang. Buat apa tanya aku. Kau pi dekat pak cik-pak cik tu, tanya kat diorang. Hidup cool tapi penuh pura-pura ke hidup tenang walau macam apa yang kau cakap, kononnya tak cool tu yang diorang harap.’

menjawab dalam malas.




‘entah la. Kau rasa patut ke pada perubahan?’




dia berpaling. Memerhati. Kadang bengang kadang tak faham dengan yang seorang ni.




‘aku tak tahu lah. Pada aku, bila kau makin besar dewasa, makin dah mula explore sini sana, makin faham hakikat dunia, makin kau kena sedar apa yang kau cari. Tu bila kau tengah membesar, after kau reached puberty. Bila dah tua senang; kau cuma perlu go with the flow. Rangkanya dah kau siapkan, tinggal binaan. Macam blueprint dan ada, tinggal nak panggil contractor rebut tender. Permit dari majlis bandaran pun dah dapat. Lepas tu project jalan, tinggal buat QC aja. Life is something like that.’

dia berhenti. Memandang ke arah yang bertanya. Berhajat mahu membebel lebih lanjut.




‘tapi jadi problematic bila kau tak siap semua benda. Enjoy sini sana. Nanti bila dah tua, baru kau nak mula. Last minute finalization, apa yang kau expect. Mesti merapu meraban punya. Entah hapa-hapa. Nak present dekat client, contractor, developer pun confirm tak lepas. Kalau akhir hidup baru kau nak pecut, takut tak sempat dah semput. Nak present amalan, nak dihisab, kau bukan tak tahu semua tu. Kau pun dulu kaki masjid jugak, kan?’

dia pernah dengar tentang itu. Pernah mendapat cerita tentang manusia di depannya. Entah di mana silapnya, manusia boleh aja berubah. Dan manusia di depannya kini telah lama meninggalkan segala amalan. Mungkin kerana kecewa atau apa, mungkin juga perasan tak cool, mungkin. sedar keluhan juga untuk dia sendiri. yang makin alpa dengan dunia.makin berubah rupa. hanya setakat pandai berkata-kata. bila tang nak buat macam hapa.




Idealnya: manusia harus bergerak setahap dengan usia. Bukan masih dalam zaman remaja. Bukan juga tanpa sedar berbuat dosa. Iya, secara realiti: kita manusia. Selalu lupa. Tapi harus tahu batasnya. Bukan berulangkali memakan diri tapi masih berasa gembira tak tentu hala. Ini bukan cubaan menjadikan hidup sesuatu yang lame. Again, it’s a mind over the matter. Apa yang dipakai, apa yang dilakukan tak semestinya apa yang dirasakan. Kamu kata itu bosan. Mereka kata itu bahagia. Iya, perasaan yang tak pernah kamu rasa.

Setakat terdetik tapi tak diluahkan. Takut menyinggung perasaan. bukan perasaan sesiapa. perasaan diri sendiri juga. yang mengata dulang paku serpih.




‘bukan ke kalau kau jadi sebijik macam orang lain, kau letakkan diri kau dalam comfort zone? Tak ada cabaran. It seems so easy. Easy: boring: lame? Seluar baju cara pakai sama, gaya lepak-lepak kat kedai kopi lama-lama. Tak ada jiwa. Rasa macam orang tua.

well, told ya. This is a very long discussion. Oh masa lapang yang berlalu.




‘How do you describe a comfort zone?’

dia memandang tajam penanya soalan. soalan untuk dia juga. Kemudian dengan hati-hati dia menyambung.




‘benda tu boleh define secara banyak macam, sesuai ragam berdasar akal fikiran. Comparison dari gaya kerja, social groups, education level. Tapi paling menyampahkan kalau setakat berani mengarut tentang comfort zone tapi sendri tak mahu keluar mencari diri. Itu aku tak tahan.’




‘kau mengata aku ke?’



huh? masakan nak mengata orang kalau dia pun sama.

‘kau rasa?’

tapi dia sengaja tak mahu memberi jawapan. Biarkan. Tapi tak lama. rasa perlu bagi penjelasan.




‘One thing for sure about this so called comfort zone is: terlalu selesa dengan perhatian yang diberi. Tak mahu keluar daripada kepompong. Ini baru la katak bawah tempurung. Kau fikir, lets say you have a bunch of people, admiring you. Adore you. Fascinated with you. Ikut je telunjuk kau, konon kau je la yang betul. Yang paling vogue. Yang paling smart. Yang paling up-to-date and advance. Siang malam dok cakap pasal kau aja. Itu kau panggil kawan? Neh, itu cuma buat kau syok sendiri. Hilng diri. Lupa jalan menuju Ilahi. faham-faham la sendiri. Buat dosa tak perlu berbangga. Semua manusia itu pelupa. Sebab tu berlambak dosa. Tapi yang paling celaka adalah apabila berbangga-bangga. Tambah pula bila ramai pengikutnya. Pelik, tak kan ramai-ramai peminat, semua pun buta? tak kan tak ada yang nak bagi nasihat sedas dua? Mana sayangnya diorang dekat kau? Takat nak benarkan semua yang kau buat tak kira dosa pahala, pengikut ayah pin pun tak kurang hebatnya’

sengaja menyindir. Tak, tak pernah rasa perasan bagus atau nak cari gaduh, cuma dia yang entah hapa-hapa ni sudah habis cara. tiada idea dalam berkata-kata.




Kadang dia berasa seolah-olah melihat seorang yang keliru di depannya. Memang, kadang manusia di depannya itu kelihatan yakin, pasti, great profile pada skala dunia. Selalu tahu apa yang harus dilakukan untuk mengejar impian. Tapi kadang dia melihat manusia yang seakan putus asa, depressed tak tentu hala. Mencari tenang dengan berpelesaran dan ubat-ubatan. Pills. Drugs dependent. Tapi siapa dia untuk menghakimi. dia tak tahu apa-apa tentang manusia di depannya. Sekadar kenal dan sesi meluah pendapat. Itu sahaja. Boleh aja pendapatnya salah. diri sendiri pun bukannya betul.




‘Define the types of people that do not belong to the comfort group?

pertanyaan lagi untuk sekian kali.




‘kau tanya aku? Aku pun masih tak dapat lari dari rasa selesa. Yang aku dok perati kau bukan dalam comfort zone kalau kau risau bila orang lain tak risau. Kalau kau malu bila orang lain macam dah tak tahu apa itu malu’

dia perasan yang pandangan itu seakan masih menuntut penjelasan.




‘kau tahu ada manusia yang sanggup tinggal kesenangan untuk bagitahu orang apa itu kebenaran dan akhirat. Boleh aja dia duduk diam-diam lepas dapat makna hakikat tapi dia tak buat. Sebab manusia itu risau akan masalah ummat. Sebab manusia itu malu kalau-kalau dia ditanya apa yang dah dia buat. 2 elements: risau, malu. Baru kau tergerak nak keluar daripada bersenag lenang berlenggang kangkung. Itu barula tak dalam comfort zone’

cuba mengulang balik apa yang pernah dibaca.




‘kau ni pengikut apa-apa ke?’

eceh, main terjah tuduh aja. Cis.




‘aku cakap pasal muhammad. Nabi kau. Dia yang tak pernah lupa untuk risau akan masalah ummat. Dia yang malu kepada Tuhan yang ahad.’

Hah, ambik kau.




‘ambik contoh ni. Ada sorang tu, got married. Divorced. Now, flirting around and dating whoever he met. Tapi percaya kasih sayang. Bila fikir balik, macamana tak bercerai kalau dia tak ada piling yang kukuh dalam ikatan perkahwinan. Main rembat sapa-sapa memang mudah tapi masa hadapan yang banyak masalah. Well, it was a past. Shall let go. Tapi kalau tak belajar, that’s the problem. he will be repeating the cycle. Pilih material yang sama, yang tak cocok, piling tak kuat. Lastly collapse, kadang-kadang langsung tak sempat siap. Lepas tu, sibuk nak mengadu trauma dengan perkahwinan and against the marriage. Rasa tak perlu ikatan yang sah, janji serasi bersama. Tak perlu nak susah-susah andai masih lagi boleh menikmati kebebasan dan bergembira. Boleh blah. It’s shallow. Too shallow. Sampai bila nak berada dalam comfort zone. Asyik nak lari daripada masalah dan tak pernah nak carik jalan penyelesaian. Yeah, sapa nak mengaku salah sendiri. Umpama membuka pekong di dada. Mahu nyatakan pada dunia, memang dia yang puncanya ,itu yang tak pernah aman rumah tangga. Tak cool. Malulah pada kroni-kroni yang sedang asyik mendewa-dewi.’




Dia berhenti. Suasana hening. Tanpa kata-kata. Tiada lagi pertanyaan. Rasa sudah cukuplah segala hamburan. Risau mengingatkan segala kata-kata tajam penuh sindiran yang dilafazkan. Macam bagus, sampai dia sendiri terasa, sedang dia juga masih mencari sinar.




‘Doa supaya jadi baik bukan bermakna untuk diri kau saja, merely to save your life, supaya boleh pandang orang sebelah mata sebab perasan suci dan tak mau bercampur gaul dengan alasan perasan busy. Bukan untuk mengangkat diri. Tapi doa nak jadi baik supaya diberi pencerahan, agar jalan dipermudahkan. Dan semoga Tuhan tak pernah mahu mengabaikan. Untuk kau dan belahan jiwa kau. I mean untuk parents, siblings, kawan-kawan dan jiran-jiran yang 40 orang depan belakang kiri kanan tu. Tu, untuk peminat-peminat kau yang berlambak tu. Buat baik supaya hijab terbuka, doa diterima. Demi kebahagiaan bersama. Itu sebenarnya yang manusia perlu. Walau mungkin manusia tak pernah mahu. Perlu dan mahu, beza bukan?’




dengan perlahan dia mengakhiri,

‘berdoalah. Mintak pada Nya. Kita sama-sama berdoa.untuk semua’

Dia memandang ke sisi.sekadar mahu melihat reaksi. Diam.




‘kau tahu kenapa sesetngah manusia jarang mengungkap soal hati dan perasaan? Asyik masyuk dengan segala functions, events, parties yang dilalui? Aku kira sebab manusia itu takut. Semakin dia selam soal hati dan rasa, semakin dia sedar dia kosong dan sengsara. Bukan?’

dia sudah bersiap untuk melangkah pergi.




Dikemaskan beg, baju yang sedikit berkedut dan terkena debu dan menyarung kembali kasut setelah lama duduk bersila.




‘I told you not drag me into this argumentation. You will get hurt...’




Kadang manusia menyangka dia sangat suka pada cabaran dan sudah terlerai daripada comfort zone, sibuk dengan segala acara, ambil alih segala perkara, buat pelbagai kerja dan memperguna kepandaian dan bakat tanpa sia-sia. Cuba bina profile dengan sebaik-baiknya.Tapi kadang apa yang manusia cuba lakukan hanyalah melekatkan diri dengan tipu daya dunia. Segalanya untuk dunia. Tiada masa untuk agama. Tiada masa untuk akhirat jua. Apatah lagi masa untuk mengenal diri dan Tuhan nya.




So, what’s my definition for the term: comfort zone? Saya saya saya, silalah keluar daripada kepompong. Jangan senang lenang dan makan tidur.





Thursday, May 7, 2009

eArth hOur. comfOrt zonE and doT doT doT A




Earth hour – defined as a vote-earth event against global warming, against climate changing. Less use of unnecessary electrical appliances and excessive lights. An annual global event, where all the people who claim that they are among those who love the earth will switch off the light approximately for one-hour time. Energy saved.

-wikinadzirapedia-




‘tak reti-reti nak light-off ke?’




‘Neh, sorry. I can’t. Lampu ni bukan termasuk unnecessary electrical appliances la.’

‘i made my own one yesterday. Seharian bergelap. Malas nak tukar bulb. Ni baru je pasang baru, ok’ dia hanya tersenyum bersahaja. Tanpa makna. Membawa mug bersama, melabuh duduk berdepan dengan meja kerja.




‘tak patriotic la kau.




‘cut the crap la. Term pun tak masuk, main rembat je’ dia gelak tanpa sedar. Menggeleng kepala perlahan.




so, ni memang selamba la bukak lampu tak menyahut seruan world wide fund for nature la ni. Tak nak geng dengan orang lain la.’




‘I did switch off the unimportant ones. Still follow the guideline la. Masuk kroni jugak apa’ membawa mug ke mulut sebelum menyambung,

‘Earth hour... a nice name, a profound meaning.’




‘Bumi is getting old. Kena la jaga. Even though the damage has been done, at least we struggle to put it under control

‘You know what, I think I also want to participate in organizing a world-wide event, to save the world.’




‘Wah, cool. So what’s the event, miss activist?’ Bersahaja menjawab sambil memandang kegelapan malam tanpa sinaran lampu berkelipan.




‘Give-earth-a –break event’




‘And... The objectives are?’ dia bertanya sambil menutup tingkap dengan sebelah tangan. Sebentar lagi lampu akan kembali dihidupkan. Malam akan kembali bercahaya.




‘A sin-free state’

‘bumi bebas dosa, even for awhile.’ Berhenti sejenak sebelum menyambung.

‘macam 1 hari semua penduduk bumi tak buat benda tak senonoh. No pubs are open, no kedai nombor, prostitution, clubbing, gig, masjid penuh 5 times that day. tak mengumpat, wear hijab for those who should. Lack of news on showbiz, gossips bila kau switch on that idiot box. Just for a day. Biar manusia fikir apa tujuan dicipta ke bumi’




‘kau tahu, itu memerlukan lebih daripada pencahayaan fizikal.’




‘memang dah ada usaha kan ke arah tu.’




‘yeah. Centuries ago. Since he was appointed to become the final prophet’

‘He and his families. So did the companions’




‘Then, I guess we shall proceed, continue work on it sampai bumi berhenti berputar. Sampai the time has come.’ Dia memandang telefon di tangan. Cuba memikirkan. Well, she should. Thinking about the ummah. Itu sunnah.




Mungkin ke untuk satu hari? Di mana yang ngelat nak berbaju kurung atau bertudung tup tup berbaju kurung, at least berselendang sopan. Masjid yang sunyi jadi ala-ala meriah penuh melimpah. Ada rasanya. Setiap jumaat pun ala-ala nak ke arah itu, ye dak?




Waktu buat bumi – iya mungkin bumi perlu waktu untuk berehat, itu tidak dinafi. Dengan pencemaran yang membuta tuli, kerosakan alam yang semakin tak dipeduli dan penghuni yang sesedap rasa mengumpul properti. Semua jelas. Again, the damage has been done. Tapi manusia masih punya perasaan kasihan dan akal. Maka, berkumpullah yang masih peduli, sebulat suara cuba menabur bakti dengan memberi kesedaran kepada semua yang di bumi. Bercerita tentang kepentingan, kemusnahan dan kepupusan.




Bumi perlukan usaha untuk menjaganya.Tapi yang lebih penting bukan dengan hanya sekali petik pada suis lampu, bergelap hanya untuk sementara waktu dan kumudian buat-buat lupa tak menentu. Mungkin ini bukan yang bumi benar perlu. Yang terlebih penting, bumi perlu rehat walau untuk seketika cuma, daripada perbuatan maksiat dan mungkar serta hina. Ya, bumi pernah sekali sangat gembira. Tatkala lahirnya seorang kekasih Allah di atasnya. Terlalu gembira hingga runtuh segala mercu dan tanda yang manusia bina untuk menyembah kepada selain Dia.




earth hour sama macam seruan dalam beragama. Manakan mungkin untuk sehari dua. Sekadar satu dalam setahun.

Masakan ada perubahan. Tapi manusia masih punya iman dan amal. walau betapa sedikit usaha, pasti akan ada hasilnya. Walau bukan diseru semua, pasti akan ada yang terkesan di jiwa. Biar perlahan tapi berlanjutan. Sampai nanti semua punya fikiran yang sama. Semua sepakat sebulat suara. Iya, memang sebuah pencahayaan jiwa.




Semoga bumi akan terus gembira dan bercahaya. Treat the root, not merely the symptoms. Tamak punca kehancuran bumi. Dengan iman, tertunduk ketamakan. Minimizing the destructions. Guess, that actually defined vote-for earth thingy.




Ok saya saya saya. Jangan malas.sila berusaha untuk agama. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk hidayat dari Nya.




p/s: kepada puan yang sanggup mencemar duli, tetiba sesat dan terbaca the previous post, thanks for reading and a happy anniversary, the 3rd one dah ye on last april.