Monday, September 1, 2008

2nd nIghT of hOly ramadaN


Undangan dari Allah menuju ke jalan Nya sunguh banyak. Terlalu.

Setiap kali waktu solat contohnya ketika muazzin melaungkan kalimah ‘ marilah mengerjakan solat’, ‘marilah menuju kejayaan’

dalam solat yang kalimahnya berbunyi, ‘tunjukilah kami jalan yang lurus, yakni jalan yang Kau berikan nikmat ke atas mereka, bukan jalan orang-orang yang Kau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat’

dalam Quran, yang menyuruh hamba Nya berpuasa, menundukkan pandangan, bersedekah, berjihad, berbakti pada ibubapa, menghidupkan malam

Dalam hadith yang menekankan menjaga lidah, mengawal marah, berbuat baik pada jiran tetangga dan ikhlas dalam niat.


Dek kerana terlalu banyak seringkali saya lupa dan pura-pura sibuk.

Menidakkan setiap panggilan dan undangan kerana mendahulukan urusan dunia.

Di situlah hilangnya hikmah, dengan hilangnya hikmah dari diri saya, bergandalah punca masalah dan tersepitlah dengan hiruk pikuk dunia yang penuh dengan tipu daya.

Apakah hikmah itu?

Hikmah adalah segala kebaikan yang tersimpan di sebalik segala yang ada di alam ini.

Yakin segala yang berlaku ada kebaikannya, tanpa Tuhan menjadikannya sia-sia.

Dengan yakin adanya hikmah, tidaklah saya seawal pagi lagi sudah mengeluarkan kata-kata kesat atau mengumpat.

Tapi bila diri sudah terhijab, mulalah saya menyalahkan orang lain atau apa-apa sahaja atas kelalaian saya terpesona dengan dunia.

Bangunlah saya, sedarlah.

Sambutlah seruannya lebih-lebih lagi di bulan yang mulia, yang mana terkumpul padanya rahmat, pengampunan dan kebebasan daripada api neraka.

Sesungguhnya tiada panggilan yang terpenting selain panggilan Ilahi.

Jangan menjadi orang yang celaka. Tahukah saya siapakah yang celaka itu?

Iaitu sesiapa yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan itu tanpa diampuni dosanya.

Untuk hidup di dunia memerlukan 5 perkara, tapi seringkali manusia mempersiapkan diri hanya untuk 4 sahaja:

Kuasa

Harta

Wanita

Kereta

Pilihan paling tidak popular: Agama

Tapi ingatlah saya, dengan adanya agama maka

Kuasa menjadi amanah

Harta menjadi barakah

Wanita menjadi mukminah

Kereta digunakan untuk istiqamah dalam ibadah.

Maka saya, apa yang saya tunggu lagi. Cepat cari hikmah yang hilang. Bebaskan diri dari belenggu masalah dan tipu daya dunia yang sungguh meletihkan dan tidak mengebestkan ini.sebelum datangnya panggilan terakhir, untuk menemui Nya dan dihisab amalan.

Demikianlah kata-kata imam di surau tempat saya mengerjakan terawih, satu peringatan khusus buat seorang yang bernama saya.

selamat menyambut ramadhan semua!

No comments: