Saturday, September 20, 2008

wAke hEr uP wheN sepTember eNds

K>A>M>U


Jauh di mata dekat di hati. Apa yang dirasa dibagi, dikongsi bersama. Walau jauh beribu batu, sungguh your words tell everything even they come without any expression, no feeling, just a bunch of letters arranged together forming lines of different sentences.



Melihat kamu terganggu dengan apa yang kamu lalui bukan sesuatu yang lazim. Selama bersama kamu, hidup dilalui bersama dengan gelak ketawa. Yups, things come and go, it’s what they called life, sometimes you can’t pretend that nothing happens but most of the time you are really good at it. Biasanya bukan emosi negative yang mewarnai kehidupan kamu. Tapi ceria, ketawa dan senyuman and a sense of sengal perhaps.



Kerana itu, mengetahui betapa berat dilema yang kamu hadapi, hingga bisa memadam warna ceria kehidupan kamu, turut membuat hati berasa susah. Seumpama ini bukan kamu yang saya kenali suatu ketika dulu. Seumpama saya akan kehilangan kamu.



Tapi saya tahu, kamu yang saya kenali cukup tabah dan kuat. Girl, u really can make it. Never give up, keep on depending on Allah, He knows while we are all not knowing. bercakap tentang itu, mengingatkan diri kepada peringatan imam beberapa hari hari yang lalu.



‘...But it is possible that ye dislike a thing which is good for you, and that ye love a thing which is bad for you. But Allah knoweth, and ye know not.’


(Translation from the second chapter verse 216). Memang ayatnya mudah, cukup simplistic, tapi comes with a profound meaning, cukup untuk merawat hati yang luka, sempena hadiah yang berupa kejutan kamu terima di hari lahir.

Kata imam itu ada beberapa pengajaran dalam ayat tadi. Saya hanya mendengar dari sebalik tirai, wishing that I wont doze off and can really remember them word by word, sentence by sentence and perhaps they can penetrate directly to the depth of my heart. Mengambil posisi yang dirasakan sesuai, saya kembali memfokus, cuba meneliti setiap patah kata.


Lesson number 1: bersangka baik dengan Allah. (no prejudice, please)

Dia Tuhan manusia. Mana mungkin Si Pencipta tak tahu yang terbaik bagi yang dicipta? Kata imam itu. Justeru yang terbaiklah yang dianugerahkan pada ciptaannya, hanya saja terpulang perception yang mendapat anugerah, mahu bagaimana dengan segala pemberian Nya. Mahu diterima dengan senyuman walau hambar tapi masih mencuba, yang mana itu yang kamu sedang lakukan. Sedaya mungkin menghadapi hari mendatang walau kadang-kadang nafsu membisik seribu keraguan sesudah termeterainya sebuah keputusan yang berlandas pada rasa tawakal kamu kepada Si Dia setelah berusaha meminta hidayah dan petunjuk. Akhirnya, hati kamu cekal dan betah untuk membuat keputusan setelah menimbang tara dan meninjau daripada pelbagai sudut pandang. Hesitation won’t cancel out the certainty. Rasa ragu kamu itu tak kan bisa memadam perasaan yakin sewaktu kamu memberi persetujuan. Cekallah wahai seorang yang bernama kamu. Semoga Allah menghapus padam segala kegelisahan di jiwa.


Lesson number 2: redha, sabar dan ikhlas menghadapi dugaan

Itu kamu. Kamu yang saya kenal amat redha dan ikhlas dalam apa yang kamu lakukan. Walau kadang-kadang kamu menjadi kurang sabar dan cepat melatah, namun cepat sahaja rasa tidak selesa itu kamu hindarkan dari terus berleluasa memenuhi hati dengan lawak jenaka. Yang saya akui, tak pernah membuat saya kering gusi, melihat gelagat kamu saja sudah cukup untuk mengusir rasa gelisah saya. Tapi kini, yang gelisah sendiri adalah kamu, dan saya hanya mampu menjadi pembaca yang setia, meneliti setiap baris ayat dari kamu. Maaf kerana saya tak bisa berada di sisi kamu saat kamu benar-benar memerlukan teman sebagai sokongan. Tapi ketahuilah yang saya sentiasa mahu mendengar setiap permasalahan dari kamu, kedua selepas kamu memperdengarkan kepada Allah, agar kamu bisa berasa lega, supaya saya dapat kembali melihat senyuman kamu yang saya kira sudah tidak semanis dulu.

Imam ada menyebut, redha kerana kita hamba, justeru tak punya pengetahuan yang menyeluruh akan hikmah di balik peristiwa, lantas kerana kita hamba maka harus ikhlas dalam menyerahkan segala urusan pada Nya dan sabar dalam menunggu keputusan dari Nya in which it leads to the third lesson at that night.


Lesson number three: Allah is all-knowing

Allah Maha Mengetahui, sebelum semasa dan setelah sesuatu terjadi. Dia melihat segala sesuatu secara menyeluruh sedang saya dan kamu tiada kemampuan, namun dibekali usaha. Usaha agar saya dan kamu bisa predict the sequence of life thoroughly, according to the cause-and-effect basis, consequence of the action taken and how it may affect the future. Jika kamu mahu saya memberitahu apakah hikmahnya yang tersurat mahupun tersirat, mungkin saya hanya tersenyum, menggeleng kepalan kerana tiada apa yang mampu saya suarakan. Saya sekadar reti untuk merepek dan hanya pandai menyuruh kamu bersabar, saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menanganinya andai ia menjadi suatu yang realiti dalam kehidupan saya nanti.

Saya minta maaf kerana tak bisa menyelami hati dan perasaan kamu. Kesian kamu yang mengharap agar saya memberi nasihat tetapi saya hanya mampu membuat lawak. Saya lega melihat kamu ketawa dan tersenyum kembali, seolah sudah bisa melupakan sejenak kekusutan yang melanda pemikiran. Apapun, saya turut berdoa pada Allah agar di membuka pintu hikmah supaya mampu melihat ke dalamnya. Dan lagi saya berdoa agar Allah menetapkan keputusan dan hati kamu andai ini adalah yang terbaik bagi kamu. Semoga Allah memberi kamu petunjuk jalan mana yang bisa kamu lalui. Hingga sampai waktu itu andai, atau sesudah itu, saya akan sentiasa menyokong kamu, biar apa jua keputusan kamu. Kamu ingat ya, saya akan sentiasa berada di belakang kamu, sebagai kayu sokongan bila-bila saja kamu memerlukan.


Lesson number 4: dia yang bernama dugaan

Iya, itu ujian bagi menilai keimanan kamu. Allah berkehendak agar kamu tahu nilai dan tahap keimanan kamu, untuk kamu up grade kan lagi ke tahap yang tertinggi yang bisa kamu capai. Ujian bagi saya dan kamu berbeza. Kamu lebih kuat, ujian lebih hebat. Semoga saya dan kamu sama-sama dapat memperbaiki iman masing-masing usai setiap ujian. Semoga kamu berjaya dalam ujian kali ini. Allah ingat akan kamu, maka Dia berikan kamu dugaan, agar Dia bisa mendengar lagi dan lagi buat kesekian kalinya aduan kamu yang hanya pada Nya. Kadang saya cemburu akan perhatian Nya pada kamu, namun saya berdoa agar dijauhkan daripada dugaan yang berat kerana saya bimbang tidak sekuat kamu. Kamu sabar ya. Tambah-tambah lagi ujian buat kamu saya kira sungguh istimewa, ujian di bulan mulia, ramadan kareem. Waktu di mana, Allah berkehendak untuk mendengar dan memperkenan segala doa dan permintaan hamba Nya. Waktu di mana pintu-pintu rahmah dan keampunan dibuka lantas keberkatan mencurah turun tanda kasih sayang Nya pada semua.

Kamu, keputusan yang kamu ambil setelah kamu bermunajat pada Nya, di bulan yang bukan bulan biasa. Di bulan yang para syaitan dirantai. Semoga keputusan kamu bukan yang bersandar pada nafsu, yang saya yakin bukan, dengan izin Allah. Saya benar-benar harap masalah kamu akan selesai dan terungkai dengan secepatnya dan kamu dapat menikmati tahun akhir kamu dengan ceria sebelum kamu pulang ke malaysia. Dan peringatan kepada dia yang bernama ‘masalah,’ sila jaga kawan saya dengan hati-hati ya. Handle with care. This isn’t a request but an order :P


Saya rindu kamu, faham. Dah jangan sedih-sedih lagi.

Dan kamu hanya menjawab: faham. (apakah? Why u didn’t say that u miss me too,ceih)

15092008/15091429

6 days are the gap between you and me born into this world. 6000 miles are the distance separates our locations.

I wont wake you up when september ends, but i will keep you awake walking on His lane. Boleh tak?

Tuesday, September 9, 2008

thE 9th hOLy niTe

9th night of the holy month


‘huruf demi huruf umpama embun yang menitis, menyejuk hati, tanpa jemu untuk membaca dan mendengar, bisa membuat diri bertambah rindu – itulah kalamullah.’


Habis mendengar pia membunyikan bacaan Quran, dia segera ke dapur, membantu apa yang perlu. Di luar, matahari masih akur berdiri di dada langit, menyinari alam. Tanpa cubaan melanggar ketetapan yang Esa. Sedang manusia, begitu leka – dan itu adalah dia, masih lagi berdolak dalih dalam melahirkan ketaatan kepada Pencipta. Masih membiarkan diri hanyut dan membiarkan diri menjadi binasa.


Dia segera menghabiskan bilasan mangkuk yang terakhir sebelum dengan cermat membawa segala mangkuk dan perkakasan ke rak untuk dikeringkan. Teringat pada pertanyaan pia bebrapa hari yang lepas, seusai membawanya pulang dari kelas agama.


‘cik irah, macam mana perasaan orang yang cintakan Allah?’ tanya pia selepas mengenakan tali pinggang di kerusi depan sambil tanya lincah melambai laju ke arah kawan-kawannya yang masing-masing berjalan menghala ke arah ibubapa yang menanti di kereta.


‘sufiah, nanti awak jangan lupa datang rumah kita ek, main sama-sama.’ Kedengaran kinah, jiran beberapa pintu dari rumah melaung mengingatkan pia yang kebetulan sedang menurunkan cermin tingkap.


‘apasal pia tanya tetiba je ni?’-ternyata bukan jawapan yang bagus.


Pia mengalih pandangan padanya sebentar sebelum kembali melambai pada sekumpulan kanak-kanak yang sedang menunggang basikal. ‘pia tau semua orang sekarang ni cakap pasal puasa, nak tambah ibadah, nak kasik Allah maafkan, Allah kasik rahmat dan Allah selamatkan dari neraka. Tu semua nak kasik Allah sayangkan kita, apa pulak ek perasaan yang patut pia rasa bila pia bilang pia cinta sama Allah?’ ayat akhir sengaja pia buat ala-ala dialek sinetron negara seberang sambil jari telunjuk diletakkan di bawah dagu seolah-olah sedang berfikir.


Dia tersenyum, juga tanda ilmunya yang dangkal dan cetek. Harap diberikan ilham dalam mengajar dan belajar dari seorang anak kecik bernama sufiah.


‘cik irah kasik dengar satu cerita ek,’ katanya tanpa mengalihkan pandangan daripada jalan raya di hadapan.


‘ada seorang budak nakal, nama dia pia...’ pia buat muka tak puas hati sambil mengerut kening.

Dia takat angkat kening dan sambung cerita yang terhenti, ‘dia ni liat nak bangun sahur. Mama dengan nenek dia jenuh nak kejut, tapi tak nak jugak bangun-bangun. Finally bila dia dah betul-betul bukak mata, waktu sahur pun dah terlepas. Kesian kanak-kanak ribena itu. Bila kat sekolah pulak, dia takat tahan lapar je la tengok non-Muslims having their own sweet time eating and sipping the drinks. Tapi sebab dia ni budak nakal yang hyperactive lagi tak dengar cakap, petang after the school session has ended dia gagah jugak nak main dengan kawan-kawan dia kat taman permainan. Bila nenek dengan mama dia tegah, dia paid no heed, buat dek,budget kuat la tu, terus kuar rumah.


Main, main, main sampai tak ingat dunia. Sedar-sedar dah dekat sangat nak berbuka. Budak nakal ni pun mulalah gelabah, lekas-lekas lari balik rumah. On the way back, jeng jeng jeng dia terserempak dengan anjing. It was a puppy actually tapi sebab ada orang tu takut anjing, once puppy tu barking dia dah cabut lari selamatkan diri. Lari laju-laju jauh dari anak anjing yang mengejar di belakang. Finally, dia pun sampai rumah. Tapi bukan dalam keadaan cool siap mata merah-merah lagi nangis tengah jalan,’


‘ish, apa ni kenakan orang, nenek cakap tak baik tau mengata orang,’ pia buat-buat tukar gear to merajuk-mode. Macam dah malas nak dengar pun ada, sambil mata melepas pandang ke luar tingkap, memerhati budak-budak lelaki bermain bola sepak di padang.


‘ek eleh, nak merajuk pula. Dengar la dulu, ada lessons tau, hidden answer for your question.’ Tangan laju menonyoh pipi pia.


‘Now tell me, apa rasa pia time terserempak dengan anjing, takut kan?’ pia angguk acuh tak acuh. ‘Then, apa pia buat after once you got scared?’ ‘Run for my life la cik irah,’


‘Even though you were hungry and totally exhausted at that time?’ ‘Do I have any choice?’


‘See, so the very first lesson is to place the feeling of fear in your heart, itu bagian pertama rasa cinta sama Allah,’ gelak kecil kemudian menyakat, ‘pia ni confirmed tak baca doa keluar rumah, patutla anjing tu macam interested kat pia je,’


‘bila pia takut, pia akan buat benda dengan bersungguh. Lari selamatkan diri, tak kiralah tengah lapar ke tengah letih ke, janji selamat. The same goes when you have fear for Allah, you would definitely do whatever that He commands and turn away from the things that would lead to His anger, for example, tengah tengok upin epin, tetiba masuk waktu solat. tak kiralah betapa best rancangan tu, pia wouldn’t care, turn off the tv and get ready to pray, sebab pia takut melengah-lengahkan solat, takut kalau Allah marah pia. Sahabat dulu takut pada Allah, sebab tu la bila Allah arah berperang, tak de pun yang nak persoal atau mengeluh, semua bersungguh nak buat.’


Pia termenung. Tangannya pula masih kejap memegang stereng dan dengan perlahan kereta dipusing masuk ke selekoh. ‘tapi takut aja tak cukup, apa pia rasa after pia managed to get away from that puppy? Tak enjoy kan, tak pulak pia rasa seronoknya kena kejar dengan anjing yang comel ni. Besok lusa harap-harap kena kejar lagi,’ dari hujung matanya, dapat dilihat gelengan pia. Dia hanya tersenyum menyakat.


‘begitu jugak dalam ibadah, rasa takut kena disertai dengan rasa sayang, barulah dapat rasa nikmat dalam ibadah. Bila sahabat diarah perang, semua simpan harapan nak rasa betapa nikmatnya mati syahid, semua nak Allah pilih dia untuk mati sebagai syuhada’, jumpa Allah dalam keadaan memperjuangkan agama Nya, hasilnya mereka kuat berjuang dan berdakwah walaupun payah. Verily after each difficulty there’s a relief, dan sungguh jumpa orang yang kita cinta dalam keadaan mulia adalah kelegaan yang paling tinggi, yang matinya mereka dicemburui sahabat yang lain.'


Berenti sejenak sebelum menyambung, menekan butang kecil bagi membuka pagar, kemudian meluruskan posisi kereta sebelum memakir, ‘beza kalau sayang dulu baru takut, macam tengok anjing besar tetiba rasa sayang, nak main-main, kacau-kacau anjing tu, sampai tak fikir pun bahaya kalau pia kena gigit. Dikhuatiri sayang dulu baru takut akan buat seseorang jadi memperlekeh-lekeh agama dan perintah Allah, kurang kesungguhan dalam melaksanakan ketaatan, lambat-lambat solat nak tengok tv dulu dengan alasan Allah Maha Penyayang dan Pengampun‘


‘takut, harap, cinta kemudian merasa diri hina dan rendah diri di hadapannya, macam tu mungkin susun aturnya pia. Ok ke tak cerita sepetang bersama cik irah pada kali ini?’


pia macam biasa, malas-malas nak angguk tapi laju je bukak pintu kereta turun tanpa bawa beg sekolah sebaik saja nampak tok wan dia. Dan dia, sekadar memerhati grandpa-granddaughter bonding di hadapan mata.


Tersedar, pinggan dan cawan sudah diatur, air sudah dibancuh, kuih telah pun masak. Kemudian dia bersegera memanggil yang lain untuk sama-sama berbuka.


‘Tiada berkumpul dua perasaan berharap pada rahmat Allah dan takut dari siksa Allah dalam hati seorang mukmin ketika akan mati melainkan pasti akan diberi oleh Allah harapannya dan dihindarkan dari ketakutannya.’

09ramadan1429h...090908-thank you Allah for all the nikmah

Sunday, September 7, 2008

4th, 5th, 6th, 7th,8th- madrasAh ramadaN

Hawa petang dirasakan nyaman, tersenyum mengenang hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum hari yang dinanti tiba. Doanya berulang kali, tolong sampaikan saat itu padanya, biar dia menyambutnya buat kesekian kali, biar sekali lagi dia cuba untuk memperbaik amalannya, agar andai tiada lagi untuknya saat itu di tahun hadapan, dia tak akan kempunan maupun terkilan.

Air terjun di sebelah meluncur turun dengan laju. Hilang segala penat menguruskan rumah dan segala macam kerenah dunia. Melihat pia bermain dengan alat mainan barunya membuatkan dia sekali lagi mengukir senyum. Pia kalau pasal alat kawalan jauh macam lelaki, kalah abang-abang dia. Mak dengan nenek dia panggil pun, tak de hati nak sahut. Tapi kalau pak cik dia yang panggil, laju je meneleng kepala, menyahut panggilan. Maklumlah, minat sama.

Pia masih lagi leka, seorang diri main tanpa peduli dunia. Usu outstation, kalau tak biasa petang-petang macam ni gabungan pak cik-anak saudara ni akan kecoh dengan macam-macam cerita di gazebo. Kadang-kadang pia akan tolong pak cik kesayangan dia cuci kereta, tak pun sekadar menemankan usu membersihkan kolam ikan atau memberi ikan makan.

Tergerak nak mendekati pia, masih leka langsung tak perasan akan kehadirannya. Mata masih tertumpu pada butang-butang kecil alat kawalan di tangan. Sekilas dia memandang ke arah kapal kecil itu. Cantik, from fiberglass, jauh bezanya kalau nak compared dengan apa yang usu asalnya nak beli; pirate ship, ala- ala Viking era with 2 small electric motors and propellers. Not to mention the dyed cotton sail with skull and crossbones on it. Tak pun, battleship type. Dah habis mak membebel, barulah usu tukar. Mana mak tak risau, cucu perempuan dia sorang ni dah tak macam perempuan gayanya.

‘best ke main sorang-sorang?’ mata melirik melihat pia, berselang seli sambil memerhati japanese koi berenang bebas tanpa masalah. Sungguh senang dan damai kehidupan ikan, berenang tanpa peduli penghisaban di hari pembalasan. Tanpa takut maupun gusar. Tiada tangungan maupun tanggungjawab. Pia menoleh hanya seketika, namun masih sempat tersenyum simpul. Masih leka dalam dunianya yang tersendiri.


Mengambil tempat di sebelah pia, dia meneruskan, ‘pia nak tau, dunia ni macam lautan yang dalam. Tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku, tak tau apa pula yang ada kat dasar laut. Tak teramal perubahan cuaca, kejap-kejap ribut, angin kencang, atau ada kemungkinan nak tenggelam.’ Pia hanya terdiam, remang senja buat pia berenti untuk meneruskan permainan, duduk di sebelah mak ciknya, menikmati indahnya petang ciptaan Allah.

‘mama pun pernah cakap macam tu, hidup tu sailing ship. Pia macam captain kapal. Mama pesan, macam mana pia pandai guna remote control handling speedboat yang pak su kasik, macam tu jugak la pia kene pandai control my life. Pia kena ensure tak tenggelam dalam kejahatan dunia. Mama pesan hidup kat dunia ada certain purposes, lotsa trials and tribulations, kena pandai pilih jalan.’ Terkedu dengan cara kak long mendidik pia.


Seketika hanya hening yang menemani sebelum dia menyambung, ‘pandai la pia ni. Mama pia ni cekap, she always knows what’s best for you, dear. Macam ni cik irah tak payah cakap dah. Semua pun mama pia dah explained.’

‘tak lah, mama cakap nanti suruh cik irah explains’

ok, great kak long. Thanks for the super duper easy task.’-dalam hati.

‘So, let’s start from the materials first. Apa benda yang pia boleh guna supaya boat yang pia nak buat ni tahan lama?’ ‘steel’ ‘macam mana nak buat?’ ‘kena ada a great touch of architecture and a good marine engineer – great hull to provide the buoyancy supaya tak sinking, for sailing ship kena ada great masts’


‘tu untuk kapal, tapi kalau untuk hidup, nak bina dengan apa?’ pia takat geleng.

‘hidup kena bina atas iman, the best material ever. Itu basic. Iman sebagai pegangan hidup, percaya pada Allah dan rasul. Yakin dengan islam sebagai a way of life, the one and only. Mencari cara hidup selain dari yang diajar dalam agama macam cari cheap and low grade of materials for the ship. It won’t last forever, kalau guna kayu reput, guna besi berkarat. In the end, we really have to start it all over again, tak pun asyik letak the ship in the dock for maintenance.


Kalau tak repair nanti tenggelam pulak, macam dulu-dulu, ada satu cara hidup dipanggil communism. Some people pretty certain that communism is their way of life, but after quite a number of years, no more communist bloc, the influence became weaker, tak sekuat dulu. And now is the era of capitalism, God knows when the era will end.’

‘How bout the masts?’ pia tanya.

‘Since the ship is the sailing type, the masts should be built from tawakkal – relying on Allah. Macam cik irah cakap tadi, things happen, unexpected. Dah bagi the best for the ship, tapi tengah-tengah laut macam-macam boleh jadi. Boleh buat pia susah dan sakit hati. Tension and stressful – may be the best description.


Example tengah laut, angin kencang, if you have concrete masts, they will be useful to sustain the sails. Tapi kalau batang layar tu dah patah, macam mana nak berlayar ke tempat yang nak dituju? Dugaan datang dan pergi dalam hidup, kalau tak ada tempat untuk bergantung dan sandarkan harapan, boleh jadi putus asa. Bila putus asa, silap-silap buat seseorang tu mempersoalkan taqdir, tak puas hati akhirnya tak nak hidup lagi sebab rasa dah tak ada sesiapa yang dapat tolong dia untuk menghadapi dugaan,’

‘tapi pia ada Allah, cik irah. Mama cakap, Allah is the best guardian and the best protector. Jangan rasa sunyi atau seorang diri. Allah sentiasa ada bersama pia. Pia sedih kena mengadu kat Allah, kalau pia gembira kena ucap terima kasih kat Allah’

‘Aye aye captain. Sekarang apa criteria seorang captain?’ ‘taqwa dan amal soleh –fear of Allah, and performing lotsa good deeds’

‘Correct. Semua dah lengkap, high quality materials are used, a great architecture plan and genius engineers are employed. Sekarang terpulang pada captain pia, macam mana nak kendalikan. Kena pandai guna compass nak tau direction, macam tu jugak hidup. Ada taqwa dalam diri, buat menunjuk arah supaya terselamat dari benda-benda yang Allah tak suka. Macam pia cakap tadi, taqwa is to protect oneself from the wrath of Allah by protecting himself from indulging in things that Allah forbids.

Ketaqwaan akan terserlah dalam perbuatan dan perilaku. Orang yang takut Allah, akan hanya buat perkara baik. Memang susah nak tinggal perkara buruk, cik irah tak terkecuali, kerana itu pia kena tolong cik irah, ingatkan kalau cik irah lupa.’

‘cik irah kena ingatkan pia pulak kalau pia lupa’ pia senyum. Sebuah senyuman manis di penghujung petang.

“And whoever is dutiful to Allah, He makes a way out for him (from every difficulty). And He will provide for him from places he never could imagine. And whoever puts his trust in Allah, He
will suffice him. Verily, Allah will accomplish His purpose. Indeed, Allah has set a measure for all things.” [Chapter: At-Talaaq: 2-3]


Hasan Basri said, "Taqwa is the basis of Deen. Desire and greed destroy this basis.”

Tuesday, September 2, 2008

3rd NighT Of ramadhaN- payUng pesOna duniA

Hati umpama manusia yang kepanasan, hidayah umpama hujan. Tatkala turunnya titis-titis hujan membasahi bumi, manusia yang kepanasan akan segera berlari, membiar diri merasa nikmatnya dingin. Begitu juga hati, tatkala titis-titis hidayah turun, jangan dipayungi hati itu dengan pesona dunia. Biar hati merasa bagaimana dinginnya dibasahi hidayah Allah. Biar hati tunduk belajar untuk merendah diri dengan ketenangan yang dirahmati.’

Payung pesona dunia:

Kecantikan: revolusi yang tak kan pernah habis, dari susuk kepada plastic surgery

Harta: pencarian yang tak kan pernah berhenti, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Pangkat: semakin popular dan digilai, jika boleh satu dunia mahu ditakluki

Pesona dunia akan memayungi hati, dari benar-benar melihat hala tuju diri. Persoalan itu akan datang, lewat atau awal, bertanya akan tujuan berada di dunia ini. Mungkin semasa menjawab soalan SPRA time sekolah rendah donkey years ago atau tatkala menggoreng jawapan dalam subject pendidikan islam SPM, boleh mengarang dengan ayat-ayat yang tak dapat dinafikan tahap ke-confidence-annya, menggoreng tanpa hangus, mengharap markah yang tinggi. Namun, benarkah bagai dikarang, di alam realiti?

Benarkan apa yang ditulis itu dari tulus hati?

Atau sekadar mainan akal?

Sebagai khalifah, manusia dijadikan untuk menyembah Nya.

Untuk menyampaikan ajaran Nya

Justeru, setakat manakah seorang yang bernama saya, telah benar-benar menyampaikan ajaran Nya selama hidup ini?

Terima kasih pak cik imam atas sebuah peringatan yang bermakna di permulaan sebuah ramadhan.



assalamualaikum and a very good day of the 3rd ramdan al mubarak, i would love to wish all of us happy celebrating the holy month of ramadan! wish all of us good luck in up grading our iman, strictly watching over our words and purifying our heart. not to forget to lower our vision and be humble in every action. steadfast in our niat Lillahi ta'ala. may Allah forgive all of our wrongdoings, open the door of jannah and seal the gate of hellfire, forever. and may Him grant us the night of al qadr and victory over our lust. i would like to ask for forgiveness from all of you. thanks for the love and friendship, halalkan segalanya, and do tell me if i owe u guys things.tq

Monday, September 1, 2008

2nd nIghT of hOly ramadaN


Undangan dari Allah menuju ke jalan Nya sunguh banyak. Terlalu.

Setiap kali waktu solat contohnya ketika muazzin melaungkan kalimah ‘ marilah mengerjakan solat’, ‘marilah menuju kejayaan’

dalam solat yang kalimahnya berbunyi, ‘tunjukilah kami jalan yang lurus, yakni jalan yang Kau berikan nikmat ke atas mereka, bukan jalan orang-orang yang Kau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat’

dalam Quran, yang menyuruh hamba Nya berpuasa, menundukkan pandangan, bersedekah, berjihad, berbakti pada ibubapa, menghidupkan malam

Dalam hadith yang menekankan menjaga lidah, mengawal marah, berbuat baik pada jiran tetangga dan ikhlas dalam niat.


Dek kerana terlalu banyak seringkali saya lupa dan pura-pura sibuk.

Menidakkan setiap panggilan dan undangan kerana mendahulukan urusan dunia.

Di situlah hilangnya hikmah, dengan hilangnya hikmah dari diri saya, bergandalah punca masalah dan tersepitlah dengan hiruk pikuk dunia yang penuh dengan tipu daya.

Apakah hikmah itu?

Hikmah adalah segala kebaikan yang tersimpan di sebalik segala yang ada di alam ini.

Yakin segala yang berlaku ada kebaikannya, tanpa Tuhan menjadikannya sia-sia.

Dengan yakin adanya hikmah, tidaklah saya seawal pagi lagi sudah mengeluarkan kata-kata kesat atau mengumpat.

Tapi bila diri sudah terhijab, mulalah saya menyalahkan orang lain atau apa-apa sahaja atas kelalaian saya terpesona dengan dunia.

Bangunlah saya, sedarlah.

Sambutlah seruannya lebih-lebih lagi di bulan yang mulia, yang mana terkumpul padanya rahmat, pengampunan dan kebebasan daripada api neraka.

Sesungguhnya tiada panggilan yang terpenting selain panggilan Ilahi.

Jangan menjadi orang yang celaka. Tahukah saya siapakah yang celaka itu?

Iaitu sesiapa yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan itu tanpa diampuni dosanya.

Untuk hidup di dunia memerlukan 5 perkara, tapi seringkali manusia mempersiapkan diri hanya untuk 4 sahaja:

Kuasa

Harta

Wanita

Kereta

Pilihan paling tidak popular: Agama

Tapi ingatlah saya, dengan adanya agama maka

Kuasa menjadi amanah

Harta menjadi barakah

Wanita menjadi mukminah

Kereta digunakan untuk istiqamah dalam ibadah.

Maka saya, apa yang saya tunggu lagi. Cepat cari hikmah yang hilang. Bebaskan diri dari belenggu masalah dan tipu daya dunia yang sungguh meletihkan dan tidak mengebestkan ini.sebelum datangnya panggilan terakhir, untuk menemui Nya dan dihisab amalan.

Demikianlah kata-kata imam di surau tempat saya mengerjakan terawih, satu peringatan khusus buat seorang yang bernama saya.

selamat menyambut ramadhan semua!