Sunday, December 19, 2010

mOre than bEhaviOr




The lesser the time you have, the more you tend to waste it… even though in the beginning, it seems like you really appreciate it.



The busier u get, the lesser time you might have to think on how every single of your action might hurt others



More than behavior 



Mari bercerita…*story-teller mode, please*


Ketika suatu masa yang berlalu dahulu, manusia pernah merasakan bahawa perkara-perkara berkaitan jiwa, akal fikiran dan perasaan adalah sesuatu yang remeh. Sesuatu yang dengan mudah dapat diungkap menerusi jaringan-jaringan kata ‘it’s a mind over the matter, if you don’t mind it doesn’t matter.’ tapi benarkah tanpa sebarang keraguan manusia itu terlahir dengan entengnya menolak segala pergolakan hati dan internal conflict yang wujud dari pelbagai reaksi roda-roda kehidupan? 


Oh, jawapannya sudah tentu sekali tidak. Walaupun kelihatan manusia selalu mengungkapkan ayat-ayat keramat yang seakan macam bagus supaya dapat menutup kegugupan dalam mengawal minda, dengan segala bentuk motivasi dan kata-kata semangat, namun ternyata akal fikiran, perasaan dan apa yang dirasakan itu terlalu berkuasa, mempengaruhi pertuturan, pergaulan, dan hubungan manusia dengan alam. *ayat buku text*
Oh,oh ini bukan ayat-ayat cinta. Ini tentang masalah kejiwaan, masalah pemikiran bagaimana terkadang manusia terlepas pandang akan hal-hal yang selalu dianggap bukan priority tapi setiap kali itulah manusia tewas dengan dugaan yang satu. Jiwa dan akal membentuk peribadi dan kesihatan diri. *sila tolong percaya walaupun ini bukan segment medic TV* benda simple boleh saja menjadi bara yang membakar diri dalam sekelip mata. 


Tak berterima kasih, akan dilabel tak mengenang budi. Yang suka mengharapkan balasan akan dipanggil tak ikhlas. Tapi sejujurnya manusia memerlukan penghargaan dan ketenangan yang biasanya diraih dengan kesopanan. Bila aku sopan, kau pun rasa aku baik, maka kau pun happy untuk kawan dengan aku sebab kau yakin aku tidak akan mensia-siakan kamu.

 
Tapi kalau aku moody sentiasa, walaupun aku memang baik dan punya semangat setiakawan sekuat dan sepopular semangat rakan muda atau rakan waja diri, susah bagi manusia untuk bersikap terbuka dengan aku kerana mereka takut dilukai oleh sikap aku yang selalu sahaja tak stable dan ditutup secara bercampur-campur, amat berbahaya kepada bot-bot kecil yang dilahirkan dengan threshold sensitivity perasaan yang rendah. Manusia masih berkawan dengan aku, tapi hakikatnya walau dekat di mata, jauh di hati(*dan ini bukan tajuk lagu, tolong*). Tidak serasi. Dan lebih fatal lagi kalau aku masih bersikap selamba dan bersahaja, tidak merasakan adanya yang bengkok dan harus dilurusi. 


Pentingkan diri mungkin sebenarnya tepat bagi aku kalau aku hanya baik pada waktu mood indah permai, secerah pawana, laut membiru dan angin bayu (*sekali lagi bukan merujuk tajuk lagu*). Tapi pada masa lain, pada waktu yang kononya salah dan tempat yang salah (*saya selalu merasakan manusia yang bersalah. Waktu, tempat tidak pernah salah, apa entah lagi faham. Tapi manusia selalu menyalahkan benda-benda lain yang tak berakal mahupun bernafas*) aku akan bertukar menjadi raksasa, menunjukkan muka hodoh yang berperisa masam dan sibuk mencari alasan menenangkan hati sendiri sahaja, jauh sekali nak memikirkan betapa orang sekeliling aku yang akan terluka dengan perubahan sikap tanpa isyarat. 


Dan bila aku berubah menjadi bossy, haaa yang tu lebih buat orang tersayat. Walaupun tanpa sedar atau berapa rapat sekalipun hubungan, silalah menggunakan ajakan, bukan arahan (*tolong refer rukun negara yang terakhir*). Sebab seringkali arahan gagal melahirkan penghargaan dan acapkali juga ajakan itu menghasilkan pujukan. Buat orang senang. Gembira menghulur tangan. Sila jangan bekerja dalam suasana tegang kerana itu tidak berhasil menegangkan kulit muka anda. Hanya menambah tekanan dan penderitaan. Tak best dan menarik pun. Serious bukan bererti harus buat muka susah senyum macam pakai Botox (*tolong jangan confused seteruk ini*) 


Sebab itulah puan-puan dan tuan-tuan (*gaya pengerusi majlis*) saya merasakan it’s indeed important for every single human being on earth to learn how to put their emotion under control. Cop cop cop, ini seringkali disalahertikan dengan cukup membaca buku-buku motivasi dan ceramah berbayar untuk meningkatkan keyakinan diri. Tolong bagi saya 5 nama makhluk hidup bernama manusia yang hanya dengan mendengar ceramah motivasi esok lusa terus berubah menjadi tawadhuk, khusyuk dan rendah hati. Sama ada mak bapak, tok wan tok aki di kampung, semua menahan diri dan menguasai emosi dari pengalaman. Dengan belajar mendekati manusia dan kehidupan. Jarang dari sekadar pembacaan.


Saya ada kawan-kawan dari kalangan mereka yang merawat manusia, beberapa mengatakan tiada apa yang dapat ditemukan daripada sesi pembelajaran di bahagian kejiwaan, lebih singkat lebih baik. Tapi memahami jiwa bukan untuk memahami dengan siapa kita berurusan, tapi sebenarnya lebih kepada memahami siapa kita sebenarnya sebelum kita mula belajar menguruskan manusia yang lainnya. Jangan asyik fikirkan tentang competency semata, mari berfikir di luar kepala. Ambik peluang, masa dan ruang yang ada, belajar memahami dan menunduki diri sendiri, dari segi pengawalan emosi, ayat lebih Islamic nya, muhasabah diri. Memahami jiwa sendiri, menyedari betapa fragile perasaan ini terhadap stimulants, dan memikirkan akibat kalau diteruskan emosi yang macam rollercoaster itu, parah atau tak kecederaan jiwa yang kita bagi pada orang sekeliling. 


Bilamana manusia hanya memandang sesuatu dengan pandangan exam-oriented, nak habis cepat, nak dapat A, nak siapkan assignments, nak completing competency semata dan melintasi syllabus, memang la dapat jadi pelajar harapan negara, tapi sulit menjadi manusia sempurna. Yang melihat manusia dengan mata hatinya. Yang cuba berasa bagaiman berada di dalam kasut orang lain dan yang senang sekali untuk mengajak daripada mengarah. 


Tolongla makcik, jangan bawak negative aura boleh time buat project? Saya ni dah la jenis yang cepat sentap karang saya mengamuk siapa yang mahu bertanggungjawab? *contoh bila saya berasa bengang.* Percayalah, pemikiran itu amat besar pengaruhnya dalam hidup dan setiap pergerakan manusia, sama ada saya, kamu, dia, mereka, kalian, tuan hamba, hamba, atau siapa-siapa pun samada kita mahu menerima kenyataan ini atau tidak. Pengawalan diri yang baik, ada dalam Islam. Hadith Nabi menerangkan tentang sekuat-kuat orang. Hadith nabi juga ada melarang melayan-layan sehingga ke bulan nafsu amarah. La taghdab. La taghdab dan la taghdab. No moody moody, jangan asyik ikut syllabus dan hiduplah di luar exam-oriented system.


Mari hayati diri dan pelajari perasaan-perasaan itu hingga berjaya mengawalnya. Nanti baru aku dan kamu tau betapa pentingnya dan besarnya masalah kejiwaan. pendek kata, orang ni payah sakit kalau hati selalu bersyukur ^_^ dan redha. Tak darah tinggi, tak kena serangan jantung. Pemikiranlah yang mengawal kesihatan manusia. Kena control yang pokok dulu baru rawat cabang-cabangnya.  Sebab tu orang cakap, jangan fikir banyak, nanti sakit. Jangan stress, nanti pening, jangan tamak, nanti cepat mati *ok yang ni ayat dalam movie.*


Dan selalu orang akan nasihatkan relaxing your mind, unwind. Pi vacation, rapatkan hubungan keluarga dan hidup dalam kasih sayang. Bina jalur positive kehidupan dan padamkan bad aura. Maka, adakah masih kecil sampai boleh diabaikan pengaruh minda dalam hidup?banyak yang masih belum tersingkap tentang pola pemikiran dan emosi manusia. Itulah rahsia kejiwaan. sedikit yang baru mencuba memecahkan benteng di sebaliknya. Yang kesiannya, jarang yang benar-benar dapat belajar dari sudut pandang Islam, ramai yang mendabik dada jadi Freudians. Macam peminat fanatik Darwinism daripada kalangan anthropologists, especially.   


Sigmund Freud boleh memberikan theory, tapi kita yang memilih untuk percaya atau tidak, dia mungkin memberikan opinion daripada sudut pandang seorang yang mengetahui anatomy tubuh dan otak manusia, kerana dia seorang neurologist. Tapi pendapatnya tak semestinya harus selalu diikuti, sebagai penunjuk sepanjang zaman. Buktinya Erik Erikson, salah seorang Freudians merasa manusia dibentuk bukan daripada sexual motivation tapi behavior itu lebih dipengaruhi oleh social factor, dan sentiasa boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa, bukan dah ditentukan dari kecil, yang berkembang bila besar. 


Dan dalam Islam, ibubapa itu memang memainkan peranan yang penting, ye la like father like son, bapak borek anak rintik. Sebab kain canvas putih itu hanya akan menghasilkan great value dalam karya seni atau master piece bilamana pelukisnya pandai mencorak dengan warna-warna indah dari imaginasi dan daya creativity tersendiri. *ok, sila tutup segment tahukah anda? ini*


See, try la kalau belajar tu bukan hanya fikir pasal nak rawat orang. Give yourself a break, rawat dan beri nilai pada diri sendiri. Belajar memahami bagaimana menjadi manusia dengan ilmu yang ada di tangan. Kembangkan juga untuk kegunaan masa depan. Belajar tingkat-tingkat kehidupan, kalaupun kau tak berniat nak jadi psychiatrist, u are about to use the knowledge for the rest of your life, nak communicate dengan orang yang kau sayang, orang yang kau rapat, nak membesarkan anak si pengarang jantung hati, mendidik dan memahami tahap tumbesaran mereka mengikut darjat kematangan emosi dan pemikiran mereka. semua tu pakai ilmu-ilmu yang membentuk jiwa. 


Jangan cari yang terlalu superficial saja. Dalami erti sebenar ilmu itu sendiri dan applikasi dalam context  hidup sebagai manusia, bukan sebagai seorang yang memberi rawatan kepada manusia, tapi juga yang berupaya untuk merawat hatinya daripada godaan penyakit penggelap hati dan punya dasar komunikasi yang kuat dan utuh. Jadi apa aja pendapat dalam hal-hal membesarkan anak?


Pertama tahap bermain, umur sejak lahir sampai sekitar umur 7 tahun, (lebihkan masa riang ria)

Kedua tahap penanaman disiplin, umur 7 tahun sampai sekitar umur 14 tahun, dan (usahakan solat)

Ketiga tahap remaja, umur 14 tahun ke atas. (dah baligh dan boleh pegang tanggungjawab – berdikari)

Sayangnya teori ini tak sepopular pendapat barat. Mak cik dan pak cik psychologist, counselors dan psychiatrist, cubalah bikin teori sendiri dari sisi agama. tapi pasti ada yang cuba, cuma terselindung.


Dalam islam sendiri ada menyatakan betapa berkuasanya minda, `Dari Abu Hurairah Ra, bahwa Rasulullah SAW berkata: ` ALLAH SWT berfirman: Aku menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya bila ia menyebut-Ku.bila menyebut-KU di dalam dirinya, maka Aku pun menyebutnya di dalam diri-Ku. Dan bila ia menyebut-KU di kalangan orang banyak, maka Aku pun menyebutnya di dalam kalangan orang banyak lebih dari itu.’ See, the power of mind…


saya juga adalah apa yang saya fikirkan. Susah untuk bertaubat, tapi pintunya sentiasa terbuka...

dan semoga saya sempat masuk dan menuju ke dalamnya ...

No comments: