Tuesday, December 28, 2010

when lOve kIlls LOve ...




It was good. Good enough when there is somebody to tell you what to do when your life is getting upside down, like a roller coaster but this time, you just have no idea when all the troubles are about to end…the only thing that crosses you half-conscious mind is to get yourself out, away from all this hectic and frantic world, by hook or by crook… to a land called …magic


Ok, tipu. Nobody needs magic to pursuit his  dreams. What people need is hope. Dengan harapan, impian akan menjadi nyata. Dalam mengejar dunia, manusia sering lupa. Dah tentulah orang yang paling lupa adalah saya. Lupa pada matlamat sebenar dalam hidup dan lupa tentang punca diciptakan. Dunia dan isinya, memang sesuatu yang luar biasa, mengikat manusia tanpa mahu untuk melepaskan. Membina tembok-tembok pemisah antara makhluk dan Pencipta. Dunia itu memang memenatkan, melelehkan walaupun telah tersedia segala hiburan. Walaupun terseksa, manusia tetap juga memaksa diri menjadi keseronokan dunia dan melengah-lengahkan tanggungjawab ukhrawi. Mengabaikankan semua dalil-dalil pertemuan dan ketibaan hari pengadilan dan pembalasan.


Supervisor saya memang datang tetap, pada masa dan tempat. Biasalah saya, bukan seorang makhluk Tuhan yang baik. bila dah kerja bertimbun, kepala berat, badan lemah, tenggelam dalam keserabutan tugas, pasti ada yang dikorbankan. Dan terlalu malang apabila tanpa sedar yang menjadi pilihan adalah nilai yang paling berharga dalam hidup seorang manusia. Ibadah dan agama.


Tapi sudah tentu setiap dugaan datang dengan pakej yang lengkap. Ada cahaya penyuluh jalan, akan sentiasa ada titik-titik yang membawa kepada penyelesaian. Cuma selama ini, tak disedari dan selalu terabai. Supervisor saya seharusnya memberikan briefing tentang our next assignment. It should be on how to become a good student, to master the field and to catch up on skills by the end of our journey here. Nak dijadikan cerita, sedikit menyentuh tentang tugas dan tanggungjawab belajar. Selebihnya adalah sesuatu yang sudah lama tak menyeri hati dan memberi kesedaran.


Benda simple, macam ayah yang menasihatkan anak. Cerita tentang jalan hidup dan matlamat sebenar yang sudah lama ditinggal. Semuanya bermula dengan satu analogi. Mengetahui apa yang harus dicari dalam subject kali ini. Dan kemudian sudah tentulah bagaimana mencarinya. Yang beruntung pastilah yang tau target dan learning objective dan bagaimana meraihnya. Kalaupun tak tau cara, tapi pastinya akan dibantu ditunjuki jalan. Kalau tak tau pula akan diberitakan, supaya senang untuk mencapai matlamat. Akhirnya, hanya yang tak berusaha mencapai yang seharusnya aja yang akan tercicir dan gagal dalam erti kata mendapat pengalaman dan pendedahan untuk bidang ini.


Tapi rupanya ada lagi yang lebih berharga untuk digapai. Dan itu adalah hidup yang kekal dan abadi. ‘You are nothing if you can’t comprehend the holy Koran.’ That’s what he said. Why? Because the biggest goal in life is to become His servant. The pious one and the one who abide by the religion. Now that I knew the aim, I shall achieve it only by following the guideline. That’ what my supervisor meant by knowing what you’re looking for and how to attain it. But this guideline was not written in my mother tongue. It was in Arabic. And how shall I understand if I just know how to recite it but comprehend not the meanings? Tau membaca dan faham maksud adalah dua perkara berbeza, membaca adalah kunci kepada pemahaman tapi untuk faham, perlu lebih dari sekadar membaca ayat tanpa mengetahui yang tersirat. Dan untuk itu, setiap insan perlu mempelajari bahasa al Quran, perlu faham bahasa arab.


Begitu juga dalam solat. Dan itu cerita dia. Dia yang merupakan seorang lelaki yang baru mengenal agama lewat hari-hari hampir tuanya. Dia yang dahulu merasakan agama adalah suatu yang membebankan dan kepatuhan padanya adalah sesuatu yang tak diperlukan. Kerana dia percaya pada hanya dirinya, percaya bahawa manusia itu bergantung pada usahanya semata untuk berjaya. Kenapa mahu beragama kalau dengan otak yang ada sahaja dia bisa hingga meraih scholarship ke pelbagai negara dalam bidangnya? Ke the states dan Germany. Dia yang tidak mahu berbicara tentang solat kerana untuk melakukannya sahaja dia tidak pernah. Dia yang tidak mengaji kitab suci, kerana untuk membacanya sahaja dia tidak tahu. Dia yang merasakan wanita itu tak perlu diberi beban hijab pada mereka. Tapi itu dia yang dulu. Dia bilang, ‘kalau dulu saya merasa semua itu tak perlu, sekarang saya tertawa dan berkata pada diri sendiri, nasib baik tak mati saat usia muda’. Kerana apa aja yang dia capai untuk menyelamatkannya di dunia dan akhirat? Kalau dia sampai ada ph.D dalam bidangnya, dia hanya mampu berjaya dalam bidangnya. Macam seorang doctor yang hanya berjaya dalam merawat pesakitnya, macam seorang engineer yang hanya berjaya membina bangunan pencakar langit, macam seorang architect dengan kerjaya designing buildings. Hanya pada bidangnya dia akan berjaya literally, tapi bagaimana dengan bidang lainnya? Dengan kehidupan setelah matinya dan hubungan dengan Tuhan dan sesama makhluk. Itu bisa jadi sulit sekali.


Dan menyedari hal itu, suatu hari dia berubah. Walaupun pada usia yang sangat tua, untuk mula mengenal huruf dan menyebut patah kata dalam al Quran. Untuk membawa perubahan bukan hanya dirinya, tapi pada isteri, anak-anak dan kedua orang tuanya. Sungguh, itu bukan sesuatu yang mudah. Pada anak yang sekian lama terasuh dengan pola pendidikan sekular yang dulu diagungkan. Hingga saat ini dia masih berusaha untuk meyakinkan mereka. Dan bukan hanya pada mereka, dia juga berusaha meyakinkan semua, pada rakan sejawatnya, keluarga besarnya, anak-anak didiknya hingga ke pastors. Bukan mudah tapi dia berhasil, dari seorang yang seakan menolak amalan dalam beragama kepada seorang yang berusaha meyakinkan seseorang dengan agama yang dianutinya. Sungguh hidayah Allah itu indah, memberi sinar kehidupan meskipun ianya tiba di penghujung jalan.


Dulu dengan yakin dia merasakan bahawa keperluan material itu amat penting. Sekarang dalam karangan doanya, dia berharap semuanya sesuatu yang tercukupkan. Tak perlu berlebihan, sekadar tidak mengharapkan belas ehsan. Selebihnya, diisi untuk melunaskan tanggungjawabnya yang amat banyak. Paling utama katanya, sebagai seorang hamba pada Tuhan yang Esa,  seorang anak pada kedua ibubapanya yang telah tiada, sebagai seorang suami dan ketua keluarga, bapa kepada anak-anaknya, menantu dan datuk kepada himpunan cucu-cucunya. Juga sebagai pendidik, sebagai seorang yang berkhidmat pada masyarakat. Semua itu tuntutan yang entah bila benar-benar akan terpenuhi. Sedang dia cuma menghitung hari. Kerana itu, tanggungjawab itu umpama beban yang bakal dihitung setiap satunya di akhirat. Memang, walaupun dalam bidangnya, setiap kejayaan itu bererti wang, tapi itu juga bisa jadi penghalang menuju kebahagian akhirat. Dan dia mula memikirkan kembali semuanya. Waktu kerjaya yang benar-benar harus dipenuhi akan rezekinya berhasil membawa berkah. Dan pada sisa-sisa usianya yang harus dibekali dengan nikmat-nikmat iman dan amal, meninggalkan semua kemewahan yang berlebihan dan melatih diri dengan makanan akhirat.


Memberi kesedaran pada dirinya dan semua tentang erti sebuah kehidupan. Tanpa jemu, tanpa bosan. Mengingatkan tentang tanggungjawab selain mengejar dunia dan kejayaan di dalamnya. Tentang benda-benda yang nampak seolah-olah kecil tetapi besar impaknya. Tentang tanggungjawab seorang hamba pada agama, seorang anak pada orang tua, seorang ketua keluarga dalam menegakkan agama dalam hidup isteri dan anak-anaknya, seorang sahabat dalam berdakwah. Dia berkata bahawa memang nature manusia itu selalu lupa, bila dilambakkan dengan jawatan-jawatan duniawi yang bertimbun datang dan bergolek padanya, dia secara automatic akan lupa jawatan-jawatan yang disandangnya sejak azali. Umpama seorang anak yang lupa pada kedua ibubapanya kerana begitu sibuk dengan assignment, final year project dan kawan-kawan seusia dengannya.


Dan memang betul. Bila sibuk dengan dunia, kurang masa untuk beribadah. Alpa dengan syariat, benda paling mudah adalah aurat dan pergaulan. Tak kurang juga solat. Yang lambat, yang tak buat. Yang lupa aurat sesama jantina adalah dari lutut hingga pusat. Yang begitu mahu kelihatan modern dan bergaya dalam bertugas dan mencipta career hingga menjadi mundur dalam memelihara batas-batas aurat. Yang jarang hijabnya, yang ketat bajunya, yang terdedah tangan dan kakinya. Tatkala leka bersosial, hampir melupakan batasan pergaulan dalam islam antara lelaki dan wanita. Yang keluar malam, tak perlu untuk night life di club tetapi juga yang sekadar bersembang dan bergelak ketawa entah apa cerita juga bukan satu kebiasaan dalam islam. Benda-benda yang dianggap kecil bisa sahaja menjadi api yang membakar diri. Dan semua itu sering terlupakan lantaran kesibukan dunia. Sering terlepas pandang dengan sengaja bagi yang tau dan secara tak sengaja bagi yang tak mahu ambil tahu.


Dan yang celakanya, dalam mengucapkan cinta dan kasih sayang pada ibubapa, dengan mencapai segala macam dan jenis kejayaan dalam pelajaran dan kerjaya, secara halus mereka terheret ke kancah bebanan dosa yang harus dipikul yang datangnya dari benda-benda yang dianggap kecil dan selalu diremehkan. Ungkapan sayang, tapi mereka terpaksa memikul dosa bersama untuk solat yang lambat, aurat yang terlihat dan pergaulan yang tak berbatas syariat. I guess it’s what they called when love kills love. It’s cutting through so deep. Supervisor saya juga mengingatkan yang jika mencari lapang, kita tak akan berjumpa dengannya. Kerana itu harus belajar juga menyibukkan diri dengan usaha akhirat. Kalau dalam waktu belajar sahaja tak berjaya mencuri masa belajar agama, apa yang membuat seseorang itu mampu untuk menemukan ruang bagi bekalan akhirat apabila dia sudah dibebani dengan tanggungjawab yang lebih besar; menjadi seorang dengan kerjaya dan berumahtangga, seseorang yang berkeluarga dan beranak cucu, menjadi seseorang yang terbina kerjaya dan tempat masyarakat bergantung harap untuk baktinya. Semua itu perlu pada waktu, dan boleh sahaja agama dilupa kerana mendahulukan dunia.


Itu adalah satu ucapakan yang panjang dan penuh keinsafan. Benarlah insaf itu adalah suatu perasaan yang bukan selalu hadir tatkala kita mahukannya. Bukan juga boleh dibayar dengan kemewahan dunia. Kadang dia datang dengan pelbagai cara.Dan terima kasih cikgu atas kesedaran lewat kesibukan ini. Saya amat menghargainya. Syukran Lillah


p.s: benda bahaya saya pernah terlihat sebagai seorang commoner adalah tentang tugas-tugas terkait seorang doctor. Tentang pemeliharaan aurat patient dan doctor di ruang bedah. Bukan semua orang ada baju OT lengan panjang dan ada tudung. Dan bukan semua oT punya tanggungjawab moral untuk menjaga aurat kakitangannya. Tentang patient, juga sebegitu. 


Mari usaha atas iman dan agama! ^_^



No comments: