9th night of the holy month
‘huruf demi huruf umpama embun yang menitis, menyejuk hati, tanpa jemu untuk membaca dan mendengar, bisa membuat diri bertambah rindu – itulah kalamullah.’
Habis mendengar pia membunyikan bacaan Quran, dia segera ke dapur, membantu apa yang perlu. Di luar, matahari masih akur berdiri di dada langit, menyinari alam. Tanpa cubaan melanggar ketetapan yang Esa. Sedang manusia, begitu leka – dan itu adalah dia, masih lagi berdolak dalih dalam melahirkan ketaatan kepada Pencipta. Masih membiarkan diri hanyut dan membiarkan diri menjadi binasa.
Dia segera menghabiskan bilasan mangkuk yang terakhir sebelum dengan cermat membawa segala mangkuk dan perkakasan ke rak untuk dikeringkan. Teringat pada pertanyaan pia bebrapa hari yang lepas, seusai membawanya pulang dari kelas agama.
‘cik irah, macam mana perasaan orang yang cintakan Allah?’ tanya pia selepas mengenakan tali pinggang di kerusi depan sambil tanya lincah melambai laju ke arah kawan-kawannya yang masing-masing berjalan menghala ke arah ibubapa yang menanti di kereta.
‘sufiah, nanti awak jangan lupa datang rumah kita ek, main sama-sama.’ Kedengaran kinah, jiran beberapa pintu dari rumah melaung mengingatkan pia yang kebetulan sedang menurunkan cermin tingkap.
‘apasal pia tanya tetiba je ni?’-ternyata bukan jawapan yang bagus.
Pia mengalih pandangan padanya sebentar sebelum kembali melambai pada sekumpulan kanak-kanak yang sedang menunggang basikal. ‘pia tau semua orang sekarang ni cakap pasal puasa, nak tambah ibadah, nak kasik Allah maafkan, Allah kasik rahmat dan Allah selamatkan dari neraka. Tu semua nak kasik Allah sayangkan kita, apa pulak ek perasaan yang patut pia rasa bila pia bilang pia cinta sama Allah?’ ayat akhir sengaja pia buat ala-ala dialek sinetron negara seberang sambil jari telunjuk diletakkan di bawah dagu seolah-olah sedang berfikir.
Dia tersenyum, juga tanda ilmunya yang dangkal dan cetek. Harap diberikan ilham dalam mengajar dan belajar dari seorang anak kecik bernama sufiah.
‘cik irah kasik dengar satu cerita ek,’ katanya tanpa mengalihkan pandangan daripada jalan raya di hadapan.
‘ada seorang budak nakal, nama dia pia...’ pia buat muka tak puas hati sambil mengerut kening.
Dia takat angkat kening dan sambung cerita yang terhenti, ‘dia ni liat nak bangun sahur. Mama dengan nenek dia jenuh nak kejut, tapi tak nak jugak bangun-bangun. Finally bila dia dah betul-betul bukak mata, waktu sahur pun dah terlepas. Kesian kanak-kanak ribena itu. Bila kat sekolah pulak, dia takat tahan lapar je la tengok non-Muslims having their own sweet time eating and sipping the drinks. Tapi sebab dia ni budak nakal yang hyperactive lagi tak dengar cakap, petang after the school session has ended dia gagah jugak nak main dengan kawan-kawan dia kat taman permainan. Bila nenek dengan mama dia tegah, dia paid no heed, buat dek,budget kuat la tu, terus kuar rumah.
Main, main, main sampai tak ingat dunia. Sedar-sedar dah dekat sangat nak berbuka. Budak nakal ni pun mulalah gelabah, lekas-lekas lari balik rumah. On the way back, jeng jeng jeng dia terserempak dengan anjing. It was a puppy actually tapi sebab ada orang tu takut anjing, once puppy tu barking dia dah cabut lari selamatkan diri. Lari laju-laju jauh dari anak anjing yang mengejar di belakang. Finally, dia pun sampai rumah. Tapi bukan dalam keadaan cool siap mata merah-merah lagi nangis tengah jalan,’
‘ish, apa ni kenakan orang, nenek cakap tak baik tau mengata orang,’ pia buat-buat tukar gear to merajuk-mode. Macam dah malas nak dengar pun ada, sambil mata melepas pandang ke luar tingkap, memerhati budak-budak lelaki bermain bola sepak di padang.
‘ek eleh, nak merajuk pula. Dengar la dulu, ada lessons tau, hidden answer for your question.’ Tangan laju menonyoh pipi pia.
‘Now tell me, apa rasa pia time terserempak dengan anjing, takut kan?’ pia angguk acuh tak acuh. ‘Then, apa pia buat after once you got scared?’ ‘Run for my life la cik irah,’
‘Even though you were hungry and totally exhausted at that time?’ ‘Do I have any choice?’
‘See, so the very first lesson is to place the feeling of fear in your heart, itu bagian pertama rasa cinta sama Allah,’ gelak kecil kemudian menyakat, ‘pia ni confirmed tak baca doa keluar rumah, patutla anjing tu macam interested kat pia je,’
‘bila pia takut, pia akan buat benda dengan bersungguh. Lari selamatkan diri, tak kiralah tengah lapar ke tengah letih ke, janji selamat. The same goes when you have fear for Allah, you would definitely do whatever that He commands and turn away from the things that would lead to His anger, for example, tengah tengok upin epin, tetiba masuk waktu solat. tak kiralah betapa best rancangan tu, pia wouldn’t care, turn off the tv and get ready to pray, sebab pia takut melengah-lengahkan solat, takut kalau Allah marah pia. Sahabat dulu takut pada Allah, sebab tu la bila Allah arah berperang, tak de pun yang nak persoal atau mengeluh, semua bersungguh nak buat.’
Pia termenung. Tangannya pula masih kejap memegang stereng dan dengan perlahan kereta dipusing masuk ke selekoh. ‘tapi takut aja tak cukup, apa pia rasa after pia managed to get away from that puppy? Tak enjoy kan, tak pulak pia rasa seronoknya kena kejar dengan anjing yang comel ni. Besok lusa harap-harap kena kejar lagi,’ dari hujung matanya, dapat dilihat gelengan pia. Dia hanya tersenyum menyakat.
‘begitu jugak dalam ibadah, rasa takut kena disertai dengan rasa sayang, barulah dapat rasa nikmat dalam ibadah. Bila sahabat diarah perang, semua simpan harapan nak rasa betapa nikmatnya mati syahid, semua nak Allah pilih dia untuk mati sebagai syuhada’, jumpa Allah dalam keadaan memperjuangkan agama Nya, hasilnya mereka kuat berjuang dan berdakwah walaupun payah. Verily after each difficulty there’s a relief, dan sungguh jumpa orang yang kita cinta dalam keadaan mulia adalah kelegaan yang paling tinggi, yang matinya mereka dicemburui sahabat yang lain.'
Berenti sejenak sebelum menyambung, menekan butang kecil bagi membuka pagar, kemudian meluruskan posisi kereta sebelum memakir, ‘beza kalau sayang dulu baru takut, macam tengok anjing besar tetiba rasa sayang, nak main-main, kacau-kacau anjing tu, sampai tak fikir pun bahaya kalau pia kena gigit. Dikhuatiri sayang dulu baru takut akan buat seseorang jadi memperlekeh-lekeh agama dan perintah Allah, kurang kesungguhan dalam melaksanakan ketaatan, lambat-lambat solat nak tengok tv dulu dengan alasan Allah Maha Penyayang dan Pengampun‘
‘takut, harap, cinta kemudian merasa diri hina dan rendah diri di hadapannya, macam tu mungkin susun aturnya pia. Ok ke tak cerita sepetang bersama cik irah pada kali ini?’
pia macam biasa, malas-malas nak angguk tapi laju je bukak pintu kereta turun tanpa bawa beg sekolah sebaik saja nampak tok wan dia. Dan dia, sekadar memerhati grandpa-granddaughter bonding di hadapan mata.
Tersedar, pinggan dan cawan sudah diatur, air sudah dibancuh, kuih telah pun masak. Kemudian dia bersegera memanggil yang lain untuk sama-sama berbuka.
‘Tiada berkumpul dua perasaan berharap pada rahmat Allah dan takut dari siksa Allah dalam hati seorang mukmin ketika akan mati melainkan pasti akan diberi oleh Allah harapannya dan dihindarkan dari ketakutannya.’
09ramadan1429h...090908-thank you Allah for all the nikmah
No comments:
Post a Comment