Tuesday, May 1, 2007

aNtaRa kaWaN & CheNta

Sebuah lagi citer buat bacaan umum sambil makan cekodok di waktu petang pada hari hujan….

Maaf, cerita ini saya ambil daripada sebuah website, harap empunya website dapat memberi permission karyanya diambil untuk di exaggerate oleh seseorang bernama saya
(saya kira kisah ini dapat menjadi tamsilan yang sangat menarik...)

Satu hari cinta dan kawan berjalan dalam kampong…
Tiba2 cinta terjatuh dalam telaga
Kenapa???
Kerana cinta itu buta..
Lalu kawan pun ikut terjun dalam telaga..
Kenapa??
Kerana…kawan akan buat apa saja demi cinta!!!
Di dalam telaga cinta hilang
Kenapa??
Kerana… cinta itu halus, mudah hilng kalau tak dijaga,
Sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap…
Sedangkan kawan masih lagi tercari2 di mana cinta
Dan terus menunggu..

Kenapa???
Kerana..kawan itu sejati dan akan kekal sebagai kawan yang setia..

Moral values:

Cinta tu rasanya tak la buta walaupun dia tak punya mata seperti manusia mahupun haiwan..
Cumanya yang buta adalah hati manusia yang maraikan cinta dengan diselubungi..
nafsu..
Yang mana dek kerana hati yang mendung, malap,gelap,berawan larat lagi berkarat dan dibantu pula oleh syaitan yang membisikkan pujuk rayu sepoi2 bahasa membuai nafsu maka manusia gagal untuk melakar garis halus antara nafsu dan cinta..makanya atas nama cinta lah kononnya manusia menghalalkan segala jenis perlakuan yang sumbang sebagai tanda kasih sayang sesama insan...

Jangan sesekali terjun ke dalam telaga kerana mungkin membawa maut sama ada telaga tersebut telaga buta atau pun celik.
Jangan sesekali kita menunjukkan taat setia tak bertempat dan membuta tuli atas nama cinta kita pada sahabat.sebagai contoh mengadakan majlis merokok beramai-ramai atau menemani kawan clubbing dengan alasan, “ala.. aku ni saje nak teman dia..risau plak aku tengok dia clubbing sorang2”- maka jika wujud dalam diri perasaan kasih pada sahabat, serulah mereka pada perkara2 yang maaruf dan cegahlah kemungkaran sebelum maksiat itu berakar tunjang mahupun serabut di dalam hati mereka. Jangan bila dah terantuk baru mengadah, bila dah mengandung baru menggelabah.
“..dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah pada ALLAH, sunnguh ALLAH sangat berat seksaanNYA”- al Maidah ( 5:2)
Begitu juga dalam dakwah, jangan la pentingkan diri sendiri, sibuk memperbaik diri hingga terlupa untuk mengislahkan orang lain.

Cinta itu seperti bintik buta(blind spot). Walau apa juga yang berlaku, the dot is still there except you erase it. Just the position of your eyes would be the X- factor which will determine either you see it or not. Kalau kita adjust mata kita pada satu sudut yang membolehkan kita melihat bintik tersebut maka nampaklah kita akan bintik tersebut, jika image yang jatuh kena pada bintik buta di retina, maka tak de rezekilah kita nak melihat image tersebut.
Tak kira la macam mana skali keadaan sesorang itu, ALLAH yang MAHA PENYAYANG telah menetapkan sejumlah kasih sayang pada setiap hambaNYA, sama ada kasih sayang antara sesama anggota keluaraga mahupun yang berlainan jantina. The love is there, just the matter of how you’re going to get it. Kalau kasih sayang itu dituai dengan cara yang halal, maka dapatlah ia membawa kita pada ketenangan yang mendamaikan dan dilimpahi keberkatan tapi jika sebaliknya maka hanya membawa kepada kemurkaanNYA dan neraka. Ini kerena setiap anak Adam perlu yakin yang kasih sayang itu juga adalah sebahagian daripada rezeki yang ALLAH Taala kurniakan. Dan rezeki haruslah diperoleh dengan cara yang halal bagi mendapatkan keredhaanNYA...

Ya cinta itu halus maka harus dijaga dengan baik agar tidak hilang, dan sebaik-baik penjagaan adalah yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah agar cinta itu selamanya menjadi milik kita di dunia dan akhirat...aminn. bagaimana ingin mencari cinta dalam perigi yang gelap??? Dapatkah cinta itu ditemui jika hati gelap dipenuhi maksiat dan dosa??

Dalam citer di atas, kawan masih lagi mencari cinta dan terus menunggu...kerana kawan itu sejati dan setia..
Dalam bersahabat iaitu yang dimaksudkan di sini adalah antara yang sama jantina, jangan menunggu orang lain untuk memberikan cinta dalam persahabatan... sebaliknya hidupkanlah benih2 ukhwah fillah bermula dengan initiative dari diri sendiri. Begitu juga dalam berdakwah, jangan asyik melopong menunggu dan menerima nasihat dan peringatan daripada orang lain saja, sebaliknya belajar menyayangi orang lain dengan memberi nasihat dan pedoman hidup yang baik serta contoh akhlak yang mulia juga budi pekerti yang terpuji. Itulah tanda kesetiaan dan kesejatian sahabat yang tertinggi...seperti mana yang dipraktikkan Nabi dan para sahabat. Begitu juga dalam hubungan suami isteri mahupun anak beranak. Jangan menunggu cinta daripada yang dicintai tapi berilah cinta dengan ikhlas kerana ILAHI..

Demikianlah sedikit pengajaran yang dapat diambil daripada kisah kawan dan cinta..
Saya juga ingin mohon maaf kerana telah memberi tafsiran yang berbeza daripada maksud sebenar kisah kawan dan cinta oleh penulis yang asal.

No comments: