Saturday, May 5, 2007

aN aPpLe fOR a LaDy

“Amirah Hanani, you can wear any outfits that you like, behave like what you wish and just do exactly whatever that you‘ve planned in your mind but remember, someone has to pay for all mess that you have made and there is no body but you, clear?”

Mum’s final few words for that evening. Cold yet honest from the bottom of mum’s heart and the depth of her soul. Still she can sense the motherly love in her every word. She is concerned bout her. She does worry. Amirah Hanani now is a growing up lady.

Die merenung ke luar jendela. Menala pandangan pada bunga2 ros yang kembang mekar mewangi. Dia melepas keluhan. Indeed, menjaga lembu sekandang lebih senang daripada membesarkan anak dara seorang. Mendidik anak dara di zaman cyber lebih susah daripada 10 tahun yang lalu, atau mungkin 5 tahun yang lalu. The daughter you have is still the same person who you had given birth 15 years back, but her surroundings may never be the same. People have changed, and the changes somehow will have their own individual effects on her either she realized them or not, either she wanted them to interfere with her life or not.

"A lady is like an apple", that was what mum said when the first time she told mum that she has had her very first period. She must grow up, not only physically but as well as her spiritual aspect and her mentality. Kene pandai jage diri sendiri, awak tu dah anak dara, mama mengingatkan. Be responsible in every single action taken, dah mula tanggung dosa sendiri. Mama and babah bukan orang alim, wara’. We are still struggling to find our own way to heaven. You have to find yours too. Even pious parents can never help their child to enter jannah but one virtuous child would always have a chance to help her parents to be in jannah. Mum continued her apple story……

“Suatu mase dahulu, ade sepohon epal yang sedang rendang berbuah. Buah-buahnya lebat masak ranum daripada puncak hingga ke dahan yang paling hampir dengan tanah. Ade yang jatuh menyembah bumi, dimakan ulat,semut dan burung. Tak banyak yang masih bertahan.

Sebijik epal yang paling atas melihat ke bawah, melihat kekawannya yang telah diambil orang atau terlebih ranum lalu jatuh ke tanah menjadi santapan penghuni alam.

Berfikir tentang nasib sendiri yang seolah tak dipeduli orang, berada di dahan yang tertinggi dan agak terlindung membuatnye sukar dicapai lalu dibiar tidak terusik.Acapkali terfikir untuk membiarkan saja diri gugur ke bumi, menikmati perhatian yang diberi oleh sang semut yang menghurung atau ingin sekali berada di dahan yang rendah, yang bisa dicapai oleh tangan-tangan nakal yang selalu sahaja mencurik buahan di kebun tersebut. Tapi, dibiar sahaja perasaan itu belalu tak bersambut.

Tapi sampai bila? Hati melirih sayu tatkala melihat kawan2nye yang lain menjadi rebutan setiap hari. Satu demi satu habis dipetik maupun luruh ke bumi menjadi santapan sang ulat maupun si lalat buah atau si anak nakal. Sebak menjadi mangsa keadaan, terpinggir tak dipeduli seolah kewujudan diri langsung tak dihargai atau disedari. Si epal mula menimbang-nimbang keputusan dan pilihan yang ada. Kawan2nya yang tinggal semakin sedikit. Dia tak punye banyak pilihan, kekal di tempatnye atau beralih posisi.”

Mama berdehem. Clearing her throat. Hujan masih lagi lebat mencurah di luar. “Akhirnya, si epal dengan nekadnya menjatuhkan diri ke tanah. Dirasakan pilihannya kali ini tepat, yang terbaik buatnya, tak perlu diragu atau dipersoal. Abaikan saja cakap2 epal2 lain yang masih bergantungan di dahan. Cheating! Mane ade pekerja epal nak petik buahan untuk dijual, tak pernah nampak pun-hatinye berkeras agar tak menyesali keputusan yang dibuat. Tenggelam dalam perhatian sang semut yang menghurung dan si ulat yang mencari rezeki. Mula berasa diri dihargai, dirinya menjadi rebutan. Sama dengan yang pernah disaksikannya suatu mase dulu yang pernah berlaku pada epal2 yang lain . Memerhati pada persaingan untuk mendapatkannya. Perasaannya berbunga riang, tak berpaling lagi pada epal2 yang masih tinggal bergantungan di pohon, setia menanti pada tangan yang hak untuk memetik.

Namun disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, si epal berfalsafah sendiri. Kegembiraan menjadi pujaan tak lama. Setelah diri teroxidized akibat terexposed to air dan membusuk, lebam here and there, berlubang ditebuk ulat, dan hanya tinggal sisa, maka tiada lagi perhatian yang diberi, tiada lagi kegembiraan. Yang tinggal hanya cebisan dirinya yang hanya menunggu masa untuk mereput oleh tindakan bacteria. Decomposition process and its decaying agents. Dibiar keseorangan tak berteman, kesunyian dan penyesalan datang bertimpa. Tak best pun rase kene tinggal sensorang cenggini. Melihat ke atas hanya menambah duka. Epal2 yang lain masih seperti dulu, segar dan merah memikat mata yang memandang. A sight for sore eye....

Dan kini, lebih mengguris hati dan menyeksa jiwa bila mana datangnya si pekerja epal, memetik kawan2 yang lain, memasukkan ke dalam bakul penuh berhati-hati dan teliti. Handle with care kerana mereka akan dijual. Ya, dijual dengan harga yang mahal, yang selayaknya dengan quality yang ade. Mereka akan diimport dan diexport, menjadi rebutan para penggemar epal yang tentunya tak kisah nak perabih duit untuk menikmati epal2 yang berkualiti. Anyway an apple a day, keeps the doctor away. The right hand for the right apple. Hanya yang arif akan mengerti nilai sebijik apple yang berquality. Yang tak membiarkan dirinya dijamah perosak, tersendiri dan terasing daripada kehidupan yang merosakkan. Pengakhiran yang terbaik dan didamba bagi setiap epal.

Sedangkan dia, menjual dirinya dengan harga yang paling murah dan akhirnya dibiar membusuk dan mereput tak de sape yang peduli. Dia mengeluh sendiri, menyesali nasib diri
di hujung usia meniti hari2 terakhir dalam hidupnya yang malang in.....”

Dia menutup mata seketika, rapat2 kemudian membukanya kembali. Malam sudah lama berlabuh. Aisyah Natasya sudah nyenyak lena di pangkuannya setelah die abis bercerita. Ya, bercerita kisah yang sama sepertimana yang pernah diceritakan mamanya. Bercerita tentang sebiji epal yang maukan perhatian daripada jalan yang salah yang akhirnya memakan diri sendiri. Cerita turun-temurun yang menjadi pengajaran pada dirinya agar sentiasa menjaga kehormatan dan harga diri, jangan dilayan usikan yang pastinya bercampurtangankan syaitan. Jangan endahkan nafsu yang merayu agar diberi perhatian. Jangan mengikut jejak langkah syaitan.

“Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Barangsiapa mengikuti jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya dia (syaitan) menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan mugkar. Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu, nescya tak seorang pun di antara kamu bersih (daripada perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”- an Nur 24:21.

Jangan hanyut dibuai perasaan pada yang bukan hak, yang tidak berpaksikan syara’, tanpa ikatan yang halal. Dan kini cerita yang sama diulang kembali. Kali ini kepada anaknya pula, Aisyah Natasya.

Seawal usia yang masih muda, dia tak harap agar Aya mengerti maksud tersirat kisah itu, tapi biarlah by time, sooner or later she will understand how important the hidden meaning of the story to any growing up lady. How important to preserve a pride and dignity of a lady, and the price that one should pay if she is ever dare to lose them just for a temporary joyfulness and uncertain pleasure.

Tanganya berlari perlahan mengusap ubun2 anaknya, dikucup dahi anaknya dengan penuh kasih sayang. Benar, seseorang tak kan bisa mengerti resah gelisah dan jerih payah seorang yang bernama ibu, hingga tiba masanya dia bergelar ibu pada seorang insan kerdil yang harus dilindungi, bernama anak.

Aisyah Natasya, moga Allah merahmatimu dan memberi kekuatan untuk terus menghadapi dunia dan tipu dayanya yang menggila.
Moga dirimu, iman, aurat, harga diri dan maruahmu sentiasa dalam naungan Allah.
Moga Dia berkehendak memelihara kesucianmu dan keturunanmu sepertimana Dia berkehendak memelihara kesucian Maryam.

“.....dan aku memohon perlindungan Mu untuknya dan anak cucunya daripada (gangguan) syaitan yang terkutuk.”- ali Imran 3:36

Juga tak lupa dia mendoakan pada semua insan yang bergelar wanita di seluruh dunia.....
Kerana dirimu begitu berharga............*coz yourselves worth it....
Hawa,
Biarlah sesuci embun
Halus selembut sutera
Wangimu seharum kasturi
Sanjungan insan
Rahmat ar-Rahman



*curik ayat loreal jap,he..
for sajak pulak curik lirics nasyid zaman sek menengah dolu2.

No comments: