Comfort zone: describing the unchallengeable, the nonthreatening surrounding which might allure a person to be unaware, lazy thus become susceptible to any potential harm be it mentally, spiritually or physically.
- wikinadzirapedia -
Masih tegang. Itu suasana yang sedang dihadapi. Dia membuang pandang. Berkali-sudah menasihat diri jangan terlibat dalam perbalahan sedang diri masih dalam emosi. Nanti ternyata dia juga yang gagal mengawal diri.
‘Take it from me. Not everybody that hates you, think that you are cool. They don’t hate you because you are cool, ok’
Dia membuang pandang. Menghela nafas panjang-panjang. Naik angin begitu memang sesuatu yang dia tak terjangkakan.
‘aku dah cakap, jangan kau nak bercakap pasal hati dan perasaan. Kau jugak yang akan kecundang. Iya, kau memang seronok bersuka-suka, but come on, admit it kau pun seakan-akan masih mencari-cari apa itu bahagia.’
Berhenti seketika daripada bercakap. Masih terasa amarah dan menyampah. Ok, behave yourself, kerap dia mengingatkan diri, berulang kali.
‘satu aja aku nak ingatkan kau. Apa yang kau ulang buat banyak kali ni, yang kau panggil keseronokan hanya setakat satu pusingan yang tak berkesudahan. Gembiranya sekejap-sekejap saja, tapi long term kau yang merana. Don’t repeat the same cycle. Kau tahu apa orang gaji jiran sebelah aku panggil kalau buat benda yang tak datangkan faedah, bawa mudhorat lagi bai, tapi still orang dok keep on repeating the cycle?’
dia bertanya. Memancing perhatian sebelum dia menghabiskan perbualan. Tak mahu berlama-lama. Cukuplah dia berbahasa.
demi melihat kening yang diangkat tanda mahukan jawapan, dia dengan perlahan mula mengorak langkah sambil sedikit berteriak,
‘it’s called the vicious circle. Lingkaran syaitan.’
.......................................................................................................................................................................
Petang itu memang masa untuknya berehat. Dengan kata lain, menghabiskan masa dengan sia-sia. Namun memang bukan petang yang biasa.
‘kau fikir setiap orang tu kena berubah?’
Ok, that’s it. Habislah waktu lapangnya dengan soalan yang pasti panjang perbincangannya.
‘mak aku cakap, seeloknya lah. Dengan bertambah umur, should bring changes in one’s life. Change for good. Umur dan kebaikan. Should be in a linear equation, proportional.’
‘tapi mesti ke berubah jadi bosan? Tak boleh blah’
dia mengerling memandang pada yang melontar soalan. Macam saja cari isu panas nak berbahas.
‘bosan ke kalau jadi baik?’
kasi lebih panas dan berapi sikit. Soalan dibalas soalan.
‘kau tak rasa ke? Cuba kau tengok time line. Time sekolah, time remaja. Ramai aja bebudak yang cool. Tapi kau tengok sekarang. No more. Semua bila start nak settle down je jadi tak cool. Dengan baju skema, dengan perut boroi terkedepan. No life man. Rasa macam terkongkong.’
‘aku tak nak mulakan.’
‘come on, spill it. I want to hear.’
Main angkat-angkat kening pulak.
‘kau tanya la diorang. Buat apa tanya aku. Kau pi dekat pak cik-pak cik tu, tanya kat diorang. Hidup cool tapi penuh pura-pura ke hidup tenang walau macam apa yang kau cakap, kononnya tak cool tu yang diorang harap.’
menjawab dalam malas.
‘entah la. Kau rasa patut ke pada perubahan?’
dia berpaling. Memerhati. Kadang bengang kadang tak faham dengan yang seorang ni.
‘aku tak tahu lah. Pada aku, bila kau makin besar dewasa, makin dah mula explore sini sana, makin faham hakikat dunia, makin kau kena sedar apa yang kau cari. Tu bila kau tengah membesar, after kau reached puberty. Bila dah tua senang; kau cuma perlu go with the flow. Rangkanya dah kau siapkan, tinggal binaan. Macam blueprint dan ada, tinggal nak panggil contractor rebut tender. Permit dari majlis bandaran pun dah dapat. Lepas tu project jalan, tinggal buat QC aja. Life is something like that.’
dia berhenti. Memandang ke arah yang bertanya. Berhajat mahu membebel lebih lanjut.
‘tapi jadi problematic bila kau tak siap semua benda. Enjoy sini
dia pernah dengar tentang itu. Pernah mendapat cerita tentang manusia di depannya. Entah di mana silapnya, manusia boleh aja berubah. Dan manusia di depannya kini telah lama meninggalkan segala amalan. Mungkin kerana kecewa atau apa, mungkin juga perasan tak cool, mungkin. sedar keluhan juga untuk dia sendiri. yang makin alpa dengan dunia.makin berubah rupa. hanya setakat pandai berkata-kata. bila tang nak buat macam hapa.
Idealnya: manusia harus bergerak setahap dengan usia. Bukan masih dalam zaman remaja. Bukan juga tanpa sedar berbuat dosa. Iya, secara realiti: kita manusia. Selalu lupa. Tapi harus tahu batasnya. Bukan berulangkali memakan diri tapi masih berasa gembira tak tentu hala. Ini bukan cubaan menjadikan hidup sesuatu yang lame. Again, it’s a mind over the matter. Apa yang dipakai, apa yang dilakukan tak semestinya apa yang dirasakan. Kamu kata itu bosan. Mereka kata itu bahagia. Iya, perasaan yang tak pernah kamu rasa.
Setakat terdetik tapi tak diluahkan. Takut menyinggung perasaan. bukan perasaan sesiapa. perasaan diri sendiri juga. yang mengata dulang paku serpih.
‘bukan ke kalau kau jadi sebijik macam orang lain, kau letakkan diri kau dalam comfort zone? Tak ada cabaran. It seems so easy. Easy: boring: lame? Seluar baju cara pakai sama, gaya lepak-lepak kat kedai kopi lama-lama. Tak ada jiwa. Rasa macam orang tua.’
well, told ya. This is a very long discussion. Oh masa lapang yang berlalu.
‘How do you describe a comfort zone?’
dia memandang tajam penanya soalan. soalan untuk dia juga. Kemudian dengan hati-hati dia menyambung.
‘benda tu boleh define secara banyak macam, sesuai ragam berdasar akal fikiran. Comparison dari
‘kau mengata aku ke?’
huh? masakan nak mengata orang kalau dia pun sama.
‘kau rasa?’
tapi dia sengaja tak mahu memberi jawapan. Biarkan. Tapi tak lama. rasa perlu bagi penjelasan.
‘One thing for sure about this so called comfort zone is: terlalu selesa dengan perhatian yang diberi. Tak mahu keluar daripada kepompong. Ini baru la katak bawah tempurung. Kau fikir, lets say you have a bunch of people, admiring you. Adore you. Fascinated with you. Ikut je telunjuk kau, konon kau je la yang betul. Yang paling vogue. Yang paling smart. Yang paling up-to-date and advance. Siang malam dok cakap pasal kau aja. Itu kau panggil kawan? Neh, itu cuma buat kau syok sendiri. Hilng diri. Lupa jalan menuju Ilahi. faham-faham la sendiri. Buat dosa tak perlu berbangga. Semua manusia itu pelupa. Sebab tu berlambak dosa. Tapi yang paling celaka adalah apabila berbangga-bangga. Tambah pula bila ramai pengikutnya. Pelik, tak kan ramai-ramai peminat, semua pun buta? tak kan tak ada yang nak bagi nasihat sedas dua? Mana sayangnya diorang dekat kau? Takat nak benarkan semua yang kau buat tak kira dosa pahala, pengikut ayah pin pun tak kurang hebatnya’
sengaja menyindir. Tak, tak pernah rasa perasan bagus atau nak cari gaduh, cuma dia yang entah hapa-hapa ni sudah habis cara. tiada idea dalam berkata-kata.
Kadang dia berasa seolah-olah melihat seorang yang keliru di depannya. Memang, kadang manusia di depannya itu kelihatan yakin, pasti, great profile pada skala dunia. Selalu tahu apa yang harus dilakukan untuk mengejar impian. Tapi kadang dia melihat manusia yang seakan putus asa, depressed tak tentu hala. Mencari tenang dengan berpelesaran dan ubat-ubatan. Pills. Drugs dependent. Tapi siapa dia untuk menghakimi. dia tak tahu apa-apa tentang manusia di depannya. Sekadar kenal dan sesi meluah pendapat. Itu sahaja. Boleh aja pendapatnya salah. diri sendiri pun bukannya betul.
‘Define the types of people that do not belong to the comfort group?’
pertanyaan lagi untuk sekian kali.
‘kau tanya aku? Aku pun masih tak dapat lari dari rasa selesa. Yang aku dok perati kau bukan dalam comfort zone kalau kau risau bila orang lain tak risau. Kalau kau malu bila orang lain macam dah tak tahu apa itu malu’
dia perasan yang pandangan itu seakan masih menuntut penjelasan.
‘kau tahu ada manusia yang sanggup tinggal kesenangan untuk bagitahu orang apa itu kebenaran dan akhirat. Boleh aja dia duduk diam-diam lepas dapat makna hakikat tapi dia tak buat. Sebab manusia itu risau akan masalah ummat. Sebab manusia itu malu kalau-kalau dia ditanya apa yang dah dia buat. 2 elements: risau, malu. Baru kau tergerak nak keluar daripada bersenag lenang berlenggang kangkung. Itu barula tak dalam comfort zone’
cuba mengulang balik apa yang pernah dibaca.
‘kau ni pengikut apa-apa ke?’
eceh, main terjah tuduh aja. Cis.
‘aku cakap pasal muhammad. Nabi kau. Dia yang tak pernah lupa untuk risau akan masalah ummat. Dia yang malu kepada Tuhan yang ahad.’
Hah, ambik kau.
‘ambik contoh ni. Ada sorang tu, got married. Divorced. Now, flirting around and dating whoever he met. Tapi percaya kasih sayang. Bila fikir balik, macamana tak bercerai kalau dia tak ada piling yang kukuh dalam ikatan perkahwinan. Main rembat sapa-sapa memang mudah tapi masa hadapan yang banyak masalah. Well, it was a past. Shall let go. Tapi kalau tak belajar, that’s the problem. he will be repeating the cycle. Pilih material yang sama, yang tak cocok, piling tak kuat. Lastly collapse, kadang-kadang langsung tak sempat siap. Lepas tu, sibuk nak mengadu trauma dengan perkahwinan and against the marriage. Rasa tak perlu ikatan yang sah, janji serasi bersama. Tak perlu nak susah-susah andai masih lagi boleh menikmati kebebasan dan bergembira. Boleh blah. It’s shallow. Too shallow. Sampai bila nak berada dalam comfort zone. Asyik nak lari daripada masalah dan tak pernah nak carik jalan penyelesaian. Yeah, sapa nak mengaku salah sendiri. Umpama membuka pekong di dada. Mahu nyatakan pada dunia, memang dia yang puncanya ,itu yang tak pernah aman rumah tangga. Tak cool. Malulah pada kroni-kroni yang sedang asyik mendewa-dewi.’
Dia berhenti. Suasana hening. Tanpa kata-kata. Tiada lagi pertanyaan. Rasa sudah cukuplah segala hamburan. Risau mengingatkan segala kata-kata tajam penuh sindiran yang dilafazkan. Macam bagus, sampai dia sendiri terasa, sedang dia juga masih mencari sinar.
‘Doa supaya jadi baik bukan bermakna untuk diri kau saja, merely to save your life, supaya boleh pandang orang sebelah mata sebab perasan suci dan tak mau bercampur gaul dengan alasan perasan busy. Bukan untuk mengangkat diri. Tapi doa nak jadi baik supaya diberi pencerahan, agar jalan dipermudahkan. Dan semoga Tuhan tak pernah mahu mengabaikan. Untuk kau dan belahan jiwa kau. I mean untuk parents, siblings, kawan-kawan dan jiran-jiran yang 40 orang depan belakang kiri kanan tu. Tu, untuk peminat-peminat kau yang berlambak tu. Buat baik supaya hijab terbuka, doa diterima. Demi kebahagiaan bersama. Itu sebenarnya yang manusia perlu. Walau mungkin manusia tak pernah mahu. Perlu dan mahu, beza bukan?’
dengan perlahan dia mengakhiri,
‘berdoalah. Mintak pada Nya. Kita sama-sama berdoa.untuk semua’
Dia memandang ke sisi.sekadar mahu melihat reaksi. Diam.
‘kau tahu kenapa sesetngah manusia jarang mengungkap soal hati dan perasaan? Asyik masyuk dengan segala functions, events, parties yang dilalui? Aku kira sebab manusia itu takut. Semakin dia selam soal hati dan rasa, semakin dia sedar dia kosong dan sengsara. Bukan?’
dia sudah bersiap untuk melangkah pergi.
Dikemaskan beg, baju yang sedikit berkedut dan terkena debu dan menyarung kembali kasut setelah lama duduk bersila.
‘I told you not drag me into this argumentation. You will get hurt...’
Kadang manusia menyangka dia sangat suka pada cabaran dan sudah terlerai daripada comfort zone, sibuk dengan segala acara, ambil alih segala perkara, buat pelbagai kerja dan memperguna kepandaian dan bakat tanpa sia-sia. Cuba bina profile dengan sebaik-baiknya.Tapi kadang apa yang manusia cuba lakukan hanyalah melekatkan diri dengan tipu daya dunia. Segalanya untuk dunia. Tiada masa untuk agama. Tiada masa untuk akhirat jua. Apatah lagi masa untuk mengenal diri dan Tuhan nya.
So, what’s my definition for the term: comfort zone? Saya saya saya, silalah keluar daripada kepompong. Jangan senang lenang dan makan tidur.
No comments:
Post a Comment