Sunday, September 7, 2008

4th, 5th, 6th, 7th,8th- madrasAh ramadaN

Hawa petang dirasakan nyaman, tersenyum mengenang hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum hari yang dinanti tiba. Doanya berulang kali, tolong sampaikan saat itu padanya, biar dia menyambutnya buat kesekian kali, biar sekali lagi dia cuba untuk memperbaik amalannya, agar andai tiada lagi untuknya saat itu di tahun hadapan, dia tak akan kempunan maupun terkilan.

Air terjun di sebelah meluncur turun dengan laju. Hilang segala penat menguruskan rumah dan segala macam kerenah dunia. Melihat pia bermain dengan alat mainan barunya membuatkan dia sekali lagi mengukir senyum. Pia kalau pasal alat kawalan jauh macam lelaki, kalah abang-abang dia. Mak dengan nenek dia panggil pun, tak de hati nak sahut. Tapi kalau pak cik dia yang panggil, laju je meneleng kepala, menyahut panggilan. Maklumlah, minat sama.

Pia masih lagi leka, seorang diri main tanpa peduli dunia. Usu outstation, kalau tak biasa petang-petang macam ni gabungan pak cik-anak saudara ni akan kecoh dengan macam-macam cerita di gazebo. Kadang-kadang pia akan tolong pak cik kesayangan dia cuci kereta, tak pun sekadar menemankan usu membersihkan kolam ikan atau memberi ikan makan.

Tergerak nak mendekati pia, masih leka langsung tak perasan akan kehadirannya. Mata masih tertumpu pada butang-butang kecil alat kawalan di tangan. Sekilas dia memandang ke arah kapal kecil itu. Cantik, from fiberglass, jauh bezanya kalau nak compared dengan apa yang usu asalnya nak beli; pirate ship, ala- ala Viking era with 2 small electric motors and propellers. Not to mention the dyed cotton sail with skull and crossbones on it. Tak pun, battleship type. Dah habis mak membebel, barulah usu tukar. Mana mak tak risau, cucu perempuan dia sorang ni dah tak macam perempuan gayanya.

‘best ke main sorang-sorang?’ mata melirik melihat pia, berselang seli sambil memerhati japanese koi berenang bebas tanpa masalah. Sungguh senang dan damai kehidupan ikan, berenang tanpa peduli penghisaban di hari pembalasan. Tanpa takut maupun gusar. Tiada tangungan maupun tanggungjawab. Pia menoleh hanya seketika, namun masih sempat tersenyum simpul. Masih leka dalam dunianya yang tersendiri.


Mengambil tempat di sebelah pia, dia meneruskan, ‘pia nak tau, dunia ni macam lautan yang dalam. Tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku, tak tau apa pula yang ada kat dasar laut. Tak teramal perubahan cuaca, kejap-kejap ribut, angin kencang, atau ada kemungkinan nak tenggelam.’ Pia hanya terdiam, remang senja buat pia berenti untuk meneruskan permainan, duduk di sebelah mak ciknya, menikmati indahnya petang ciptaan Allah.

‘mama pun pernah cakap macam tu, hidup tu sailing ship. Pia macam captain kapal. Mama pesan, macam mana pia pandai guna remote control handling speedboat yang pak su kasik, macam tu jugak la pia kene pandai control my life. Pia kena ensure tak tenggelam dalam kejahatan dunia. Mama pesan hidup kat dunia ada certain purposes, lotsa trials and tribulations, kena pandai pilih jalan.’ Terkedu dengan cara kak long mendidik pia.


Seketika hanya hening yang menemani sebelum dia menyambung, ‘pandai la pia ni. Mama pia ni cekap, she always knows what’s best for you, dear. Macam ni cik irah tak payah cakap dah. Semua pun mama pia dah explained.’

‘tak lah, mama cakap nanti suruh cik irah explains’

ok, great kak long. Thanks for the super duper easy task.’-dalam hati.

‘So, let’s start from the materials first. Apa benda yang pia boleh guna supaya boat yang pia nak buat ni tahan lama?’ ‘steel’ ‘macam mana nak buat?’ ‘kena ada a great touch of architecture and a good marine engineer – great hull to provide the buoyancy supaya tak sinking, for sailing ship kena ada great masts’


‘tu untuk kapal, tapi kalau untuk hidup, nak bina dengan apa?’ pia takat geleng.

‘hidup kena bina atas iman, the best material ever. Itu basic. Iman sebagai pegangan hidup, percaya pada Allah dan rasul. Yakin dengan islam sebagai a way of life, the one and only. Mencari cara hidup selain dari yang diajar dalam agama macam cari cheap and low grade of materials for the ship. It won’t last forever, kalau guna kayu reput, guna besi berkarat. In the end, we really have to start it all over again, tak pun asyik letak the ship in the dock for maintenance.


Kalau tak repair nanti tenggelam pulak, macam dulu-dulu, ada satu cara hidup dipanggil communism. Some people pretty certain that communism is their way of life, but after quite a number of years, no more communist bloc, the influence became weaker, tak sekuat dulu. And now is the era of capitalism, God knows when the era will end.’

‘How bout the masts?’ pia tanya.

‘Since the ship is the sailing type, the masts should be built from tawakkal – relying on Allah. Macam cik irah cakap tadi, things happen, unexpected. Dah bagi the best for the ship, tapi tengah-tengah laut macam-macam boleh jadi. Boleh buat pia susah dan sakit hati. Tension and stressful – may be the best description.


Example tengah laut, angin kencang, if you have concrete masts, they will be useful to sustain the sails. Tapi kalau batang layar tu dah patah, macam mana nak berlayar ke tempat yang nak dituju? Dugaan datang dan pergi dalam hidup, kalau tak ada tempat untuk bergantung dan sandarkan harapan, boleh jadi putus asa. Bila putus asa, silap-silap buat seseorang tu mempersoalkan taqdir, tak puas hati akhirnya tak nak hidup lagi sebab rasa dah tak ada sesiapa yang dapat tolong dia untuk menghadapi dugaan,’

‘tapi pia ada Allah, cik irah. Mama cakap, Allah is the best guardian and the best protector. Jangan rasa sunyi atau seorang diri. Allah sentiasa ada bersama pia. Pia sedih kena mengadu kat Allah, kalau pia gembira kena ucap terima kasih kat Allah’

‘Aye aye captain. Sekarang apa criteria seorang captain?’ ‘taqwa dan amal soleh –fear of Allah, and performing lotsa good deeds’

‘Correct. Semua dah lengkap, high quality materials are used, a great architecture plan and genius engineers are employed. Sekarang terpulang pada captain pia, macam mana nak kendalikan. Kena pandai guna compass nak tau direction, macam tu jugak hidup. Ada taqwa dalam diri, buat menunjuk arah supaya terselamat dari benda-benda yang Allah tak suka. Macam pia cakap tadi, taqwa is to protect oneself from the wrath of Allah by protecting himself from indulging in things that Allah forbids.

Ketaqwaan akan terserlah dalam perbuatan dan perilaku. Orang yang takut Allah, akan hanya buat perkara baik. Memang susah nak tinggal perkara buruk, cik irah tak terkecuali, kerana itu pia kena tolong cik irah, ingatkan kalau cik irah lupa.’

‘cik irah kena ingatkan pia pulak kalau pia lupa’ pia senyum. Sebuah senyuman manis di penghujung petang.

“And whoever is dutiful to Allah, He makes a way out for him (from every difficulty). And He will provide for him from places he never could imagine. And whoever puts his trust in Allah, He
will suffice him. Verily, Allah will accomplish His purpose. Indeed, Allah has set a measure for all things.” [Chapter: At-Talaaq: 2-3]


Hasan Basri said, "Taqwa is the basis of Deen. Desire and greed destroy this basis.”

No comments: