Assalamualaikum.....
Sebuah ceritera untuk anda..
Suatu masa dahulukala..ada la seorang ibu yang tersangat la kasih lagi sayang pada anak2nya yang ramai itu..
Walaupun setiap anak2nya punya kerenah yang tersendiri dan pelbagai permintaan yang selalunya boleh dikategorikan sebagai melampau dan tak terjangkau akal namun si ibu tadi tak pernah langsung nak mengamuk tak menentu pasal dan sentiasa bersabar..
Satu hari, si ibu ini berkehendak memberikan hadiah pada anak2nya yang ramai itu. Maka si ibu pun setelah membelikan hadiah2 tersebut dengan penuh kasih sayang, diberikan pada anak2nya sorang demi sorang...hadiah2 tersebut dibelikan dan diberikan pada anak2nya bukanlah sekadar berdasarkan pada best atau tidak mengikut pandangan mata anak2nya tapi yang paling penting adalah yang terbaik dan paling bermanfaat pada mereka..
Anak2 tersebut girang dengan pemberian tersebut dan berazam untuk sentiasa menjaga hati ibu mereka yang telah bersusah payah membelikan mereka hadiah tersebut.bagaimanapun, disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.. conflict mula timbul apabila anak2nya membandingkan hadiah2 yang diberikan oleh ibu itu tanpa menagmbil kira factor pemilihan hadiah tersebut kepada setiap individu..
Ada hadiah tersebut yang berbentuk bulat, bujur, segiempat, sphera mahupun segitiga. Si anak yang sibuk membanding beza hadiahnya dengan hadiah abang, kakak dan adiknya mula rasa tak puas hati pada hadiah yang di berikan oleh emaknya tadi.
Ini kerana pada pendapat si anak, hadiah yang sepatutnya diperolehi adalah berbentuk segiempat bukannya bujur kerana bentuk favourite anak tersebut adalah segiempat. Dan lagi ada antara hadiah tersebut yang boleh mengeluarkan bunyi padahal dia punya hanya mampu mengeluarkan cahaya saja. Maka si anak yang langsung tak mengenang budi itu tanpa malu lagi segan terus sahaja mengadakan bantahan, rungutan, pungutan suara dan segala sesuatu yang setaraf dengannya agar berjaya meyakini dirinya sendiri mahupun orang lain agar sama2 tak berpuas hati dengan hadiah yang diberi oleh ibu mereka.
Si anak tadi dengan selambanya telah pergi ke kedai mainan yang berdekatan dan menukarkan hadiah tersebut dengan barang mainan lain yang disukainya tanpa memikirkan langsung perasaan si ibu andai si ibu tahu yang pemberiannya tak langsung dihargai oleh insan yang paling disayangi.walaupun yang ditukar oleh si anak tadi cantiknya tak seberapa dan murah pula tapi si anak selamba berkata, ‘haaa.. inilah yang aku paling suka bertepatan dengan trend terkini lagipula boleh menarik perhatian anak2 jiran yang bermain bersama”
Si anak pun meneruskan daily lifenya menarik perhatian anak2 jiran sekaligus cuba menjealouskan mereka dengan permainan murahnya yang tak seberapa itu hingga pada suatu hari si ibu yan dah lama tak nampak anaknya bermain dengan hadiah baru yang dibelikan pun bertanya tentang hadiah tersebut..Haaaa.. apa anak tu nak jawab skarang..
Tak kan nak jawab “alaa.. orang tak suka la dengan hadiah baru yang mak beli..” kang kene cop anak derhaka plak...
“ hadiah tu hilang la mak..” kang dikata tak appreciate plak hadiah yang mak dia kasi..
pengajaran daripada cerita di atas..
setiap manusia mahupun haiwan yang hidup kat dunia ni telah dianugerahkan rupa paras dan kecantikan yang tersendiri..jadi bersyukurla dan yakinlah ALLAH lebih tahu sebab musababnya DIA menjadikan kita sebegitu rupa...yakinlah pada kebijaksanaan NYA dan hikmah di sebalik penciptaan diri kita yang bergelar insan
boleh jadi apa yang tak disukai itu adalah yang terbaik buat kita... “ ...tetapi boleh jadi kamu tak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tak baik bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tak mengetahui.” – Baqarah ( 2:216) jadi tak payahla nak buang masa membuta tuli membuat pembedahan plastik atau mencukur bulu kening atau meninggikan tulang pipi atau yang sewaktu dengannya yang sekaligus menjadikan kita antara hambaNYA yang derhaka lagi tak mengenang budi dengan pemberian dariNYA
kasih sayang ALLAH pada hambaNYA bukan lah dinilai berdasarkan kecantikan luaran seseorang. Bukanlah jika seseorang tu cun melecun lagi digilai ramai menandakan betapa redhanya ALLAH padanya...bukanlah pula jika kita dapat title prom king or queen tu means peluang cerah nak masuk syurga sebaliknya kesyukuran dan ketaqwaan lah yang menjadi kayu pengukur.
“sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan AKU menambah nikmat kepadaMU, tapi jika kamu mengingkari(nikmatKU) maka pasti azabKU sangat berat”- surah Ibrahim 14:17
lebih baikla kita cuba menarik perhatian dan kasih sayang ALLAH pada kita daripada kita tak habis2 sibuk nak tarik perhatian kaum yang berlainan jenis dengan kita. If dah kawin tu boleh faham la nak mengejar keredhaan ALLAH tapi yang tak kawin ni mengejar keredhaan sape??
Nikmat ALLAH ni same je kat sape2 pun, cuma terpulangla pada persepsi masing2 nak buat ape dengan kelebihan yang ada.contohnya, laki memang lebih kuat fizikal compare to women, so accept je la fact tu coz memang laki perlukan kekuatan fizikal untuk mencari rezeki..wanita plak ape nak jeolous tak tentu pasal coz diorang lagila dikurniakan kekuatan untuk menahan sakit waktu melahirkan anak..bukankah itu adil.keduanya punya kekuatan sejajar dengan fungsi dan peranan masing2?
Kita kena ingat dalam kita berkeluh kesah tu yang kita tak puas hati itu bukannya daripada pemberian manusia, if manusia pun mesti marah kalau dengar orang lain tak hargai hadiah yang dia beri apatah lagi ALLAH yang MAHA MENDENGAR lagi MAHA MENGETAHUI.Apa nak cakap nanti kat depan ALLAH bila DIA tanya kenapa gatal sangat nak ubah ciptaanNYA????....
No comments:
Post a Comment