I was with my friend, having lunch (dengan penuh semangat kesukanan kerana kelaparan yang seakan-akan penduduk bumi yang kebuluran). Ye saya tau, makan sambil bercakap bukan perkara yang sihat. Sila jangan diikut kerana langsung tak cool kerana ia bukan sunnah nabi. Tapi… (ayat bela diri yang berupa defense mechanism).
‘diorang ni fanatic la.’ Kawan saya mengeluh, melahirkan sedikit rasa cuak dan kurang senang dengan macam-macam hal yang berlaku.
‘kerana itu adalah mereka’ saya tidak tahu tujuan saya bercakap begitu.
‘tapi tak bolehkah mereka dengan sedikit rational?’ kawan saya mempersoal
‘lihat kembali apa yang menyebabkan mereka bersatu. Ini adalah satu secular system dan liberal network yang halus lagi bahaya. Bila satu bangsa atau Negara tak dapat bersatu kerana agama, apa aja yang boleh menyatu padukan mereka?’ saya cuba untuk tak memikirkan makanan dan mula focus pada tajuk perbincangan walaupun kadang terbabas.
‘Nationalism? Patriotism?’
‘hanya dengan bersatu atas nama Negara aja yang buat mereka rasa ada sense of belonging. Kesatuan agama sudah lama ditinggal. Bagi mereka tak jadi kudis pun kalau anggap semua ajaran sama. Memang wujud nanti sifat toleransi dan saling mempertimbang, tapi akhirnya saling mengalah dalam memperjuang hak-hak agama atas manusia. Semua orang tak kira bulu boleh kahwin tanpa batas. Hak-hak batil dipertahan daripada golongan professional sampailah ke golongan beragama yang corrupted dan liberal.’
Saya mula naik syeikh dan berkobar-kobar memberi ucapan (kononnya bajet dalam majlis pidato tak pun syarahan la) ‘kerana itu mereka menyokong semua yang dilakukan oleh Negara. Baik atau buruk, hanya itu yang menyatukan mereka. Selebihnya tiada. Tapi bukan semua, kan ramai lagi yang boleh berfikir di luar sana.’
Sebab kawan saya terdiam maka saya pun berasa kena bercakap, kalau tak mana datangnya perbualan, kan? ‘fanaticism itself is a mental sickness. Lama-lama melebar, dari semangat setianegara kepada berpuak-puak dan mencari gaduh antara satu sama lain. Padahal merebut title tak seberapa je. Dua-dua pihak pun, don’t be so childish, malu la kat anak-anak kecil yang tengok betapa bapak-bapak dan mak-mak mereka begitu teruja dengan dunia sampai sanggup bergadai agama. Macam balik ke zaman dulu pulak, bila amalan assobiyah antara kabilah memuncak. Masing-masing nak menangkan kabilah mereka. Mujur Islam datang menyatukan antara kabilah di kalangan bangsa arab mekah dan menyatukan puak aus dan khazraj di madinah. Juga antara muhajirin dan ansar. Dan benda remeh macam ni muncul lagi lepas lama Nabi wafat, again, kembali terlebih megah dengan bangsa dan Negara.’ Demikian ceramah di pagi hari itu.
Moral of the story: parents please behave yourselves, mari tunjukkan healthy role-model dan mari membaca buku sirah, bukan baca time nak ambik PSRA aja.
Saya masih dalam mood bajet tazkirah pagi, ‘kenapa banyak sangat beauty salon kat sana?’ teka-teki teka tekuk. ‘kenapa?’ kawan bertanya kembali. ‘sebab walaupun negara bangsa tapi mereka masih terjajah dengan ideologi yang foreigner tu selalu lebih cantik dari mereka. Beauty salon tu bukan apa, tapi lebih banyak bagi khdmat bleaching, supaya kulit menjadi lebih putih. Mereka masih merasa hanya putih itu yang dianggap cantik. Ini serious sebab lama-lama muka jadi macam tak real, macam plastic.’
‘alah...bukan diorang je. Malaysia pun macam tu, suka sangat meniru barat. Pakaian entah hapa tapi still nak anggap diorang ada identity dan cool,’ kawan saya membalas dengan yakinnya berdasarkan evident-based. Dan saya pun bersetuju.
Identity itu sudah lama tiada sebaik kita terlalu ingin menjadi yang lain. Meletakkan diri bukan di kasut sendiri dan mencipta satu ilusi dan dongeng tentang diri. Padahal itu sekadar untuk memuaskan hati. Untuk menunjuk-nunjuk agar orang merasa kita lebih dari mereka. Padahal, kita masih di sini, pegangan semakin kita lupakan, jati diri sudah semakin ditinggal dan agama hampir-hampir tergadai...tiada apa di sebalik cermin kaca itu melainkan seorang manusia tanpa hala tuju dalam hidupnya, Cuma sekadar mahu bersuka-suka dan menempah nama. Berusaha mengatasi orang lain secara superficial sedangkan apa yang jiwanya benar-benar mahukan adalah sebuah identiti dan pengisian nurani. Dia masih kekal sebagai seorang budak kecil dengan wajah dan susuk tubuh dewasa yang tiada tahu apa-apa tentang hidupnya dan tujuan dia lahir ke dunia. Masih kosong. Masih merasa rendah diri dan percaya kekurangan hanya dapat diatasi dengan kecantikan dan menang gaya melebihi orang lain. Dan dia hanya seorang kerdil yang yakin dengan menunjuk-nunjuk apa yang dia ada akan membuatkan hidupnya lebih bermakna. Padahal, dalam reality nya, tiada siapa yang peduli akan apa yang dibanggakannya. Tiada siapa yang mahu berkongsi dan berbagi rasa.
Perempuan, kembalilah ke fitrahmu, tiada apa yang dimalukan dengan bertutup. Memelihara aurat itu tandanya malu, dan malu itu kembali kepada harga diri dan maruah yang sebenarnya. Jangan jadi tak yakin langsung dengan diri. Merasa diri ini sangat jelek dan buruk maka perlu pada make over luaran dan sikap kepuraan serta penuh kepalsuaan sambil berlagak ala-ala celebrities. Rupa paras tiruan bukan menjamin quality tinggi dan mutu yang abadi. Apa yang ada pada pandangan orang yang entah dari mana mengendeng-ngendeng datang ke kita sambil memuji manja. Tidakkah itu kelihatan aneh (ye ye, akhirnya saya akan katakan juga ini). Tidakkah kelihatan kita seolah-olah mencapub dan tehegeh-hegeh desperate menarik perhatian sesiapa jualah asal manusia, baik atau jahat, janji ada mata yang mahu memandang ke arah kita. Dengan harapan agar keyakinan diri kita meningkat. Well then i shall advise you at least this one simple thing, ‘please have greater taste in people next time...’
Dan layakkah itu kita gelar dengan ‘keyakinan diri yang meningkat’? Haram jadah... keyakinan saya tidak sama sekali terasa ditingkatkan ke tingkatan hatta enam atas sekalipun apabila every tom, dick and harry melemparkan pandangan mata mereka kepada saya. kerana silalah menarik perhatian orang yang berkenaan dan halal sahaja. Kalau menonjolkan sesuatu yang tak perlu ditonjolkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan pula, pasti akan berhadapan dengan masalah besar. Entah sapa-sapa dari mana dan kalau waktu itu orang yang mahu menonjol itu berpura-pura marah seperti di dalam telenovela atau sinetron atau dalam cerekarama sekalipun, tiadalah saya mahu memberikan mereka anugerah screen.* Ok, tiada kaitan.*
Cuma, what you give you’ll get back’ kamu berikan diri kamu untuk diperagakan dunia, memuaskan pandangan mata yang bernafsu memandang. Masakan kamu tak akan mendapat consequence nya? Dari mata turun ke hati yang sakit dan mati. Maka banyaklah angkara durjana akan terjadi.
Sekian...
No comments:
Post a Comment