Eh, bukan! Jangan panic. Ini bukan tazkirah atau ceramah mahupun forum perdana. Takat tajuk sahaja yang berat. Mungkin nak buat gempak. Entah.
Ada kepala haiwan di dalam masjid. Memanglah. Dalam masjid ada cicak, semut dan kalau tak terjaga mungkin juga lipas. Binatang hidup yang punya kepala. Tapi kalau binatang mati yang hanya bahagian kepala yang diletakkan di dalam masjid, apa lagi yang mau dikata? Pulak, ini bukan sebarang binatang, ada bahagian yang tersendiri dalam bab najis di kitab fiqh.
Entah perasaan entahkan perasan. Sejak akhir-akhir ini bukan takat azan, qamat atau pengumuman berita kematian yang biasa terdengar jelas melalui tingkap bilik. But the whole package, starting form Koran recitation a few minutes before adhan, followed by iqamah, then the 1st takbir, fatihah, ....................................salam to hadith recitation, may be taken from kitab
Maka mari mencari makna yang tersirat di sebalik yang tersurat. Apa tandanya? Senang nak interprete tapi susah nak istiqamah. It’s simple. Owh, bukan! Salah lagi. Bukanlah tandanya masjid itu telah menjadi kaya dan berlagak dengan speaker barunya. Bukan pula muazzin mahupun imam ingin ri’ak dengan suaramerdu buluh perindu. Tapi...
And if I were a girl, apa kes dok sibuk blogging dan mengumpat lagi lepas dengar azan? Solat awal waktu pun sunnah Nabi yang paling besar. oh, tapi saya sering terlupa. Melambat-lambatkan solat juga bisa menjadi hijab. No wonder doa untuk saudara-saudara di Palestine masih tidak terkabul. Kerana saya masih jauh dari sunnah Nabi. masih menjauhi solat berjemaah dan masih terkedek-kedek dengan selamba melewatkan solat. tapi masih ada hati dan perasaan pula untuk wondering, ‘eh, kenapa doa masih tak diterima-terima ni?’
Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum itu hingga kaum itu mengubah nasib mereka.
Maka harus ubah gaya hidup, agar hijab tiada dan mudah pula doa diterima.Dengar tu saya, saya , saya dan saya. Sila berubah. Jangan sengaja membuat hijab tapi masih budget doa boleh diterima. Perasan bagus. Perasan suci. Dan apa-apalah.
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh solat memang penyegan
Awal waktu lagi tak mahu
sekian, terima kasih. :P
3 comments:
salam~
Entah perasaan entahkan perasan.
comelnya phrase ni...
betul3,perubahan itu harus dari dalam diri.bukan mengeluh bahawa semuanya bukan salah saya, saya bukan penyebab itu dan ini terjadi...
semoga kita semua sama2 dapat berubah,mnjadi lebih baik dimataNya..
bajet suci(ayat fevret kak nad!)=)
waalaikumussalam ain.
untuk pujian : :P
untuk pendapat: terima kasih.
benarlah kata-kata &
nasihat daripada ain
untuk akak
untuk doa: amin. semoga Allah
berkenan untuk memakbulkan
doa kita bersama :)
nad,nie ain jugak.hihi,
memang peringatan utk diri ain jugak,Mung jadi ke nk smbung study ke czech?ape cer?
Post a Comment