Wednesday, May 27, 2009

sesuci embun. seindah pelangi. seharum kasturi



Dia membelek-belek baju yang baru dibeli lepas kelas tadi. Mmmm, menarik. Jujur, tak pernah pulak terfikir seumur hidup dia boleh ada baju macam ini. Kadang rasa bersalah terdetik dalam hati, tapi bila dihitung-hitung kembali, apalah salah mencuba-cuba. Belipun untuk diri sendiri. Kepuasan hati. Dia terus merenung bergantian antara imejnya di cermin dan beberapa beg-beg kertas yang masih belum dibuka.




Ya, kepuasan diri. Itulah 2 patah kata yang selalu dia ucapkan bilamana ada rasa-rasa tak sedap yang melanda jiwa. Teringat akan betapa terbukanya mila, diya, nina, fira, tini dan lain-lain tatkala kali pertama dia mengubah penampilannya. Memang dia selalu dikutuk pun dalam gengnya sendiri, bak kata tini, ‘I bukannya apa dear, you’re very young, still a teenage girl, try la main mix and match, be part of the trend setters kat college ni. Put some colors to your life. I tak larat la tengok you dah rupa macam nenek I yang duduk kat kampung tu. Come on dear. Pakai la at least shirt dengan slacks other than your every-day baju kurung. Lilit-lilitlah sikit tudung tu. Ni monotone je I tengok hari-hari.’ Senyum tini penuh makna sambil dengan tangan-tangan sekali ke sini sana ala-ala berpidato gamaknya. Mila, diya, nina dan fira pun terangguk-angguk mengiakan segala kata-kata tini. Biasala tini kan one leading light, dia la no 1 bila sentuh bab-bab fesyen ni.




Tapi jangan ingat tini and the geng ni mean. Bukan macam dalam drama ya. Yang selalu dok keji-keji orang, yang selalu dok perlekeh orang. Ala typical drama yang sekarang ni merata meraban kat stesen tv swasta dan tak swasta. Tau-tau ajelah benda senang nak dibuat modal. Semua nak disapu walau merosak bangsa dan masyarakat, konon nak bawak kemajuan. Maklumlah dunia dah maju, zaman dah berubah. Nanti bila dah jadi betul-betul collateral damage, masing-masing dok pening-pening lalat cari siapa salah dalam gejala sosial. To be at the safe side, one will always come out with this lame excuse, ‘we never discourage people, especially the Moslems from going to mosque performing their obligations. Kami tak terniat pun sengaja nak bagi rancangan-rancangan menarik ke udara di tv during maghrib-isya’ prayers. Itu cuma kebetulan. Kami hanya cari makan. You can’t blame us. The people themselves refuse to pray and choose to be in front of the TV rather than be part of the congregation.’ Pandai.




Tini and the geng ni baik-baik, lemah lembut dan still bersopan santun. Cuma kekadang tudung tu ajelah makin hari makin singkat, tu pun dia tak berapa faham. Maklumlah dia mana pernah nak melilit-lilit diri dengan tudung tu. Kang takut pulak dia terlemas ke, sesak nafas ke, tak cukup nafas ke time dok excited sangat dok melilit keliling kepala. Jadi dia assumed memang semua lilitan akan automatically memendekkan tudung. Kekadang tu nak terkerut jugak dahi, terherot jugak bibir bila nampak tudung yang betul-betul takat lepas leher je. Tini tu pulak mak ooi, lasaknya tak hengat dunia, sekali gerakan boleh nampak batang leher. Kadang dia yang naik kaget, dengan leher top tini yang bukan main luas di-matched kan dengan tudung pendek, kadang rasa tini ni dah kat life-threatening situation ni. Kang ternampak leher dek orang laki tak ke naya. Tapi kadang tak pendek pun still boleh nampak batang leher jugak. Sebab kain tudung tini agak jarang, apa kata orang puteh ala-ala transparent gitu.




Tapi dia sayang gengnya. Kerana sayang akan nilai persahabatan yang ikhlas daripada tini and the geng maka tanpa was- was dia menjadi sebahagian daripada mereka. Memang mula-mula dalam hati yang paling cukup dalam dia selalu mengingat-ingat untuk bantu yang lain supaya lebih expose dengan pendidikan islam. Maklumlah dia kan dulu sekolah pondok sampai bertahun-tahun, mestila ada rasa-rasa tanggungjawab nak bantu kawan-kawan. Mudah-mudahan dengan dia dia sekali boleh jadi lebih baik dan baik dan baik. Tapi tu semua beberapa tahun yang lalu, as the time goes by dia pun mula sedar yang dia semakin berubah. Kadang dia rasa dah terbalik pulak. Ni siapa yang nak ubah siapa ni?




Tambah-tambah pulak bila mila berulang kali mengingatkan dia tentang zaman remaja, time muda-muda macam sekarang la nak bergaya. Kang dah tua dituduh buang tebiat pula. Dari sehari ke sehari semakin dia mengikut tempo. Dan sejak akhir-akhir ni dengan sokongan dan harapan bergunung kinabalu daripada mereka dia mula mengorak langkah dengan lebih jauh. Aiseh, dah mula ada rasa nak berpesen-pesen pulak. Ikut peredaran semasa la katakan.dan dalam diam dia dah makin galak excited dengan perubahan baru itu. One Malaysia punya hal.




Pulak-pulak tu bila dulu dia macam main cast untuk TV series ‘invisible girl’ sekarang macam dia watak utama rosalinda telenovela. Semua orang bukan main baik lagi dengan dia. Senyum-senyum sakan dengan dia. Dari mak cik kantin sampai ke pak cik cleaner. Eh budak-budak junior pun bukan main beramah tamah. Start dah dia dapat macam-macam hadiah. Konon-konon daripada secret admires la bagai. Eh eh kenapa pulak dia tetiba macam menang loteri ni? Alah...biasalah bila manusia berubah upshot pun berubah. Ada manipulative variable, ada la responsive variable. Yang constant variable, yang tak berubah cuma apa ya? Mungkin... entahla. Baju kurung dah jarang lekat, yang sekarang top yang sedikit ikut bentuk badan dan agak sendat. Dah tak main la kain-kain kurung ni. Diganti dengan seluar yang pun boleh dikategori ketat.kadang-kadang aja dia pakai skirt kembang sejambak. Itu pun singkat. Kasut pun bukan main dari parking lot dah boleh dengar keletuk keletak. Tu dia, the arrival of new hope. The change that we can believe in. Help make history. Sounds like the democrats.




Sampai la cukup 1 semester dia kat college. Dah masanya pulang ke rumah. Ooh, tak menyabar-nyabar dia nak tunjuk kat mak betapa cun melecun glamer gleminya satu-satunya anak perempuan tunggal dia. Nak tayang kat abang-abang dengan ayah buat apa, mereka bukan tau sangat hal-hal orang perempuan ni. Nanti tak pasal-pasal komen paling tak sedap di alam semester kedengaran, ‘ wei, ko gemuk la pakai macam ni. Aku dah tak dapat beza dengan sarung nangka.’ ‘wei, mengarut la kau. Nampak cellulite merata. Macam hapa. Aku nak makan tau.’ Ah abaikan. Tak sesuai betul kalau nak melaram depan abang-abangnya yang stok-stok sengal tu. Jadi dia nekad. Dengan penuh keazaman dia mahu bikin surprise. Macam mana?




Macam ni macam ni. Mula-mula apa kata kalau dia balik kampung dengan baju kurung. Ala yang biasa dia pakai dolu-dolu kala. Lengkap dengan tudung pun yang biasa-biasa saja. Bukan yang lilit bukan yang terbelit. Lepas abah dengan abang-abangnya dah ke masjid untuk solat jemaah, barulah dia bikin surprise dengan menayang dekat emak betapa anak dia dah jadi modern cemerlang gemilang terbilang. Nanti lepas tu baru boleh tunjuk dekat abah dan abang-abangnya. Tak boleh la diorang nak ejek gemuk ke tak sesuai hapa ke kalau dah emak sendiri sokong anak dia yang sekarang bukan main lagi trendy.




Bus dah sampai. Hati bukan main riang. Macam ada radio je yang dia tertelan lalu keluarlah irama-irama gumbira. Rasa rindu, rasa sebak, rasa suka dan pelbagai rasa tercampur baur bersama, tak sempat nak filter-filter. Mak aih, beratnya beg. Macam ada batu kat dalam. Mana taknya. Segala jenis kain-kain batik, baju kurung lama-lama, kebarung, kurung kedah, pahang, johor semua dah tak valid. Tu yang nak bawak balik simpan baik-baik. Ada lagi, top, blouse, khakis, jeans, denims, accessories, shoes yang baru dia beli hasil daripada khidmat perunding imej tak bergaji pun dia angkut sekali. Nak melaram depan emak punya pasal. Tak sabar nak dengar emak puji dia, cantik lah, ayulah, macam-macam lah. Mak aih, jauh benar dah dia terjah. Berangan tak sudah- sudah.




‘ni batu ke hapa ni?’ hah, kan dah cakap betul kan abang dia yang sorang ni mulut memang laser. Payah betul nak dijaga. Mood dia yang berbunga-bunga raya mati begitu saja. Malas betul nak layan yang kat depan mata. Mentang-mentang mak dengan ayah kerja, pandai-pandai nak buli pula. Dia takat diam dah terus masuk ke dalam kereta. Pintu saja buat-buat manja dihentak kuat berdentum bunyinya. ‘kang kalau tercabut pintu tu karang, kau bawak dengan pintu pintu tu sekali jalan kaki sampai ke rumah’. Suara abang umpama ahli sihir yang tak sabar-sabar nak menyantau mangsanya.




Makan bersama, duduk di depan tv ramai-ramai, dapat bersandar pada emak dan membiarkan emak membelai lembut kepala memang heaven. Pulak tu tak payah nak keluar beli makanan setiap kali time makan, tak payah nak budget duit dan runsing mahupun depressed tak tau nak makan di mana. Sebut aja dekat mak, nak tak nak demi anak dia yang bongsu ni mak turutkan jugak. Walau bukan sepuluh dua puluh kali mak membebel dekat telinganya suruh dia rajin-rajin turun ke dapur. Dah beribu-ribu lemon, ‘Dah tak macam rupa anak dara dah, pemalas bukan main. Apala malang nasib suami nanti nak oi, dapat bini tak rupa bini. Tak reti nak buat itu ini,’ dulu-dulu ada jugak dia cuba smash balik dengan membalas, ‘ala mak, nanti-nanti orang kerja ada duit, gaji la maid. Dia boleh buat itu ini. Orang duduk aja goyang kaki.’ Tapi ternyata dia tak ada bakat dalam laser-melaser yang diasas emak dan abangnya. Emaknya membidas, ‘kalau macam tu lebih baik laki tu kawin dengan orang gaji aja,’ dia jugak yang terkedu, dalam hati dah buat macam-macam hypothesis. Sapa sebenarnya anak mak ni. Dia ke orang gaji tu.




Dan dia sudah berkira-kira mahu menunjukkan semua jenis koleksi yang dibelinya, sebelum terpaksa menangguh niat di hati setelah dipaksa untuk berborak-borak dengan emak di depan tv. Dalam pada mata emaknya tertumpu pada skrin, sambil itu mulut emak melepaskan keluhan kecil. Dia heran, tak kan susah benar nak faham jalan cerita mak, ni iklan je pun. Dan emaknya bagai dapat menangkap apa yang dia fikirkan. ‘kamu nak tau, dulu-dulu, 10 tahun yang lepas, ada seorang anak kecil ni pi ikut mak dia mengaji kat masjid. Dengan jemaah perempuan ramai-ramai dok buat satu bulatan. Budak ni takat ikut mak dia aja sambil-sambil mengaji, sambil curi makan free.




Tapi lama-lama budak ni belajar tajwid kat sekolah, dah kenal erti huruf, sebutan makhraj, perkataan dan susunan ayat-ayat Quran, mula-mula dia dok leka dengar orang baca, lama-lama dia pulak yang tukang betulkan mak cik-mak cik yang salah sebutan dan hukum tajwidnya.’ Ada senyuman di wajah emak. Entah apa yang emak gembirakan. ‘kamu tahu siapa budak kecil itu?’ emak berpaling menatapnya. Menatap jauh ke dalam mata seakan-akan cuba membawa dia ke suatu memori lama. emak lantas menarik kedua tangannya, digenggam erat lalu dengan penuh kasih sayang mengusap kepalanya. Dia hanya menggeleng perlahan. Siapa pulak, jiran sebelah? Anak abang, cucu mak yang sulung tu ke?




‘kamu la tu orangnya. Dan mak bersyukur, dalam pada zaman sekarang ni orang duk sibuk nak pakai macam-macam fashion yang orang tua-tua macam mak ni tak berkenan, alhamdulillah Allah kurniakan dan pelihara satu-satunya anak perempuan yang mak ada daripada pakai benda-benda yang tak elok macam tu.’ Dia diam. Merenung dalam pada kedua mata tua yang bersinar jernih bercahaya itu. Dia seakan merasa ada rasa bangga di mata itu. Dia kaget, tak sangka, yang dia ingatkan mungkin apa yang mak bangga pada dia hanya pelajarannya, yang lain dia memang loser. Masak jahit kemas rumah macam hapa. ‘adik tahu, nenek pun selalu mengeluh tengok cucu-cucu dia yang lain. Dengan baju ketat, dengan t-shirt sendat, dengan seluar singkat. Nenek marah-marah sayang tu. Tak nak cucu-cucu dia rosak, tak nak cucu-cucu dia hilang rasa malu. Berharga seorang perempuan kerana maruah, kerana sebuah kehormatan.’




Tak dia sangka, apa yang lebih penting pada emaknya adalah diri dia sendiri, sopan pakainya, tatacaranya dan budi bicara yang lebih emak jaga. Tak kisah la walau nampak kolot atau apa jua orang lain nak kata. Serta merta dia bagai baru tersedar daripada tidur yang lena. Rupanya itu yang lebih utama bagi emaknya sebagai doa. Segalanya terimbas kembali, daripada cara pakainya yang sudah lama berubah hingga ke luggage yang terkandung segala macam pakaian yang macam tak sudah. Dia rasa macam nak pitam, sarat dengan rasa bersalah. Dalam hati dia sudah berkira-kira baju-baju itu mahu dia sedekah.




Baru dia sedar apa hadiah paling berharga bagi seorang ibu. Pulangkan kembali anaknya dalam rupa dan didikan yang si ibu ajar sewaktu anaknya kecil dahulu. Segalanya tentang agama, ibadah, akhlak, bicara dan tingkah laku jua pergaulan. Tak banyak bukan, apa yang si ibu pinta? Justeru mengapa sukar benar bagi dia untuk tunaikan? Hilang sudah rasa glamour, tak sedar diri, extra happy. Lama benar baru dia mengerti. Semua itu bukan jalannya untuk dia menuju Ilahi. Dalam tak sedar dia sudah berada dalam dakapan si ibu. Dalam cuba menahan air mata daripada jatuh ke pipi, dia bersuara, perlahan sekali, ‘ selamat hari ibu mak untuk tahun ini. Emak doakannya, semoga hidup anak emak ini lebih diberkati.’ Dan tangan si ibu yang kian dimakan usia itu dikucupnya berkali-kali.




Selamat hari ibu 10 May 2009

Rasa bangga itu berbeza. Dari ibu kepada anaknya. Apa yang seorang anak mahu, dan apa yang orang tuanya perlu, berbeza, bukan?





2 comments:

Anonymous said...

nice post..
^_^
sgt2 mberitau scra halus..

ayasofia said...

^_^ thanks.