Tuesday, May 1, 2007

aDEr aPe DeNGaN cOuPLe

Assalamualaikum and hepy readin’! sorry dis kinda en3 agak panjang so heh..harap menabahkan hati dalam membacenye....but seriously there is sumthin’ bout it yang betol2 rase nak kongsi same sumer..

Muqadimah:

Dihikayatkan ade la sorang budak yang suka kat satu benda ni. Benda ni pada fikiran budak tak cukup umur ni sangat la menarik lagi menggemparkan, lagi best daripada PS2. Sebenarnya bukanlah budak yang sorang ni nak sangat dengan benda yang satu ni, tapi dek kerana sumer orang sama ada yang tua mahupun muda sibuk mengexaggeratekan akan kebestan benda tu maka jadilah budak yang pada mulanya langsung tak de minat nak berjinak-jinak meminati benda tu terfikir 2 kali dan akhirnya dah terjerat dalam meminati benda tu. No turning back!

Walaubagaimanapun untuk nak dapatkan benda idaman kalbu bukannya mudah. Daripada sumber2 yang entah betul entah tidak dapat la diketahui yang benda tersebut boleh didapati secara illegal. Memula cam kuat jugak la jati diri dan keimanan serta ketaqwaan budak yang sorang ni untuk cuba gak sedaya upaya melalui jalan yang sah tapi bila dia tengok yang dah cukup umur pun ade hati nak guna jalan salah maka budak tersebut pun just simply jump into a conclusion yang sebenarnya tak salah pun guna jalan yang salah tersebut, cuma sesetengah pihak yang agak extremist ala2 hamas atau hizbullah je yang sengaja nak membesr-besarkan hal ni dan menyusahkan hidup, fikirnya.

Tapi sebenarnya yang buat budak ni lebih nekad untuk mendapatkan benda tersebut daripada sumber2 yang tak sah adalah berpunca daripada tindakan mak bapak budak tersebut jugak yang secara total telah menolak permintaan budak tadi untuk mendapatkan benda yang dicitanya..kesian budak tu..harap if dia bagi tau kat mak bapak dia mesti mak bapak yang dia tau sangat kasih dan sayang pada dia akan memperkenan permintaannya tapi lain plak yang jadi. Parents dia even bagi warning supaya tak lagi minta benda tersebut sebelum waktunya yang adalah pada hemat perkiraan mak bapak budak tersebut adalah after anaknya abis blajar. Dek kerna hampa and kecewa maka apa lagi, diturutkan sahaja hawa nafsunya yang memang mintak untuk menjadi tuan dalam diri budak tersebut.

Akhirnya budak tersebut, telah mencuri benda yang menjadi idamannya sebab dah tak sabar2 nak menanti pintu langit terbuka dan permintaanya diperkenan untuk mendapatkan benda tersebut secara halal. Tambahan plak ditengoknya kat tv bukan main galak lagi orang dok promote tentang benda tersebut, maka dia kira kalau hilang barang tu bukannya salah dia sorang, yang orang lain dok sibuk2 promote sampai dia termengidam tu pasal apa! Maka jadilah dia seorang yang bergelar pencuri yang tak professional langsung coz tindak tanduk dia akhirnya dapat gak dihidu oleh mak bapak dia yang memang pro habis dalam aktiviti mengesan ketidak telusan anak mereka.

Apalagi memang mengamuk habis la orang tua tersebut, tak de maaf pada anak tersebut. Mau rasanya dibunuh sahaja anak yang dibela menjadi pengarang jantung tapi bila dah besar selamba je nak conteng2 arang kat muka mak bapak. Sesal tak habis orang tua tu, dalam hati de la gak rasa terkilan tak bagi anak pe yang dia nak sampai anak tu terpaksa plak mencuri tapi nak buat camne, nasik dak jadi bubur. Bila fikir lagi, what harm that thing could bring into their life kalau mak bapak dia kasi from the very beginning, lagi la mendapat pahala coz menjalankan tanggungjawab sebagai ibubapa mithali....

Now part 2:

Reading between the lines.....theme entry hari ni adalah “ada apa dengan couple???”-pe kaitannya dengan citer di atas? sama2lah kita membacanya...

Cenggini kaitannya...

Pe yang budak dalam citer kat atas tu nak sangat? Jawapannyer... nak bercinta, bak kate sorang member, men from malawi, women from wallobolo . Lumrah kehidupan laki dan perempuan itu saling lengkap-melengkapi. Dan benda2 yang same waktu dengan mencintai dan dicintai adalah...

Couple- adalah satu benda yang cukup sinonim dengan para remaja pada hari ini dan bercouple adalah satu benda yang boleh dikatakan dinanti-nantikan oleh kebanyakan remaja sedunia.Bila bercouple, mestila antara berlainan jantina and of course la antara seorang laki and seorang perempuan( according to the norm la).

Salah ke couple ni?- itu adalah pertanyaan normal bilermana kawan or sape2 jelah bagi nasihat kat 2 insan yang sedang bercinta. “Orang lain tak kate paper pun, yang tetiba nak bagi tazkirah kenaper? Kitorang bukan buat benda2 tak baik pun..insyaAllah kitorang masih tau batas2 pergulan. Kitorang pun de blajar gak agama masa kecik dulu”- defensive.

Part 3 : The experiment

Makanya psychological equation yang diguna pakai bagi permasalahan dalam masyarakat berkaitan soal mushy-cheesy-high cholesterol issue ni adalah:

2 insan bercinta -> couple(as if couple adalah intermediate product dalam chemical reaction antara 2 jantina berbeza) -> kawin(end-product sebenar daripada reaction di atas) – “kalo dah couple tu nanti esok lusa kawin jugak, mudah2an jodoh berkekalan sampai ke jinjang pelamin”- general phrase used when seing sumbody and his girl.

Part 4 : The Discussion

Mesti ke bercouple ni sebenarnya? Kalo tak de couple sebagai intermediate product, maka tak leh ke dapat end-product jer terus, tak leh kawin terus ke?
-ish... mane leh kawin je dulu tanpa kenal, you are about to get stuck with the same person for the rest of your life, giler ko nak sesuka-suki jer risking your life main buat experiment cam gitu jer, if tak betul2 kenal kang kalo de pape masalah dalam rumahtangga besok lusa takkan nak sesedap cekodok jer be part of the statistics!(bercerai)

Tapi kalo dah bercouple sampai nak rak tak ingat dunia, tetiba je break up camne plak?
-ishy.. ko ni yang suke sangat pikir benda beburuk apsal? Pikir negative jer, c’mon la adat, orang sumer buat, no hal lah. De jodoh kawin, tak de jodoh break up, life must go on by hook or by crook, life ain’t e-z man! Lagi senang tau awal2 tak serasi, leh putus cenggitu jer, tak yah nak susah2 panjat kuar masuk court cam becerai.

Dan remaja- honestly from the observation, biler terjebak jer dalam masalah hati dan perasaan, chentan-chentun ni adalah sebenarnya lebih kepada victims daripada players.

Why?...

Coz look back at the story above. Budak tu lahirnya ke dunia dalam keadaan yang naif, fitrahnya suci tanpa cemar sebab tu la mula2 tak terhingin pun dia nak involve dengan benda2 complicated cenggini. Memang as we grow older ader la raser cam nak menchenta and dichentai tapi at the same time as we get matured and becoming more knowledgeable we know by right yang kawin tu je la yang diberkati oleh syara’, lain tarak. Now look back kat cerita tu, pengaruh sekeliling buat dier terkuar daripada fitrah dan mula berkenalan-kenalan dengan sesuatu yang dinamakan chenta bersilang jantina. Tak caya camne orang sekeliling termasuklah yang dah besar panjang pun leh terlibat dengan jayanye dalam mempromote budaya bercouple and keterlampausosialan antara laki and perempuan? Via tv, internet, novels specially romance and many more channels.Neehh, don’t get me wrong!Bukan nak memandai backing bebudak remaja muda-mudi belia, tapi dah jelas lagi bersuluh yang jadi role-model mempelopori bab2 ni memang hasil idea yang “bergeliga” daripada orang dewasa.

Contoh kekretifan tak bertempat dan merosak akhlak maupun agama :

- dalam local drama, budak sekolah bagi je berpegangan tangan. Pegang tangan plak skit punyer open kat dalam pintu pagar sekolah lagi in front of other students and sumhow de yang boleh plak hampir nak berpeluk-pelukan even kekadang pelakon tu pakai tudung. Hailoh..maka jadilah orang yang bertudung semakin dipandang rendah dengan alasan “sama jer bertudung or not, buat pe nak bertudung kalo pegang tangan semberono”. Remaja yang tengok movie tu pun mestila rasa cam bole buat kut pegang2 tangan camtu kat dalam sekolah, but the reality....sudah tentunya akan disembur oleh guru segala jenis subjects beserta pengetua and tak ketinggalan jugak HEP.

- Another example, dalam tv leh jer color2 rambut sesuka-suki, pakai plak cam pelarian tak cukup kain dengan singkatnye, ketatnye, sendatnye yang menyayat hati sesaper jer yang prihatin dengan kejatuhan akhlak zaman sekarang. So what happens when the teenagers out there teringin gak nak ikut fashion dalam tv, maunyer kene hypertension mak bapak diorang, plus bonus kene warning lagi supaya berenti la menconteng arang kat muka parents.

- Nowadays sane-sini orang dok menyibuk pasal reality programme...macam2 ada! Yang menyanyila, yang nak cari lelaki idamanla, buat band, jadi modella dan yang pastinya acara mingguan live on tv yang paling dinanti-nantikan oleh viewers coz dapat menilai bakat para peserta yang bertanding. Bile dah namenyer menilai mestila via sms kan? And besides membazir dan mengayakan syarikat telepon, ape yang dapat disaksikan hasil daripada undian penonton adalah drama air mata para peserta yang terkeluar mahupun yang terselamat. May be for sum people, “kira normal la tu kalo kawan kene voted out diorang nangis, tak kan nak gelak terguling-guling plak” but then tell me is it classified as the norm in our community too kalo menangis berlanjutan plak sampai nak berpegang tangan, berpelukan antara opposite sexes or meraung tak menentu pasal?? If it’s so, since when? Tak kan la atas ticket “peserta” bole plak buat semua benda2 pelik yang biasanya tak buat openly in public and tambahan pulak adengan tu sumer disaksikan lagi LIVE kat depan mak, ayah, adik-beradik, kawan, sedara-mara and so-called peminat kat seluruh malaya ni..camne adengan tersebut bole plak lepas dan diterima oleh orang ramai yang menyaksikan dan tak plak disebut “biadap, campur gaul laki pompuan tak tau malu, tak sedar diri tu muslim!depan orang tua and bebudak bole plak buat camtu, buat malu mak bapak!” dan kalo si kecil yang tak berdosa tu tercemar pemikirannya dek kerana adengan yang penuh “kasih sayang” dan nak buat benda yang sama cam yang dia selalu sangat tengok kat dalam tv tu masihkah orang ramai menerimanya sebagai sesuatu yang “normal”?

- Next, skarang ni rasenyer sumer orang dah “sedar” kut yang lelaki dan perempuan memang dicipta saling melengkapi...tu yang banyak berlambak iklan2 meremang bulu roma mencari jodoh... “anda kesunyian..???”..yang peliknyer sorang kawan bagitau if kat sesetengah negara barat, iklan keramat ni hanya akan ditayangkan tetengah malam but not during prime time maupun sesiang buta! Eik. Pelik, takkan la orang kat m’sia ni lagi terdesak nak berpasangan sampai iklan macam tu bebiler jer boleh terkuar kat tv 24/7 without any single restriction..

- Last but not least…novel, romance novel. Karya2 yang terlebih gula, manis dan memberi semangat pada sesape jer untuk bercouple after bace. Ayat2 pun power, jiwang mode...mushy-lovey-dovey-cheesy-gushy-blushy. Bak kate sorang kawan, ayat2 chentan yang boleh mengkomakan sape jer yang membace.

Can you all see know the double standard that people have done to our teenagers? Kat dalam tv bole jer buat segala jenis gaya bebas atas nama cultural diversity, dye rambut and pakai seksa-seksi, scene pulak sikit punyer panas, dalam air, waktu hujan, berkemban, berbaring, pegang laki perempuan atas alasan nak menghayati watak agar dapat menghasilkan filem yang berkualiti untuk meninggikan martabat industri perfileman tanah air supaya bole menang macam2 awards kat dalam maupun luar negara dan melonjakkan nama malaysia dipentas dunia. Malaysia boleh!!!!-bole ke terima alasan ni kawan2?

Tapi kalo teenagers kite yang pakai cenggitu plak dituduh terlalu ikut barat, memalukan mak bapak, tak de pegangan agama yang kukuh, perosak bangsa, gejala sosial, keruntuhan akhlak dan macam2 terms yang digunapakai sesedap essence vanilla. Betullah tu terms yang digunakan tapi kene check dan muhasabah diri gak ade tak contribute aper2 dalam berlakunye gejala sosial anak2 remaja zaman ini samada selaku sponsor, supporter or role models yang menjadi pioneer dalam segala macam perlakuan melampaui batas agama. Macam mane la remaja pada hari ni tak memberontak, lain yang ditengok kat tv tapi lain plak yang bole dipractise dalam kehidupan sehari-hari.

Sumer adegan yang dipertonton kepada remaja (especially), akan mengubah mind-setting mereka yang luhur dan mula terjebak dengan permainan nafsu yang nyata sesat lagi mengkhayalkan (dah la diorang ni termasuk fragile category coz dalam transitional period untuk tau erti hidup dan struggling untuk ada jati diri dan identiti sendiri), “o..macam ni rupanyer idup orang dewasa.. bercampur laki perempuan tak tentu hala, tengok macam2 citer yang ntah hape2 yang merangsang nafsu syahwat”, but then if orang tanyer kenape tengok citer macam tu...jawapan standard yang mengerikan adalah, “apesal plak tak leh tengok orang bukan bebudak lagi, umur dah lebih 18 tahun.”- another question, bukankah sepatutnyer bile umur dah makin tua, ilmu dah makin tinggi, pegangan agama dah makin kuat, kubur dah makin dekat maka citer2 yang merosak iman dan akal ni makin ditinggalkan, dah besar panjang kenela tau nak bezakan antara yang baik dan yang buruk, yang hak dan yang batil, tak kan dah 18 tahun tak mumaiyiz lagi???

Berbalik pada cerite di atas, indeed kasih sayang itu suatu yang naturally occuring, lumrah dan fitrah manusia, bukan dipinta oleh manusia tapi datang secara tiba2 kerana kasih dan sayang itu adalah milik Allah dan Allah sebagai yang Haq berhak untuk menyemai perasaan kasih sayang sesama insan kepada sesaper jer yang dikehendakiNya berdasar kepada rezeki masing2 (ingat, cinta = rezeki and condition untuk carik rezeki dalam Islam = carik secara halal) bertujuan agar wujudnya keharmonian antara pelbagai pihak yang berlainan agama, warna kulit, fahaman politik, jantina dan tujuan yang kedua sebagai ujian.

Ujian?

Ya, kerana itulah manusia tak kan ditanya akan bagaimana bole terwujud pulak perasaan terminat kat seseorang tapi cara menyalurkan minat dan memeriahkan kasih sayang itulah yang akan ditanya di hari pengadilan kelak, sama ada disalurkan pada saluran yang halal dan menyemarakkan rasa cinta bertunjangkan keredhaanNya atau sebaliknya. Maka of course la the right channel, yang halal dan yang terbaik antara 2 orang lelaki dan perempuan yang punyer perasaan suka-menyukai ini adalah dengan termeterainya legal bond melalui ucapan ijab dan qabul.


Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam sentiasa menganjurkan kaum muda untuk menyegerakan menikah sehingga mereka tidak terjebak dalam kemaksiatan, menuruti hawa nafsu dan syahwatnya. Ini kerana, banyak sekali keburukan akibat menunda pernikahan. Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kalian berkemampuan untuk menikah, maka menikahlah! Ini kerana menikah itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia shaum (puasa) kerana puasa itu dapat membentengi dirinya.”

“ ala..bukan kitorang tak nak tapi mak bapak yang tak kasi, diorang suruh concentrate dulu kat study first and then after dah abis blajar and dapat kerja barula masuk meminang anak dara orang..”- kata si anak.

“ mama bukannya nak halang korang bercinta. Mama pun dah berkenan sangat dengan leha tu (bukan nama sebenar), tapi kan korang stil study lagi. Kang tak pasal2, study ke mane, rumahtangga ke mane. Berkawan je la dulu ye dengan budak tu, nanti bile dah abis blajar if korang nak kawin pun kawin la, mama tak halang. Waktu tu korang pun dah besar dah bole fikir mane yang baik untuk diri sendiri..”- nasihat si emak.

“ko nak kawin skarang nak bagi anak dara orang tu makan ape?pasir? bole ke atas dasar cinta jer korang survive, zaman skarang ni economy kene kukuh, kalau tak strong financial status, mane ade mak bapak yang berani bagi anak die untuk dijadikan isteri, kalo papa ade anak gadis pun papa tak confident nak kasi,”- sergah si ayah.

Atas dasar kerah dan sergah itulah maka trend bercouple menjadi pilihan, diri tak terikat, parents tak merungut, masyarakat plak membisu dan buat2 tak tau, sedara- mara tak bising (tak macam kalo kawin awal yang akan mengundang pelbagai gossip dan controversy, “eh kiah, ko tengok anak si senah tu, baru umur 20 tahun dah kene kawin, tak abis merasa lagi zaman bujang budak tu, ntah hapa la yang agaknya yang buat senah tu kawinkan anaknye cepat2, bukan tak bole tunggu dulu sampai anak dier habis blajar, ni tidak budak tu tengah blajar lagi dah kasi kawin, kalo tak lulus nanti besok lusa cam mane?”). Maka terumbang-ambinglah remaja hanyut dibawa hawa nafsu, leka meraih kebahagiaan melalui cara yang salah, umpama budak dalam citer di atas yang mencuri untuk dapat benda yang disukainya coz mak bapak tak nak belikan.

Memang tak dinafikan, de jer couples yang cuba sedaya upaya untuk mempertahankan iman dan memelihara batas2 pergaulan, tapi zaman skarang ni dengan promosi pergaulan bebas yang terhangat di pasaran, probability untuk terpelihara hubungan itu sepenuhnya menjadi tipis setipis kulit bawang.

The chance is slim. Manusia diciptakan mudah lupa, kerana itulah pentingnya beramal maaruf nahi mungkar,
“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugiaan. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh jua berpesan pada kebenaran dan berpesan pada kesabaran.”- (al‘ashr 103: 1-3).


Tapi bilemane masyarakat pun buat tak endah dan memandang sepi akan kebenaran ayat al Quran di atas maka akan terjadi benda2 luar petala contohnya berzina, berkhalwat, mengandungkan anak luar nikah maupun melahirkan anak luar nikah atau aksi daring yang melibatkan life-threatening species: membuang anak sesuka hati and undergo abortion.

Dan pada ahli masyarakat, berhati-hatilah. Kewujudan masyarakat di sesuatu kawasan, negeri, daerah, pekan, bandar, suburbant dan segala jenis area bukanlah setakat bersatu-padu bercerai-roboh dalam mengundi peserta program realiti tv ataupun mengundi dalam finale juara lagu atau dalam anugerah bintang popular atau mengimarahkan karnival pasti heboh dan segala jenis concerts daripada artis tempatan maupun luar negara pada hujung minggu di sekitar bangsar maupun sekadar grooving sambil dengar boom box at the zzouk, planet hollywood dan nightclubs atau beramai-ramai ke concert menyambut kemerdekaan tanggal 31 august jam 00:00 setiap tahun maupun hanya bersatu hati masa menyaksikan pertandingan sukan yang disertai oleh negara di peringkat asia tenggara, asia maupun Commonwealth atau berinfaq membeli harga ticket untuk menonton movies atas alasan menyokong filem tempatan, jangan sampai hanya jadi community yang suka pada benda hiburan semata tapi bile masuk jer bab agama.....sekian terima kasih.


Abid by Islam is a must not an option, beramal maaruf nahi mungkarlah sebelum terlambat dan jangan jadi sebaliknye,
“orang2 munafiq lelaki dan perempuan, satu dengan yang lain adalah sama, mereka menyuruh berbuat yang mungkar dan mencegah perbuatan yang maaruf dan mereka menggengggamkan tangannya (kikir). Mereka telah melupakan kepada Allah, maka Allah melupakan mereka pula. Sesungguhnya orang2 munafiq itulah orang2 yang fasiq.” (at-Taubat 9:67)


peranan masyarakat yang paling utama adalah mengingat, menyedar dan membawa ahli masyarakat yang terhanyut, terbuai, terjerat dengan bisik rayu nafsu dan pujukan iblis beserta bala tenteranya agar kembali ke pangkal jalan.

Ingatlah, apabila seseorang itu melihat kemungkaran maka hendaklah ia mencegahnya dengan tangan, jika tidak berupaya maka cegahlah dengan lisan dan jika tidak berupaya at least membenci di dalam hati dan itulah selemah-lemah iman,
“dan orang2 yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang maaruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan rasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”-at-Taubah 9:71.

Dan reaksi parents bila suddenly dapat tau yang anaknya telah berzina, termengandung ataupun telah selamat melahirkan cucu untuk mereka,
“ mama tak pernah ajar syira (again bukan nama sebenar) buat benda2 camtu! Selama ni mama bagi syira kepercayaan dan kebebasan penuh untuk kuar dengan kawan tapi ni ape yang syira balas kat mak? You betrayed my trust on you, syira. Aper mama nak jawab nanti kalo papa tanyer? Sejak kecik lagi mama and papa antar syira ke class agama supaya syira tau batas2 dalam pergaulan but then what have you proved? Yang antar pegi macam2 class agama tu sesia?”- luahan si ibu yang kecewa.

“...so what is it all about? Mind to explain? Trying to prove your love in such a silly way? Sampai tak tau nak bezakan yang baik dan yang buruk, halal dan yang haram, berdua-duaan kat tempat sunyi macam tu, duduk serumah mengalahkan suami isteri, papa tak pernah ajar anak papa untuk buat perangai memalukan mak bapak. Papa hantar pegi overseas to study not to adapt with their kind of sick life style! Mane papa nak letak muka lepas ni. Anak tak sedar diri, tak kenang budi, ini yang amir (main letak je nama paper, tak de kaitan dengan yang idup atau di alam qubur) balas pada ape yang kami bagi pada amir selama ini. Aper kata kawan2 papa and mama nanti once they found out perangai amir yang suke berpoya-poya dengan perempuan kat niteclubs, partying 24/7 non-stoppable and now you are cohabiting with a girl. She.is.a.girl! A girl amir! Laki dan perempuan tak leh duduk serumah tanpa paper ikatan yang halal!”- marah si ayah.

Dan walau betapa kecewa dan marahnya mereka, nasi dah jadi bubur, what’s done is done,it cannot be undone. You can’t take it back what’s done is done! Kebebasan dan kepercayaan yang diberi kepada anak2 kini harus dibayar dengan harga yang sangat mahal. May be bole buat tarapapa kat dunia, masih bole senyum lagi walau hati rase cam nak rejam jer anak sendirik dengan batu atau at least masih bole buat muka selamber jer bile berjumper masyarakat kat kenduri- kendara, pe nak buat what bygone be bygone..

Maka jadila parents tersebut sejibik cam parents dalam citer di atas. Menyesal tak sudah2. anak dah jadi crime-maker. Kalo dari dulu lagi kasi kawin masa anak mintak izin nak halalkan hubungan antara 2 insan yang bercinta maka may be hal2 cenggini tak berlaku, tu lah yang dikatakan sesal dahulu pendapatan, sesal kendian tak gune langsung. May be kalo kasi kawin mula2 anak tu agak susah nak adjust student’s life dengan marital life dier tapi bak kate orang dolu2, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian bersakit-sakit dahulu bersenang-lenang kendian. Tapi kalo diri sendirik yang chose nak berhyper senang dahulu maka alamatnyer berazab seksala kemudian di hari pembalasan. Mak bapak? As i mentioned earlier, may be tak mati pun kalo kene kutuk dengan sedara-mara, kene tuduh tak tau jaga anak. Tapi kalo kat akhirat nanti bile Allah yang tanyer akan perihal anak masing2, camne nak jawab? Tak kan nak jawab seselamber badak air, “diorang dah besar panjang, dah bole buat keputusan sendiri”, kang tak pasal2 ditanyer, “tapi kan diorang de mintak nak kawin, apsal tak kasi?”. Nanti free plak kene felony charge in Allah’s supreme court of justice at the end of the day.


So pikirla baik2, memang,
“...setiap perbuatan dosa seseorang, dirinya sendiri yang bertanggungjawab. Dan seseorang tak akan memikul beban dosa orang lain....”- al an’am 6:164.

but cam ne plak dengan tanggungjawab menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang ditinggalkan? To all teenagers, jangan buat perangai pelik2 lagi tak senonoh, sian kat mak bapak nanti kene tanyer akan tanggungjawab mereka kat akhirat nanti.(mengingatkan diri sendirik terutamanya)




~ tAMatlah riwayat kesan degil :P~






p/s : iklan di atas adalah promosi amal maaruf nahi mungkar agar segera untuk bernikah pada sumer couples seantero dunia sementara masih ade waktu dan belum terlambat.
(means before you get drifted and drown in your own lust and become so-called victims of Satan),

“Dan sungguh ia (syaitan) itu telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu. Maka apakah kamu tidak mengerti?”-Ya Sin 36:62.

Walaubagaimanapun, iklan ini bukanlah bertujuan untuk mengutuk mane2 pihak or even blaming any party or individual atas segala moral retardation and religious illiterate yang menjangkiti anak2 muda akhir zaman ini. Sekadar untuk muhasabah diri especially bagi yang menulih article ni agar jangan memandai nak budget2 suci or baik maupun berlagak macam bagus selagi tak meninggalkan perkara lagha dan melakukan ‘amal maaruf nahi mungkar.

For those teenagers out there, jagala batasan dalam pergaulan. There is only a very fine line between love and lust, make sure you don’t cross the border as most of the time the border may not be so obvious and blurry. (Unclear and undetectable). If ade terase-rase cam guilty bercouple and nak kawin tu, maka percepat dan jangan tangguhkan. But if tak leh plak nak proceed coz terhalang oleh orang tua maka berhati-hatilah dengan jerat2 dan landmines syaitan. Jangan sampa mati katak memperjuang cinta yang tak berkesudahan.

Sebenarnyer tak leh jugak 100% nak salahkan parents bile diorang tak kasi kawin coz eventhough diorang makan garam dulu daripada kita tapi kitorang makan mamee dulu daripada diorang, means? Tanpa sedar zaman yang dilalui oleh 2 generasi adalah berbeda, mungkin lokasinya masih same, begitu jua orangnya tapi catalysts and stimulation adalah berbeza dan rangsangan ke arah mungkar pada zaman ini adalah lebih hebat daripada zaman parents kita dulu. Mungkin itu yang ibubapa terlepas pandang, kata sorang ustazah ni, “my hubby and i de 2 pasang tangan je nak jage anak2 tapi beribu pasang tangan lagi kat luar sana yang nak merosakkan mereka”.

Zaman parents dolu2 may be kalo bercouple pun tak sehyper sekarang, paling common pun jejalan tak de la sampai nak bawak masuk dalam rumah dan sebagainye, tu yang kurang godaan. Tapi skarang, sesuka-suki jer bagi sesaper yang berkenan di hati untuk masuk ke rumah. Saper ajar? Tv. Dan dengan movie yang segala macam aksi yang menghakis perasaan malu, easy access ke sites yang mencabar iman tambahan pulak dengan jaringan islam liberal yang semakin menular yang sesedap raser nak mentafsir agama mengikut kebijaksanaan pikiran semata juga dengan sane-sini orang sibuk bagi alasan supaya diperboleh buat paper je atas nama “human’s right”, in addition pakaian pun bukan setakat menjolok malah mencungkil biji mata kuar daripada socket,mane tak nyer godaan melimpah-ruah?

Yup, parents mungkin tak sedar akan bahana yang datang brtimpa-timpa ke atas anak mereka, maka mereka mengatakan “jangan nak gatal berkawin nanti study terumbang-ambing”. Oleh itu bile korang dah jadik mak bapak budak satu hari nanti maka pertimbangkanlah seadil-adilnya akan keadaan diri anak2 korang dan restuilah diorang kalo diorang nak membina masjid, mungkin tradisi bercouplelan ni dapat dilupuspupuskan suatu hari nanti dan menjadi endangered species yang tak perlu langsung dilindungi oleh mane2 pihak berwajib.


Muatiara kata.....

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,Bila DIA lambat memakbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,bila DIA tidak memakbulkan doamu,maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik....

No comments: